Anda di halaman 1dari 3

PENYATAAN

PROFESSIONAL
SEMASA
PRAKTIKUM

Setelah empat minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya
perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan
dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya
upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum
ini. Tempoh praktikum yang berbaki 2 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih
banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan,
pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh
praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya
semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat
menguruskan semua tugasan dengan konsisten.

Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik
yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid
berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar murid-murid pemulihan dan LINUS
tegar mempunyai tahap keyakinan diri agak rendah. Justeru, dengan perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka
menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.

Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak kosong bagi
subjek saya. Saya juga sedar, jika mereka gagal untuk mengenal Iqra pada masa sekarang,
maka kemungkinan besar untuk mereka buta al-Quran suatu hari nanti adalah sangat besar
potensinya. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan
mereka pulang dengan mengingati huruf yang mereka dengar dari mulut saya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran walaupun dengan satu huruf sekalipun.

Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat
persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar
dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan
pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan
perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last
minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat melatih
saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya sedar, saya
agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba
sedaya upaya saya.

Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan
dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana kelas saya dilengkapi dengan komputer, pembesar suara,
papan sesentuh elektronik dan mesin OHP bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar
mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang
menarik serta logik di samping berkaitan dengan isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai