Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI SENTOSA

Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel: 03-79831764 Fax: 03-79807478 E-mail: la.web0230@btpnkl.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM TAHUNAN:
ORIENTASI TINGKATAN SATU
“PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH TERBILANG”
TAHUN 2022

TARIKH:
04 – 05 APRIL 2022
MASA:
1.10 – 3.40PETANG
TEMPAT:
DEWAN BESTARI GEMILANG, SMK SERI SENTOSA
1.0 PENGENALAN

Murid tingkatan satu dan peralihan merupakan warga baharu bagi sekolah menengah. Murid yang
mendaftar adalah terdiri dari pelbagai aliran sekolah rendah. Tentulah banyak perubahan suasana dan
budaya baharu yang mereka tempuhi yang jauh berbeza dengan persekitaran sekolah rendah. Justeru,
amatlah penting memberi pendedahan dan persediaan diri kepada setiap murid agar boleh
menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran sekolah menengah.

Keseronokan murid yang melangkah ke menengah rendah perlu disemai dan dipupuk dengan sikap –
sikap yang positif agar mereka yang dibentuk nanti menjadi aset yang berguna untuk sekolah
khususnya dan negara amnya.

Situasi persekitaran yang berbeza menuntut murid agar dapat berdikari, bertanggungjawab, sedia
menghadapi cabaran, berdaya kepimpinan, bersikap bekerjasama, aktif dan kreativiti.

Maka Program Orientasi ini diadakan supaya tidak berlaku kejutan budaya dalam kalangan murid
baharu dan sebagai persediaan untuk mengharungi kehidupan dalam masa lima tahun sebagai murid
sekolah menengah.

2.0 RASIONAL
2.1 Mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran serta sistem pengajaran dan
pembelajaran.
2.2 Memberi penerangan tentang hal ehwal murid yang patut murid kenali dan turuti.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh suasana persekitaran baharu
supaya lebih bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Mengenali guru-guru, staf dan pelajar-pelajar SMK Seri Sentosa dan dapat mengeratkan
hubungan sesama murid berbilang kaum ke arah semangat kekeluargaan.
3.3 Memastikan murid baharu mengamalkan peraturan dan undang-undang yang telah
ditetapkan di sekolah ini untuk membentuk murid yang berdisiplin.
3.4 Mengenali unit pentadbiran dan unit-unit dibawahnya.
3.5 Lebih bersedia untuk menempuh alam persekolahan peringkat menengah dan memahami
peranan yang perlu mereka mainkan sebagai murid sekolah ini.
3.6 Mengetahui risiko yang akan mereka hadapi jika mereka bertingkah laku bertentangan
dengan kehendak sekolah ini.

2
4.0 TEMA
“Pelajar Cemerlang Transfomasi Kendiri Unggul”

5.0 MATLAMAT

5.1 Menyesuaikan diri murid dengan persekitaran sekolah menengah.


5.2 Mengeratkan silaturrahim antara murid baharu dengan warga SMK Seri Sentosa.
5.3 Mendedahkan muird kepada matlamat, visi dan peraturan sekolah serta menyemai budaya
ilmu dalam kalangan murid baharu.
5.4 Mencungkil potensi diri dan bakat kepimpinan murid baharu.

6.0 SASARAN
Murid-murid tingkatan satu dan peralihan sesi 2022

7.0 BUTIR-BUTIR
Tempat : Dewan Bestari Gemilang, SMK Seri sentosa
Tarikh : 04 – 05 April 2021 (Isnin- Selasa)
Masa : 1.10 hingga 3.40 petang

8.0 CARA PELAKSAAN


8.1 Pembentukan AJK Pelaksana dan bertanggungjawab untuk menggerakkan program
8.2 Ucapan Majlis Perasmian oleh Pengetua
8.3 Taklimat dan Ice Breaking Penyelaras
8.4 Ceramah-ceramah
8.5 Latihan Nyanyian Lagu Sekolah dan bacaan Ikrar
8.6 Persembahan setiap Kelas
8.7 Majlis Penutupan

3
9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

PENASIHAT : Nor Aziah Binti Mahat


PENGERUSI : Fuziah Binti Mat Yakop
NAIB PENGERUSI : Rafidah Binti Kamson
PENYELARAS : Ahmad Mustaqim Bin Shahrin (Penyelaras e-book@ Anyflip)
: Mohd Firdaus Bin Azmar (Penyelaras Orientasi Bersemuka)
AJK : Ooi Gaik Ean
: Chang Poh Neo
: Yeoh Lian Heoh
: Chan Quan Ewe
: Nor Faslin binti Sudin
: Rosmarini binti Mat Adnil@ Mat Adnan
: Siti Aishah binti Rofiee
: Halimatun Sa’diah binti Mat Tahir
: Nor Azura binti Che Mohd Zin
: Muhammad Khairul Hakimi bin Ahmad Hashim
: Aina Ayuni binti Mat Hedzir
: Ahmad Sharafi bin Mohd Nasri
: Norfazliana binti Mat Daud
: Muhamad Zulakmal bin Zaidi
: Mohd Faizal bin Sani
: Semua guru kelas Tingkatan 1

BI AJK SKOP TUGAS


L
1. Ahmad Mustaqim Bin Shahrin  Menyelaras kelancaran penghasilan e-book Anyflip.
 Mengumpul bahan-bahan yang perlu dimasukkan ke
dalam Anyflip.
 Menghasilkan Anyflip secara draf dan draf akhir
mengikut kesesuaian kreativiti dan tema.

2. Mohd Firdaus Bin Azmar  Menyelaras kelancaran perjalanan minggu orientasi


bersemuka.
 Mewujudkan jawatan kuasa pelaksana dan

4
mengadakan taklimat kepada AJK.
 Memantau keseluruhan program dan menambahbaik
pelaksanaan program dari semasa ke semasa.

