Anda di halaman 1dari 18

PPSMI : BERKUBUR ATAU BERKEMBANG MEKAR?

Pada 13 November 2008 , penulis telah pergi ke salah sebuah sekolah di luar bandar. Tujuan penulis hendak menghadiri majlis konvokesyen anak penulis yang belajar di pra sekolah.Ya, memang penulis tinggal di luar bandar , anak-anak penulis pun bersekolah di luar bandar.Cuma penulis bekerja di bandar yang jaraknya lebih kurang 25 km daripada rumah penulis . Untungnya penulis kerana penulis dapat juga berada di kedua -dua tempat dalam jarak waktu yang dekat. Apa yang cuba penulis nyatakan di sini adalah penulis beruntung kerana berpeluang untuk merasai pengalaman bergaul dengan rakan-rakan di bandar dan rakan-rakan di luar bandar. Masingmasing mempunyai pendirian dan pandangan yang berbeza. Tanpa dirancang, selepas sahaja majlis tersebut selesai, serahan slip keputusan UPSR 2008 daripada para guru kepada murid-murid Tahun 6 telah diadakan dalam dewan yang sama. Sebenarnya dalam 30 minit sebelum keputusan diketahui, penulis telah dimaklumkan bahawa anak saudara penulis yang juga bersekolah di sekolah yang sama telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A. Tentunya bangga adik penulis yang malam sebelumnya tidak dapat tidur lena kerana risau memikirkan keputusan yang bakal diterima anaknya. Katanya, takut akan keputusan mata pelajaran Sains dan Matematik. Anaknya merupakan kumpulan murid pertama keluaran hasil PPSMI. Mungkin adik penulis dapat berbangga akan keputusan anaknya tetapi apakah perasaan ibu bapa murid-murid yang lain? Penulis dimaklumkan pada tahun 2008, hanya 3 orang pelajar di sekolah tersebut yang mendapat 5A berbanding 10 orang yang mendapat keputusan yang sama pada tahun 2007. ( Bilangan murid cemerlang di luar bandar memang sedikit berbanding keputusan murid-murid yang belajar di bandar). Agak pelik juga kerana guru-guru dilarang untuk mengumumkan nama dan bilangan pelajar yang mendapat 5A. Alasan yang diberi ialah itu arahan Guru Besar. Hal ini tentunya membuatkan penulis kehairanan. Tahun sebelumnya, hal tersebut tidak pula menjadi larangan. Cakap -cakap yang penulis dengar ialah ramai murid tidak mendapat 5A kerana memperoleh B dalam mata pelajaran Sains. Benar atau tidak , penulis tidak dapat mengesahkannya. Lanjutan daripada hal itu, penulis merasa tertarik untuk mengupas isu PPSMI dengan lebih lanjut. Sebelum keputusan UPSR dikeluarkan, pernah penulis dengar telahan rakan -rakan yang bekerja di bandar bahawa keputusan UPSR pada tahun ini pasti akan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Telahan ini dibuat dengan alasan PPSMI ingin dilanjutkan oleh Kementerian Pelajaran. Oleh itu, mereka yakin, untuk menunjukkan PPSMI berjaya keputusan UPSR tahun 2008 pasti dipolitikkan . Gred lulus pasti direndahkan bagi memastikan peratusan murid lulus dan peratusan 5A akan meningkat. Sama ada itu merupakan tomahan atau realiti, penulis tidak tahu. Yang pasti, telahan rakan-rakan penulis bahawa keputusan UPSR tahun 2008 meningkat ternyata benar. Mung secara kin segalanya secara kebetulan. Hakikat yang sebenarnya hanya Allah yang mengetahuinya. Sebelum itu juga, penulis ada mendengar rungutan dan keluhan ibu bapa yang anaknya terlibat secara langsung dalam PPSMI dan keluhan guru-guru Sains dan Matematik terhadap PPSMI. Ada guru yang masih menghadapi kesukaran mengajar dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada latihan diberikan kepada guru untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris guru -guru berkenaan tetapi masih belum benar-benar berjaya. Rakan penulis yang mengajar Biologi menolak untuk mengajar Tingkatan Enam dan peluang kenaikan pangkat lantaran berasa rendah diri dan tidak yakin mengajar pelajar Pra-U atas alasan ketidakmampuannya menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Situasi guru-guru Sains dan Matematik yang mencampuradukkan pengajaran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sudah menjadi perkara biasa. Alasan yang diberi ialah pelajar sendiri meminta guru untuk diterangkan dalam bahaa Melayu kerana tidak faham penerangan guru dalam bahasa Inggeris

Ketidakpuasan hati guru-guru yang tidak mengajar mata pelajaran tersebut turut didengari oleh penulis. Rakan-rakan yang mengajar Sains ada Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan kemudahan komputer riba dan insentif sedangkan beban tugas yang terpaksa ditan ggung adalah sama. Begitu juga dengan insentif yang diterima oleh guru Bahasa Inggeris. Rungutan guru lain mengatakan guru guru bahasa Inggeris yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai bahasa Inggeris sehingga tercetusnya PPSMI pada tahun 2003, namun sebaliknya mereka pula diberi imbuhan yang lebih. LATAR BELAKANGAN PPSMI Sebelum isu PPSMI terus kita bincangkan lagi, penulis rasa wajar untuk penulis menerangkan dengan lebih lanjut tentang PPSMI. Sebenarnya, PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan T ingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan keran kebiasaan a dengan bahasa Inggeris (wikipedia.com). Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik dalam kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. (Portal Rasmi KPM) GOLONGAN YANG MENENTANG PPSMI Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid -murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Menurut Datuk A Aziz Deraman dalam artikelnya PPSMI: Ke Manakah Selepas UPSR 2008?, seawal tahun 2002 (sebelum PPMI dilaksanakan) , terdapat bantahan dan teguran daripada kalangan para pejuang bahasa, pemikir, budayawan, sarjana dan pendidik. Mereka yakin kelemahan penguasaan BI patut diperbaiki melalui aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa itu bukan denga n mengorbankan subjek yang begitu penting. Sebenarnya masalah penguasaan Bahasa Inggeris ada kaitannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Isunya adalah keupayaan mempelajari, menguasai dan menggunakan BI dengan baik. Sesungguhnya tidak ada seorang pun pejuang bahasa menentang pembelajaran Bahasa Inggeris. Bahkan mereka mahukan beberapa bahasa utama dunia ikut diajarkan. Soalnya kaedah. Apakah pembangunan negara dan pembinaan bangsa kita itu mesti diacuankan melalui bahasa asing, sebab bahasalah yang akan mencorakkan kehidupan kebudayaan bangsa pada masa depan?

Dalam kes bantahan ini, soal semangat kebangsaan Melayu bukan isu yang ditimbulkan. Juga tidak ada pandangan yang menuduh mereka yang cintai BI itu bermakna kurang semangat nasionalisme. Apa yang dipertahankan oleh para pejuang dan pendidik adalah soal ilmu, betapa berkesannya kalau diajar dalam bahasa sendiri. Manakala kelemahan Bahasa Inggeris sebagaimana yang didakwa itu seharusnya diselesaikan melalui kaedah pengajaran dan pendidikanbahasa, bukan dalam melalui subjek yang lain. Anak-anak Inggeris, Australia, New Zealand atau di Amerika sekalipun, tidak semuanya pandai sains dan matematik walhal diajar dalam bahasa mereka sendiri. Maknanya antara tujuan memperoleh ilmu dengan menguasai bahasa ada perbezaan yang nyata. Bagi pejuang bahasa, jika pun PPSMI tidak gagal sekalipun, mungkin kita akan menemui kegagalan dalam mencorak tamadun bangsa dan tradisi keilmuan dalam bahasa sendi ( klikdbp: berita harian) Persatuan Linguistik Malaysia Dan Kumpulan Prihatin ,ABIM dalam artikel Menolak Usaha PPSMI di peringkat sekolah hinggakan IPT ternyata dengan terang-terang menolak penerusan PPSMI. Menurut mereka , hakikatnya kini PPSMI bukan hanya melibatkan dua mata pelajaran sahaja tetapi sejak dilaksanakan pada 2003, ternyata bahawa sebenarnya kini lebih 80% kursus di sekolah menengah dan IPT telah diajar dalam bahasa Inggeris. Mereka meminta supaya kajian yang lebih jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP dalam Siri Bicara Bahasa Bil.15, 2002 terbitan PLM & DBP dirujuk dan diberi perhatian. Kajian tersebut menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dar keluarga yang i berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti. Tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukan dengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. (12 September 2008) Terbaru, tentangan terhadap PPSMI juga dibuat oleh Tun Abdul Rahman Yaakob . Dalam artikel Ajar Sains, Matematik dalam BM di akhbar Utusan bertarikh 13 November 2008, beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak dari 1970 hingga 1981 dan Yang Dipertua Negeri Sarawak selama lima tahun bermula 1981 serta juga bekas Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab melaksanakan sistem pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada tahun 1970, berkata kedudukan Bahasa Malaysia (BM) akan terus terpinggir sekiranya subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris (BI). Bahasa Malaysia patut dikembalikan menjadi bahasa pengantar bagi meningkatkan peranan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan negara. Pendapatbeliau diutarakan selepas menyampaikan ceramah pada Wacana Ilmu: Pembangunan Pendidikan Di Sarawak. Menurut beliau lagi, isu yang membabitkan pendidikan negara perlu diserahkan kepada pakar pendidikan untuk merancang sementara tugas ahli politik adalah menerima segala cadangan sebelum sesuatu dasar pendidikan diperkenal dan dilaksanakan. Sekiranya sesuatu keputusan berkaitan sistem pendidikan negara dibuat oleh golongan bukan benar -benar pakar dalam bidang tersebut, ia mungkin gagal mencapai objektif yang dikehendaki. Semasa ceramahnya yang dianjurkan Institut Aminudin Baki itu, Abdul Rahman menyatakan bahawa tindakan menggunakan BI merupakan tindakan mundur ke belakang dan bukan ke depan. KAJIAN KESAN PELAKSANAAN PPSMI Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh sebelas pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina dalam kalangan murid-murid.

Malah, memorandum tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Laporan berkenaan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries yang dikarang oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan lagi kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Saharamendapati bahawa jika bahasa perantara bukan bah asa ibunda, lebihlebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi tambahnya kemungkinan keciciran bertambah.(wikipedia.com) Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris menerbitkan hasil kajian Kesan Dasar Pengajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Rendah mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua -dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Inggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003. Dalam kajian tersebut, lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua -dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka tidak faham atau kurang faham pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka sukar ataun agak sukar mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan menyelesaikan masalah. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. Dapatan dari kajiankajian ini cuba memperlihatkan bahawa objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai malah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar. Melalui kajian ini, disyorkan Kerajaan mengkaji semula dasar PPSMI ini dan mengguna semula Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains sekolah rendah dan menengah, kerana guru dan pelajar sudah pun mahir untuk belajar dalam bahasa kebangsaan. Ia akan mengukuh pembelajaran asas Matematik dan Sains di peringkat awal lagi. Untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris, peruntukan masa untuk pengajaran -pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah perlu ditambah. Kaedah alternatif pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris perlu digalakkan dan diguna untuk murid berlainan kebolehan, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar. Bahan bacaan dari pelbagai bidang seperti sastera, sains dan teknologi, sejarah dan geografi boleh diguna dalam pelajaran Bahasa Inggeris untu membina kecekapan k pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Inggeris secukupnya, supaya mereka dapat mengakses maklumat yang kaya dalam sains, teknologi, sastera dan sains social (April, 2008) REAKSI SELEPAS KEPUTUSAN UPSR 2008 DIUMUMKAN Isu PPSMI menjadi lebih hangat lagi apabila keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan pada 13 November 2008. Semua orang ingin mengetahui prestasi 518,616 calon menduduki UPSR tahun 2008 lantaran mereka adalah kumpulan pertama yang terbabitdalam PPSMI sejak Tahun Satu. Seramai 46,641 atau 9.2% daripada 518,616 calon (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom berkata, keputusan tersebut adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya. Beliau berkata, Gred Purata Kebangsaan (GPK) untuk tahun ini juga bertambah baik pada pointer 2.36 berbanding purata 2.39 untuk tempoh lima tahun lepas." (Utusan 13 November 2008)

