Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Senario Perkembangan Kurikulum Bahasa Melayu Pada Masa Kini

Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan murid-murid masyarakat, negara dan antarabangsa. Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaikbaiknya.

Terdapat banyak perubahan dan perkembangan dalam kurikulum Bahasa Melayu pada masa kini contohnya, kredit Bahasa Melayu menjadi syarat lulus SPM. Cadangan mewajibkan pelajar lulus di peringkat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) sebagai syarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat wajar dilaksanakan. Ia tidak sukar dilaksanakan dan tidak membebankan pelajar kerana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia mahir menguasai bahasa Melayu. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang bersetuju dengan cadangan mewajibkan calon SPM perlu lulus Bahasa Inggeris jika kerajaan memenuhi lapan tuntutan mereka. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang turut menyokong cadangan itu yakin langkah tersebut akan meningkatkan mutu dan prestasi pelajar menguasai mata pelajaran itu. Bahasa Melayu juga akan dapat dimartabatkan ke tahap lebih baik sekiranya langkah ini dilaksanakan. Selain itu, isu masa kini yang berkaitan dengan kurikulum Bahasa Melayu adalah seperti isu mengembalikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Walaupun isu ini telah lama dibincangkan dan akan dilaksanakan pada awal tahun 2012, namun ia masi hangat diperkatakan
1

dan sering dibahaskan oleh para cendekiawan masa kini. Hal ini dapat disifatkan sebagai satu langkan yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa ibunda kita. Pemansuhan PPSMI ini juga akan digantikan dengan dasar baru iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Pelaksanaan dasar baru itu diharap berjaya dan memberi manfaat kepada semua. Paling penting MBMMBI mampu merealisasikan cita-cita kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan negara. Keputusan kerajaan untuk mengkaji mempercepatkan pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011, berbanding cadangan asal pada 2012 mampu membela nasib pelajar sekolah rendah yang sebelum ini keciciran berikutan subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Di samping isu pemansuhan PPSMI di atas, Kementerian Pengajian Tinggi akan mewajibkan kesemua 65,000 pelajar asing di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) mengambil subjek bahasa Melayu bagi membolehkan mereka memahami budaya setempat sekali gus mengembangkan bahasa tersebut. Kehadiran para pelajar asing di negara ini merupakan satu peluang untuk menambah bilangan penutur bahasa Melayu di dunia. Dalam konteks ini, Jabatan Bahasa Melayu dan Akademi Pengajian Melayu dalam universiti awam dilihat boleh membantu usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu. Jabatan-jabatan tersebut perlu mempunyai sasaran agar menjadi pusat perkembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, sama ada melalui penyediaan guru bahasa untuk memenuhi keperluan pelajar asing mahupun menjayakan program mobiliti pensyarah bahasa Melayu untuk mengajar. Kejayaan dasar itu di negara ini telah dilaksanakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak lebih 20 tahun sehingga memungkinkan pelajar dari luar negara di universiti itu dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat setempat, serta dapat menghayati budaya di negara ini.Sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing sebenarnya telah pun disiapkan, pada waktu itu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dengan bantuan pakar-pakar bahasa, semasa hal ehwal pengajian tinggi masih di bawah Kementerian Pendidikan.

Antara senario lain perkembangan kurikulum Bahasa Melayu iaitu seperti menambah waktu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT. Ini bertujuan bagi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara dalam kalangan murid-murid yang berbangsa Cina dan Tamil. Namun, pelaksanaan ini mungkin akan dipertikaikan oleh pihak SJKC dan SJKT berikutan dengan perubahan ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah mengatakan bahawa tempoh pengajaran bagi Bahasa Melayu telah ditambah kepada 330minit daripada 270minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT) untuk Sekolah Kebangsaan (SK) pula,ianya akan kekal pada 240 minit seminggu. Selain itu, perkembangan kurikulum Bahasa Melayu juga dapat dilihat dengan pelaksanaan menggunakan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan komputer sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran bahasa telah lama diperkatakan dan dilaksanakan di luar negara. Istilah yang sering digunakan ialah CALL (Computer Aided Language Learning) atau Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK). Namun pendekatan ini banyak digunakan bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Pendekatan ini masih kurang dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Justeru beberapa kaedah untuk merealisasikan PBBK dibincangkan antaranya penggunaan perisian pemprosesan perkataan, multimedia dan web. Beberapa dapatan berkaitan keberkesanan PBBK menunjukkan bahawa murid yang menggunakan komputer sebagai bahan bantu pembelajaran mereka dapat memahami dengan lebih cepat serta mampu meningkatkan motivasi mereka dalam pelajaran. Masa kini juga, banyak bahan-bahan bacaan disediakan dalam Bahasa Melayu bertujuan mambantu dan menggalakkan penggunaan bahasa ini sebagai bahasa penghantar di sekolah dan dipraktikkan dalam bahan bacaan murid-murid. Pengenalan kepada seni bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran juga adalah satu perkembangan kurikulum Bahasa Melayu. Seni bahasa yang dimaksudkan ialag seperti bercerita, drama, nyanyian, puisi, bahas, syarahan, pengucapan awan dan banyak lagi. Kesemua aktiviti seni bahasa ini dapat dilakukan keyika proses Pengajaran da Pembelajaran bagi manarik minat murid, membiasakan mereka dengan aktiviti seni, sekali gus menaikkan tahap keyakinan diri.
3

2.0 KON PENGALAMAN DALE

Abstrak

Konkrit
Rajah 1: Kon Pengalaman Dale 4

Dale (1946) telah mengemukan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut sebagai Cone of Experience (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada sukar kepaa yang lebih mudah iaitu konkrit kepada abstrak. Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan penguasaan pelajar. Konsep ini disikong oleh Heinich, Molenda dan Russel (1989). Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan teknologi moden dalam pengajaran dan pembelajaran akan memaksimakan penguasaan pelajar dalam sesuatu topik. Kon Pengalaman Dale oleh Egar Dale,(1946), membahagikan pengalaman pembelajaran kepada 3 peringkat iaitu peringkat penglibatan, peringkat pemerhatian dan peringkat persimbolan, ia bermula dari konkrit ke abstrak. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza. Peringkat yang pertama ialah penglibatan. Di sini kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar menjadi tapak di mana ia dimulakan dengan penglibatan pelajar itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman tiruan atau pengalaman melalui lakonan atau drama. Contohnya dalam pengajaran sains, bahan yang maujud seperti tumbuhan atau haiwan kecil yang boleh dijadikan sebagai mediapengajaran. Pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran di mana mereka boleh merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancainderamereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menjadikan proses pembelajaran merekalebih bermakna dan berkualiti.

Pengalaman konkrit ini akan semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian, pelajar bertindak sebagai pemerhati di mana peristiwa sebenar dibuat dalam bentuk lawatan, tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen dan gambar kaku seperti filem. Pengajaran berbentuk multimedia ini masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam memahami konsepkerana aktiviti yang dijalankan masih lagi berpusatkan pelajar.
5

Peringkat penglibatan dan pemerhatian ini dikatakan sebagai Slow but Sure kerana iasesuai bagi mencapai objektif pembelajaran yang kandungan amat sikit atau tidakdiketahui pelajar. Penggunaan media yang sesuai dengan objektif pembelajaran sepertiCD, video dan multimedia interaktifsangat berkesan dalam mewujudkan persekitaranpembelajaran yang positif. Namun begitu, proses penyediaan peralatan ini mungkinmengambil masa yang agak lama dan kos yang lebih mahal.

Seterusnya, Kon Pengalaman Dale telah mengatakan bahawa peringkatpersimbolan adalah peringkat yang paling abstrak. Pelajar akan mengalami pengalamanyang abstrak di mana merekamentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran yang tradisi yang mana amatmengutamakan teks. Peringkat ini dikatakan sebagai Fast but Risky kerana segala perancangan yang dirancang sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun ada risikonya. Pelajar mungkin akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep abstrak tersebut. (Edgar Dale, 1946).

Teori pembelajaran manusia yang dikenali sebagai Kon Pengalaman Dale initelah mengubah tanggapan dan persepsi ahli pendidikan tentang kepentingan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja boleh digunakandalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman sedia ada pelajar malah membantu guru dalam pemilihan dan penyediaan media pengajaran yang sesuai dan berkualiti.

3.0 RUJUKAN
Wan Zah Wan Ali, Ramlah Hamzah, & Rosini Abu. (2009).HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Yusuf Hashim (1997).Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd. http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?sec=Isu_Semasa

4.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai