Anda di halaman 1dari 48

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 3303
TEKNOLOGI RUMAHTANGGA
(FOLIO MENJAHIT ARTIKEL MUDAH)

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JANUARI 2017


Bil. Kandungan Muka surat

FOLIO TEKNOLOGI RUMAH TANGGA

1.0 PERALATAN JAHITAN & FABRIK 4-6


1.1 PERLAKSANAAN UJIAN MEMBAKAR FABRIK

MENGENALI PEMBINAAN FABRIK


2.1FABRIK TENUN
2.0 7 - 19
2.1.1 TENUN BIASA
2.1.2 TENUN KELARAI
2.1.3 TENUN SATIN

JAHITAN ASAS
3.1 JAHITAN ASAS
3.0 20 - 26
3.1.1 2 CONTOH JAHITAN SEMENTARA
3.1.2 2CONTOH JAHITAN PENGEMAS
3.1.3 2 CONTOH JAHITAN PENYAMBUNG

4.0 JAHITAN SULAMAN ASAS 27


4.1 CONTOH JAHITAN SULAMAN
KELIM
5.1 JENIS-JENIS KELIM
5.1.1 KELIM BELAH KANGKUNG
5.1.2 KELIM BETAWI
5.0 5.1.3 KELIM LIPAT TINDIH 28 - 36
5.1.4 KELIM PAPAN MESIN

FOLIO PENGHASILAN ARTIKEL MUDAH

6.0 37

2
ARTIKEL MUDAH
6.1 BEKAS ALATAN JAHITAN

37
7.0 RAKAMAN PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH (Youtube)

38 - 44
8.0 PEMILIHAN KEMAHIRAN MENJAHIT PADA ARTIKEL MUDAH

45
9.0 REFLEKSI

46
10.0 RUJUKAN

PERALATAN JAHITAN

3
Alatan jahitan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut kegunaannya. Penggunaan
peralatan yang betul dan lebih berteknologi dapat meningkatkan kualiti jahitan juga dapat
menjimatkan masa, tenaga dan kos projek. Penggunaan peralatan dan bahan yang salah atau
kurang sesuai akan menyebabkan hasil jahitan kurang menarik dan kurang memuaskan.

KAJIAN FABRIK

4
PERLAKSANAAN UJIAN

Bil Fabrik Hampir dengan Ketika Setelah api Bau fabrik Rupa abu
5
. api dibakar padam fabrik
Tidak
Menyala Terus Berbau kertas Abu menjadi
1. Kapas menunjukkan apa-
bersama api menyala terbakar warna kelabu
apa perubahan
Tidak
Menyala Terus Berbau kertas Abu menjadi
2. Linen menunjukkan apa-
bersama api menyala terbakar warna kelabu
apa perubahan
Tidak Berbau hangit
Terbakar Api terus Abu menjadi
3. Bulu biri-biri menunjukkan apa- seperti rambut
perlahan padam warna hitam
apa perubahan terbakar
Tidak Berbau hangit
Terbakar Api terus Abu menjadi
4. Sutera menunjukkan apa- seperti rambut
perlahan padam warna hitam
apa perubahan terbakar
Menjadi
Api padam
Mengecut dan seperti manik
5. Poliester Menjadi cair perlahan- Berbau hangit
menrekut hitam dan
lahan
keras
Menjadi
Api padam
Mengecut dan seperti manik
6. Nilon Menjadi cair perlahan- Berbau busuk
merekut kelabu dan
lahan
keras
Api padam Menjadi
7. Akrilik Mencair Menjadi cair perlahan- Berbau busuk seperti manik
lahan yang rapuh

FABRIK TENUN

Tenun dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang.
Yarn memanjang akan menjadi asas kepada benang lungsin atau benang memanjang pada
fabrik yang ditenun. Benang ini selari dengan tepi fabrik. Yarn melintang adalah yarn pengisi
dalam fabrik tenun.

6
Terdapat tiga jenis tenun:
1. Biasa
2. Kelarai
3. Satin.

1. TENUN BIASA

7
2. TENUN KELARAI
8
3. TENUN SATIN

9
 Mudah renyuk
 Kurang daya drep
 Legap
 Poros
 Kurang daya serap

 Kain kasa
 Kain belacu
 Gingham
 Organdy
 Oxford

10
 Shantung

11
12
13
 Drep dengan baik
 Tebal
 Legap
 Kukuh
 Kurang poros

 Denim
 Gaberdine
 Korduroi
 Dril.

14
15
 Fabrik licin dan berkilat efek dari empat lembar yarn terapung
 Daya drep yang baik
 Mudah koyak hasil daripada benang yang terapung.

 Satin
 Sateen
 Crepe
 Broked
 Damask

16
FABRIK KAIT

17
Fabrik kait dihasilkan apabila yarn disambung secara berterusan dalam bentuk gelung. Fabrik
kait boleh dibuat dengan cara tradisional menggunakan jarum kait tangan atau dengan
menggunakan mesin.

 Daya drep yang sangat baik


 Memberi dan mudah mengikut bentuk badan
 Tidak renyuk
 Peredaran udara yang baik

 Velour
 Jersi

 Net
 Renda.

FABRIK TANPA TENUN

18
Fabrik ini tidak ditenun atau dikait. Gentian iaitu dalam bentuk stapel dan filamen dijadikan
kepingan struktur sesawang melalui proses penjaruman, tindakan kimia dan tekanan suhu.

Tidak fleksibel
Keras dan kasar
Tidak ada yarn melintang atau menegak
Tidak berburai bila digunting

Lampin,
Uncang teh
Kertas tisu
Lapik dalam
Kain lap

19
Jahitan sementara ialah jahitan yang dibuat untuk sementara dan dibuka semula selepas jahitan
kekal dijahit di atasnya. Jahitan sementara menggunakan benang jelujur yang lebih lembut,
halus, murah dan senang diputuskan. Selalunya jahitan sementara menggunakan satu lembar
benang yang warnanya lebih muda daripada warna fabrik supaya senang kelihatan dan tidak
meninggalkan kesan warna setelah dibuka. Jahitan sementara biasanya menggunakan satu lebar
benang sahaja kecuali jahitan tanda. Manakala jarum yang sesuai digunakan ialah jenis jarum
yang tajam. Jahitan sementara terdiri daripada:

 Jelujur kasar atau sama

 Jelujur panjang pendek

 Jelujur tanda

 Jelujur serong atau tegak

20
Jahitan pengemas ialah jahitan kekal. Ia digunakan untuk menetapkan kelepat, lipatan atau
mengemaskan tepi kain. Jenis-jenis jahitan pengemas ialah:

Jahit lilit kemas

Jahit silang pangkah

Jahit insang pari

Jahit lubang butang

Jahit sembat

Jahit sembat susup

21
Jahitan penyambung ialah jahitan kekal dan jahitan ini mesti dijahit dengan teguh. Ia digunakan
untuk menyambung bersama dua atau lebih kepingan fabrik. Benang yang digunakan untuk
menjahit jahitan ini mestilah sepadan dengan fabrik dan warna fabrik.

Jenis-jenis jahitan penyambung ialah:

 Jahit kia

 Jelujur halus

 Jahit lilit ubi

 Jahit mesin

22
Jahitan sulaman ialah salah satu jenis mata jahitan asas. Jahitan sulaman selalunya digunakan
untuk menghias pakaian, barang peribadi dan kelengkapan rumah tangga. Jahitan ini dibuat
supaya fabrik itu kelihatan lebih cantik dan menarik. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh
digunakan atau digabungkan bersama-sama untuk memberi rupa dan bentuk kepada sesuatu
motif. Saiz jahitan boleh diubah suai mengikut motif yang hendak dijahit. Jahitan sulaman
ringkas boleh dikerjakan di atas fabrik yang tidak bercorak, berbintik, berjalur ataupun bercorak
dam. Jahitan sulaman akan kelihatan lebih jelas dan nyata pada fabrik yang disebutkan sebentar
tadi.

23
24
25
26
27
28
KELIM

Kelim ialah cara menyambungkan atau mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga
digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian. Berikut adalah kegunaan kelim pada
pengguna iaitu untuk:
 Menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik;
 Mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik;
 Memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan; dan
 Perhiasan.

Pemilihan kelim yang dibuat bergantung pada:

(a) Jenis Fabrik


Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya, fabrik yang mudah
berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan kelim betawi.

(b) Jenis Pakaian


Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.
Contohnya, pakaian kanan-kanak. Selain itu, kelim papan mesin sesuai untuk kain jenis jean
tetapi tidak sesuai untuk gaun fabrik kapas.
29
(c) Gaya dan Kedudukan Kelim
Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya, kelim betawi sesuai
dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada
kelim yang melengkung.

Tip: Kelim yang rata hendaklah dijahit pada pakaian dalam dan kelim yang lebih teguh
hendaklah dijahit pada pakaian yang selalu didobi.

30
31
KELIM BELAH KANGKUNG
Ciri-cirinya:
 Kelim belah kangkung ialah sejenis kelim yang popular dan mudah dijahit.
 Kelim ini rata dan tidak kelihatan di sebelah luar artikel atau pakaian.
 Kelim ini juga sesuai untuk menjahit kebanyakan artikel dan pakaian.
 Lebar kelim yang telah siap dijahit ialah antara 12 mm hingga 16 mm.

Cara menjahit kelim belah kangkung:

Langkah 1
 Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik.
 Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan
Langkah 2
 Tekan dan seterika supaya kelim terbuka

Tepi basi kelim belah kangkung boleh dikemaskan dengan jahitan mesin atau jahitan
tangan. Sebelum dikemaskan dengan jahitan tangan, tepi basi kelim perlu dikukuhkan
dengan jahitan mesin.

32
KELIM BETAWI

 Kelim betawi ialah sejenis kelim yang kukuh dan halus.

 Kelim ini sesuai digunakan untuk menjahit fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.

 Kelim ini mempunyai dua baris jahitan.

 Ciri-ciri kelim betawi:


a) Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.
b) Kelim tidak beralur di jahitan pertama.
c) Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.
d) Kelim tidak bergulung.
e) Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.

33
Langkah 1 Langkah 3
* Temukan kedua-dua sebelah dalam * Lipat kelim supaya sebelah luar
fabrik dan jahit dengan jahitan jelujur bertemu.
di garisan pemadan. * Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit
* Jahit dengan jahitan mesin kira-kira 6 dengan jahitan mesin kira-kira 6 mm
mm di luar garisan pemadan. dari tepi kelim di garisan pemadan.

Langkah 2 Langkah 4
* Tekan dan seterika supaya kelim * Tekan dan seterika ke arah belakang
terbuka. pakaian.
* Trim basi kelim hingga tinggal 4 mm
dari garis jahitan pertama.

34
 Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan
sebahagian pakaian luar.
 Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pakaian terutama bila merupakan potongan istimewa untuk
memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar.
 Ia dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain.
 Kelim ini kukuh kerana ia dijahit tiga lapisan fabrik.
 Digunakan untuk melekat/mencantum bahagian pakaian dan skirt,sambungan di pinggang untuk
potongan sendat di pinggang, memasang bahu mendatang, ropol serta pita.
 Bahagian yang rata hendaklah diletakkan di atas bahagian yang mengelembung kedut lepas,lipatan
halus dan sebagainya.
 Jika kedua-dua kepingan yang hendak disambung, letakkan bahagian atas pakaian itu di atas
bahagian bawah pakaian.
 Kelim ini tidak digunakan pada fabrik-fabrik tebal.

35
Langkah 1
 Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan pemadan di sebelah dalam dan dijelujur.

Langkah 2
 Tandakan garisan tengah, garisan pemadan dan kedut jika perlu di bahagian bawah kelim.

Langkah 3
 Letakkan tepi bahagian atas yang berlipat di atas garisan pemadan bahagian bawah kelim
dengan garisan tengah bertemu.
 Jelujur dan tetapkan dengan jahitan mesin di tepi lipatan sebelah atas.
 Cabut jahitan jelujurnya.

Basi kelim lipat tindih boleh dikemaskan dengan:


a) Jahitan insang pari.
b) Bentuk pucuk rebung.
c) Jahitan mesin.
d) Jahitan lilit kemas.
e) Menggunakan tepi fabrik.

36
KELIM PAPAN MESIN

 Kelim papan mesin ialah kelim berjahit dua kali yang boleh dibuat di sebelah luar
pakaian atau di sebelah dalam pakaian.
 Kelim ini rata, kukuh dan sesuai untuk fabrik nipis dan tebal.
 Lebar kelim yang siap biasanya berukuran 4mm hingga 6 mm.
 Ia digunakan untuk membuat pakaian dalam, kemeja, blaus kemeja, pijama, seluar,
pakaian kerja, jean dan pada fabrik bercorak..

Kebaikannya:
1. Kukuh kerana terdapat dua baris jahitan.
2. Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan.
3. Rata.
4. Mudah dicuci/didobi.

Keburukannya:
1. Tebal dan berat bila digunakan pada fabrik tebal.
2. Dua baris jahitan mesin kelihatan di sebelah luar pakaian jika kelim ini dibuat dari
sebelah luar.

CARA MENJAHIT KELIM PAPAN MESIN ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:

Langkah 1 Langkah 3
* Temukan kedua-dua sebelah dalam * Buat lipatan selebar kira-kira 5 mm
fabrik. pada tepi basi kelim bahagian
* Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit hadapan.
dengan jahitan mesin di garisan * Lipatkan ke arah belakang pakaian.
37
pemadan.
* Tekan dan seterika supaya kelim
terbuka

Langkah 2 Langkah 4
* Trim basi kelim bahagian belakang * Jahit dengan jahitan jelujur dan jahit
supaya kuraNg dari ukuran yang siap. dengan jahitan mesin di atas tepi yang
berlipat
* Tekan dan seterika kelim supaya rata.

FOLIO ARTIKEL MUDAH

Artikel mudah ialah hasil kraftangan yang diperbuat daripada fabrik. Ini termasuklah kain
rumah tangga yang juga digunakansebagai hiasan, beg serbaguna, beg pensel, kantung telefon
bimbit, penutup peti sejuk, pembalut kotak tisu, beg kosmetik, beg kelengkapan dandanan diri,
sarung bantal, atau kusyen, lapik pemegang periuk dan lain-lain lg artikel mudah. Dalam folio
ini saya memilih untuk menghasilkan satu artikel mudah iaitu “BEKAS ALATAN JAHITAN”

Semasa menghasilkan artikel, kita perlu mengikuti langkah-langkah berikut :


38
 Kenal pasti atikel yang henda dijahit
 Senaraikan bahan yang diperlukan
 Sediakan pola
 Bentangkan pola diatas kain
 Gunting kain
 Pindahkan tanda-tanda pola
 Cantumkan kepingan fabrik

NAMA ARTIKEL JAHITAN : BEKAS ALATAN JAHITAN

Link YouTube : https://youtu.be/q2lM8JH3aXE

Bahan yang digunakan :


2 keping fabrik 30cm x20cm
1 keping pelapik fabrik
1 keping hias tampal
1 keping zip

