Anda di halaman 1dari 23

1

1.0 PENGENALAN
1.1 Bimbingan dan Kaunseling
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip
psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan
penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan
berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah
kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa
yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat
kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu
yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan
perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang
baik, manakala klien memerihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil
tindakan menguruskan masalah tadi.Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut
membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu prosesuntuk menolong individu
supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya. Corey (1977) memberi penekankan tentang proses di mana seorang klien diberi
peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya.
Akhir sekali James (1982) pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran
yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya,
membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Sebagai rumusan, kaunseling
adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami
dirinya dan alam sekelilingnya.
Prinsip-prinsip bimbingan ialah bimbingan adalah untuk semua murid, untuk
perkembangan diri mereka. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia
2

masih boleh dikawal, ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah,
murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. Guru bimbingan perlulah bertingkah
laku profesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat dan perkhidmatan bimbingan
merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pembimbing dan sekolah,
rakan sebaya dan ibu bapa yang berkenaan.














2.0 ANALISIS MASALAH
Sepanjang sebulan kami berada di Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu ini, kami telah
menjumpai pelbagai jenis tingkahlaku murid bermasalah. Berdasarkan pemerhatian dan
3

perbincangan bersama kaunselor sekolah, Antara kesalahan salah laku murid yang ketara
antaranya ponteng sekolah, bergaduh, mencuri duit rakan dan membuli.
Dengan melakukan kaedah pemerhatian murid di dalam kelas, kami dapati terdapat
beberapa orang murid cepat hilang tumpuan dan selalu keluar kelas disebabkan tiadanya daya
tarikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dia juga sering tidak
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dengan pelbagai alasan malah sering menganggu
murid-murid yang lain di dalam kelas.
Masalah-masalah ini mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu faktor latar
belakang murid (ekonomi), faktor persekitaran, faktor masalah dalam pembelajaran, dan akhir
sekali faktor cara atau kaedah pengajaran guru di dalam kelas.
Faktor yang pertama ialah faktor latar belakang murid (ekonomi). Persekitaran adalah
keadaan yang berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan
interaksi diantara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya. Menurut W. Edgar Vinacke
(1969) persekitaran adalah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku
individu. Amram Schienfeld menyatakan persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu
dan faktor bakanya bermula daripada peringkat persenyawaan. Norma L. Munn pula
mendefinisikan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.
Berdasarkan definisi di atas dapat dikatakan bahawa persekitaran adalah segala apa yang terdapat
disekeliling individu yang mampu mempengaruhi seseorang individu.
Biasanya murid yang bermasalah ini berasal daripada keluarga yang susah atau ibu bapa
mereka yang mempunyai pendapatan gaji yang rendah. Di sekolah ini, berdasarkan pemerhatian
dan temubual yang dilakukan terhadap guru kelas 5 Nilam, kebanyakan ibu bapa murid kelas ini
bekerja sebagai petani, dan buruh. Selain itu ada diantara ibu bapa mereka bekerja sendiri dan
tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Ini secara tidak lansung telah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak mereka. Contohnya, setelah tamat sesi persekolahan, murid-murid ini terpaksa
membantu ibu bapa mereka sehinggakan mereka tidak dapat menyiapkan kerja-kerja sekolah
yang diberikan oleh guru dan juga tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran semasa di rumah.
Keadaan kelas yang tidak kondusif juga turut mempengaruhi sikap murid semasa di
dalam kelas. Contohnya susunan kedudukan murid yang tidak teratur. Hal ini kerana murid akan
4

berasa tidak selesa dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar di hadapan
seterusnya murid tidak berminat untuk belajar. Selain daripada itu, keadaan kelas yang tidak
menarik juga contohnya seperti warna cat bilik darjah yang kusam, kurangnya pengcahayaan,
kelas yang tidak berkemas juga turut menyebabkan kurangnya kegahirahan murid-murid belajar
dan mengikuti pembelajaran guru. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, guru kelas haruslah
pandai menghias kelasnya dengan melengkapkan pelbagai alat bantu belajar sama ada ditampal
mahupun digantung dengan bertujuan untuk memotivasikan pelajar.
Murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran juga antara faktor yang
menyumbang kepada masalah tinggkah laku di dalam sesebuah kelas. Hal ini kerana murid-
murid sebegini tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran guru
sepenuhnya disebabkan aras yang digunakan guru itu terlalu tinggi. Selain itu, guru kelas juga
haruslah mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah-masalah fizikal contohnya
seperti masalah rabun mata, masalah kurang pendengaran dan juga kecacatan yang lain.
Setelah mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah ini guru perlulah
menyusun kedudukan murid di dalam kelas dengan tepat agar mereka tidak tergangu dan dapat
mengikuti sesi pembelajaran guru dengan sepenuhnya. Jika guru kelas tidak prihatin dengan
masalah-masalah yang sebegini, maka pelbagai masalah akan timbul contohnya seperti mereka
menggangu rakan-rakan yang lain, ponteng kelas, membuat bising semasa guru mengajar dan
lain-lain lagi. Masalah-masalah ini sengaja dilakukan agar mereka dapat menarik perhatian guru
untuk memberi lebih perhatian kepada mereka.
Faktor yang terakhir ialah kaedah dan teknik pengajaran guru yang tidak menarik dan
kurang sesuai atau aras yang digunakan terlalu tinggi menyebabkan murid sukar untuk mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh yang demikian, seorang guru yang cemerlang
haruslah pandai untuk memilih kaedah dan teknik pengajaran yang menarik dan bersesuaian
dengan aras muridnya. Hal ini kerana setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza
antara satu sama lain. Guru wajar menjadikan diri mereka sebagai penghibur yang berbakat.
Contohnya dalam mata pelajaran sastera dan bahasa, seseorang guru sepatunya mengasah bakat
mereka untuk bercerita, berseloka, bersyair dan berpantun. Dalam mata pelajaran matematik dan
sains pula, guru sepatutnya menjadi magician dan saintis.
5

Selain itu, mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti di dalam sesi pengajaran guru juga dapat
menarik minat murid untuk terus mengikuti sesi pembelajaran malah mereka juga akan menjadi
aktif dan berasa seronok untuk belajar. Selain itu juga, mereka akan melibatkan diri sepenuhnya
dengan setiap aktiviti yang telah dirancang oleh guru dengan rela hati dan akan berasa tidak
sabar dan ternanti-nanti untuk sesi pembelajaran guru tersebut pada kesesokkan harinya.
Sekiranya guru mampu mempelbagaikan penyampaiannya, murid-murid akan mendapat manfaat
walaupun wujud perbezaan antara murid.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang cemerlang guru haruslah peka dengan
setiap masalah-masalah murid di dalam kelasnya dan akan sedaya upaya untuk menyelesaikan
masalah-maslah ini dengan apa cara sekalipun. Selain itu, sebagai seorang guru, kita haruslah
sentiasa memperbaiki serta menanmbahbaik cara penyampaian kita semasa di dalam kelas,
sentiasa mempelbagaikan lagi kaedah dan teknik pengajaran agar murid akan sentiasa seronok
untuk mengikuti sesi pembelajaran kita seterusnya masalah-masalah disiplin murid di dalam
kelas dapat diatasi sepenuhnya.



3.0 TERAPI INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK
3.1 Definisi Terapi Muzik
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan
mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh
pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi
dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud
dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan
tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
6

Menurut The American Music Theraphy Association ( Peters, 2000 ), terapi muzik
bermaksud a planned, goal-redirected process of ineraction and interventioan, bassed on
assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which
music or music based experiences examples: ( singing, playing music instruments, moving or
listening music ) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to
influence positive changes in an individuals condition, skills, thoughts, feelings or behaviours.
Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-
bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi
sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu
mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan
muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang
menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal
akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan.
Para ulama bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam
Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,
juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah
suara keldai.Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang
baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit itu
melalui penafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan program
muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik,
menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan
berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik. Tujuannya untuk
mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung pesakit menggunakan medium muzik.




7












3.2 PENGGUNAAN TERAPI MUZIK DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan di dalam kelas 5 Zamrud, hanya terdapat
beberapa orang murid saja yang sering melakukan kesalahan tingkah laku. Oleh itu, saya telah
memilih seorang sahaja daripada murid yang bermasalah di dalam kelas ini bagi iaitu Muhamad
Syamir bin Mat Rosli.
Dia merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik beradik. Syamir berasal
daripada keluarga yang yang sederhana, ayahnya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan manakala
ibunya hanya seorang suri rumah yang biasa. Syamir sering melakukan kesalahan tingkah laku
semasa di dalam kelas antaranya selalu tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh
guru, sering membuat bising dan menggangu murid lain di dalam kelas, tidak membawa buku
kerja malah dia juga selalu membuat bising semasa guru sedang mengajar. Saya menjadi
tertanya-tanya mengapa dia bersikap sedemikian walhal dia merupakan seorang murid yang
aktif.
8

Dengan menggunakan terapi muzik sebagai kaedah rawatan, saya telah berjaya
mengubah sikap Muhamad Syamir bin Mat Rosli daripada seorang murid yang bermaslah
kepada seorang murid yang lebih baik. Dia juga sentiasa menyiapkan kerja yang telah diberikan
malah tidak lagi menggangu rakan-rakan sekelasnya. Hubungan dia dengan rakan-rakan
sekelasnya juga menjadi semakin baik dari hari ke hari.
Seperti yang kita tahu, Terdapat tujuh sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh
warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota
mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga
pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke
dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan
sistem imunasi kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak
kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang
kesakitan semulajadi badan.


Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar
thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan
menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi
kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua
deria kita sekaligus meringankan tekanan.

Terapi muzik ini memang sesuai digunakan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah di dalam pemebelajaran. Antara kebaikan terapi muzik ini ialah ia dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi murid dengan masyarakat di sekelilingnya. Selain itu, ia juga dapat
membantu murid supaya menjadi lebih berdikari dan rasional dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran bersosial dan mestabilkan emosi
murid. Selain daripada itu juga, melalui terapi muzik ini murid juga akan dapat meningkatkan
keyakinan diri mereka, luahan emosi malah meningkatkan kemahiran interaksi di antara murid-
murid dengan guru.

9

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana
yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan
meringankan stress. Terapi muzik membantu murid (klient ) yang mempunyai masalah
berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui
cara ini murid dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain
itu, murid juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung
merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.









3.3 KAEDAH PELAKSANAAN TERAPI MUZIK

3.3.1 Strategi Umum Terapi Muzik

Struktur
Jadual waktu terancang yang menarik minat dan perhatian murid untuk menggalakkan
kehadiran murid pada setiap sesi terapi.

Hubungan terapeutik
Hubungan baik antara kaunselor dan murid. Kaunselor memahami kehendak murid
serta masalah yang dihadapi murid, memastikan komunikasi berkesan setiap kali
rawatan.

Interaksi muzik
10

Kaunselor atau ahli terapi harus menguasai kemahiran pengekalan interaksi muzik
supaya murid mengambil bahagian hingga tamat sesi rawatan.

Kawalan emosi
Ahli terapi menggunakan kaedah ataupun memilih cara dan muzik yang sesuai untuk
menggalakkan murid meluahkan perasaan dan emosi secara baik.

Integrasi sensori
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang
murid/pesakit itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan
menjalankan program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik
tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan
mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau
melukis menggunakan muzik.



Kesimpulan
Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam
badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau
apapun genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia
mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang
kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan
dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah
hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah
kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila
terkenangkan saat-saat tersebut.



11












3.4 TERAPI BERMAIN

Bermula dengan pendapat Sigmund Freud bahawa suatu pendekatan pendidikan dan
bermain merupakan teknik-teknik penyembuhan dengan cara bermain dan boleh dilihat
melalui analisa kejiwaan. Caplan pada tahun 1974 berpendapat bahawa terapi
permainan boleh dilakukan dengan cara menggunakan alat yang tidak berbahaya,
misal: Buku cerita yang boleh digunakan untuk membina pola komunikasi antara pelajar
dengan gurunya.

Bermain merupakan perkara yang penting bagi murid-murid. Jika diibaratkan
bermain adalah bahasa dari murid-murid, maka mainan-mainan adalah kata-katanya.
Melalui aktiviti bermain murid dapat bereksplorasi, mengekspresikan kehendaknya,
mendedahkan batin mereka serta menguji pelbagai situasi dan perilaku dalam sebuah
persekitaran yang menyokong. Penerimaan yang positif serta tidak bersyarat
12

mendorong murid agar merasa cukup aman untuk dapat bereksplorasi sesuai
kehendaknya tanpa halangan.

Dalam keadaan bermain murid akan cuba peranan yang berbeza, belajar melalui
konflik yang berlaku, antara fikiran dan emosi, selalu ingin tahu dan cuba mencari tahu
seperti apa dunia ini. Murid juga dapat membentuk hubungan dengan orang lain dan
melalui hubungan ini murid akan belajar membangunkan kepercayaan, harga diri serta
self-efficacy. Dalam pada itu, maka terapi bermain akan menjadi satu cara yang tepat
untuk digunakan dalam memahami permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid.

Terapi permainan merupakan terapi kejiwaan namun dalam pelaksanaannya
faktor ekspresi-gerak menjadi titik tumpuan bagi analisis terapeutic dengan medianya
adalah bentuk-bentuk permainan yang boleh menimbulkan kesenangan, kenikmatan
dan tidak ada unsur paksaan serta menimbulkan motivasi dalam diri sendiri yang
bersifat spontan, sukarela dan mempunyai pola atau peraturan yang tidak mengikat.
(Sukinah, 2007 ).

3.4.1 Tujuan Terapi Main

Tujuan terapi bermain adalah seperti beberapa aspek dibawah ini :
13




3.4.2 Sasaran Terapi Bermain ( Sukinah , 2007 ) :

Kemahiran mengurus diri sendiri ( Self help skills )
Keupayaan untuk melakukan aktiviti tertentu , keupayaan deria
motor kasar dan halus . ( Psycho - motor performance )
Penyesuaian diri terhadap persekitarannya ( social adaptation )
Kemahiran diri bagi berhadapan dengan masyarakat (
prevocational skills )
Meningkatkan kemampuan berfikir
Meningkatkan kemampuan berkomunikasi
Meningkatkan kemampuan sosialemosi
Meningkatkan dan menguatkan percaya diri
Meningkatkan dan mengembangkan kendiri
Meningkatkan dan mengembangkan perasaan seni
Memperbaiki salah perilaku
14





Kesimpulan, terapi bermain amat berguna bagi meningkatkan keyakinan diri murid serta
menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, terapi
ini sangat memupuk semangat murid untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain yang melawan
diri untuk tidak aktif. Disamping itu, terapi ini saya telah aplikasikan terhadap seorang murid
saya dari kelas 4 Zamrud.




3.4.3 PENGGUNAAN TERAPI BERMAIN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
Murid yang menghadapi gangguan mental dengan gangguan psikologi,
sosial emosi dan komunikasi.
Murid mengalami masalah belajar dengan gangguan psikologi, sosial
emosi, lemah koordinasi.
Murid yang mengalami gangguan perilaku atau emosi
Murid yang mengalami gangguan bahasa, sosial emosi dan ada
kalanya sukar belajar.
Murid yang mengalami gangguan pendengaran serta berbahasa atau
bicara, psikologi , sosial emosional, dan kadang-kadang mental .
Murid yang mengalami gangguan penglihatan dan sosial emosi.
Murid yang mengalami gangguan fizikal dan kesihatan, sosial emosi.
15


Seorang pelajar saya dari kelas 4 Zamrud, Muhammad Zaim Aiman Bin Zamri
menghadapi masalah dari aspek psikososial. Antaranya ialah tidak bergaul antara satu
sama lain, tidak memberi respon ketika guru mengajar dan tidak mempunyai keyakinan
untuk berkomunikasi. Oleh sebab itu, perlaksanaan terapi bermain merupakan langkah
yang sesuai untuk membendung masalah ini. Di sini saya telah melaksmuridan aktiviti
terapi bermain bagi menghadapi masalah ini.

Untuk aktiviti Repo, aktiviti yang dilaksmuridan adalah bermain permainan Tiru
Gaya Saya. Saya akan menunjukkan contoh pergerakan atau gaya dan murid diminta
untuk meniru aksi guru. Seterusnya Zaim akan menggayakan aksinya yang tersendiri
dan murid lain akan meniru gaya yang ditunjukkan itu. Aktiviti ini dijalankan untuk
meningkatkan kejelekitan sesama murid serta menghilangkan rasa malu dalam dirinya
untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.

Aktiviti pertama yang akan saya lakukan ialah, memberi Zaim dan rakan-
rakannya bekas yang mempunyai pasir. Seterusnya, murid diminta untuk memasukkan
tangan ke dalam bekas tersebut dan meramas pasir yang terdapat dalam bekas itu.
Saya akan menyoal setiap murid berkaitan apa yang mereka rasa apabila menjalankan
aktiviti tersebut. Setiap murid akan mendapat pasir yang berlainan jenis dan mereka
akan menyatakan pelbagai jenis rasa pada tangan mereka ketika meramas pasir itu.
Aktiviti ini akan menggalakkan murid berkongsi pengalaman yang mereka lalui.
Sesunguhnya, pengalaman setiap murid adalah berbeza. Kemudian, mereka akan
bersoal jawab untuk mengetahui respon dan pengalaman rakan yang lain.

Aktiviti diteruskan dengan releksasi. Saya akan memberikan mereka releksasi
dengan membasuh tangan dan berehat. Guru akan meminta murid berbual sesama
mereka mengenai perasaan dan pengalaman yang dirasai selepas menjalankan aktiviti
pertama.
Aktiviti kedua adalah Hasil Kerja Saya. Dalam aktiviti ini, murid akan menerima
sebuah bekas berisi pasir dan jenis pasir adalah sama. Saya menerangkan langkah-
16

langkah aktiviti. Semua murid diminta untuk menghasilkan apa saja yang mereka
fikirkan dengan menggunakan pasir yang telah diberikan. Setiap murid akan
menjalankan aktiviti mengikut kekreatifan mereka sendiri dan tanpa bantuan guru. Guru
akan memastikan keselamatan murid dan memberi peneguhan positif terhadap hasil
kerja murid. Selesai menghasilkan menjalankan aktiviti ini, murid diminta menceritakan
hasil reka bentuk mereka dan sebab mereka menghasilkannya. Murid lain akan
mendengar dan penyoalan dibenarkan. Pada masa yang sama, guru akan memberi
sedikit bimbingan terhadap murid.

Aktiviti releksasi diteruskan dengan memberi ruang kepada murid untuk
membersihkan tangan dan berehat. Guru menyoal murid mengenai perasaan mereka
setelah menjalankan aktiviti kedua. Zaim agak kekok apabila saya menjadikannya
sebagai Kerusi Panas, dimana rakan-rakan boleh bertanya soalan kepada Zaim dan
hendaklah menjawab berdasarkan aktiviti mereka lakukan sekejap tadi.

Aktiviti ketiga dinamakan Istana Idaman. Aktiviti ini dijalankan secara
berkumpulan. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan akan diberikan satu bekas yang berisi pasir. Setiap kumpulan diminta untuk
menghasilkan istana pasir mengikut kreativiti mereka sendiri. Dalam kumpulan, murid
akan bekerjasama untuk menghasilkan istana pasir. Di sini saya nampak Zaim cuba
membantu dan bertindak mengikut arahan ketua kumpulannya. Setelah selesai
menghasilkan istana pasir, setiap kumpulan akan menunjukkan hasil kerja mereka dan
perlu menceritakan ciri yang terdapat pada istana pasir mereka. Setiap murid dalam
kumpulan tersebut perlu bertutur dan menerangkan satu daripada ciri istana pasir
tersebut. Murid lain akan memberikan respon atau pendapat masing-masing. Aktiviti
relaksasi disambung dengan memberi peluang murid membasuh tangan dan berehat.


Untuk refleksi, saya meminta murid melakukan bulatan. Aktiviti ini meminta murid
terutama Zaim menceritakan pengalaman mereka semasa sesi dijalankan. Di sini juga
murid akan menyatakan perasaan mereka meramas pasir, membina hasil kerja sendiri
17

dan menghasilkan istana pasir mengikut kreativiti masing-masing termasuk Zaim yang
tidak lekang bercerita dan nampak seperti sangat teruja terhadap aktiviti yang
dilakukan. Sepanjang sesi refleksi ini, saya akan menilai respon dan luahan mereka.
Secara tidak langsung, saya juga dapat melihat kemahiran komunikasi serta tahap
keyakinan mereka semakin meningkat.

Hasil dari terapi bermain ini, Zaim sedikit berubah dan tidak pasif dan cuba
bergaul dengan rakan lain. Selain itu, dia cuba untuk terlibat aktif dalam segala aktiviti
yang saya buat disamping tidak malu untuk cuba menjawab soalan-soalan yang saya
ajukan kepada murid. Selain itu, jika dahulu Zaim sekadar mampu mengganggu rakan
lain tetapi sekarang dia cuba untuk melakukan dan membantu rakan yang tidak faham.
Terapi ini sangat sesuai untuk meningkatkan motivasi diri murid dan keyakinan diri
murid itu sendiri, selain, dirinya juga harus melawan segala kelemahan diri dengan
bimbingan guru.












4.0 REFLEKSI
NAMA : AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR
18

NO IC : 910107-11-5055
Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan lengkap dan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya, Encik
Mohamad Yusoff Bin Ali kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan
penerangan mengenai tugasan ini yang mana telah meningkatkan kefahaman kami mengenai
kehendak soalan dan seterusnya memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kesulitan terutamanya
kekangan masa. Ini kerana, kami mendapat soalan kerja kursus dari subjek-subjek yang lain pada
masa yang sama dan dan kami juga sedang menjalani praktikum untuk fasa 3. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah ini, saya telah mengurus masa dengan bijak dengan membuat pembahagian
masa saya yang terluang agar digunakan dengan sebaiknya. Selain itu, dengan kerjasama serta
kolaborasi saya dan pasangan saya, tugasan ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan tepat
pada masanya.
Pada mulanya, ketika saya menerima tugasan ini saya merasakan bahawa tugasan ini
amat menarik kerana tugasan ini memerlukan saya mengkaji teori Intervensi Muzik dan teori
Intervensi Bemain serta mengaplikasikan teori-teori ini untuk meyelesaikan masalah tingkah
laku murid semasa di sekolah. Saya juga perlu membuat analisis mengenai masalah-masalah
kesalahan tingkah laku murid yang berlaku di dalam kelas. Di akhir tugasan, saya perlu
mengaplikasikan teori-teori ini terhadap murid yang bermasalah tersebut.
Tugasan ini memerlukan banyak pembacaan dan kefahaman terhadap apa yang dibaca
kerana tugasan ini memerlukan saya memahami teori kaunseling kanak-kanak yang telah
dipelajari seterusnya mengaplikasikan teori-teori ini semasa berada di persekolahan. Oleh itu,
untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber seperti melayari
internet, menelaah bahan bacaan di pusat sumber dan bertanya kepada mereka yang lebih faham
untuk memperkasa ilmu yang saya peroleh. Melalui sumber-sumber rujukan yang digunakan,
saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah.
19

Tugasan kali ini telah memberikan saya ilmu yang berguna untuk diaplikasikan semasa
saya di sekolah kelak. Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing serta rakan-rakan kerana sentiasa membantu saya sepanjang menyiapkan tugsan ini.
Sekian, terima kasih.













REFLEKSI
AHMAD SYAKIR BIN MAKHTARUDIN
910401-03-5101
Secara kesimpulannya, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
rahmat dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya berasa berpuas hati
20

dengan hasil kerja saya sendiri, walaupun ianya kurang terperinci tetapi sekurang-
kurangnya saya telah berusaha untuk mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan
kerja kursus ini. Sedikit sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya pengetahuan
tentang bimbingan dan kaunseling dengan terapi bermain.
Kerja kursus ini banyak memupuk semangat kerjasama antara saya dan
pasangan, Ahmad Nuruddin b Abu Bakar, dan menyemai sikap tolong-menolong dan
bertolak-ansur. Saya berasa amat bertuah kerana banyak diberi tunjuk oleh rakan
praktikum. Semasa seisi pembelajaran, Alhamdulillah saya banyak diberi teguran
yang membina dari pensyarah pembimbing dari Jabatan Gerko IPGKSM. Banyak yang
saya pelajari tentang pembentukan kata ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Nuruddin serta pensyarah pembimbing En.
Mohamad Yusoff bin Ali kerana bersabar dalam memberi tunjuk ajar kepada saya
dalam memperbetulkan setiap kesalahan yang saya lakukan dalam menjayakan kerja
kursus ini.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam
mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber
yang mana beliau sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya.
Saya telah banyak mempelajari dan melalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan
tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah
seperti dalam mencari maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Saya juga
menghadapi masalah apabila mencetak tugasan saya. Walau bagaimanapun,
semuanya membuatkan saya menjadi lebih matang untuk menjadikan seorang guru
yang baik masa hadapan.
Bahan rujukan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu
daripada bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya. Sumber
kedua pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan daripada pensyarah
saya sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri, dan yang
baik itu datang daripada Allah S.W.T

21

















5.0 BIBLIOGRAFI :
Buku rujukan :
Amaludin Ab. Rahman
Perkhidmatan kaunseling : pendekatan dalam hikmah berdakwah / Amaludin Ab. Rahman.--
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2008.
22

Aminah Hashim
Keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah : satu tinjauan / Aminah Hashim.--
Serdang: Universiti Pertanian Malaysia, 1994.
Amla Salleh
Bimbingan dan kaunseling sekolah / Amla Salleh, Zuria Mahmud, Salleh Amat.--Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
Ee, Ah Meng
Perkhidmatan bimbingan & kaunseling / Ee Ah Meng.--Shah Alam: Fajar Bakti, 1997.









Sumber laman sesawang :
http://berobat-jalan.blogspot.com/2013/03/terapi-bermain-play-therapy.html
Diakses pada 20 Februari 2014

http://lynnbretta.blogspot.com/2010/03/baka-atau-persekitaran-yang-manakah.html
Diakses pada 22 febuari 2014
23


http://notahujung13.blogspot.com/2014/01/soalan-12-bincangkan-cara-intervensi.html
Diakses pada 19 Feburari 2014
http://rikipradana-fpsi09.web.unair.ac.id/artikel_detail-61497-Psikologi-
Play%20Therapy.html
Diakses pada 20 Feburari 2014
http://berobat-jalan.blogspot.com/2013/03/terapi-bermain-play-therapy.html

Diakses pada 10 Februari 2014

http://rikipradana-fpsi09.web.unair.ac.id/artikel_detail-61497-Psikologi-
Play%20Therapy.html
Diakses pada 12 Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai