Anda di halaman 1dari 2

WACANA DAN PENANDA WACANA Wacana 1 Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.

2 Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. 3 Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Penanda Wacana 1 Penanda wacana digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. 2 Terdapat lima jenis penanda wacana sekurang-kurangnya dalam bahasa Malaysia, iaitu: (a) penanda penghubung (b) penanda rujukan (c) penanda penggantian (d) penanda leksikal (e) penanda pengguguran Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana, dan dapat dibahagikan kepada empat jenis: (a) penghubung tambahan (b) penghubung tentangan (c) penghubung musabah (d) penghubung tempoh dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping, selanjutnya tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun, kerana, oleh sebab itu, oleh itu, dengan itu, maka itu, mungkin pertama, kedua, seterusnya, kemudian, selepas itu, selanjutnya, maka, akhirnya

Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Setelah berusaha dengan sungguh-sungguh, akhirnya Badaruddin berjaya menyiapkan projek itu. (b) Rama telah ponteng kerja selama hampir tiga minggu tanpa sebarang sebab. Oleh itu, majikannya telah mengambil keputusan untuk memberhentikannya. (c) Adnan pergi ke Subang pada sebelah pagi. Kemudian, dia pergi ke Kelang pada sebelah petangnya. (d) Hassan sakit perut. Oleh sebab itu, dia tidak pergi ke sekolah. (e) Karim tidak dapat memenuhi amanat arwah ayah. Mungkin dia ada sebab tertentu yang tidak diketahui orang lain. (f) Awie suka tidur pada waktu petang, lebih-lebih lagi kalau cuaca sejuk atau dingin. (g) Kah Tit menghadapi persaingan yang hebat. Namun begitu, dia mahu meneruskan perniagaannya. 4 Penanda rujukan ialah kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, dan ketiga) dan kata ganti nama tunjuk (ini, itu, sini, sana, dan situ) yang digunakan bagi merujuk kepada perkataan atau frasa lain. Contoh penggunaannya dalam ayat: Ayat (a) Saya, Ramli, dan Johar pergi ke bandar. Kami menaiki bas ke sana. (b) Kita tidak harus mengamalkan perbuatan mengambil rasuah kerana perbuatan itu adalah salah dari segi undang-undang. Penanda rujukan Kami sana itu untuk menggantikan Saya, Ramli, dan Johar bandar mengambil rasuah

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Penanda penggantian ialah frasa nama, frasa kerja, atau klausa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Contoh penggunaannya dalam ayat: Ayat (a) Pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di bandar besar. Pihak berkuasa harus bertindak untuk mengatasi gejala ini. (b) Mereka berkata bahawa saya tidak akan lulus dalam ujian itu. Bahawa mereka beranggapan demikian tidaklah menghairankan saya. Penanda penggantiann gejala ini(frasa nama) mereka beranggapan demikian (klausa) untuk menggantikan Pembuangan bayi Mereka berkata bahawa saya tidak akan lulus dalam ujian itu.

Penanda leksikal melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata, iaitu pengulangan kata yang sama, pengulangan sinonim, pengulangan hiponim, dan pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi). Contoh penggunaannya dalam ayat: Jenis pengulangan kata yang sama sinonim hiponim kolokasi Ayat contoh Saya berjabat tangan dengan pegawai itu. Adik saya juga berjabat tangan dengan pegawai itu. Saya mendapati peragawan itu sangat kacak. Kawan-kawan saya juga bersetuju bahawa peragawan itu amat tampan. Penjaja itu menjual pelbagai jenis makanan ringan; ada keropok, kerepek, kacang, dan biskut. Perhijrahan penduduk dari desa ke bandar disebabkan oleh faktor tarikan dan faktor tolakan.

Penanda pengguguran melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Contoh penggunaannya dalam ayat: (a) Pekerja tetap akan mendapat bonus dua bulan. Begitu juga pekerja kontrak. (b) Kawan-kawan saya menyertai Persatuan Sains. Saya juga turut serta.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2009

Ideal Bahasa Malaysia Tahun 3

Anda mungkin juga menyukai