Anda di halaman 1dari 19

PENGURUSAN PENDIDIKAN

JASMANI DAN SUKAN

DR. JUNAIDY BIN MOHAMAD HASHIM


PJMS3092
M1: 08-12012023
OBJEKTIF PELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


• Membezakan konsep pengelolaan dan pentadbiran
pendidikan jasmani dan sukan;
• Menyatakan falsafah pengelolaan dan pentadbiran
pendidikan jasmani dan sukan
• Menyatakan kepentingan pengelolaan dan
pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.
Definisi Pengurusan
 Pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan,
pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan
sukan, pendidikan jasmani boleh didefinisikan
sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan
dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan,
pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian
dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan Pendidikan
Jasmani dan sukan.

(Kamus Dewan)
Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani
a) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor
b) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri
c) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
d) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
e) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
f) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1999)
Konsep Pengelolaan, Pengurusan dan Pentadbiran

 Konsep
 Skop pengelolaan Pendidikan Jasmani dan sukan
 Skop pengurusan Pendidikan Jasmani dan sukan
 Skop pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan
Fungsi Pentadbiran dan Pengelolaan PJ dan Sukan

 Merancang
 Menyediakan bajet
 Mengawal
 Mengarah
 Mengelola
 Menyediakan jadual pertandingan
 Membuat keputusan
 Menilai
 Merancang
Elemen Pentadbiran dan Pengelolaan
Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan
pengelolaan Pendidikan Jasmani dan Sukan.

 Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:


 Persediaan profesional
 Sikap profesional
 Perkembangan profesional
Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu,
persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan Pendidikan
Jasmani dan Sukan maka akan memperolehi kecemerlangan
dan kegemilangan.
Pengurusan Pendidikan Jasmani
 Satu proses yang bermatlamat untuk mempertingkatkan
kemampuan kecergasan individu melalui pendekatan aktiviti
fizikal. PJ juga merupakan satu proses pembelajaran yang
menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti
psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi.
 Melalui PJ pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang
dijalaninya.
 PJ merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan
berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer,
1986)
Pentadbiran Pendidikan Jasmani
 Pentadbiran PJ adalah bagaimana kita mentadbir dan
menguruskan mata pelajaran ini dengan berkesan serta
mencapai objektif yang diharapkan.
Organisasi Pendidikan Jasmani

Organisasi Panitia Pendidikan Jasmani


Peranan Ketua Panitia PJ
(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia PJ
(iii) Memastikan rancangan tahunan PJ tersedia untuk digunakan
(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran PJ
(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia
(vi) Memantau pengajaran PJ
(vii) Memeriksa buku latihan pelajar
(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia
(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia
(xi) Merancang latihan dalaman
Peruntukan Kewangan
a. Kurang daripada 100 orang
 RM 300.00
b. 101-250 orang
 RM 300.00 (minimum)
RM2.80/seorang (selepas 100 orang)
c. 251-500 orang
 RM 720.00 (minimum)
RM2.60/seorang (selepas 250 orang)
d. 501-750 orang
 RM 1370.00 (minimum)
RM2.40/seorang (selepas 500 orang)
e. 751-1000 orang
 RM 1970.00 (minimum)
RM1.80/seorang (selepas 100 orang)
f. 1001 orang atau lebih
 RM 2420.00 (minimum)
RM1.00/seorang (selepas 100 orang)
Falsafah dan Kepentingan
Pengurusan Pendidikan Jasmani dan
Sukan
 Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu
yang diasaskan dari objektif yang mampu memberikan
kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu
prinsip dan konsep. Contohnya falsafah yang menepati
kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru
memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya
secara berasing-asing.
Falsafah Pengurusan PJ
 aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani
untuk mencapai objektif kurikulum PJ
 berdasarkan aktiviti fizikal yang mempunyai tiga domain
 dirancang dengan kemas dan sistematik.
Falsafah Pengurusan Sukan
 mentadbir dan menguruskan sukan sebagai wahana membawa
kebaikan kepada manusia sejagat
 menjalin persahabatan serta memupuk semangat toleransi,
kerjasama, persefahaman dan perpaduan
 berpegang kepada etika sukan
 amnya falsafah pengurusan PJ jasmani dan sukan bertujuan
menguruskan aktiviti fizikal ke arah pembentukan masyarakat yang
sihat, cergas dan mengutamakan gaya hidup sihat
 falsafah pengelolaan dan pentadbiran sukan juga mengutamakan
individu yang cemerlang dalam bidang sukan di pentas antara
bangsa dengan program sukan berprestasi tinggi.
Prinsip PengurusanPJ
 Bertujuan membentuk masyarakat yang mengamalkan cara
hidup yang sihat berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
berdasarkan prinsip- prinsip :
a. dapat mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan
domain kognitif dan afektif.
b. melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan
aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta
dilaksanakan secara berterusan
c. membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan
dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan
ketiga-tiga tunjang pembelajaran
d. melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan
pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal
e. membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni,
sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma
masyarakat
Prinsip Pengurusan Sukan
 membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh
dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian
positif dalam hidup, berdisiplin dan berdikari melalui
penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan
sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan
fizikal berdasarkan prinsip-prinsip :
a. Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan
membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan
mental. Sukan dilihat membolehkan seseorang itu
memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan
dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan
keperluan asas manusia
Prinsip Pengurusan Sukan
b. satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai,
masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya
menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan
mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan
masyarakat yang tidak mengasingkan diri.

c. keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor


daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai