Anda di halaman 1dari 18

Model 4MAT 2013

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS ( BBR 36903 ) EN. TAN KING HYIANG

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS SERTA JUSTIFIKASI SISTEM 4MAT DALAM P & P

AHLI KUMPULAN: LIZAWATI BT AHMAD ( DB100052) NOR FAIZATON ASLINA BT IDRIS ( DB100049) MEILIZA BT ZAITUN ( DB100350) CHE NORZIHAN BT ISMAIL ( DB100065) SYED AHMAD BAKRI BIN SYED ABDULLAH ( DB100064)

Model 4MAT 2013

PENGHARGAAN
Pertama kali kami ingin mengucap syukur kepada Yang Maha Esa, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian di sekolah dan di rumah.

Untuk subjek BBR 36903 Kemahiran Tumpuan Dalam Sains, saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah En. Tan King Hyiang. Namun begitu, kami juga merasa bimbang dan tercabar untuk

menyiapkan tugasan ini kerana memikirkan tentang ketidak sempatan masa dan kesibukan tugas di sekolah. Namun demikian, halangan ini tidak mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, untuk tugasan kumpulan.

Di kesempatan ini juga kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kami mempelajari subjek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan ahli kumpulan yang berkerjasama semasa proses menyiapkan tugasan ini serta keluarga yang memahami dan bersabar dengan karenah sepanjang menyiapkan tugasan yang di amanahkan ini. Di harap dengan tugasan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta memperbaiki kemahiran kami dalam pengajaran kelak..

Sekian, Terima Kasih,

Model 4MAT 2013

LAMPIRAN 1 RANCANGAN MENGAJAR SAINS

Model 4MAT 2013

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS TAHUN 4


Hari Tarikh Masa Kelas Tema Tajuk Objektif pembelajaran : Selasa : 4 Oktober 2011 : 60 minit : Tahun 4 : Menyiasat Bumi dan Alam Semesta : Sistem Suria : 1.2 Memahami secara relatif perbandingan saiz Matahari, Bumi dan Bulan. Hasil Pembelajaran i. ii. iii. iv. Pengetahuan Sedia Ada Pendekatan P&P Kaedah/ strategi Perancangan P&P: : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat: i. Menyatakan secara relatif perbandingan saiz Matahari dengan saiz Bumi. ii. Menyatakan secara relatif perbandingan saiz Bumi dengan Bulan. : Murid-murid pernah melihat gambar Bumi, Bulan dan Matahari dari buku dan dokumentari televisyen. : Pembelajaran 4mart : Soal jawab, perbincangan, kerja kumpulan.

Fasa Pengajaran

Isi kandungan

Aktiviti

Fasa/SDK/ Catatan

Set Induksi (3 minit)

Jenis aktiviti : soal jawab Murid memerhati slaid power point dan membandingkan saiz tiga jenis buah. 1. Guru memulakan kelas dengan menunjukkan tiga jenis buah. Contoh: tembikai susu, oren dan anggur 2. Guru mengemukakan soalan a. Buah yang manakah paling besar? b. Buah yang manakah paling kecil?

Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan yang sedia ada . Tahap Kognitif: Pengetahuan Kemahiran Sains: Pemerhatian Meramal Komunikasi

Model 4MAT 2013

Kemahiran Berfikir : Membanding dan membeza

BBM : Slaid PowerPoint Nilai : Minat dan bersifat ingin tahu tentang sekeliling Saiz Matahari lebih besar daripada saiz Bumi dan Bulan. Saiz Bumi lebih besar daripada saiz Bulan. Pencetusa n Idea (10 minit) Jenis aktiviti: Tayangan slaid Guru menyoal murid. a. Ramalkan antara Matahari dan Bumi, yang manakah lebih besar? b. Ramalkan antara Bumi dan Bulan, yang manakah lebih besar? 2. Guru menayangkan slaid power point gambar Matahari, Bumi dan Bulan Tahap Kognitif: Pengetahuan Kemahiran Sains: Pemerhatian Meramal Komunikasi BBM : Slaid PowerPoint Nilai : Minat dan bersifat ingin tahu tentang sekeliling Imaginasi Meramal

Nisbah relatif saiz Matahari, Bumi dan Bulan

Jenis Aktiviti: Kerja Kumpulan Arahan: Guru meminta murid mengukur lilitan setiap bola yang disediakan dan merekodkan hasil kerja kumpulan.

Perkembangan Aplikasi idea BBM : Bola keranjang, bola tennis, guli dan lembaran kerja.

Jenis bahan Penstruktu ran Semula Idea (20 minit) 1. Bola keranjang 2.Bola tennis 3.Guli

Ukur lilit dalam cm

1. Murid dibahagikan kepada Kemahiran Sains: kumpulan yang terdiri daripada 4-5 Mengukur dengan orang. menggunakan nombor 2. Murid mengukur ukur lilit setiap Nilai : bola menggunakan benang dan Bekerjasama dalam pembaris. kumpulan. 3. Murid merekodkan hasil dapatan Jujur semasa mencatat kumpulan masing-masing. jawapan dengan tiada perbincangan antara kumpulan.

Perbentangan hasil dapatan 4. Setiap murid

kumpulan

dikehendaki Menepati masa yang ditetapkan.

Model 4MAT 2013


untuk melaporkan dapatan hasil daripada kerja kumpulan mereka. 5. Guru menerangkan cara pengiraan nisbah saiz Matahari, Bumi dan Bulan. (1: 4: 400)

Mengaplikasi hasil dapatan daripada aktiviti kumpulan tentang saiz Matahari, Bumi dan Bulan.

Jenis Aktiviti : Membina Model Matahari, Bumi dan Bulan. Arahan : Guru meminta murid membina model mengikut pengiraan nisbah saiz Matahari, Bumi dan Bulan. 1. 1. Setiap kumpulan diberikan 2. bahan-bahan yang telah 3. disediakan iaitu plastisin. 4. 5. 2. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk membina model Matahari, Bumi dan Bulan. 3. 3. Murid mempersembahkan hasil 4. kreativiti mereka

Tindakan Aplikasi BBM Plastisin Kemahiran Sains: Mengukur dengan menggunakan nombor Nilai : Bekerjasama dalam kumpulan. Menepati masa yang ditetapkan

Aplikasi Idea (20 minit)

Penilaian (10 minit)

Penilaian Jenis aktiviti: Soalan objektif.

BBM : Lembaran kerja

Murid diberikan 5 soalan untuk KBKK dijawab dalam 3 minit. Menjana idea Penilaian disemak dengan murid. bersama

Aktiviti Pengayaan Jenis Aktiviti: Melukis gambar Matahari, Bumi dan Bulan untuk membezakan saiz secara relatif. Murid cerdas dikehendaki untukMelukis gambar Matahari, Bumi dan Bulan untuk membezakan saiz secara relatif

Aktiviti Pengukuhan Jenis Aktiviti :

Model 4MAT 2013


Melabelkan gambar berdasarkan saiz. Murid sederhana dikehendaki melabelkan gambar berdasarkan saiz.

Aktiviti Ansur Maju Jenis aktiviti: Padankan Murid pemulihan dikehendaki memadankan gambar dengan perkataan.

Refleksi (7 minit)

Perbandingan Saiz Matahari lebih besar daripada saiz Bumi dan Bulan. Perbandingan Saiz Bumi lebih besar daripada saiz Bulan

Jenis Aktiviti: menayangkan slaid power point Guru menayangkan semula slaid. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari itu.

BBM Slaid power point

Model 4MAT 2013

SISTEM 4 MAT MENGGUNAKAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN AKTIVITI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Pendahuluan Sistem 4Mat ialah satu model mengajar yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy dalam tahun 1980. Model ini dicipta berdasarkan hasil penyelidikan dalam banyak bidang seperti gaya pembelajaran, pengaruh (dominance) otak kiri dan otak kanan, kreativiti, pengurusan, seni dan gerakan/tarian. Sistem 4MAT ini membantu guru memahami proses pembelajaran, dari segi : Kelbagaian jenis kecerdasan Kelbagaian gaya pembelajaran Kelbagaian aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan Kelbagaian kaedah mengajar yang sesuai untuk sesuatu gaya pembelajaran

Penyelidikan Dr. David Kolb mendapati bahawa ada dua cara utama bagaimana kita belajar, iaitu cara mengamati dan cara memproses sesuatu maklumat dan pengalaman.

Model 4MAT 2013

Mengamati

Kaedah Mengamati Mengamati suatu maklumat dan pengalaman dengan kaedah yang konkrit dan abstrak menggunakan deria (berfikir, menganalisis dan menaakul). Kaedah yang berkesan adalah dari konkrit kepada abstrak.

Kaedah Memproses Memproses maklumat dan pengalaman melalui kaedah membuat/ mencuba secara aktif atau belajar dengan cara melihat dan berfikir (reflektif).

