Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak 3104. Jutaan terima kasih kami tujukan buat En Mohamed Ayob Bin Sukani, selaku Pensyarah Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak 3104 kerana bimbingan tunjuk-ajar serta nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Khas untuk suami tercinta, Mohd Yusri Bin Mohd Yusoff , doa dan dorong semangat yang diberikan menjadi azimat untuk saya meneruskan usaha ke tangga kejayaan. Buat anak-anak yang disayangi, Nurul Fakhira, Muhammad Fakhrul Razi, Muhammad Fahmi dan Muhammad Fahim Hakimi , sekalung kasih sayang ibu utuskan kerana sentiasa memberi inspirasi kepada ibu. Tidak dilupakan juga buat rakan seperjuangan dari Unit Prasekolah A Program Pensiswazahan Guru Jun 2011 yang banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam menghasilkan kerja kursus ini. Semoga kalian mendapat pembalasan yang setimpal daripadanya. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya jasa dan budi kalian akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih

PENGENALAN. Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanakkanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanakkanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya. DEFINASI BAHASA. Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbolsimbol lahir secara sedar. Bloch dan Trager dalam Outline of Linguistic Analysis (1982:2), menegaskan bahawa bahasa ialah sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama . PERKEMBANGAN BAHASA. Perkembangan dan penggunaan bahasa adalah penting untuk membolehkan manusia berhubung antara satu dengan lain.Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosio-emosi yang tenteram dan selamat kerana apabila bahasa dikaitkan dengan pengalaman yang menggembirakan. PEMBELAJARAN BAHASA. penguasaan bahasa oleh seseorang secara formal, iaitu dengan adanya kurikulum dan bahan pengajaran yang tertentu. Latihan-latihan berbahasa yang dilakukan juga distrukturkan.Proses pembelajaran bahasa juga mendasari teori, pendekatan, kaedah

dan teknik yang tertentu dengan bantuan guru. Pembelajaran bahasa lazimnya berlaku secara eksplisit dengan penuh kesedaran dan motivasi. PEMEROLEHAN BAHASA. bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehinya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat dipersekitarannya . Ahli psikolinguistik kanak bersependapat bahawa kanak-

akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan

sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya kanak-kanak itu lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperolehi kanakkanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan. Orang dewasa tidak dapat memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak . TEORI BAHASA PANDANGAN NATIVIS Pandangan teori ini menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah. Setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti perktaan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu kanak-kanak ini perlulah

menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tata bahasanya.

PANDANGAN BEHAVIORIS Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa. Melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. SkinnerGolongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Menurut pandangan teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir. Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Mereka berpendapat bahwa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Brown (1980) dalam Principles of Language Learning and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apaapa calitan.Persekitarannya yang akan membentuknya secara perlahan-lahan untuk membentuknya membuat keterampilan pengukuhan terhadap tingkah lakunya.Pengetahuan dan akan diperolehi melalui pengalaman dan proses

berbahasanya

pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan TEORI BAHASA PANDANGAN BEHAVIORIS Menurut model behaviorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut

KONSTRUKTIVIS Model Pembelajaran Interaksionalis Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentukl-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.Aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar. Model Pembelajaran Fungsionalis Model ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa. Secara tidak langsung model ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Menurut model ini bahasa mempunyai tiga fungsi.Bahasa sebagai alat penyampai idea- Bahasa digunakan untuk berhubung, berkongsi pendapat dan pandangan.Bahasa sebagai untuk menyampaikan maklumat- Bahasa berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur.Bahasa sebagai penglibatan:- Bahasa digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi. Ciri-ciri penting : Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem social Bahasa alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya. menyampaikan

10

LAPORAN PERANCANGAN,PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KEBERKESANAN. Saya telah mendapat tajuk kerja kursus daripada En Mohamed Ayob Bin Sukani pada 18hb Febuari 2012 yang bertajuk Membina pengurusan grafik yang merangkumi model pemerolehan dan perkembangan bahasa berdasarkan model-model berikut iaitu Model Bahavioris, Model Nativis dan Model Konstruktivis, Merancang dan melaksana salah satu persembahan aktiviti bahasa iaitu permainan bahasa. Sebelum saya memulakan tugasan saya telah membaca buku-buku tentang permainan bahasa agar saya lebih mudah membuat perancangan nanti.Saya telah merancang aktiviti permainan bahasa.Apa yang saya faham daripada pembacaan saya permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran murid-murid.Oleh itu saya harus membina bahan bantu mengajar yang berbentuk permainan untuk dipraktikkan dalam pengajaran.Pendekatan aktiviti permainan bahasa diharap dapat membantu muridmurid yang lemah dalam pembelajaran. Say dapati anak murid saya masih lemah dalam membunyikan sukukata kvkv walaupun mereka telah mengenal huruf.Ada juga anak muriud saya dapat mengeja dengan betul tetapi tidak dapat membunyikan perkataan tersebut.Daripada ini saya telah memilih untuk membuat permainan bahasa iaitu saya namakan dadu pintar. Saya telah membina bahan bantu mengajar yang berbentuk pemainan dadu bagi menarik minat dan memotivasikan murid yang lemah dalam pembelajaran supaya

murid bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran yang hendak dicapai. Penggunaan carta atau kad sukukata membosankan murid.Dengan menggunakan dadu pintar murid rasa seronok untuk belajar.Murid akan bermain sambil belajar. Saya mula membina dadu.Dadu saya diperbuat daripada kotak yang terbuang.Saya telah membalut kotak tersebut dan melekatkan dadu tersebut dengan sukukata kv.Kebaikkan dadu tersebut ialah murid boleh belajar melalui bermain dan murid tidak akan merasa bosan.