BEKAS ALATAN JAHITAN

Bil. Langkah-langkah penghasilan Folio Gambar Rajah

FOLIO ARTIKEL MUDAH

39
PERALATAN JAHITAN & FABRIK :
 Sediakan bahan dan alatan untuk
menghasilkan artikel
 Bahan yang digunakan :
1.
2 keping fabrik 30cm x20cm
1 keping pelapik fabrik
1 keping hias tampal
1 keping zip

2.
PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Gosok 2 keping fabrik pada pelapik
 Tampal hias yang dijahit
menggunakan jahitan insang pari

40
3.
PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Cantum zip ke atas fabrik
menggunakan kelim belah kangkung
 Kemaskan jahitan zip dengan
menggunakan kelim betawi

41
4.
PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Cantumkan 2 fabrik bahagian sisi
 Tandakan ukuran 7cm di bahagian
bucu artikel

42
5.
PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Buat garisan berbentuk segi tiga yang
telah diukur tadi
 Kemudian jahitkan bentuk segi tiga
tadi

43
6.
PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Terbalikkan artikel setelah selesai
dijahit
 Kemudian hasilkan pula tangkai untuk
bekas jahitan

44
7. PROSES PENYEDIAAN ARTIKEL MUDAH :
 Tangkai yang telah siap dijahitkan
dibahagian dalam artikel tersebut
 Hasilnya :

45
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt, kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan
tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Siti Khamariah Binti Rizuwan kerana telah
membimbing saya dan rakan-rakan sambil berkongsi ilmu. Ketika saya menerima tugasan ini,
saya merasakan ianya adalah satu cabaran buat saya kerana saya tidak mahir dalam bidang
jahitan.

46
Jesteru itu, saya berazam untuk memastikan saya melaksanakan tugasan dengan menghasilkan
artikel mudah dan folio yang menarik dan menepati skema yang ditetapkan oleh pensyarah.
Untuk menghasilkan folio yang lengkap ini saya juga mengadakan perbincangan bersama
rakan-rakan, ternyata ianya sangat membantu saya dalam menyiapkan folio dalam masa yang
ditetapkan walaupun saya memiliki kemahiran yang terhad dalam bidang jahitan.
Walaubagaimanapun ianya tidak melemahkan semangat saya, malah saya lebih teruja untuk
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga melayari internet bagi mendapatkan maklumat
sebagai rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhir sekali, besar harapan saya supaya ilmu dan pengetahuan yang telah saya dapat dalam
menghasilkan tugasan folio ini dapat diapliasikan dan digabungjalinkan semasa proses
mengajar anak murid di dalam kelas memandangkan proses pembelajaran masa kini semakin
mencabar. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada pensyarah pembimbing Puan Siti
Khamariah Binti Rizuwan dan rakan OUM, serta tidak dilupakan isteri dan keluarga tercinta
yang telah banyak berkorban dan membantu saya menyiapkan dan menghasilkan tugasan ini
dengan jayanya.

RUJUKAN

Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd Noor., & Lamah Abdul Ghani. (2002).
Pengurusan pakaian tingkatan 4: Bahan sumber pengajaran. Thuala Lumpur, Malaysia:
Edusystem.

Colton, V. (Eds.). (1979). ReaderÊs Digest complete guide to needlework. New York,
NY: ReaderÊs Digest Association.

Hollen, N., Longford, A. L., & Saddler, J. (1988). Textiles. Ontario, NY: Macmillan.

Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan membuat pakaian, panduan lengkap langkah
demi langkah teknik menjahit. Petaling Jaya, Malaysia: Alaf 21.
Melita M. N. (1961). Needlework for school. Glasgow, Scotland: Blackie and Son. Noor
Hababiah Hassan Othman, Faudziah Md Din., & Zahrah Esa. (2002).
Pengajian pakaian tingkatan 5. Thuala Lumpur, Malaysia: Edusystem.

47
48

Anda mungkin juga menyukai