Anda di halaman 1dari 34

REJAM

LEMBING
DISEDIAKAN OLEH : MAGESSWARI MUNIANDY
2 PP1SMP (PRA SEKOLAH)
Sejarah
Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga
yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak
zaman purba lagi.
Ketika itu lembing digunakan untuk memburu
dan sebagai senjata dalam peperangan.
Acara merejam lembing mula di pertandingkan
dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912.
Sejak itu, acara merejam lembing merupakan
satu acara balingan dalam semua acara sukan
dunia.
Acara ini juga dipertandingkan di peringkat
negeri, daerah atau sekolah.
Prinsip Asas
Merejam Lembing
Merejam lembing berbeza daripada aktiviti
membaling yang lain seperti melontar peluru
dan melempar cakera.
Ini kerana terdapat perbezaan di antara
bentuk alatan yang digunakan dan juga
kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara
sukan itu.
Dalam acara merejam lembing, pelatih
menggunakan aksi membaling yang lebih
kurang sama dengan tindakan membaling
sebiji batu atau bola tenis.
Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari
teknik menggunakan keseluruhan badan
mereka untuk menghasilkan tindakan yang
berkesan semasa merejam lembing.
Latihan ansur maju hendaklah dimulakan
dengan mengajar para pelatih tentang cara
memegang lembing, berlari dengan lembing,
merejam dengan cara berdiri dan seterusnya
sehingga mereka dapat berlari sambil
merejam lembing.
Butiran seperti pentingnya meleding badan
sebelum merejam, langkah larian yang licin,
keadaan tangan yang lurus semasa membawa
lembing dan tindakan tumit untuk membantu
pergerakan badan adalah perlu kepada para
pelatih.
KESELAMATAN
PARA PELATIH
Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke


bawah
Jangan berlari
Semasa latihan

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam


Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
Para pelatih lain yang masih menunggu giliran
mereka mestilah berada di kawasan yang telah
ditetapkan oleh jurulatih
Amalkan dasar semua memungut lembing setelah
semua merejam
Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi
bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara
maksimum
BAHAGIAN –
BAHAGIAN
LEMBING
Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran.
Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor.
Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh
perejam lembing.
Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam
amatur mahupun professional.
Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan
Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.
Gaya Memegang
Lembing
Terdapat tiga teknik asas memegang
lembing iaitu;

Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari


dan jari telunjuk serta disokong oleh
tiga jari yang lain.
Gaya Finnish
Lembing dipegang di antara ibu
jari dan jari tengah.
Gaya Pegangan – U
Lembing dipegang di antara jari
telunjuk dan jari tengah.
GAYA REJAMAN DARI
ATAS BAHU
GAYA REJAMAN DARI
BAWAH BAHU
KAWASAN
REJAMAN
LEMBING
Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada
sebarang gangguan atau halangan serta tidak
membahayakan keselamatan orang ramai.
Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m
dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman
yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah
mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan
ke titik sudut.
Panjang kawasan ini tidak mempunyai had
asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi
peserta.
Teknik Rejaman
Lembing
Terdiri daripada empat fasa utama
seperti berikut:
Fasa persediaan
Fasa lari landas
Fasa rejaman
Fasa ikut lajak
Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti


teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta
persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan
selesa
Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih
dengan kemas dan selesa
Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut
40 darjah
Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah
kawasan rejaman
Pandang ke arah kawasan rejaman
Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang


maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang
perlu diberi perhatian ialah:
Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras
kepala
Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara
terkawal
Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah
sebelumnya
Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa
memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan
ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke


lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada
rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah,
kilaskan badan ke sisi
Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan
menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke
hadapan untuk melancarkan lembing
Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan
lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa
rejaman
Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas


merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:
Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak
ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
Rendahkan badan bagi mengimbang dan
menstabilkan kedudukan badan
Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan
lengkungan bulatan
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai