Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN AJK PELAKSANA KEJOHANAN BOLA TAMPAR

MSS DAERAH PENSIANGAN PERINGKAT UMUR 12 TAHUN DAN KE BAWAH


BIL. 1 / 2020

Tarikh : 13 Januari 2020


Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SK Logongon
Pengerusi : En. Anis Pangias (GB SK Logongon)
Kehadiran : 34/41

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi mengalu – alukan kedatangan semua warga SK Logongon dan berterima
kasih kerana dapat meluangkan masa datang ke mesyuarat kali ini. Pengerusi
memaklumkan mesyuarat adalah berkaitan dengan pelantikan SK Logongon selaku
tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar MSS Daerah Pensiangan dan
pembahagian tugas dalam pengelolaan pertandingan tersebut.
Tindakan: Makluman

1.2. Beberapa perkara telah dimaklumkan oleh pengerusi untuk perhatian dan tindakan
segera. Antaranya, pendaftaran peperiksaan UPSR 2020 bagi murid tahun 6 yang
melebihi umur 12 tahun pada 1 Januari 2020, hendaklah dipohon melalui surat
kepada Pengarah Pendidikan JPN Sabah.
Tindakan: SUP

1.3. Laporan program - program akademik yang telah dijalankan di peringkat sekolah dan
juga program – program PLC sepanjang tahun 2019 perlu dihantar ke PPD dengan
kadar segera.
Tindakan: PK Pentadbiran & Penyelaras PLC

1.4. Sebuah majlis gabungan anjuran PPD Pensiangan; sambutan untuk PPD
Pensiangan baharu dan perpisahan mantan PPD Pensiangan, akan diadakan pada
31 Januari 2020. Kehadiran Guru Besar dan semua Penolong Kanan SK Logongon
adalah wajib.
Tindakan: GB, PK Pentadbiran, PK HEM & PK KOKUM

1.5. Penyelaras Program Kemerdekaan Sekolah 2019 diminta untuk menyenaraikan


semula semua pemenang – pemenang yang telah diumumkan bagi setiap
pertandingan kerana hadiah masih belum diberikan atas kekangan masa. Hadiah
perlu dituntut daripada GB.
Tindakan: Penyelaras program

1.6. SK Logongon akan bercuti pada 23 hingga 27 Januari 2020 sempena menyambut
perayaan Tahun Baharu Cina. Sesi persekolahan akan bermula semula pada 28
Januari 2020. Surat Pemberitahuan Ibubapa perlu diedarkan kepada murid – murid
agar mereka cakna dengan tarikh ini. Hal ini juga adalah bertujuan untuk
mengelakkan masalah kehadiran selepas cuti.
Tindakan: Unit HEM
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1. Tiada.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada

4. FOKUS MESYUARAT

4.1. BUTIRAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT


DAERAH PPD PENSIANGAN 2020
Tarikh : 28, 29 & 30 Januari 2020
Tempat Pertandingan : Dewan Terbuka Daerah Kecil Pagalungan
Perkarangan Klinik Kesihatan Pagalungan
Yuran Penyertaaan : RM 50 (sepasukan),
Tarikh Tutup Penyertaan : 22 Januari 2020

Kos pengangkutan dan makan minum adalah tanggungan peserta sendiri. Pihak SK
Logongon hanya akan menyediakan tempat penginapan peserta.
Tindakan: Makluman
4.2. PELANTIKAN JAWATANKUASA
Setiausaha memaklumkan pelantikan Jawatankuasa Pertandingan Bola Tampar
Sekolah Rendah Peringkat Daerah PPD Pensiangan 2020 seperti berikut:-

Penaung : Pn. Nora Marcus – Ppd Pensiangan


Pengerusi : En. Anis Pangias – Guru Besar
Pengarah Kejohanan : En. Jahedi Siambing – Pk Kokum
Pengurus Teknik : En. Felix Anak Kurang
Setiausaha : En. Jackson Nicholos
Bendahari : Pn. Josephine Jango

AJK KERJA

Protokol : En. Banjamin Kandoi – Pk Pentadbiran


: Pn. Asnah Aziz – Pk Hem
Buku Aturcara : En. Jackson Nicholos
Borang Pertandingan : En. Aperilah @ Aprelihary B. Labo
Sijil Pemenang/Hadiah : Pn. Siti Zukhairah
: Pn. Nurhidayati Bt. Rajikan
Cenderahati/ Urusetia : Cik Quzalina Ppn Asing
: Pn. Jesie Edot
Peralatan Pertandingan : En. Qushay Adi Bin Madin
Penyediaan Venue Kejohanan : En. Aperilah @ Aprelihary B. Labo
: En. Johan Punawari
Pengurus PA Sistem : En. Maxwell Elity
Makan & Minum VIP : Pn. Norleha Salleh
Kain Rentang : En. Banjamin Kandoi
Pengurus Pondok Urusetia : En. Fahmi Musa
AJK PENGURUSAN PESERTA

Pendaftaran/Penyeliaan Dokumen : En. Borromeo Souji


: Pn. Siti Zukhairah
: Pn. Nurhidayati Bt. Rajikan
Sambutan / LO : En. Nellson Joumin
: En. Alvin Leong
: Pn. Nelly Peter
: Pn. Mislin Sindam
Penginapan Peserta : En. Azerin Gim
: PPM Asrama Desa Logongon
Pengangkutan Bot Peserta : En. Anis Pangias (GB)

AJK PERTANDINGAN

Juruacara Kejohanan : En. Jackson Nicholos


: En. Maxwell Elity
Statistik Pertandingan : Pn. Maria Simpanan
: Pn. Jesie Edot
Pengadil : En. Felix Anak Kurang (Ketua)
: En. Adrian Robert
: En. Ahmad Fikri Zulkifli
: Pn. Ainne Aziz
: En. Aperilah @ Aprelihary B. Labo
: En. Awangku Ahmad Bin Awang Bujang
: En. Azami Bin Sumaa
: En. Azhar Baalon
: Pn. Dorothy Edward
: En. Hasirul Aqwam
: En. Hasnol Lahap
: En. Mohd Faez Izad Bin Dali
Sukarelawan : En. Gary Yambun
: En. Rintus Zainol
: Cik Sandra Caroline Henry
: En. Nicobonny Namsoi
: En. Hain Jasli Eson
: En. Faizal Andua

AJK TUGAS – TUGAS KHAS

Pertolongan Cemas : En. Zulfikri Razali


: Pn. Josephine Jango
Kebersihan : Pembersihan Sekolah
Keselamatan : Pengawal Keselamatan Sekolah
Jurulatih Pasukan SK Logongon : En. Aperilah @ Aprelihary B. Labo
: Pn. Asnah Aziz
: Pn. Dalinah Ambise

Tindakan: Makluman
5. HAL – HAL LAIN

5.1. Pengerusi memaklumkan akan diadakan sebuah Majlis Perasmian dan Penutupan
pada hari terakhir pertandingan dan diharap ia dapat disempurnakan oleh PPD yang
baharu. Surat jemputan perasmi perlu disediakan. Selain itu, surat jemputan
pertandingan, butiran pertandingan dan borang – borang perlu diedarkan kepada
semua sekolah melalui pigeon hole masing – masing untuk mengesahkan penyertaan
pertandingan.
Tindakan: S/U

5.2. Pengerusi juga mencadangkan agar cenderahati dalam bentuk t – shirt diberikan
kepada sukarelawan yang datang membantu sepanjang pertandingan berlangsung.
T- shirt akan disampaikan semasa taklimat untuk digunakan semasa bertugas. Sijil
akan menyusul pada sesi penyampaian hadiah.
Tindakan: AJK Cenderahati

5.3. Keperluan peralatan pertandingan perlu disenaraikan awal bagi menguruskan


pembelian alat pertandingan baharu atau peminjaman alat pertandingan daripada
sekolah lain yang bertanding. Pembelian seperti bola dan net boleh dibuat
menggunakan peruntukkan PCG.
Tindakan: AJK Peralatan

5.4. Notis perlu diberikan kepada semua peniaga tamu mingguan Pagalungan supaya
berpindah tempat ke hadapan bangsal untuk memberi ruang kepada sesi
penyampaian hadiah yang berlangsung pada 30 Januari bersamaan hari Khamis.
Tindakan: Pengerusi

5.5. Sumbangan daripada setiap AJK akan dikutip dalam masa yang terdekat sebelum
bermulanya cuti perayaan untuk melancarkan urusan persiapan pertandingan. Kadar
sumbangan guru dan AKP ialah RM30.00 seorang, manakala staf pembersihan dan
pengawal keselamatan sebanyak RM15.00 seorang. Pengerusi akan
menyumbangkan RM100.00.
Tindakan: Bendahari

6. PENUTUP

6.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat.


6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam

Disediakan oleh,
Jackson Nicholos
Setiausaha Sukan
Sekolah Kebangsaan Logongon, Pensiangan

Tarikh: 13 Januari 2020

Anda mungkin juga menyukai