Anda di halaman 1dari 17

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN

DISEDIAKAN OLEH : AHMAD IZZUDIN BIN ABDULLAH PISMP SEMESTER 5 BM/PJ/KS 1


PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani ini mengutamakan unsur pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolahsekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Manakala aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola, menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal. KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN Menurut Kamus Dewan, pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, dan penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani. Berikut merupakan fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan iaitu merancang, menyediakan bajet, mengawal, mengelola, menyediakan jadual pertandingan, membuat keputusan dan menilai. Seterusnya untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu persediaan profesional, sikap profesional dan perkembangan profesional. Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan, maka kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan. PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani (PJ),

pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Malah, secara ringkasnya Pendidikan Jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Oleh yang demikian, pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan emosi. Pendidikan Jasmani juga pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. yang diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum Pendidikan Jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Oleh itu, bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani

Terdapat beberapa objektif kurikulum Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan (Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999). Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).

Organisasi Pendidikan Jasmani merupakan disiplin pendidikan. Oleh itu, di sekolah Pendidikan Jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik.

Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Antara bidang kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani ialah menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah, mempengerusi mesyuarat panitia Pendidikan Jasmani, memastikan rancangan tahunan Pendidikan Jasmani tersedia untuk digunakan, mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani, menyediakan perancangan tahunan panitia, memantau pengajaran pendidikan jasmani, memeriksa buku latihan pelajar, merancang pembelian alatan untuk panitia, menyediakan anggaran perbelanjaan panitia, dan merancang latihan dalaman. Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik. Ketua panitia Pendidikan Jasamani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Malah, ketua panitia kewangan Pendidikan Jasmani. juga perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan

Bil Murid
Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang 251-500 Orang 501-750 Orang 751-1000 Orang 1001 Orang atau lebih

------------------>
RM 300.00

Peruntukan

RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif. Pendidikan jasmani juga adalah melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Pendidikan jasmani turut membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Pendidikan jasmani adalah dapat melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Pendidikan jasmani dilihat akan dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.

Prinsip Pengurusan Sukan Pengurusan sukan adalah proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber secara optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Pengurus bertanggungjawab memastikan proses pengurusan berjalan lancar, bertindak menggunakan sumber fizikal dan manusia dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi. Menurut Kelly, Blanton dan Bertel (1990), mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahirankemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah oraganisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan. Pengurusan sukan juga ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental, bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal. Terdapat empat prinsip pengurusuan sukan iaitu yang pertama ialah perancangan untuk membentuk hala tuju. Pengurus memulakan tugas dengan menentukan matlamat, mengatur dengan merancang program dan menentukan garis-garis kasar gerak kerja. Peranan pengurus di sini amat penting bagi menggerakkan perancangan yang akan dilakukan dengan kuasa yang ada padanya.

Prinsip yang kedua ialah merupakan pengorganisasian iaitu pengurus memastikan semua bahagian unit dapat bertindak, selaras melaksanakan apa yang dirancang. Ini berkaitan dengan pembahagian kerja kepada individu dan kumpulan. Pada masa yang sama, kerja haruslah dilaksanakan dengan betul dan bersama. Dua aspek utama pengorganisasi ialah aspek teknikal dan sosial. Aspek teknikal ialah untuk mencari individu yang mempunyai kebolehan teknikal yang tertentu dalam organisasi. Manakala aspek sosial pula melibatkan ahli-ahli bukan teknikal, tetapi individu dengan kebolehan kemanusiaan yang unik. Prinsip yang ketiga adalah kepimpinan yang mempunyai kebolehan seseorang mencari pengaruh. Kepimpinan seorang pengurus ialah bagaimana ia mempengaruhi pekerjanya dan bagaimana ia menyebarkan pengaruhnya dalam organisasi. Pengurus memimpin dengan menunjukkan cara, membimbing dan memberi motivasi kepada pekerja-pekerja dalam organisasi dengan tujuan mengekal dan meningkatkan moral mereka. Motivasi juga diperoleh melalui komunikasi aktif, penghargaan dan kebajikan. Seterusnya pengawalan adalah merupakan prinsipprinsip yang terakhir dalam pengurusan sukan. Pengawalan adalah proses menilai dan menyemak. Caranya ialah dengan membandingkan status pencapaian organisasi sekarang ini dengan apa yang dirancang. Berdasarkan kepada prinsip tersebut, sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Sukan juga dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup ( quality of life) dan keperluan asas manusia. Selain itu, sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing yang mana ianya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia juga merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri. Definisi Organisasi Sekumpulan individu berusaha untuk menyempurnakan satu-satu tugas yang tidak boleh dilaksanakan oleh seorang individu sahaja. Struktur pula menentukan tugas

seseorang individu dalam organisasi tersebut dan perhubungan dengan individu lain. Mengikut Pfiffner (1960), organisasi adalah persediaan yang sistematik untuk tindakan dan menstrukturkan individu serta fungsi kepada pertalian-pertalian yang produktif. Organisasi juga mencari satu pola kemahiran dan tanggungjawab yang boleh diselaraskan serta penyatuan tujuan melalui pengawasan. Definisi Pentadbiran Pentadbiran merupakan satu proses atau keadaan yang melibatkan dua atau lebih individu mengembleng tenaga untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Leith (1990) pentadbiran melibatkan proses perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumber-sumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamatmatlamat tertentu. Manakala menurut Daughtrey & Woods (1976) pula ialah pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran juga melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

Jenis-jenis Jenis-jenis pentadbiran pentadbiran

Perkaitan antara Pentadbiran & Organisasi Organisasi dibentuk untuk membekalkan suatustruktur @ sistem yang berkesan bagi mencapai tujuan satu-satu kumpulan. Pentadbiran pula ialah sebahagian daripada organisasi. Ia membimbing tingkah laku individu di dalam organisasi untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Organisasi membekalkan struktur untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu-satu kumpulan dan pentadbiran membekalkan unit-unit yang berfungsi untuk menjalankan organisasi dengan berkesan. Pentadbiran diperlukan untuk menubuhkan sesuatu organisasi. Manakala organisasi pula memerlukan pentadbiran untuk berfungsi. Objektif pentadbiran dan organisasi adalah untuk mengawal persekitaran dan pentadbiran serta memberi arah kepada organisasi. Aspek perlu diberi perhatian dalam perancangan organisasi: Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian dalam perancangan sesuatu organisasi. Antara aspek tersebut ialah menentukan dengan jelas garis autoriti dan tanggungjawab dari paras atas ke bawah di dalam organisasi. Aspek yang kedua ialah individu yang mendelegasikan tanggungjawab masih lagi bertanggungjawab. Seterusnya memastikan bilangan paras organisasi adalah terendah. Aspek yang keempat ialah delegasi autoriti dan tanggungjawab adalah pada peringkat tindakan sahaja. Aspek kelima ialah kedudukan dibentuk supaya tugas pentadbiran dan fungsi dipisahkan. Kemudian, aspek keenam adalah objektif unit atau bahagian dalam organisasi adalah selaras dengan objektif organisasi itu sendiri. Seterusnya aspek yang terakhir ialah setiap individu dalam organisasi menerima arahan daripada seorang ketua yang lebih tinggi sahaja. PROSES DAN ASAS PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN Pengurusan Pengurusan adalah merupakan satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pengurusan juga boleh didefinisi dan ditafsir oelh pengamal dan ahli akademik dari pelbagai sudut yang berbeza.

Terdapat beberapa definisi pengurusan iaitu yang pertama ialah pengurusan merupakan satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kedua, pengurusan adalah merupakan satu proses menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil langkah-langkah yang perlu di masa hadapan. Pengurusan juga ialah satu proses yang melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seterusnya pengurusan adalah merupakan satu proses yang melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi. Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipatuhi iaitu perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. Yang kedua organisasi perlulah jelas dan memilik matlamat atas kewujudannya. Aspek penting yang ketiga pula ialah organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang diketuai oleh seseorang yang diberikan kepercayaan memimpin. Dalam konteks pengurusan masa kini fungsi utama pengurusan terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut iaitu perancangan (Planning), pengelolaan (Organising, memimpin (Leading) dan pengawalan (Control.

(a) Perancangan (Planning) Perancangan adalah satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan. Terdapat empat kategori perancangan iaitu yang pertama ialah perancangan strategik yang dirangka bagi memenuhi objektif organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali Master plan. Kedua ialah perancangan operasi yang dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik. Seterusnya aspek yang ketiga ialah perancangan jangka panjang dan jangka pendek. Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang melibatkan tempoh masa. Tempoh masa yang ditetapkan

ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Tiada tempoh masa yang spesifik, ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang. Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh masa kurang dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya. Kategori perancangan yang terakhir ialah perancangan berfungsi. Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai. Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, perancangan jenis ini ialah perancangan sumber manusia, perancangan kewangan dan perancangan program pembangunan atlet sekolah. Untuk perancangan program pembangunan atlet sekolah tercapai, ianya memerlukan kewangan dan juga sumber manusia bagi menjayakan rancangan tersebut. Langkah-langkah dalam merangka sesuatu perancangan : Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya perlu mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka. Perancangan ini perlu dirangka dan dipastikan dengan betul dan berkesan bagi memastikan prestasi dan masa depan organisasi tidak terjejas. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunakan dalam merangka sesuatu perancangan iaitu memikirkan idea yang baik, memilih idea yang terbaik, mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea, menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting, menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai, mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan, menentukan tempoh masa yang perlu dicapai, mengenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu, menentukan struktur organisasi, menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan, memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik, memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan mereka yang terlibat, melaksanakan rancangan dan yang terakhir ialah menilai keberkesanan perancangan untuk tujuan pembaikan dan rujukan di masa hadapan

Faedah Perancangan Berikut adalah faedah yang diperolehi melalui perancangan yang baik iaitu membantu memberikan hala tuju, membantu organisasi menentukan masa hadapannya, membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan dan membantu menjadikan organisasi berjaya dalam aspek pengurusannya. (b) Pengelolaan (Organising) Pengelolaan adalah merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan dan ianya bukannya satu proses yang berasingan. Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya, proses dan fungsi pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus (managing). Langkah-langkah dalam Melaksanakan Pengelolaan Berikut ialah langkah-langkah yang boleh diikuti dalam aktiviti pengelolaan. Yang pertama ialah membahagikan tugas secara spesifik. Ini kerana, keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Faedahnya ialah individu yang menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir dan juga turut membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat. Kedua ialah pembahagian tugas berdasarkan kumpulan/unit kecil yang mana dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Malah turut bekerjasama dengan anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas. Ketiga ialah memberikan autoriti dan tanggungjawab. Ini adalah berdasarkan portfolio masing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh dikaitkan dengan pemilikan kuasa. Kuasa yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan adalah mengikut keperluan tugas. Seterusnya tanggungjawab merupakan satu bentuk akauntibiliti terhadap tugasan yang diterima. Langkah yang seterusnya dalam aktiviti pengelolaan ialah menentukan span of management yang bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi satusatu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua maka akan hilang

kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai. Langkah yang terakhir dalam aktiviti pengelolaan ialah mengkoordinasi sumber organisasi. Ianya merupakan usaha kolektif yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Koordinasi juga merujuk kepada kaedah penggabungan, integrasi dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain. Faedah Pengelolaan Berikut adalah faedah diperolehi melalui pengelolaan yang tersusun dan sistematik. Faedah yang pertama ialah tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Kedua, menggunakan segala sumber yang anda dengan lebih efektif dan efisien. Faedah ketiga ialah membantu dan memudahkan proses meletak tugasan dan tanggungjawab kepada individu yang berkenaan. Seterusnya faedah yang terakhir ialah membantu mewujudkan satu sistem pelaksanaan dan pengawalan yang berkesan. SEMAK KENDIRI 5.2 (c) Memimpin (Leading) Dalam aktiviti perancangan dan dan pengelolaan, ketua akan bekerjasama dengan anggota di bawahnya dalam setiap tugasan yang ingin dicapai. Memimpin adalah satu proses mempengaruhi dan memujuk anggota bawahan untuk bekerja secara bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. Dalam konteks sebagai seorang ketua, objektif ini bukan hanya disebut dari mulut sahaja, tetapi ianya menuntut seorang ketua memotivasikan anggotanya ke arah mencapai objektif. Kuasa Memimpin dalam Organisasi Kuasa sering dilihat sebagai satu bentuk keupayaan di mana seseorang itu boleh mengarah atau menyuruh orang lain melakukan sesuatu tugasan atau kerja dan juga bagaimana ia menggunakan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan untuk dirinya dan orang lain. Dengan perkataan yang lebih mudah, kuasa itu merupakan keupayaan yang dimiliki untuk mempengaruhi tindakan-tindakan lain. Tanpa pemilikan kuasa, organisasi, pengurus dan juga pemimpin akan berhadapan dengan kesukaran untuk mencapai sebarang objektif yang telah ditetapkan. Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut iaitu kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif

yang di rumus secara kolektif. Bekerja secara sedemikian akan memberikan kepuasan kepada pemimpin dan pengikutnya. Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur. Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku. Kepimpinan juga sentiasa aktif dan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ianya tidak akan tenggelam dan timbul. Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut, dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaaanya sama ada dinamik atau tidak ada langsung. Kepimpinan juga mengambil prinsipprinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan. Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.

c) Pengawalan (Control) Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan. Sebagai pengurus, perlu dipastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik. Di sinilah letaknya peranan pengawalan di mana ianya berfungsi untuk memberikan maklumat kepada pengurus. Melalui maklumat yang diterima ini ianya nanti akan membantu pengurus dalam membuat keputusan. Antara peranan penting pengawalan ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan cara kerja kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan.

Contoh Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan : Pengurusan dan Pengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat IPG Kampus Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai