Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.

0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan bidang yang berlainan sama sekali. Aktiviti

jasmani

dengan sukan

adalah jasmani

Pengelolaan pendidikan pendidikan jasmani

mengutamakan unsur

pendidikan.

merupakan

subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur. Aktiviti sukan pula tertumpu dan kepada segala aspek dari mengelola, dan melatih

menyertai pertandingan

permainan

serta mengelola

pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan

sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan,

pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan

dan pendidikan jasmani. Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) Merancang (b) Menyediakan bajet (c) Mengawal (d) Mengarah (e) Mengelola (f) Menyediakan jadual pertandingan (g) Membuat keputusan (h) Menilai

Untuk

mencapai

kejayaan

dalam

sesebuah

pentadbiran

dan

pengelolaan

pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian iaitu:(a) Persediaan profesional (b) Sikap professional (c) Perkembangan professional Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan membangunkan satu bentuk pembelajaran dari pelbagai aspek yang holistik dan berupaya dan dapat menghasilkan

pelajar

kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986) Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani

adalah bagaimana kita

mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan. (a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran

pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulum pendidikan jasmani merangkumi aspek-

aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk

masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu

Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran

bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah: (i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan

kesihatan dan perlakuan motor (ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri (iii) (iv) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal (v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan

(vi)

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999) Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan

aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan

pendidikan jasmani iaitu: Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan

objektif

pendidikan

jasmani

yang

bertujuan

untuk

mencapai

tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat

untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988). (c) Organisasi Pendidikan jasmani merupakan mempunyai disiplin ketua pendidikan dan di oleh itu di sekolah guru

pendidikan jasmani

panitia

bawah

kuasa

penolong kanan akademik

Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ---> Setiausaha ---->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah (ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani (iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia

untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani (v) Menyediakan perancangan tahunan panitia (vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani (vii) Memeriksa buku latihan pelajar (viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia (ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia (x) Merancang latihan dalaman

(e) Perancangan Belanjawan Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang

sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

Bil Murid

------------------>

Peruntukan RM 300.00 RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang

Kurang daripada 100 Orang 101-250 Orang (selepas 100 0rang) 251-500 Orang (selepas 250 0rang) 501-750 Orang (selepas 500 0rang) 751-1000 Orang (selepas 100 0rang) 1001 Orang atau lebih (selepas 100 0rang)

RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang

RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang

RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang

RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barangbarang pendidikan jasmani. guru Stor yang di susun kemas dan teratur dan

akan menyenangkan

pendidikan

jasmani

untuk

menyimpan

mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani (i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor

pendidikan jasmani.

(ii)

Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.

(iii)

Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

(iv)

Buku

catatan

barang

keluar

masuk

perlu

di

sediakan

bagi

merekodkan pergerakan alatan. (v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. (vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani (i) Ruang Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz stor pendidikan jasmani

bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah. (ii) Rak Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di

stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam

kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. (iii) Lokasi Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan

yang berhampiran dengan padang.

Ini bertujuan bagi mengelakkan masa juga perlu

terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita

memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. (iv) Tingkap

Tingkap

stor

sukan

sekiranya

besar

akan

menyebabkan

cahaya

matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak. (v) Siling Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian

siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, yang sesuai. (vi) Peredaran Udara Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian

dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani. Tingkap kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara. (vii) Keselamatan Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin

keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah: Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak

di cerobohi. Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan. Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah. Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.

Memastikan

stor

pendidikan

jasmani

tidak

sesak

ketika mengambil

dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar. Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lainlain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput. Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah

di perkenalkan dan di kuat kuasa. Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal. (viii) Pintu Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan. Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan

keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. (g) Penjagaan Peralatan Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama

alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani. Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah

gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) (ii)

Duduk di atas bola Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) (iv)

Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

1.1.2 Pengurusan Sukan Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa. Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsure pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai

permainan atau rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi. Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya

professional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan,

kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan. Dari aspek afektif sukan yang dan beretika akan memberi Bersukan ruang dapat kepada mengerat

masyarakat

untuk berinteraksi

bergembira.

perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada

masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa

berkembang selaras

dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat. Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badanbadan amatur dan

profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan

persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. (a) Dasar Sukan Negara Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke

arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badanbadan sukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan. (b) Rasional Dasar Sukan Negara Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara. (c) Peringkat Individu (i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu

dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. (ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. (iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat (iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup. (v) Interaksi sosial yang baik. (vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat (i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. (ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan

komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. (iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya

merangsang peningkatan produktiviti negara. (iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang

masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa (i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. (ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. (iii) Memupuk persahabatan. (iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai

komersial yang tinggi.

Objektif Dasar Sukan Negara Antara objektif dasar sukan negara ialah: (a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi

memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. (d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di

pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan. Strategi dan Pelaksanaan Dasar Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut : (a) Perancangan Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program

jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu

dipertimbangkan: - Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada. - Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia. (b) Organisasi Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi. Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini

untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

MALAYSIA

CERGAS merupakan

satu

program

yang

berdasarkan

kepada

konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik. Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan

dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan

Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan

menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di

kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa. (c) Personel Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara

mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan. (d) Kewangan Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.

Persatuan-persatuan

juga

perlu

mempertingkatkan

usaha

dan

strategi

pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan. (e) Insentif Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara

dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans,

biasiswa, penganugerahan,

perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan. (f) Kemudahan Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan

kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelarasperancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri

menyediakan

kemudahan sukan untuk negeri masing-masing.

Sektor-sektor

korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan. (g) Am Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah

membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang

berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah

khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan

Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi

diperlukan untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan. Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari 1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu: sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.

Anda mungkin juga menyukai