BI AJK SKOP TUGAS


L
3. Ooi Gaik Ean  Menyediakan slot pembentangan bahagian masing-
masing dalam bentuk slides.
Chang Poh Neo
 Memastikan slot bersifat interaktif supaya penglibatan
Nor Faslin binti Sudin murid boleh diadakan.
Rosmarini binti Mat Adnil@ Mat  Menerangkan secara jelas dan teratur bahagian
Adnan masing-masing.
 Menyediakan 3-5 soalan kuiz lisan bagi menguji
Siti Aishah binti Rofiee pemahaman murid selepas pembentangan.
Halimatun Sa’diah binti Mat  Menyediakan hadiah atau token bagi murid yang
Tahir berjaya menjawab soalan kuiz.
 Menyediakan bahan edaran kepada murid (lirik lagu
Nor Azura binti Che Mohd Zin sekolah)
Muhammad Khairul Hakimi bin
Ahmad Hashim
4. Yeoh Lian Heoh  Menyelaras slot-slot taklimat dan aktiviti sepanjang
program orientasi berlangsung.
Chan Quan Ewe
 Menguruskan penyediaan hadiah murid bagi aktiviti
berbentuk pertandingan yang diadakan.

5. Cik Aina Ayuni Binti Mat Hedzir  Mengacara majlis semasa hari orientasi di dewan
mengikut aturcara yang telah ditetapkan

6. Mohd Faizal bin Sani  Menyediakan peralatan siaraya dan laptop.


 Memastikan semua peralatan disimpan elok selepas
Mohd Zulakmal bin Zaidi
setiap slot selesai.

7. Ahmad Sharafi bin Mohd Nasri  Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.
Norfazliana binti Mat Daud  Memastikan terdapat gambar-gambar bagi setiap slot
yang dijalankan.
 Menghasilkan dokumentasi program dalam tempoh 2
minggu selepas program selesai.
 Memastikan dokumentasi program mengikut format
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

8. Guru-guru kelas Tingkatan 1  Menghadiri slot pengenalan diri kepada murid-murid


pada hari pertama orientasi.
 Mengedarkan tag nama sementara kepada semua
murid.

5
10.0 SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1 2022

NAMA GURU YANG BERTUGAS

TINGKATAN GURU TINGKATAN


1A1 Nur Iffah Atira Binti Ismail
1A2 Siti Nabila Binti Sukri
1A3 Ahmad Sharafi Bin Mohd Nasri
1A4 Nurul Wahida Binti Ismaol
1A5 Noor Izati Bin Zakaria
1A6 Mohd Zabidi Bin Ghazali
1A7 Ahmad Mustaqim Bin Sharin
1A8 Er Gek Gor
1A9 Norfazliana Binti Mat Daud
1A10 Nurain Binti Abdul Jalal
1A11 Aida Binti Mohd Seruan
1A12 Kanageswary A/P Jegathesan

11.0 TENTATIF

4 APRIL 2022 (ISNIN)


Masa Slot Taklimat Penyelaras Slot
1.10 – 2.00 petang Amanat PK Petang Puan Fuziah Binti Mat Yakop
Taklimat Kurikulum dan Puan Siti Aisyah binti Rofiee
Kokurikulum
2.00 – 2.40 petang Taklimat Disiplin dan Puan Nor Faslin binti Sudin
Pengurusan Diri
2.40 – 3.05 petang Latihan Nyanyian Lagu Sekolah Encik M. Khairul Hakimi
3.05 – 3.25 petang REHAT

3.25 – 4.35 petang Lawatan ke Bilik-bilik Khas Puan Ooi Gaik Ean
Encik Mohd Firdaus bin Azmar
Guru subjek
4.35 – 5.30 petang PdPc seperti biasa dalam bilik darjah

5 APRIL 2022 (SELASA)

6
Masa Slot Taklimat Penyelaras Slot
1.10 – 1.30 petang Taklimat Pusat Sumber Sekolah Cik Rosmarini Mat Adnil@ Mat
Adnan
1.30 – 2.15 petang Taklimat Bimbingan dan Puan Ooi Gaik Ean
Kaunseling dan Motivasi
2.15 – 2.40 petang Taklimat Koperasi Sekolah Cik Nor Azura binti Che Mohd Zin
2.40 – 3.05 petang Taklimat SPBT Puan Halimatun Sa’diah binti Mat
Tahir
3.05 – 3.25 petang REHAT

3.25 – 3.50 petang Latihan Nyanyian Lagu Encik M. Khairul Hakimi


Sekolah
3.50 – 5.30 PdPc seperti biasa dalam bilik darjah

12.0 ANGGARAN KOS

ITEM HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM)


3 set mini hamper RM 30.00 RM 90.00
40 batang pen RM 4.00 RM 160.00
Jumlah besar RM 250.00

13.0 PENUTUP

Semoga Program Orientasi yang dijalankan ini dapat memberi kesan positif terhadap murid-murid
baharu dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah menengah. Selain
itu, peningkatan pencapaian sekolah akan dapat dipertingkatkan dan melahirkan modal insan yang
berdisiplin dan berpengetahuan.

7
Disediakan oleh,

___________________________
(En. Mohd Firdaus bin Azmar)
Penyelaras
Program Orientasi Tingkatan Satu 2022.
SMK Seri Sentosa

Disemak oleh,

___________________________
(Pn. Fuziah binti Mat Yakop)
Penolong Kanan Petang
SMK Seri Sentosa

Diluluskan oleh,

___________________________
(Pn Nor Aziah Binti Mahat )
Pengetua
SMK Seri Sentosa

Anda mungkin juga menyukai