Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 4/9

Minggu Praktikum : 4
Tarikh : 4 Ogos 2014 8 Ogos 2014
Tajuk : Lembaran Kerja

1. Masalah / peristiwa
Masalah pada minggu ini adalah murid tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang
diberikan oleh guru. Ini mengakibatkan ganguan dan kelewatan proses untuk
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

2. Analisis
Masalah ini berlaku kerana lembaran yang diberikan sukar dilakukan bagi murid-
murid 4+ tersebut. Selain itu, masalah ini juga mungkin berlaku kerana masa yang
diberikan kepada murid-muird agar singkat di mana murid tidak dapat menghabiskan
aktivitinya yang diberikan dengan sebaik mungkin dalam masa yang
diperuntukannya. Seterusnya, lembaran kerja ini juga mungkin bertahap tinggi bagi
murid-murid tesebut menyebabkan mereka lewat membuat lembaran kerja yang
diberikan.

3. Cadangan tindakan susulan
Bagi menggelakkan masalah kelewatan lembaran kerja ini berlaku saya membuat
keputusan untuk menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian kepada murid-
murid. Saya akan memberikan latihan yang bertahap tinggi kepada murid-murid
yang telah menguasai kemahiran dan latihan yang bertahap rendah kepada murid-
murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran dengan sepenuhnya. Saya juga
akan memberikan masa yang secukupnya kepada pelajar agar mereka dapat
menyempurnakan aktiviti yang diberi.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya akan menggunakan cara ini sepanjang masa praktikum agar proses
pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : .................................. Tandatangan : ................................
Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : ............................................. Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai