Anda di halaman 1dari 15

1.

0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon Pihak Pengurusan dan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Paka II menimbang dan meluluskan cadangan untuk
menganjurkan atau mengelolakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat
Sekolah Sekolah Kebangsaan Paka II 2016 anjuran Kelab Bahasa Melayu.

1.2 Kertas kerja ini disediakan untuk tujuan yang berikut:

1.2.1 Untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan


daripada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Paka II.
1.2.2 Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan Sekolah
Kebangsaan Paka II bagi menyertai program yang telah dilampirkan
ini.
1.2.3 Memohon untuk mendapatkan kebenaran bagi membenarkan setiap
kelas dari Tahun 5 dan Tahun 6 untuk mewakili Pertandingan
Mendeklamasi Sajak bagi mewakili kelas masing-masing.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Selaras dengan tuntutan semasa, sekolah perlu berkemampuan menyahut
cabaran dalam melahirkan murid yang kompeten.
2.2 Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam
menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah
menghadapi cabaran Abad ke-21.
2.3 Justeru, melahirkan modal insan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
amatlah diperlukan untuk melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia
dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk
menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


3.1 Objektif Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sekolah Kebangsaan Paka II
adalah supaya:

1
3.1.1 Murid dapat mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak.
3.1.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada murid dalam bidang
pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri
bangsa.
3.1.3 Murid dapat membina keyakinan diri dalam pertandingan.
3.1.4 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.
3.1.5 Melahirkan murid yang menghayati dan mengamalkan nilai murni,
sikap positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN


4.1 Pertandingan mendeklamasi sajak ialah suatu pertandingan yang kerapkali
dianjurkan dan ditaja oleh pelbagai pihak. Seruan Dato Seri Najib Bin Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia, kepada rakyat negeri ini, terutamanya warga
sekolah supaya menceburkan diri dalam program-program dan pertandingan
berbentuk ilmiah yang telah menyebabkan pertandingan mendeklamasi sajak
diadakan.

4.2 Pertandingan pidato peringkat Sekolah Kebangsaan Paka II adalah bertujuan


untuk membuka platform bagi mengasah bakat mendeklamasi sajak murid tahap
dua Sk Paka II. Hal ini kerana, pemerhatian kami (Guru-guru Bahasa Melayu)
mendapati, terdapat banyak bakat dalam pendeklamasian sajak yang boleh
diperhalusi lagi. Adalah menjadi suatu kerugian andainya potensi-potensi ini tidak
dihiraukan.

4.3 Pertandingan mendeklamasi sajak memberi peluang kepada murid-murid tahap


dua Sk Paka II yang menyertainya untuk menguasai penggunaan Bahasa
Melayu dengan betul dan cara mendeklamasikan sajak dengan nada dan
intonasi yang sesuai.

5.0 IMPLIKASI PROGRAM

5.1 Membolehkan murid untuk menunjukkan bakat dalam pendeklamasian sajak.


5.2 Murid dapat dipupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.
5.3 Dapat melahirkan murid yang menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap
positif dan semangat patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu.

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

2
6.1 Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat Sekolah
Tarikh : 18 April 2016
Tempat : Dewan Sri Sri Mahkota, SK Paka II
Kumpulan sasaran : 15 murid wakil dari setiap kelas Tahun 5 dan Tahun 6

6.2 Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sk Paka II


(Rujuk Lampiran A)

6.3 Skop Tugas Ahli Jawatankuasa


(Rujuk Lampiran B)

6.4 Senarai Peserta Sajak


(Rujuk Lampiran C)

6.5 Tentantif Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sk Paka II


(Rujuk Lampiran D)

6.6 Anggaran Perbelanjaan


(Rujuk Lampiran E)

6.7 Judul Pemilihan Sajak


(Rujuk Lampiran F)

6.7 Borang Pemarkahan Pertandingan Mendeklamasi Sajak


(Rujuk Lampiran G)

7.0 RUMUSAN

Cadangan untuk mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Peringkat


Sekolah, Sekolah Kebangsaan Paka II adalah satu langkah yang perlu dan sangat baik
dilaksanakan kerana ia bukan sahaja boleh menambahkan pengetahuan dalam
mendeklamasi sajak malah boleh membina keyakinan dan melahirkan individu yang
menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif serta semangat patriotik
bertunjangkan Bahasa Melayu. Diharapkan agar tuan/puan dapat mempertimbangkan
cadangan untuk mengadakan pertandingan mendeklamasi sajak peringkat sekolah di
Sekolah Kebangsaan Paka II.

8.0 SYOR

3
Pihak Pentadbiran dan Pengurusan Sk Paka II adalah dipohon untuk menimbang
dan meluluskan cadangan bagi mengadakan Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan
seterusnya meluluskan peruntukan sebanyak RM 172.50 untuk mengadakan
pertandingan mendeklamasi sajak peringkat sekolah ini.

Disediakan oleh,
........................................................
(Puan Wan Norshahira Fatin Binti Wan Mahmood)
Setiausaha,
Kelab Bahasa Melayu,
Sk Paka II.

Disemak oleh,
...........................................................
(Encik Mustafa Bin Abdul Rashid)
GPK Tadbir & Kurikulum,
Sk Paka II.

Disokong oleh,
...........................................................
(Tuan Hj. Mat Lazim Bin Abdullah)
Guru Besar,
Sk Paka II.

6.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Induk dan Pelaksana LAMPIRAN A

6.2.1 Ahli Jawatankuasa Kerja Induk

PENGERUSI : Tuan Hj. Mat Lazim Bin Abdullah (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : Encik Mustafa Bin Abdul Rashid (GPK Tadbir &

Kurikulum)

Puan Fairuz Bin Husin (GPK Hal Ehwal Murid)

Encik Sirajul Fikri Bin Husain (GPK


Kokurikulum)

4
GURU PENYELARAS : Puan Halina Binti Ali (Ketua Panitia Bahasa

Melayu)

Encik Rahamat Bin Mustapa (Setiausaha


Panitia

Bahasa Melayu)

PENGERUSI : Encik Muhammad Faiq Amsyhar Bin Mohd


Azuat

NAIB PENGERUSI : Cik Fatin Najwa Binti Mohd Hanafi

SETIAUSAHA : Puan Wan Norshahira Fatin Binti Wan


Mahmood

NAIB SETIAUSAHA : Encik Muhammad Amir Firdaus Bin

Kamaruzaman

BENDAHARI : Encik Muhammad Arif Usman Bin Shahrin

NAIB BENDAHARI : Encik Muhamad Izat Bin Rosmadi

6.2.2 Ahli jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI : Puan Siti Halina Binti Ali

NAIB PENGERUSI : Encik Rahamat Bin Mustapa

PENGACARA MAJLIS : Encik Muhammad Afif Bin Kamaruzaman

Puan Maisarah Binti Fauzi

PEMBACA DOA : Ustaz Ahmad Bukhori Bin Amirudin

AJK BUKU PROGRAM : Puan Aina Sofea Binti Mohamad Sapawi

AJK URUSETIA : Encik Arief Fakhrullah Bin Yufardi

AJK PERSIAPAN TEMPAT &: Encik Muhammad Safwan Bin Shahrin

HIASAN PENTAS Encik Muhamad Hilmi Bin Adaman

Puan Aqilah Nadhirah Binti Mohd Yusof

5
Ustazah Nur Adawiyah Safihyah Binti Zamri

AJK PROTOKOL : Puan Nadiatul Huda Binti Nazmi

& SAMBUTAN Puan Halida Binti Hairis

AJK CENDERAHATI & SIJIL: Puan Fatin Shahira Binti Faizul

Puan Syazareena Binti Shaari

AJK TEKNIKAL : Encik Muhammad Farhan Bin Mohd Zamri

Ustaz Muhammad Zakwan Bin Muhammad


Suhkri

AJK DOKUMENTASI : Encik Muhammad Aqil Bin Adam

AJK FOTOGRAFI : Encik Muhammad Syazuan Bin Zainal @ Zulkifli

AJK DISIPLIN : Encik Muhammad Sharif Bin Kamaludin

AJK PROMOSI & : Encik Mohamad Hairul Azim Bin Zulkefli

PENYERTAAN

AJK TEKNIK : Puan Siti Halimah Binti Abdul Halim

PERTANDINGAN Encik Rizal Bin Razali

& PENGADILAN

AJK MAKANAN : Puan Nor Amira Binti Mohd Abu

Puan Azra Afiqah Binti Amir

Ustazah Mawaddah Binti Maulid

AJK HAKIM : Encik Muhammad Irsyad Bin Asri

6.3 SKOP TUGAS AHLI JAWATANKUASA LAMPIRAN B

BIL AHLI JAWATANKUASA SKOP TUGAS


.
1. Pengerusi Bertanggungjawab dalam menguruskan
pentadbiran, kewangan dan aktiviti.
Memastikan arahan daripada penasihat program
dapat dijalankan.
Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada
jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau

6
aktiviti.
Menjadi orang tengah dalam mengemukakan
cadangan atau usul ahli kepada pihak yang
berkenaan.
2. Naib Pengerusi Membantu pengarah dalam melicinkan
perlaksanaan aktiviti.
Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.
3. Setiausaha Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran.
Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan
semua fail-fail untuk rujukan.
Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak
yang berkenaan.
Memanggil ahli jawatankuasa untuk bermesyuarat.
Menyedia dan mengedarkan catatan minit
mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang
berkenaan.
Bersama pengerusi menentukan tempat, masa,
tarikh dan agenda mesyuarat.
Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di
kalangan ahli jawatankuasa.
Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh
program.
Menyusun dan menyediakan tempat dan
kemudahan mesyuarat.
4. Bendahari Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang
pengurusan pentadbiran kewangan.
Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai.
Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku
rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan
dengan pengurusan kewangan.
Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap
kali mesyuarat.
Memberi pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah kewangan bagi
perlaksanaan program.
Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau

7
setiausaha atau kedua-duanya sekali.

5. Teknikal dan Peralatan Membentuk satu jawatan kuasa kecil.


Menyediakan alatan dan membantu jawatankuasa
pertandingan.
Memeriksa alatan dan memastikan mengikut
spesifikasi.
Menempah tempat pertandingan.
Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal
bagi melicinkan perlaksanaan program.
Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan
alatan.
Bertanggungjawab terhadap peralatan yang
digunakan semasa sesuatu aktiviti atau projek
dilaksanakan.
6. Teknik Pertandingan dan Membentuk satu jawatankuasa kecil.
Pengadilan Memastikan keadaan dewan dalam bentuk yang
sempurna lengkap dan sedia untuk digunakan.
Memberi taklimat kepada para pembantu
pertandingan, peralatan dan kemudahan.
Mengedar serta mendapat borang penyertaan dari
peserta-peserta yang bertanding.
Meneliti syarat penyertaan serta memberi
pengesahan penyertaan bagi peserta-peserta yang
bertanding.
Memastikan gelanggang yang di bina mengikut
ukuran yang betul.
Memastikan alatan yang di gunakan mengikut
spesifikasi.
Menyimpan dan merekodkan keputusan
pertandingan.
7. Buku Program Membentuk satu jawatankuasa kecil.
Merekabentuk kulit luar buku program.
Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di
masukkan atau di muatkan dalam buku program
daripada ahli jawatankuasa kecil lain.
Mencadangkan harga-harga iklan serta bekerjasama

8
dengan jawatankuasa promosi untuk mendapat
iklan-iklan untuk di muatkan di dalam buku program.
Mendapatkan senarai nama ahli jawatan kuasa serta
para pegawai, atur cara majlis, jadual
acara daripada ahli jawatan kuasa yang terlibat
untuk dimasukkan dalam buku program.
Mendapatkan kata-kata aluan VIP rujuk kepada
jawatan kuasa protokol untuk di muatkan dalam
buku program.
Menyusun buku program untuk dihantar untuk
dicetak dan memastikan buku siap dicetak tepat
pada masanya.
Menyediakan dan mengedarkan buku program
sebelum dan semasa pertandingan.
Menyediakan dan menghantar laporan kewangan
kepada jawatankuasa kewangan.
8. Pengacara Majlis/ Bekerjasama dengan jawatan kuasa protokol bagi
Pembaca Doa menyediakan atur cara pembukaan dengan
menentukan: Protokol,Masa,Tempat duduk,Cara
masuk para peserta perbarisan, Muzik atau
perbarisan dan persembahan
Bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal dalam
menyusun jadual pertandingan atau atur cara majlis
mengikut kesesuaian sepanjang aktiviti berlangsung.
Bekerjasama dengan jawatankuasa teknikal dalam
menyediakan atur cara bagi penyampaian hadiah.
Menguruskan keseluruhan perlaksanaan atur cara
kejohanan serta bekerjasama dengan jawatankuasa
buku program.
Memastikan peralatan audio dan visual berkeadaan
baik dan sentiasa boleh digunakan di sepanjang
pertandingan.
Menyediakan teks bacaan doa.
Melantik dan melatih pembaca doa.
9. Protokol dan Sambutan Membentuk satu jawatankuasa kecil.
Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal
ketika acara perasmian atau penutup.

9
Menyenaraikan atau menentukan tetamu jemputan
atau VIP yang akan hadir.
Menyediakan dan menentukan jadual latihan bagi
upacara pembukaan dan upacara penutup.
Menyediakan teks ucapan tetamu kehormat untuk
majlis perasmian atau penutup
Menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau
tetamu kehormat di dalam dewan.
Menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan
jemputan.
Menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu
kehormat, jemputan khas dan segala persiapan
untuk keperluan sambutan.
Menyambut para jemputan, hadirin dan peserta
serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang
sepatutnya.
11. Persiapan Tempat dan Merangka pelan tempat duduk di dewan untuk
Hiasan Pentas jemputan khas, pegawai peserta dan jemputan.
Menghubungi pihak berkenaan untuk peminjaman
alatan yang diperlukan seperti kerusi, bunga dan
lain-lain.
Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan
kepada jawatankuasa kewangan.
Menempah atau menghubungi pihak berkenaan
untuk mendapat alatan seperti kerusi-kerusi dan
peralatan yang berkaitan.
Menyedia dan menghantar anggaran perbelanjaan
kepada jawatan kuasa kewangan.
12. Keselamatan Memastikan keselamatan peserta terjaga sepanjang
program dijalankan.
Memastikan tempat pertandingan selamat dan tidak
mendatangkan bahaya
Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk
menjaga keselamatan tempat pertandingan.

10
6.3 Senarai Peserta Sajak Lampiran B

BIL. NAMA KELAS

1. Muhammad Hilmi Bin Amdan 6 Mujahid

2. Nur Aina Qistina Binti Mohd Bahrin 6 Mujahid

3. Muhammad Farhan Bin Mohd Zamri 6 Mukmin

4. Nur Risya Sofea Binti Azhar 6 Mukmin

5. Muhammad Syazuan Bin Zainal @ Zulkifli 6 Mustaqim

6. Nurin Sabrina Binti Abd Jabar 6 Mustaqim

7. Nur Syukriah Binti Abdullah 6 Mukhlis

11
8. Nazmi Zahin Bin Mohd Fauzi 5 Mujahid

9. Nur Aqilah Suraya Binti Che Abdul Talib 5 Mujahid

10. Muhammad Afif Jazimin Bin Kamaruzaman 5 Mukmin

11. Nasiha Asilah Binti Sukri 5 Mukmin

12. Aiman Syakeer Bin Azizi 5 Mustaqim

13. Siti Nur Aqilah Shah Binti Akram 5 Mustaqim

14. Muhammmad Aizat Bin Rosmadi 5 Mukhlis

15. Nur Adila Binti Azmi 5 Mukhlis

6.4 Tentantif Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sk Paka II LAMPIRAN C

TENTANTIF PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK

TARIKH MASA AGENDA


16 April 2016 7.30 pg 8.00 pg Pendaftaran peserta
Ketibaan para guru dan murid
8.00 pg 8.15 pg Ketibaan Guru Besar, GPK HEM dan GPK
KOKU
8.15 pg 8.30 pg Nyanyian Lagu:
- Lagu Negaraku
- Lagu Negeri Terengganu
- Lagu Sekolah
8.30 pg 8.40 pg Bacaan doa
8.40 pg 9.30 pg Ucapan alu-aluan
- Ketua Panitia Bahasa Melayu
- GPK Kokurikulum
9.30 pg 9.45 pg Taklimat format, peraturan dan syarat-syarat

12
pertandingan.
- Wakil Guru Bahasa Melayu
9.45 pg 10.00 pg Cabutan turutan peserta
10.00 pg 11.45 pg Pertandingan bermula
11.45 pg 12.00 tghri Rehat (Pengiraan markah)
Persembahan montaj
12.00 tghri12.15 tghri Komen ringkas oleh wakil juri
12.15 tghri 12.45 tghri Ucapan dan perasminan penutupan
- Guru besar SK Paka II
12.45 tghri 1.30 ptg Pengumuman pemenang
Penyampaian sijil kepada peserta
Pemberian cenderahati kepada juri-juri dan guru
besar

1.30 ptg 2.30 ptg Majlis bersurai dan Jamuan makan tengah hari

6.5 Anggaran Perbelanjaan LAMPIRAN D

BIL. PERKARA KUANTITI KOS

1. Makan/ minum Guru dan peserta Makan 65 RM 325


tengah hari:
RM 5.00

2. Hadiah dan Hadiah saguhati Alatan tulis: 15 RM 112.50


cenderahati RM 7.50

Piala Sumbangan 3
dari Kelab
Bahasa
Melayu

Cenderahati: Perhiasan 4 RM 60
Guru Besar & Juri dan buah: RM

13
15

3. Sijil Guru dan peserta Sumbangan 65


dari pihak
sekolah
4. Alatan Kertas A4 Sumbangan 1 Rim
pertandingan dari pihak
Jam randik 1
sekolah
JUMLAH RM 172.50

6.6 Judul Pemilihan Sajak Lampiran E

Judul sajak dan penulis

BIL. JUDUL SAJAK PENULIS


1. Bahasa Kita Abizai
2. Di Sini di Tanah Ini Zam Ismail
3. Negeri Ini Anak Marsli N.O.
4. Catatan Buat Serikandi Bahasa Chai Loon Guan
5. Sajak dari Menara Langit Abdul Aziz Mahmood
6. Pohon Ilmu A. Ghani Abdullah
7. Menggarap Mimpi Kelak Hanipah Nokman
8. Suara Generasi Aminudin Mansor
9. Pagi Jamaluddin D
10. Sumpah Anak Bangsa Yusmiyani Yusof

14
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK SK PAKA II
TAHUN 2016

6.7 Borang Pemarkahan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Lampiran F


Nama Peserta: _________________________________________
No. Peserta : __________
Tajuk Sajak : _____________________________________

MARKA KRITERIA SEDERHAN BAIK CEMERLAN CATATAN


H A (1-7) (8-14) G (15-20) JURI
20% TEKNIK
PERSEMBAHAN
(MENARIK,TENANG
DAN YAKIN)

20% PENGHAYATAN SAJAK


(LANCAR)
20% PENGGUNAAN
BAHASA
(GRAMATIS ,INTONASI
DAN SEBUTAN)

10% KONTAK MATA DAN


KAWALAN SUARA
(BERKESAN/TIDAK)
10% TEMPOH MASA
(8 MINIT)
20% KREATIVITI
(KOSTIUM YANG
BERSESUAIAN)

NAMA HAKIM : ___________________________


MARKAH : __________________________ 15
TANDATANGAN : __________________________

Anda mungkin juga menyukai