Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA


DATUK WIRA ABDUL GHAFAR BIN ATAN
PERINGKAT DUN ASAHAN 2015.
______________________________________________________________

TARIKH :
25 APRIL 2015 26 APRIL 2015
TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK KG NYALAS
ANJURAN :
PEMUDA UMNO DUN ASAHAN
DENGAN KERJASAMA :
ADUN ASAHAN
JKKK NYALAS

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia
dan Sukan Pergerakan Pemuda Umno Asahan dengan kerjasama jkkk
nyalas, dan ADUN Asahan .
Biro

Belia

dan

Sukan

Pergerakan

Pemuda

Umno

Asahan

akan

menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Wira


Abdul Ghaffar Bin Atan dengan kerjasama Jkkk Nyalas dan Masjid Baru.
Program ini di harap dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk penduduk DUN Asahan dan Pemuda DUN Asahan. Harapan kami juga agar
kejohanan ini dapat memberi ruang kepada Pemuda DUN Asahan untuk
menunjukan bakat dalam permainan bola sepak. Seterusnya diharap agar
Pemuda DUN Asahan lebih mengenali antara satu dengan yang lain, secara
tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan di
Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan.
2.0

MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih
cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan
kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat
mencungkil bakat bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh
di ketengahkan bakatnya. Tidak mustahil ,mungkin suatu hari nanti remaja
dan Pemuda di kawasan Asahan ini akan mewakili negara jika bakat yang
dicungkil dapat diberikan latihan yang sistemik dan konsisten.
Sehubungan dengan itu, Biro Belia dan Sukan Pergerakan Pemuda
UMNO Asahan tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah
langkah perlu bagi membimbing dan membentuk muda mudi kita agar
sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menjauhi gejala sosial yang
memang hangat diperkatakan ketika ini.

3.0

OBJEKTIF
3.1 Memberi penghargaan kepada YB ADUN diatas Khidmat dan jasa Beliau

3.2 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai


sesebuah pertandingan.
3.3 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.4 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.5 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.6 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.7 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.8 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.
4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1

Tarikh yang dirancang ialah

25 26 April

2015 iaitu pada hari Sabtu

sehingga hari Ahad.

5.0

4.2

Dilaksanakan selama 2 hari

4.3

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

4.4

Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)


Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola Kg Nyalas dan ;
5.1

Tidak Perlu Disewa, hanya perlu mendapatkan kebenaran dari Jkkk Nyalas.

5.2

Bebas

dari

sebarang

gangguan

luar

dan

memberikan

tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN
Program Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Datuk Wira
Abdul Ghafar Bin Atan, ADUN Asahan. Ia akan berlangsung di Padang Bola Kg

Nyalas. Upacara ini akan dilangsungkan selepas tamat pertandingan. Datuk


Wira Abdul Ghafar Bin Atan

akan memberi ucapan ringkas sekaligus

merasmikan program ini.


7.0

8.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


7.1

Jumlah pasukan

: 20 pasukan

7.2

Jumlah AJK pertandingan : 15 orang

JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung

: YB Datuk Wira Abdul Ghafar Bin Atan

Penasihat

JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program

Naib Pengerusi

Setiausaha

Bendahari

Pengerusi Majlis

AHLI JAWATANKUASA
AJK Jamuan

AJK Piala & Medal

AJK Pertandingan

AJK Keselamatan & Disiplin :


AJK Pengurusan Padang

AJK Promosi

9.0

ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A

10.0

FORMAT PERTANDINGAN
Lampiran B

11.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan dan kerjasama dari semua
pihak, terutamanya YB ADUN Asahan kerana Program ini adalah salah satu
penghargaan kepada kepimpinan beliau sepanjang menjadi ADUN Asahan. Segala
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.

LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i)

Permohonan Peruntukan Dari ADUN

ii)

Permohonan Peruntukan Dari Ahli Parlimen RM

1500.00

iii)

Yuran Penyertaan RM 100.00 X 20

2000.00

Jumlah Pendapatan

RM
RM
RM

1500.00

5000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA
Kanopi

BILANGAN

Harga per unit

JUMLAH

1 unit

RM 200.00

RM 200.00

kerusi

20 unit

meja

5 unit

Promosi
-

Banner

5 unit

RM 50.00

RM 250.00

Banner Saiz Besar

1 unit

RM 150.00

RM 150.00

25 helai

RM 15.00

RM 375.00

2 Hari

RM100.00

RM 200.00

Baju AJK
( Tshirt round neck)
Pengurusan padang
-

Pembelanjaan Mengurus

Peralatan
-

Bola

2 biji

RM 150.00

RM 300.00

jaring gol

2 unit

RM 100.00

RM 200.00

BILANGAN

Harga per unit

JUMLAH

3 orang

RM 100.00 /

RM 600.00

PERKARA
Pengadil

sehari X 3 orang

X 2 hari
Makanan
-

Urusetia

RM 250.00

VIP

RM 200.00

Minuman ( air mineral )

40 kotak

RM 8.00

P.A. Sistem

RM 320.00
RM 200.00

Hadiah

Piala Pusingan

RM 200.00

Tempat pertama

RM 300.00

Tempat kedua

RM 200.00

Tempat ketiga

Penjaring terbanyak

Medal tempat 1,2 dan 3

First Aids

RM 150.00
RM 100.00
11 unit x 3

RM 15.00

RM 495.00

1 kotak

RM 150.00

RM 150.00

Kos Luar Jangka

RM 160.00
JUMLAH KESELURUHAN

RM 5000.00

Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
ADUN Asahan
(YB DATUK ABDUL GHAFAR BIN ATAN)

BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP
PERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER
NAMA PASUKAN

SENARAI NAMA PEMAIN


BIL
1.

NAMA PEMAIN

NO KP

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
NAMA PENGURUS PASUKAN

NO. TELEFON BIMBIT


-

Tandatangan Pengurus Pasukan


Nama :
Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 17 April
2015 di Pejabat Khidmat
Masyarakat Bahagian Alor Gajah.
*Tarikh pengundian akan diadakan pada 19 April 2015 di Balai Raya Jkkk Nyalas .

Keratan
disini.................................................................
KEGUNAAN PEJABAT
........................
Tandatangan/Cop Urusetia
Tarikh :

.
Tandatangan
Nama pasukan :

LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Wira Abdul
Ghafar Bin Atan, Peringkat Dun Asahan.

2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Biro Belia dan Sukan Pergerakan Pemuda Asahan
dengan kerjasama Jkkk Nyalas.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (11) orang pemain.
Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4

Setiap

pemain

dilarang

sama

sekali

bermain

untuk

pasukan

dalam

pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah RM 100.00 sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 17 April
2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat Bahagian Alor Gajah .
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 19 April 2015 di Balai Raya Nyalas .

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN


4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Kampung Nyalas.
4.2 Perlawanan akan bermula pada 25 April 2015 dan akan berakhir pada 26
April 2015.
Setiap

perlawanan

hendaklah

mengikut

jadual

yang

telah

disediakan

oleh

Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada manamana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari
masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah.
2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 4 kumpulan. Kedudukan
pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
Johan dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib
Johan dan Johan Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan
pasukan mana layak ke peringkat akhir.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain
masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan
secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5
minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud
mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)
mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang
sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak
ke perlawanan akhir:

7.1

Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang

banyak.
7.2

Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol

terbanyak
7.3

Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti
akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,

8.

Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti

bagi
menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.
Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa
bola tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan
seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh
(7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang
mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan
kiraan jaringan 2-0.

7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma


kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut
secara

automatik

terkeluar

dari

kejohanan

ini

dan

perlawanan

sebelumnya

dibatalkan.

8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan
satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka
pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang
dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam
perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai
warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan.
Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama
warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah
menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden
pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia
Pertandingan,

pasukannya

akan

didenda

dengan

dikeluarkan

terus

daripada

pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.

9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan
Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 17 April
2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat Bahagian Alor Gajah.
Tarikh pengundian akan diadakan pada 19 April 2015 di Balai Raya Nyalas .

Anda mungkin juga menyukai