Kaedah Pembelajaran Kaedah pembelajaran bergantung kepada kombinasi kaedah mengamati dan memproses maklumat dan pengalaman untuk menghasilkan 4 kaedah pembelajaran di bawah. a. Pelajar yang imaginatif dan kreatif. Mereka mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif. Mencari makna dan sebab mempelajari sesuatu, mendengar dan berkongsi idea melalui interaksi dan suka menyoal. Pemgalaman konkrit.

Model 4MAT 2013

b. Pelajar bersifat teori dan analisis. Mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif. Mereka suka mencari fakta untuk menjelaskan konsep dan berfikir tentang idea. Memerlukan pendapat pakar dan suka membuat analisis tentang maklumat dan suka menyoal.

c. Pelajar bersifat praktik. Mengamati maklumat secara abstrak dan memproses secara aktif. Meneroka kepentingan maklumat dengan menguji teori untuk mengetahui kegunaannya. Suka mengetahui bagaimana sesuatu itu berfungsi dan mencuba untuk menambahkan pengalaman. Menyoal menggunakan bagaimana.

d. Pelajar yang dinamik dan intuitif. Mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara aktif. Mencari kegunaan maklumat yang belum diketahui. Belajar dengan kaedah cubajaya dan penemuan. Perlu mengetahui apa yang boleh direkabentuk dengan sesuatu maklumat dan gemar berinteraksi. Menyoal dengan Apakah kegunaan baru yang boleh dicipta?

Model 4MAT 2013 Penyelidik-penyelidik otak manusia telah mendapati: Kedua-dua hemisfira otak (otak kiri dan otak kanan) berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman. Seseorang individu lebih suka memproses maklumat dan pengalaman sama ada dengan otak kirinya atau dengan otak kanannya. Kedua-dua belah otak (otak kiri dan kanan) adalah sama penting. Perbezaan utama di antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah seperti di bawah: otak kiri otak kanan

Aktiviti-aktiviti yang dipercayai dipercayai diproses terutamanya di Otak Kiri adalah seperti berikut:-

Menyurih Melukis carta Melukis graf Memberi contoh

Model 4MAT 2013 Menyalin nota Menilai secara objektif Menyenarai dan mengkategorikan Mengira Memberi bukti Mengingat semula fakta/konsep Membaca serta membuat analisis Melapor Segala bentuk analisis Rasional Melihat bahagian-bahagian Memberi sifat perbezaan Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik Mendengar bunyi bahasa

Aktiviti-aktiviti yang dipercayaii diproses terutamanya di Otak Kanan adalah seperti berikut: Membuat pola/corak Memeta fikiran Sumbangsaran / percambahan pemikiran Menggambarkan semua bentuk sajak Semua bentuk seni Mendengar, melihat, menggerak Analogi Mencipa, mereka bentuk Main peranan Simulasi Drama kreatif Penulisan kreatif Gerakan, tarian Membaca serta membuat sintesis Segala bentuk sintesis Geometri Demonstrasi

Model 4MAT 2013 Membuat ujikaji Bentuk Semua aktiviti intuitif Ukiran Lakaran Member sifat-sifat persamaan Melihat perhubungan dan keseluruhan Menilai secara subjektif Melukis Fotografi Mendengar bunyi semulajadi Mendengar muzik, mencipta lagu

Model 4MAT 2013

JUSTIFIKASI SISTEM 4 MAT DALAM P & P

Model 4MAT 2013

Aplikasi dan justifikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan Menggunakan Sistem 4MAT Kumpulan kami memilih kaedah 4mat dalam pengajaran dan pembelajaran kerana : Ia melibatkan aspek hands on serta bertindak guru sebagai pembimbing. Pengajaran dapat dilihat dari hasil murid berfikir dan membentangkan idea Setiap langkah pengajaran dapat membentuk satu asas yang konkrit kepada yang abstrak Murid yang tidak dapat memahami kandungan pelajaran di kehendaki menyelesaikan lembaran kerja mengikut tahap masing-masing Ia juga memberi peluang kepada semua murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Sistem ini mengambil kira keempat-empat gaya pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan otak kanan. Dengan menggunakan sistem ini, seseorang pelajar yang sangat suka belajar dengan gaya pembelajarannya dapat juga belajar dengan gaya pembelajaran yang lain. Tambahan pula, pelajar yang suka belajar dengan aktivitiaktiviti otak kiri dapat juga belajar dengan aktiviti-aktiviti otak kanan. Dalam rancangan mengajar yang dipilih ( LIHAT LAMPIRAN ), kami telah mengaplikasikan sistem 4mat dalam pengajaran dan pengajaran ini. LANGKAH 1 Dalam set induksi ( Imaginatif dan Kreatif) kami telah memberi pengalaman

konkrit kepada mereka. Ini membantu mereka memahami dengan lebih jelas konsep-konsep yang abstrak. Ia mengalakkan murid dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membimbing dan merangsang otak mereka. Aktiviti Otak Kanan Guru mewujud mewujudkan pengalaman konkrit Kaedah mengajar atau aktiviti yang digunakan ialah pemerhatian

Model 4MAT 2013 Aktiviti Otak Kiri Selepas murid mendapat pengalaman konkrit, guru meminta mereka memikir semula dan menganalisiskan pengalaman itu. Aktiviti yang digunakan ialah perbincangan dalam kumpulan untuk membuat analisis, melihat sifat-sifat perbezaan dan soal jawab. LANGKAH 2 Dalam langkah pencetusan idea (Teori dan Analisis) kami telah menayangkan slaid power point untuk menerangkan fakta dan konsep, satu demi satu dan dikaitkan dengan pengalaman konkrit untuk memudahkan pemahaman fakta/konsep itu. Secara tidak langsung ia membimbing dan merangsang mereka. Aktiviti Otak Kanan Murid memikir semula dan menganalisa pengalaman konkrit itu, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka kepada konsep yang perlu diajar. Aktiviti Otak Kiri Guru mengajar fakta-fakta atau konsep-konsep dengan menggunakan kaedah mengajar tradisional seperti huraian, penerangan, Pemahaman fakta/konsep bergantung kepada kebolehan guru menjelaskan sesuatu konsep/fakta dengan kaedah mengajar yang digunakan LANGKAH 3 Dalam langkah penstrukturan idea (Praktik) kami telah meminta mereka membuat latihan dan ujikaji. Ini akan memperkukuhkan pembelajaran fakta/konsep itu. Mereka juga digalakkan mencari/menambahkan penggunaan fakta/konsep yang telah dipelajari. Peranan guru adalah sebagai jurulatih dan pemudah cara. Aktiviti Otak Kanan Murid mencari idea-idea baru atau fakta-fakta tambahan selain dari fakta/konsep yang telah diajar Aktiviti mengajar yang boleh dijalankan secara individu/kumpulan ialah ujikaji, projek

Model 4MAT 2013 Aktiviti Otak Kiri Guru haruslah memberi latihan untuk memperkukuhkan pembelajaran serta menghayati fakta/konsep yang diajar .Aktiviti mengajar yang boleh digunakan ialah membuat latihan, latihtubi, kuiz, ujikaji. LANGKAH 4 Dalam langkah aplikasi idea dan penilaian (Dinamik dan Intuitif) kami telah

memberi peluang untuk mencari aplikasi tentang fakta/konsep yang telah dipelajari dan berkongsi dapatan-dapatan mereka dengan pelajar lain. Guru perlu menilai dan membuat pemulihan.( lembaran kerja) Aktiviti Otak Kanan Akhirnya pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji/pelan bertindak dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti Otak Kiri Selepas pelajar-pelajar membuat ujikaji/pelan bertindak, mereka perlu

menganalisakan dapatan dari ujikaji/pelan bertindak itu untuk menentukan samaada dapatan atau pelan itu boleh digunakan atau tidak. Peranan dan tugas seseorang guru dalam Sistem 4MAT telah dihuraikan di atas dan dirumuskan semula dalam gambar rajah seperti di bawah. Petak 1 Peranan Guru Perangsang Tugas Guru Memberi sebab-sebab untuk menjawab soalan Mengapa?, Mengapa Tidak? 2 3 Pengajar Pemudah cara Mengajar fakta/konsep untuk menjawab soalan Apa dia? Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mencuba dan menambahkan fakta-fakta dengan diri sendiri. Ini akan menjawab soalah Bagaimanakan ianya berfungsi? 4 Penilai/ Membuat pemulihan Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengajar diri sendiri dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Ini akan menjawab soalah Apakah saya boleh cipta?

Model 4MAT 2013

Secara kesimpulannya, sistem 4mat ini sesuai untuk pengajaran sains di mana ia dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada murid dengan perkara baru yang dipelajari. Secara tidak langsung, murid dapat mewujudkan hubungkait dengan matapelajaran yang dipelajari. Minat murid juga dapat dipupuk melalui ujikaji serta menimbulkan sifat ingin tahu murid khususnya dalam matapelajaran sains di sekolah rendah.

Anda mungkin juga menyukai