11

Apabila

dadu

telah

siap

dibina

saya

telah

merancang

pengajaran

dan

pembelajaran.Saya telah merujuk kspk untuk membuat rancangan pengajaran. Standart Pembelajaran KSPK yang digunakan BM 3.4.4 Membina dan membunyikan dua sukukata terbuka ( kv + kv ) secara rawak BM 3.5.5 Membatangkan ( mengeja sambil membaca ) dua sukukata terbuka untuk menjadi perkataan kvkv ( buku ) BM 4.2.4 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

Berikut adalah Rancangan Pengajaran yang telah saya rancang : Slot 1 ( induksi )- murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak.Guru menyuruh seorang murid mengambil benda di dalam kotak.Murid menunjukkan dadu pintar. Slot 2- guru menerangkan bagaimana untuk bermain dadu pintar Slot 3 ( permainan bahasa ) murid membuat bulatan besar dan apabila memdengar muzik murid akan memberi dadu kepada kawan secara bergilir-gilir dan apabila muzik berhenti murid yang terakhir memegang dadu akan membaling dadu ke tengah dan murid lain akan mengeja dadu tersebut. Slot 4(permainan bahasa) murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap kumpulan akan mendapat dua dadu.Murid akan mula membaling dadu dan seoarang murid lagi akan menulis perkataan kvkv berdasarkan dadu yang telah dibaling.

12

Slot 5 setiap kumpulan akan menyenaraikan jumlah perkataan yang mereka perolehi dan akan mengeja dan kumpulan lain akan bersama-sama mengeja. ( aktiviti pengukuhan ) Saya telah melaksanakan aktiviti permainan bahasa pada 26hb Mac 2012.Semasa set induksi saya lihat murid begitu ingin mengetahui apakah yang terdapat di dalam kotak besar tersebut. Apabila seorang murid mengeluarkan dadu tersebut murid-murid lain rasa hairan melihat dadu yang ada huruf selalunya mereka melihat dadu untuk bermain dam ular.Guru terpaksa menunjuk cara untuk bermain dadu. Mempunyai dua dadu pintar Murid a akan membaling dadu pertama , murid b akan membaling dadu kedua dan akan mencantumkan dadu tersebut cth :

ba

tu

Murid akan menyanyi lagu kalau rasa gembira Kalau rasa gembira bunyi ba ba.....ba..... Kalau rasa gembira bunyi tu tu.......tu....... Kalau rasa gembira beginilah caranya Kalau rasa gembira bunyi semua Ba...ba..... tu..... tu.... batu @

Murid akan menyanyi lagu : ( lagu goreng pisang )

ba

Bunyi apa , bunyi apa Bunyi apa sekarang Bunyi ba bunyi ba... Bunyi ba sekarang

13

tu ba

Bunyi apa , bunyi apa Bunyi apa sekarang Bunyi tu , bunyi tu Bunyi tu sekarang

Jadi apa , jadi apa

tu

Jadi apa sekarang Jadi batu , jadi batu Jadi batu sekarang

Semasa aktiviti slot ke 3 dimana murid membuat bulatan besar dan memegang dadu secara bergilir-gilir apabila muzik dimainkan murid akan memberi dadu kepada kawankawan secara bergilir-gilir dan apabila muzik dihentikan murid yang terakhir memegang dadu akan membaling dadu di tengah dan murid akan mengeja mengikut kvkv pada dadu tersebut.Saya lihat murid rasa seronok bermain bersama dadu dan murid rasa seronok apabila dapat membaling dadu tersebut.Murid bukan setakat bermaian sahaja tetapi murid akan mengeja kvkv.Murid dapat membunyikan sukukata dan

membatangkan perkataan dari sini saya akan dapat mengetahui murid yang belum menguasai kvkv atau belum.Bagi murid yang masih belum menguasai kvkv saya akan menyuruh murid bermain dadu sehingga murid tersebut dapat mengeja dan membunyikan perkataan kvkv. Semasa slot 4 saya pecahkan murid kepada kumpulan yang lebih kecil iaitu 5 atau 6 orang dalam kumpulan.Ada 4 kumpulan.Apabila murid dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil lebih mudah untuk saya mengesan murid-murid yang belum menguasai kvkv.Saya dapati murid begitu seronok bermain dadu tersebut.Murid akan mula menulis perkataan di atas kertas manilakad berdasarkan dadu yang telah dibaling.

14

PENILAIAN KEBERKESANAN. Pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Objektif pengajaran tercapai kerana murid-murid dapat mengeja sukukata kv+kv, murid dapat menulis perkataan di atas kertas manilakad. Murid murid berminat apabila guru menggunakan dadu pintar dan teknik nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran Boleh bermain sambil belajar murid tidak akan cepat rasa bosan Memudahkan murid untuk menggunakannya kerana mereka dapat mempelajari sukukata kv, perkataan kvkv.Murid juga dapat menulis perkataan yang dibina.Dadu pintar ini juga dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan , berpasangan atau individu.Murid juga dapat membina kemahiran menulis.

Dari akitiviti ini juga saya dapat mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada pengajaran dan pembelajaran biasa.Semua murid diberi peluang untuk bermain dadu dan ia akan menambah perbendaharaan kata mereka.Disamping itu juga saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen.Saya lihat murid dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa segan atau malu dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. 23 daripada 25 orang murid dapat mengeja sukukata kv+kv 23 daripada 25 orang murid dapat menyalin sukukata kv+kv Murid menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran Tahap penguasaan murid ( membunyikan dua sukukata kv + kv ) telah meningkat.murid yang lemah juga ada menunjukkan peningkatan dimana mereka akan membunyikan sukukata sambil menyanyi, disamping itu juga murid boleh menulis dapatan daripada dadu pintar tadi. Murid juga boleh membuat pertandingan dimana kumpulan/individu yang paling banyak dapat mencantumkan kv+kv Apabila saya mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa saya lihat murid lebih memberi tumpuan dan tidak mudah rasa bosan untuk belajar. Saya dapat kenalpasti aktiviti bahasa dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan

15

memberi peluang kepada anak murid saya mengaplikasikannya di dalam situasi yang pelbagai. Dalam aktiviti permainan bahasa juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar dan murid dapat melihat kepentinga aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharia murid. Permaianan bahasa yang saya telah jalankan juga bercirikan persaingan dimana setiap kumpulan dikehandaki menulis sebanyak mana perkataan kvkv yang mereka perolehi oleh itu saya lihat permainan bahasa mengeksploitasikan kecenderunagan bertanding untuk maksud pembelaaran.Dalam aktiviti permainan bahasa juga saya lihat murid berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna.Ini kerana semasa bermain murid-murid akan

bertindak balas secara spontan seperi bertanya, memberian arahan, meneka dan membaca.Keseronokkan bermain seperti ini dapat menghidupkan keinginan muridmurid untuk belajar,berfikir secara kritis, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan. Dalam aktivit permainan bahasa saya lihat ia dapat membentuk sikap positif yang sihat di kalangan murid.Contohnya bantu membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan.Iaitu semasa murid bermain dadu mereka harus memastikan setiap kumpulan dapat membaling dadu dan dapat mengeja berdasarkan dadu yang telah dibaling tadi.Disamping itu juga saya lihat murid mempunyai daya saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu

permainan.contohnya semasa murid membaling dadu mereka mahukan kumpulan mereka paling banyak mendapat dan menulis perkataan pada kertas manilakad. Bagi murid yang belum menguasai kvkv saya akan menyuruh murid bermain secara berpasangan supaya lebih mudah bagi saya melihat perkembangan permainan bahasa mereka dan mengenalpasti kelemahan murid tersebut.

16

KESIMPULAN. Sebagai kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik kerana ia menjadikan proses pembelajaran di kelas lebih menarik dan praktikal.Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat member motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati satu satu pelajaran contohnya seperti dadu yang saya buat boleh dijadikan sebagai aktiviti pemulihan dan juga pengayaan.Kaedah permainan akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kebosanan terutamanya di dalam pengajaran yang berbentuk perkataan atau aspek berbahasa yang lain.

17

BIBILIOGRAFI Khairuddin Mohamad Literasi Bahasa Melayu Siri Pendidikan Guru Prof.Madya Dr.Wan Zah Wan Ali,Prof.Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr.Rosini Abu (2009) HBEF2103 Psikologi Pendidikan.Falkulti Pendidikan Dan Bahasa.
http://www.scribd.com/doc/25011625/PGSR-PRA3103 http://www.scribd.com/doc/47791260/Assigment-Bahasa-Model-Nativis http://anachiva.wordpress.com/2008/04/16/psikologi-perkembangan/ http://fit3nan.wordpress.com/2006/06/25/teori-perkembangan-bahasa/ http://aliyatunnisa.wordpress.com/2010/04/26/perkembangan-bahasa/ http://aliyatunnisa.wordpress.com/2010/04/26/perkembangan-bahasa/

http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%206_Perkembangan%20Kognitif%20dan% 20Bahasa.pdf http://www.scribd.com/doc/414320/Konstruktivisme http://www.slideshare.net/razaq88/teori-konstruktivisme http://www.slideshare.net/syireen/teori-pembelajaran-behavioris http://blog.tp.ac.id/tag/perkembangan-bahasa-berdasarkan-model-behavioris-model-nativis-modelkonstruktivis

18

19

Anda mungkin juga menyukai