Anda di halaman 1dari 1

Society of Petroleum Engineer UiTM Student Chapter (SPE-UiTM SC)

Fakulti Kejuruteraan Kimia,


Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA

Rujukan kami : 500-FKK (HEP 16/2/2)


Tarikh : 2 Mei 2015

Dr Nornizar Anuar
Timbalan Dekan (Akademik)
Fakulti Kejuruteraan Kimia
UiTM Shah Alam.

Puan

MEMOHON KEBENARAN PENGECUALIAN KULIAH BAGI PROGRAM FUTURE PETROLEUM ENGINEERS


FORUM (FPEF) 2015

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa 8 orang pelajar dari SPE UiTM Student Chapter atau juga dikenali
sebagai Oil and Gas Engineering Student Society (OAGSS) di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia akan menyertai
satu program anjuran China University of Petroleum Beijing (CUPB) iaitu Future Petroleum Engineers Forum
(FPEF) 2015. Berikut adalah butiran program.

Tempat : China University of Petroleum Beijing (CUPB)


Tarikh : 20 hingga 26 Mei 2015
Bilangan pelajar : 8 orang

3. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh SPE CUPB Student Chapter yang
merangkumi pelbagai program seperti pertandingan, persidangan dan forum bertindak sebagai satu platform
kepada para mahasiswa dari pelbagai negara untuk mencabar diri mereka dalam pertandingan di peringkat
antarabangsa dan berkongsi pandangan mengenai halatuju pelajar dan persatuan. Program ini berorientasikan
akademik dan merupakan platform yang terbaik bagi mahasiswa untuk menaikkan lagi nama baik FKK di
persada antarabangsa serta meluaskan pengetahuan mereka terhadap industri minyak dan gas.

4. Sehubungan dengan itu, 8 orang pelajar dari Kejuruteraan Minyak dan Gas akan mewakili Fakulti
Kejuruteraan Kimia seterusnya Universiti Teknologi MARA di dalam program ini. Dilampirkan senarai nama
pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia yang terlibat di Lampiran A.

5. Diharapkan dengan kebenaran daripada pihak tuan akan dapat melancarkan lagi program ini. Segala
perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami sanjungi dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Yang benar,

NUR DIYANA ZAKUAN


Pengarah Program
UiTM Delegates
FPEF 2015
No tel : 019-6660670

s.k. 1. Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia


2. Timbalan Dekan (HEP) Fakulti Kejuruteraan Kimia
3. Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Minyak dan Gas

Anda mungkin juga menyukai