Dalam melihatkan kejayaan keputusan UPSR yang meningkat, kita dikejutkan pula dengan berita dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun telah melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di Beaufort dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid. Pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah sekolah yang terdapat di Beaufort.sekolah lain yang turut mengalami kemerosotan ialah SK Jabang yang hanya seorang yang lulus, SK Bentuka (2), SK Blah Batu 65 (3), SK Karangan (2), SK Nukahan (2) dan SK Kota Klias (4). (Utusan 28 November 2008) Keputusan UPSR 2008 tetap ditunggu lantaran UPSR 2008 dianggap sebagai penanda aras keberkesanan PPSMI dan penentu penerusan atau tidak PPSMI oleh kementerian pelajaran walaupun sebelum keputusan keluar Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa keputusan kerajaan berhubung pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah tidak akan dibuat semata-mata berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Menurutnya lagi, kementerian perlu mengumpul semua pendapat dan cadangan dan berharap mencapai konsensus berhubung perkara ini. Mereka juga perlu meneliti kesan sistem itu antaranya terhadap sekolah di bandar dan luar bandar, terhadap berbilang kaum dan juga sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Pihaknya mahu mengumpul sebanyak mungkin maklumat dan maklumbalas bagi mencapai satu keputusan yang baik yang diterima semua kerana keputusan ini memberi kesan kepada jutaan pelajar sekolah rendah pada depan. (bernama.com 15 Julai 2008) Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran ternyata disokong oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail. Katanya, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan pengukur utama dalam membuat keputusan mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Pelbagai aspek lain akan diteliti oleh kementerian sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat. Kementerian akan meneliti semua pandangan dan cadangan termasuk daripada persidangan meja bulat berkaitan pelaksanaan PPSMI .Matlamat persidangan ini untuk menyediakan satu platform bagi perkongs pendapat dan ian cadangan mengenai pelaksanaan dan hala tuju PPSMI. (Utusan, 22 Oktober 2008) Sebelum itu, Ketua Pengarah Pelajaran pernah juga memberi komen "Kedudukan sekarang boleh dikatakan 50-50" selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat dalam Menentukan Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris pada 27 Ogos 2008. Dalam erti kata lain, hasil persidangan tersebut, bilangan yang menyokong dasar PPSMI dikekalkan berbanding dengan yang mahu balik ke pangkal jalan adalah sama bilangannya, walaupun hujah-hujah yang lebih akademik dan berasaskan penyelidikan berpihak kepada yang mahu balik ke pangkal jalan. Bagaimanapun, hal ini disangkal oleh Dr. Shaharir Mohd Zain,iaitu salah seorang yang hadir dalam pertemuan pada Menuirutnya, pernyataan tersebut agak k ontra dengan kenyataan sebenar. Menurut beliau, dari segi sambutan hadirin itu didapati 14 wakil (9 Badan Bukan Kerajaan dan 5 individu) yang mahu balik ke pangkal jalan (hentikan PPSMI); 6 pihak yang boleh dianggap neutral atau ikut ketua atau perintah (4 individu, 1 wakil Badan Bukan Kerajaan dan 1 UMNO yang tak sepatut diambil kira); dan 7 pihak yang mahu PPSMI diteruskan (6 individu, 1 Badan Bukan Kerajaan). Jelasnya, majoriti perwakilan di Meja Bulat ini mahu PPSMI dihentikan segera. (www.prihatin.net) Ketika artikel ini ditulis, KPM dijangka akan membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2005-2007 serta peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 di dalam persidangan tersebut. Namun Menteri Pelajaran seolah-olah membayangkan bahawa PPSMI akan diteruskan. Kenyataan yang dikeluarkannya dalam Berita Harian pada 13 November 2008, iaitu bahawa PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan UPSR yang diumumkan pada hari tersebut membuktikannya.

Hal ini tentunya menimbulkan kebimbangan pihak yang menolak penerusan PPSMI. Khairul Anwar Bin Shazali Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dalam artikel PKPIM Sokong Bahasa Melayu Untuk Sains Dan Matematik ternyata mewakili PKPIM menolak penerusan PPSMI dan sebaliknya menyokong penuh saranan Tun Abdul Rahman Ya'kub agar pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa Melayu, sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini. PKPIM semenjak daripada awal pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah menyuarakan bantahan terhadap pendekatan tersebut dan sehingga kini PKPIM tetap tegas dengan pendirian bahawa pengajaran Sains dan Matematik harus dikembalikan kepada Bahasa Melayu. PKPIM bersetuju dengan kenyataan Tun Abdul Rahman Ya'kub bahawa dasar pengajaran dalam Bahasa Melayu yang telah dimulakan semenjak tahun 1970 telah berjaya melahirkan banyak pakar dalam bidang Sains dan Matematik. Malah, tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan para pelajar di negara ini sukar untuk bersaing ke peringkat tertinggi. Justeru, PKPIM sekali lagi mengulang desakan agar pengajaran Sains dan Matematik dikembalikan semula kepada Bahasa Melayu. PKPIM yakin dan percaya bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu akan lebih membantu para pelajar di negara ini untuk menguasai kedu a-dua matapelajaran itu dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, PKPIM juga tidak menolak kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penguasaan bahasa asing tersebut haruslah dibuat dengan memperkasakan kaedah pembela jaran bahasa itu sendiri, dan bukannya dengan mengorbankan subjek Sains dan Matematik sehingga ditukar bahasa pengantarnya. PKPIM juga memaklumkan bahawa mereka telah memohon kepada Dato Haji Alimuddin, Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menyertai Persidangan Meja Bulat Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke-5. Surat yang dihantar kepada Dato Haji Alimuddin melalui faks pada 17 November yang lepas adalah berikutan daripada cadangan penganjuran persidangan tersebut untuk mendapatkan pandangan ahli akademik, profesional pendidikan, badan bukan kerajaan, persatuan ibu bapa dan guru serta pihak berkepentingan yang lain berhubung hala tuju program PPSMI. Justeru, PKPIM mewakili suara pelajar Malaysia merasakan amat penting untuk menyatakan pendirian dan pendapat yang telus dan tulus demi kebaikan dan masa depan pelajar Malaysia seluruhnya. Ketika artikel ini ditulis, tiada maklumat terkini sama ada keinginan PKPIM untuk menyertai persidangan tersebut dipenuhi atau tidak oleh KPM. Terkini (ketika artikel ini ditulis), Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seolah-olah membayangkan akan meneruskan PPSMI pada tahun akan datang apabila menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran yakin Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun sentiasa menerima pandangan berbeza daripada pelbagai pihak. Katanya, kementerian mengambil kira pendapat semua terutama pakar dalam soal pendidikan dan berharap ia akan dapat digunakan bagi mencari mekanisme terbaik untuk menjayakannya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru berhubung pelaksanaan PPSMI yang menerima pandangan berbeza daripada banyak pihak selepas merasmikan Kursus Pelaksanaan Nilai-Nilai Murni Kebudayaan Tradisional Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 November 2008. ( Utusan.com.my 25 November 2008) Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom melaporkan bahawa terdapat 159,234 orang murid (31% dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46%). Hal ini dilihat sebagai satu gambaran yang positif tentang PPSMI. Namun, Mohd Sabri Mohd Arshad membidas bahawa jumlah sebanyak 31.1 peratus murid -murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang

tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh. (wikipedia.com) Tertarik penulis dengan artikel 'Bahasa Sumber Ilmu Bukan Masalah Besar' yang ditulis oleh Prof. Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia - China Universiti Pengajian Asing Beijing, ketika menjawab kenyataan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wacana Dilema Melayu anjuran Gapena baru-baru ini ( bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) patut diteruskan), menyatakan bahawa hujah Dr. Mahathir bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeza. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pembelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing! Menurutnya lagi, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa lepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa -rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut! (Utusan Malaysia bertarikh 26/112008) PENUTUP Isu PPSMI menjadikan kita saling berbeza pendapat. Terdapat golongan yang menyokong agar diteruskan PPSMI namun masih ramai juga golongan terutama para ilmuwan, cerdik pandai dalam bidang bahasan mahupun sains yang menolak penerusan PPSMI. Namun tiada pula statistik te ntang bilangan mereka yang menyokong atau menentang PPSMI. Dalam artikel ini, penulis mengakui bahawa penulis tidak membincangkan tentang golongan yang menyokong PPSMI. Bukanlah kerana penulis menentang PPSMI tetapi kekurangan ini disebabkan penulis kekurangan maklumat. Kemungkinan artikel penulis kelihatan berat sebelah, tetapi penulis hanya melaporkan dan mengupas isu ini berdasarkan maklumat yang penulis peroleh daripada pelbagai sumber. Berdasarkan kajian yang penulis lakukan, terlalu banyak maklumat yang boleh diperoleh tentang siapa yang menentang PPMI dan sebab musabab penentangnya mereka (seperti yang telah penulis bincangkan). Kebanyakan alasan yang diberi berlandaskan bukti kukuh dan berdasarkan kajian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. Namun bagi pihak yang menyokong PPSMI, pendapat dan suara mereka tidak banyak yang didedahkan kepada umum. Kalaupun ada, suara yang menyokong PPSMI ini lebih menekankan akan kepentingan bahasa Inggeris dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajara n Matematik dan Sains. Sokongan supaya diteruskan PPSMI juga lebih menjurus tentang kedudukan bahasa Inggeris yang menguasai dunia ilmu pengetahuan dan betapa bahasa Inggeris amat penting dalam menentukan masa depan negara dan generasi akan datang. Secaraumumnya, golongan yang menyokong PPSMI memberi gambaran bahawa bahasa Inggeris amat penting dan diperlukan dalam melahirkan warga Malaysia yang mampu berdaya saing dengan negara lain dalam dunia globalisasi kini.. Sama ada menguburkan PPSMI atau membiarkannya berkembang mekar, keputusan kini terletak pada tangan Kementerian Pelajaran. KPM di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sememangnya cuba membuat kajian yang menyeluruh dalam menentukan nasib generasi akan

datang dan nasib bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Melayu. Tentunya hasil dapatan para ilmuan tidak dikesampingkan tetapi sebaliknya diguna pakai untuk menentukan hala tuju pendidikan negara. Apapun keputusan yang bakal diambil oleh Kementerian Pelajaran, hendaklah kita terima de ngan hati terbuka dan berfikiran positif. Namun diharapkan agar PKM dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya demi kepentingan anak bangsa dan kemajuan negara. Janganlah nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Biarlah keputusan yang bakal diambil merupakan tindakan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Janganlah kiranya pula isu PPSMI menjadi kita saling bertelingkah sehingga meletakkan kita dalam gelombang perpecahan. Kita wajar mengeratkan lagi hubungan dan aspek perpaduan harus dititik beratkan. Isu PPSMI berkaitan isu bahasa. Sepatutnya bahasa dapat menyatupadukan rakyat tetapi sebaliknya yang berlaku. Dalam situasi sekarang, amat diharapkan agar jangan ada yang meneguk di air keruh. Jangan juga ada pihak yang menjadikan isu PPSMI sebagai isu perkauman kerana kesannya hanya akan merugikan rakyat dan negara kita sendiri, sedangkan orang luar bertepuk tangan dan menunggu masa untuk mengambil kesem patan.

PPSMI...KEBURUKAN DAN KEBAIKAN????


1.0 Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) merupakan satu dasar pendidikan baharu yang telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa pentadbiran beliau. Sepanjang proses pelaksanaannya, ia telah mendapat bantahan dari pelbagai pihak, sehinggalah pada 8 Julai 2009, Tan Sri Muhyidin Yassin yang juga merupakan Menteri Pelajaran telah mengambil langkah berani dengan memansuhkan dasar PPSMI ini bermula pada tahun 2012. Dasar ini telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia, dasar ini dilaksanakan secara berperingkat dan ia bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk Peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Dasar ini secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai satu dasar yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa Melayu untuk mendedahkan pelajar mengenai mata pelajaran Sains dan Matematik. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi pihak tertentu seperti Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, GAP ENA dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI ini akan memberi banyak kesan terhadap bangsa dan agama.

2.0 Kesan Positif kepada Bangsa dan Negara

Sejak dasar ini diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah kepada keputusan untuk dimansuhkan bermula tahun 2012, isu ini sering mendapat pandangan negatif. Terdapat pelbagai kenyataan bahawa dasar ini akan melenyapkan jati diri dan budaya orang Melayu. Alasan ini diberikan oleh mereka yang berfikiran sempit sedangkan dasar ini sepatutnya dilihat melalui perspektif pada mula ia dilaksanakan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan PPSMI ini sejak tahun 2003 berdasarkan kepada persetujuan jemaah Menteri. Keputusan yang diambil itu adalah salah satu langkah ke hadapan yang sangat pragmatik selaras dengan wawasan 2020 untuk menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. (Utusan Malaysia, 3 Mac 2009). Pelaksanaan dasar ini memberi kesan yang positif kepada pelbagai pihak.

2.1 Kesan kepada Pelajar

Inilah tujuan sebenar PPSMI diperkenalkan iaitu untuk mendedahkan pelajar kepada masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik jika dinilai dari sudut yang positif ia akan membantu pelajar jika mereka ke luar negara dan sebaliknya, kerana di peringkat antarabangsa sekalipun, Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi dengan bangsa lain. Kesan ini seharusnya dilihat daripada kesan jangka masa yang panjang. PPSMI ini bukan bertujuan mendera pelajar, tetapi untuk meningkatkan martabat bangsa dan Negara kita.(Utusan Malaysia, Julai 2009)

Dasar ini merupakan satu platform atau peluang kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Seharusnya pihak pembangkang perlu memikirkan ke arah masa depan, iaitu semua syarikat kini tidak kira swasta atau kerajaan telah menetapkan syarat iaitu fasih berbahasa Inggeris untuk bekerja. Jika PPSMI ini dimansuhkan maka anak-anak tidak akan berpeluang untuk mendalami bahasa Inggeris kerana dalam seminggu, cuma beberapa jam sahaja subjek bahasa Inggeris didedahkan sedangkan semua maklumat dalam internet dan sebagainya terlalu banyak dalam Bahasa Inggeris. Jika aspek ini diabaikan, kemungkinan besar generasi seterusnya akan ketinggalan jauh dengan kemajuan dunia yang semakin dikuasai oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak akan tercabar walaupun PPSMI dilaksanakan kerana ia merupakan bahasa pertuturan masyarakat seharian. (Utusan Online,Mac 2009).

Jika dilihat kepada reaksi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi pendidikan (Page) pula, mereka

mahu sekolah aliran kebangsaan diberi pilihan untuk meneruskan dasar PPSMI ini. Syor yang telah dibuat oleh Page di tujuh sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini mendapati purata sebanyak 97 peratus ibu bapa mahu sekolah anak-anak mereka diberi pengecualian daripada pemansuhan PPSMI. Tujuan mereka bukan untuk membantah pemansuhan PPSMI, tetapi mahu sekolah diberi pilihan kerana anak mereka mendapat manfaat daripada pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. (Utusan Malaysia online, 23 Oktober 2009)

2.2 Kesan kepada Nasionalisme

Nasionalisme merujuk kepada semangat cinta akan negara. Ramai yang menganggap apabila PPSMI ini dilaksanakan, bahasa Melayu akan ketinggalan. Mempelajari Bahasa Inggeris ini tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke luar negara dan sebagainya kerana mereka pergi belajar sebagai orang melayu dan akan pulang tanpa menjejaskan kemelayuan mereka. Melalui hal ini juga mereka menjadi lebih bersemangat untuk membantu

memartabatkan negara ini supaya setanding dengan negara maju yang lain seperti China, Jepun dan sebagainya.

Sains dan Matematik adalah satu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baharu yang berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan

pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutamanya dalam bidang sains dan matematik.

2.3 Kesan kepada Negara

Berdasarkan kepada perlaksanaan PPSMI ini, ia dapat memberi peluang kepada negara kita, Malaysia untuk berdiri setanding dengan negara maju yang lain. Jika dilihat kepada penggunaan bahasa yang sering digunakan oleh pemimpin dan juga penutur yang mempunyai bahasa yang berlainan, didapati bahawa bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraan yang paling utama. Melalui pelaksanaan ini, kita dapat mendedahkan penggunaan bahasa ini bermula sejak dari kecil lagi seperti pepatah Melayu (melentur buluh biarlah dari rebungnya). Sebarang permasalahan tidak akan timbul kerana langkah yang dilaksanakan ini merupakan

salah satu langkah yang wajar dalam usaha memodenkan murid dengan penggunaan bahasa antarabangsa supaya mereka tidak ketinggalan jauh di belakang.

Memang ramai yang menentang mengenai pelaksanaan ini. Mereka beranggapan dengan terlaksananya dasar ini, bahasa Melayu akan terhapus. Anggapan ini tidak berasas sama sekali kerana penggunaan bahasa Inggeris cuma akan berubah dengan mendedahkannya kepada subjek Sains dan Matematik. Bahasa Melayu akan tetap diajar seperti biasa. Bahasa Melayu akan tetap menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan, manakala bahasa Inggeris akan menjadi bahasa kedua. Tidak salah sekiranya kedua-dua bahasa ini kita boleh kuasai dalam masa yang sama, kerana ia tidak merugikan. Jangan pula kita seolah-oah menjadi seperti katak di bawah tempurung

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa mereka yang menentang dasar ini dilanjutkan tidak suka melihat generasinya berubah. Golongan ini melihat dasar PPSMI hanya untuk jangka masa yang pendek, sedangkan perkara ini perlu dilihat kepada jangka masa yang lama. Era globalisasi yang semakin membangun dengan pesatnya akan terus meninggalkan kita jika kita tidak mengejarnya. Malah, menggerunkan lagi jika pembangunan yang dilakukan oleh negara kita, Malaysia akan mengalami kemunduran kerana gagal menggunakan bahasa Inggeris bagi tujuan berkomunikasi dengan orang ramai dari luar negara dan sebagainya

3.0 Kesan Negatif kepada bangsa dan Negara

Berdasarkan kepada memorandum mengenai Pelaksanaan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia yang mengatakan mengenai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau sebagai salah satu mata pelajaran yang diwajibkan di sekolah-sekolah, di maktab-maktab dan juga di Universiti. (Persatuan Linguistik Malaysia, 2002:34). Berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI terdapat kesan-kesan negatif yang berlaku sepanjang perlaksanaannya.

3.1 Kesan PPSMI kepada Bahasa Melayu

Perlaksanaan PPSMI ternyata amat memberi kesan yang negatif kepada Bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu yang dahulunya berfungsi sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kini telah diabaikan, dan bahasa Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan juga tenaga pengajar. Bahasa Melayu yang sebelum ini terkenal dengan kata-kata bahawa

bahasa melambangkan bangsa sudah tidak wujud lagi semenjak PPSMI dilaksanakan. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari negara-negara lain yang kuat mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama dan hal ini terbukti apabila negara seperti Rusia, Jepun telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka.

Perlaksanaan PPSMI ini ternyata telah mengenepikan segala usaha yang dibuat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi mendidik anak bangsa khususnya pelajar Melayu dan juga warganegara yang lain. Seharusnya hal ini tidak perlu diberikan penjelasan yang lebih lebar kerana masing-masing sudah mengetahui bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152

Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, idea PPSMI ini tidak perlu dilaksanakan kerana ia menggugat kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara ini. Pelaksanaan ini ternyata telah gagal untuk memartabatkan bahasa Melayu dan ia perlu dimansuhkan dengan serta merta.

Proses untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan juga bahasa moden akan terhenti dan seterusnya bahasa ini akan digunakan sebagai bahasa pasar semata-mata. PPSMI selalu dihujahkan bahawa perubahan hanya bagi dua mata pelajaran semata -mata tetapi hakikatnya jauh berbeza. Berkemungkinan besar akan diputuskan pula penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan subjek Sains dan Matematik seperti Perakaunan, Perdagangan, Ekonomi Asas dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, maka akhirnya sebahagian besar atau hampir kesemua mata pelajaran akan diajarkan dalam bahasa Inggeris dan ketika itu bahasa Melayu yang ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini akan kehilangan fungsinya (Kamal Syukri, 2007: 62).

3.2 Kesan kepada Sekolah Kebangsaan

Pelaksanaan PPSMI ini juga turut memberi kesan yang negatif kepada sekolah kebangsaan. Kedudukan bahasa Inggeris yang kini semakin menapak di negara kita telah menyebabkan wujud pelbagai jenis sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Penggunaan bahasa ini lebih dominan dalam perundangan dan pentadbiran khususnya, berbanding dengan bahasa Melayu sama ada dari aspek penulisan dan lisan. Kesan daripada hal ini akan menyebabkan ibu bapa berkejar-kejar untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris termasuklah anak-anak menteri sendiri supaya anak-anak mereka lebih berpengetahuan luas dalam bahasa Inggeris.

(Persatuan Linguistik Malaysia: 2002)

Kesan daripada perkara ini, nasib sekolah kebangsaan akan mengalami risiko kekurangan pelajar dan seterusnya nasib bahasa melayu juga akan terpinggir. Bukan itu sahaja, dengan kekurangan pelajar yang akan mendalami bahasa melayu, lebihan guru juga akan berlaku kerana profesion yang mereka pilih adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris. Hal ini juga akan menyebabkan berlaku pengangguran terhadap guru bahasa melayu dan penawaran kepada guru bahasa Inggeris pula semakin bertambah. Sekolah Kebangsaan di luar bandar mungkin tidak mengalami nasib seperti ini kerana disana mereka masih lagi didedahkan kepada pengajaran dalam bahasa melayu. Namun, jika berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI ini, mereka pula ketinggalan jauh daripada pelajar Bandar dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

3.3 Kesan kepada Kualiti Peperiksaan

Pelaksanaan PPSMI juga turut mempengaruhi kualiti peperiksaan pelajar. Berdasarkan kepada keputusan sebelum ini yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, prestasi yang diperolehi oleh pelajar agak memberansangkan. Nam un terdapat juga yang sekadar cukup makan. Hal ini akan menjadi rumit apabila secara drastiknya, bahasa Inggeris kini mengambil alih sebagai bahasa yang digunakan dalam penyediaan kertas soalan. Kebanyakan pelajar tidak memahami soalan kerana perlu memahami soalan dalam bahasa Inggeris untuk menghasilkan jawapan yang tepat.

Berdasarkan kepada hasil kajian daripada universiti-universiti tempatan pula didapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan dasar ini. (Utusan Malaysia, Julai 2009). Piawaian peperiksaan di Malaysia telah dipermudahkan sehingga kesannya amat ketara terhadap kualiti pelajar yang memperolehi bilangan A. Hal ini telah menyebabkan graduan yang keluar dari universiti tidak menepati kualiti yang telah ditetapkan.

Hal ini telah menyebabkan institusi pendidikan telah dikritik kerana menghasilkan graduan yang tidak berkualiti. Hampir 30% daripada 132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik, dan universiti awam hanya menguasai tahap satu dan tahap dua dalam Malaysian University English Test (MUET) dan ia merupakan tahap paling terendah untuk pelajar di peringkat mereka. Berdasarkan masalah ini kita perlu melihat kepada aspek pendidikan sejak di sekolah rendah dan sekolah menengah.

3.4 Kesan PPSMI kepada Pelajar

Berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI, pihak yang paling kuat menerima tempiasnya ialah pelajar. Banyak pihak berpendapat bahawa PPSMI ini wajar dilanjutkan jika berdasarkan kepada pencapaian pelajar yang semakin meningkat. Memang dapat diakui sekiranya pelajar tinggal di bandar keputusan mereka meningkat kerana kemudahan yang lengkap dan juga mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Sebaliknya bukan salah pelajar yang tinggal di luar bandar jika pencapaian mereka merosot kerana instransfruktur yang mereka perolehi berlainan dengan pelajar yang tinggal di bandar. Sistem ini membawa banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar dan juga kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. (Dr.Mohamad Khir Toyo, Julai 2009)

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kajian daripada pelbagai pihak yang mengatakan bahawa guru juga bersalah dalam hal ini iaitu guru yang mengajar di luar bandar lebih suka mencampuradukkan antara bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik penyelidik akademik, bahawa berlaku penurunan mendadak ke atas pencapaian pelajar khususnya pelajar melayu diluar Bandar.

Dalam hal ini juga, anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu mengalami gangguan dalam penguasaan ilmu Sains dan Matematik daripada bahasa asing. Hal ini berlaku kerana pelajar mengalami masalah yang memaksa mereka memindahkan konsepkonsep sains dan Matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nor Hashimah Jalalludin (2002), ketidaksediaan pelajar dalam mempelajari subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan pencapaian mereka semakin merudum. Kajian ini juga menunjukkan bahawa 75% pelajar tidak setuju Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris, 77% setuju bahawa bahasa melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan dan 70% yakin akan cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajarkan dalam bahasa melayu.

Bukan itu sahaja, persatuan pendidikan Tamil menunjukkan kerisauan terhadap murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal daripada keluarga yang miskin akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris yang sekaligus memburukkan

lagi keadaan ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaiktarafkan hidup masyarakat mereka.

3.5 Kesan PPSMI kepada perpaduan kaum

Berdasarkan kepada kajian awal, sekiranya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan Matematik dikhuatiri ia akan menyebabkan semangat perpaduan antara kaum musnah sehingga memberi kesan yang amat besar kepada bangsa dan Negara Malaysia. Sekiranya pelajar masing-masing mengamalkan bahasa yang berlainan dalam pergaulan seharian mereka, akan berlaku salah faham antara mereka dan pelajar yang hanya mengetahui bahasa melayu yang akan memahami antara satu sama lain.

Perkembangan penggunaan Bahasa Melayu pada hari ini, ramai pelajar Cina dan India lebih menjurus kepada bidang yang berkaitan dengan bahasa melayu lebih suka berinteraksi dalam bahasa Melayu sesama mereka dan dengan pelajar melayu. Jadi hal ini menunjukkan bahawa bahasa melayu dapat memperkembangkan lagi semangat perpaduan dan ini menunjukkan sudah ada tanda-tanda kejayaan pendidikan Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI ini, akan mencalarkan nama Bahasa Melayu yang dikenali dengan bahasa perpaduan dan merupakan satu manifestasi sistem pendidikan aliran melayu. (Shaharir bin Mohamad zain, 2007: 11).

3.6 Kesan kepada Bilangan Guru

Pihak tenaga pengajar juga akan turut terkena tempias terhadap pelaksanaan PPSMI ini. Berdasarkan kepada pencapaian pelajar yang merudum jatuh, khususnya di kawasan pedalaman adalah disebabkan factor guru yang mengajar mereka. Hal ini terbukti apabila kajian yang dibuat telah memberikan jawapan bahawa guru mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa yang bercampur. Pelaksanaannya yang terlalu drastik telah

menyebabkan guru-guru terpaksa mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru adalah tergesa-gesa.

Bukan itu sahaja disebabkan oleh ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada guru sebagai bonus untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, telah menyebabkan

terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai kecekapan dalam subjek Bahasa Inggeris mengambil tugas tersebut. Hal ini diibaratkan seperti batuk di tepi tangga.

Daripada sejumlah 181,340 orang guru di sekolah rendah pada tahun 2004, dianggarkan kirakira 80,000 orang terlibat dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam dan semuanya terlatih dalam bahasa Melayu. Dengan pelaksanaan dasar tersebut secara mendadak, maka berlakunya masalah pengajaran dalam kalangan guru-guru. Jika dilihat kepada pelaksanaan ini, ia memerlukan komitmen yang tinggi oleh guru yang telah dilatih kerana ia mengambil masa yang panjang. Jika guru yang akan mengambil alih untuk mengajar subjek Sains dan Matematik ini tidak menguasai sepenuhnya bahasa Inggeris, dikhuatiri akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran hanya akan berpusatkan kepada guru semata-mata. Pelajarpelajar akan menjadi bosan dan seterusnya pelaksanaan PPSMI ini hanya akan tinggal sejarah.

Dasar ini diperkenalkan pada peringkat awal dahulu, kebanyakan guru bagi mata pelajaran Sains dan Matematik ini tetap di tahap yang lama. Kursus yang ditawarkan oleh kerajaan cuma dalam masa yang singkat dan tidak mungkin guru yang telah dilatih itu dapat menguasai seluruhnya tentang bahasa Inggeris apatah lagi jika guru tersebut adalah dari daerah pedalaman yang mana bahasa Melayu sudah sebati dengan diri mereka. Kesan daripada masalah ini, berlaku kekurangan guru yang pakar dalam bahasa Inggeris, sedangkan pelajar semakin bertambah. Jadi secara tidak langsung perkara ini akan menyebabkan berlaku lebih banyak panggangguran kerana pelaksanaan PPSMI ini cuma memerlukan guru yang berpengetahuan tinggi dalam bahasa Inggeris.

3.7 Kesan kepada Media Massa yang Berbahasa Melayu

Jika dahulu sebelum bahasa Melayu diperkenalkan, segala urusan dilakukan dengan menggunakan huruf jawi. Namun lama-kelamaan ia telah dilupakan dan bahasa Melayu mengambil alih tempat tersebut. Jika dahulu, wujud akhbar dan majalah yang membantu memartabatkan bahasa Melayu di rantau asia sekaligus menjadi alat perjuangan bangsa Melayu. Contohnya surat khabar Utusan Melayu, Berita Harian dan sebagainya. Namun kini akhbar-akhbar Melayu semakin ketinggalan kerana kewujudan akhbar dan majalah yang berbahasa Inggeris seperti The Star, New Straits Times dan sebagainya. Hasil dari perlaksanaan PPSMI ini dapat dilihat apabila akhbar Melayu kini telah berada di tempat ketiga di belakang akhbar berbahasa Mandarin dan Inggeris. Bayangkan jika PPSMI ini tetap

dilanjutkan, maka nasib akhbar melayu akan menerima nasib yang sama dengan akhbar yang menggunakan tulisan jawi sebagai wadah untuk pembaca.

Hanya sesudah pegawai-pegawai kerajaan menguasai bahasa Inggeris dengan memuaskan, kerajaan negeri akan berfikir untuk melancarkan fasa kedua, iaitu surat menyurat akan dibuat dalam Bahasa Inggeris.(The Star, Jun 2002). Kenyataan ini cukup membuktikan bahawa tujuan utama Kerajaan melaksanakan PPSMI ini adalah menggunakan bahasa Inggeris dalam pentadbiran kerajaan dan pegawai kerajaan digalakkan menulis surat dalam bahasa Inggeris bukan untuk meraik ilmu dan pengetahuan dan ternyata pelaksanaan PPSMI ini mempunyai agenda lain di sebaliknya.

Jika dilihat kesan yang akan datang dengan pelaksanaan PPSMI ini bahasa Melayu akan berhenti menjadi bahasa sains dan teknologi maklumat. Apabila bahasa Melayu tidak diperlukan untuk bidang sains dan teknologi, segala majalah, buku dan akhbar akan terkubur begitu sahaja dan istilah baharu juga tidak akan diperlukan. Lama-kelamaan bahasa melayu akan hilang kuasanya sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu, sebaliknya hanya akan menjadi bahasa pasar semata-mata. Penerbit akan terpaksa memilih sama ada menerbitkan ruang ruang dalam bahasa Inggeris atau menukarnya menjadi akhbar Inggeris sahaja (Abu Bakar Abd Hamid, 2007: 35-44)

4.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan di atas dan juga jika dilihat kepada data yang telah diambil daripada sumber yang sahih, perlaksanaan PPSMI lebih banyak mendatangkan kesan yang negatif berbanding kesan yang positif. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kajian dan juga pencapaian pelajar yang semakin merosot. Ekoran dari hal ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil langkah yang bijak dengan melakukan pemansuhan terhadap PPSMI ini yang akan dilakukan secara berperingkat mengikut kaedah soft landing mulai tahun 2012. Langkah kerajaan untuk memansuhkan dasar ini dianggap sebagai satu kerajaan rakyat. Hal ini kerana jika dasar ini dimansuhkan ia juga akan memberi kesan yang positif kepada pelajar di sekolah Cina dan juga sekolah Tamil kerana bahasa ibunda yang digunakan oleh mereka sebelum ini boleh digunakan seperti biasa.

Kerajaan juga mengakui bahawa bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang penting yang harus dikuasai oleh semua individu. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menubuhkan satu

dasar yang dikenali sebagai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Dasar ini akan dimulakan pada tahun 2011 bagi murid tahun 1 mulai 2011. Tujuan dasar ini dilakukan adalah seb agai serampang dua mata kerana selain untuk memartabatkan bahasa melayu kerana selain memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan juga tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai