Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN SATU 2018

TAJUK PROGRAM

Program Orientasi dan Transisi Tahun Satu 2018

MATLAMAT

 Mendedahkan bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar.


 Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal sekolah yang perlu mereka
ketahui.

OBJEKTIF

 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan


supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.
 Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan membawa mereka
bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat
sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik khas.
 Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu
mereka ketahui bagi mereka yang anak-anak baru melangkah ke alam persekolahan
demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta
untuk kebaikan bersama.

ANJURAN

 Unit Bimbingan dan Kaunseling & Penyelaras Tahun 1

SASARAN

Program ini diadakan khas untuk murid-murid Tahun Satu yang akan memulakan sesi
persekolahan mereka pada tahun 2018.

TEMPAT

Kelas Tahun Satu


PERINGKAT PELAKSANAAN

 Program peringkat sekolah ini akan diadakan pada hari Selasa, 26 Disember 2017
bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi.
 Program ini akan melibatkan kerjasama dari semua guru Sekolah Kebangsaan Teluk
Kepayang.

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran 2

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat membantu murid baru tahun satu mengenali lebih dekat dengan
suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah. Ia juga diharapkan dapat membina murid
yang berdikari dan mempunyai perkembangan mental dan fizikal yang sihat.

Disediakan oleh :

…………………………………………
(Cik. Yuvarani a/p Subramaniam)
Penyelaras Program Orientasi dan Transisi tahun 1/2018,
Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang.

Disahkan oleh :

……………………………………..
(EN. AHMAD KAMAL BIN ABDUL KHALIP)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang.
SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK KEPAYANG
32600 BOTA, PERAK

KERTAS KERJA
PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI TAHUN 1
2018

TARIKH:
26 DISEMBER 2017 (SELASA)

TEMPAT:
KELAS TAHUN 1

Anda mungkin juga menyukai