Anda di halaman 1dari 14

Bilangan Jurnal : Ke-2

Minggu Praktikum : Kedua


Tarikh Peristiwa / : 4 Februari 2016
Kejadian : Masalah Pengurusan Masa
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (4 Februari 2016) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat bagi kelas
3 Ibnu Sina sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak
dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif,
khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu
ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang
agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil
perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar
dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah
seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa
yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.
b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

Internal
c) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa
hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke- 3


Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / : 16 Februari 2016
Kejadian : Masalah Tingkah Laku
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Setelah beberapa minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, saya masih terdapat segelintir murid kurang memberi
tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan
tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan
di sebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan
guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan
guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal.

Internal
2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali terganggu
akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru
dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid
untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-
murid yang kurang berminat untuk belajar. Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah
banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak
kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak
diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di
antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk
memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi.
b. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas
interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:
c. guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
d. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Internal
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke - 5
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / : 22 Februari 2016
Kejadian : Tidak mengikut arahan dan membuat masalah tingkah
Tajuk Jurnal laku

1. Masalah / Peristiwa

Saya mengajar di kelas 3 Ibnu Battuta untuk subjek Dunia Seni Visual . Sepanjang
seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang murid yang agak nakal.
Mereka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan yang diberikan oleh saya. Selain itu,
mereka kadang-kadang mengganggu rakan-rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang
saya berikan. Oleh itu, saya telah menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali terganggu
akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru
dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid
untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi
kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering
membuat masalah tingkah laku mempengaruhi rakan yang lain.

Internal
3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual dengan
murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b. Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid bila mana
bertemu dengan mereka.
c. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa dihargai. Apabila
mereka mesra dan baik dengan saya, mereka akan merasa malu untuk berkelakuan yang negatif.
Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan
berkurangan.
d. Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan berkongsi masalah
yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut/
e. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada murid-murid supaya
hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang tertentu.
f. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu perkembangan kanak-
kanak
g. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin dapat dikenal
pasti punca mereka berkelakuan tertentu.
h. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak terus
berkelakuan negatif.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal : Ke- 6


Minggu Praktikum : Kelima
: 1 Mac 2016

Internal
Tarikh Peristiwa / : Masalah Kebersihan
Kejadian
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid. Murid-murid
tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak
mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid
tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid
akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan
murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka
akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.

2. Analisis

Kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan
terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan
harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata
masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid
sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya
hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-
murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan
menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian
murid-murid menimba ilmu pengetahuan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.

Internal
b. Guru hendaklah menunjukkan penampilan diri yang kemas.
c. Sentiasa menegur kesalahan dan memperbetulkan.
d. Menjadikan murid yang kemas sebagai contoh kepada rakan lain.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke- 7


Minggu Praktikum : keenam
Tarikh Peristiwa / : 7 Mac 2016
Kejadian : Tidak mengangkat tangan semasa menjawab
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Saya menjalani praktikum fasa 2 di SK Taman Midah 2. Untuk praktikum fasa ini saya
akan mengajar subjek major iaitu Dunia Seni Visual dan Bahasa Melayu. Saya mendapati murid-
murid dalam kelas 3 Ibnu Battuta sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa
mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk
menjawab soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis

Internal
Kelas ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang kurang cemerlang
pencapaian akademik. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila
hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam
kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini
dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya
hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih
dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau tegas
terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada guru. Selain itu, mungkin
guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk mengangkat tangan dahulu
sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa mereka
tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan. Selain itu, murid-murid mungkin
merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut
sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.
b. Saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid
iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu.
c. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya
murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan dendaan.
d. Memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki guru,
setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu akan mendapat
ganjaran sejurus selepas itu.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

Internal
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik
adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan
tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal : Ke-8


Minggu Praktikum : Ketujuh
Tarikh Peristiwa / : 21 Mac 2016
Kejadian : Masalah Murid Pasif
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (21 Mac 2016), saya menghadapi masalah murid pasif bagi kelas 3 Ibnu Battuta. Kali ini
saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya di
dalam aktiviti Dunia Seni Visual. Masalah yang sangat ketara kerana hanya terdapat pada seorang
murid perempuan yang akan cuba mengelakkan diri daripada membuat aktiviti.

2. Analisis masalah
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah berbanding
dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke hadapan menjadi punca
masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan rasa rendah diri dan tidak memiliki keyakinan diri yang
mantap untuk melakukan aktiviti yang dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka
menyebabkan mereka mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Internal
a. Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasikan murid agar
dapat menanam keyakinan dalam diri mereka dan berani untuk melakukan aktiviti Dunia
Seni Visual

b. Saya juga harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan. Ini akan memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. “Menurut Skinner, peneguhan positif ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini
diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti
memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu.

c. Saya akan merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh penyelesaian/ Tindakan susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Ketika berlakunya pengajaran
dan pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan kelakuan murid-murid, agar murid-
murid yang lemah tidak terus ketinggalan dan tidak merasai keseronokan untuk belajar.

Internal
Bilangan Jurnal : Ke-10
Minggu Praktikum : Kesembilan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 5 April 2016
Tajuk Jurnal : Murid tidak berminat dengan set induksi guru

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan
kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka
bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan
secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan
dalam kumpulan dengan baik.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan
perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang
pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang
kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak
sama taraf dengan mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan
ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.
b) Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang ada
dapat dirapatkan.
c) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap
bekerjasama antara ahli kumpulan.
d)
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat bergaul
mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-

Internal
membantu dalam proses pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau
aktiviti.

Bilangan Jurnal : Ke-11


Minggu Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 April 2016
Tajuk Jurnal : Masalah murid bersikap malas

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid menunjukkan sikap malas
dan ini adalah berkaitrapat dengan hal disiplin. Apabila guru meminta murid untuk menyiapkan
kerja sekolah dan meminta mereka untuk terus menghantar sebelum tamat waktu pdp mereka tidak
menyiapkan tugasan mereka dan memberikan alasan yang pelbagai agar dapat mengelak daripada
penghantaran kerja sekolah yang guru beri.

2. Analisis
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa membuat kolaj di dalam
kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan oleh guru bukan sahaja tidak
mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid
tidak berminat untuk meneroka teknik, kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan
serta merumitkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi kefahaman
kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah
senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik
mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik.
b) Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Menyatakan pada
mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik untuk kepuasan diri mereka
sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.

Internal
c) Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas dari guru-
guru yang lain dan rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan
aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik dan penghasilan tugasan
serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid seperti memupuk nilai menepati masa
seperti yang telah diperuntukkan.

Bilangan Jurnal : Ke – 12
Minggu Praktikum : Kesebelas
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 April 2016
Tajuk Jurnal : Kekurangan Pengalaman / Pengetahuan sedia ada

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah saya kekurangan pengalaman dan
juga pengetahuan sedia ada dari segi teknikal.

2. Analisis
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian teknik yang ada
dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar mengenali dan menerokai
teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses
penghasilan karya didapati murid agak sukar (lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan
satu per satu langkah dengan terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid
dilakukan. Hasilnya juga kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap
pembelajaran murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia ada pada
murid.

Internal
b) Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan karya.
Pada P&P saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan karya bagi satu
per satu teknik dengan terang, jelas dan dapat difahami oleh murid. Semasa proses
penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid menghasilkan teknik
dengan betul.
c) Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih
menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan menjadikan murid
ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid menjadi rendah sedangkan tahap
/ pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih baik.

Internal

Anda mungkin juga menyukai