Anda di halaman 1dari 31

PRA 3112 KELUARGA SANGKUTAN DAN AUTONOMI

Nafizah Shahimi Noor Ain Mohamed Nurol Fatin Khalid

SANGKUTAN

Definisi sangkutan
(a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.

(b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanakkanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.

Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.

(c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut: (i) Mempunyai harga diri yang tinggi (ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga (iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya (iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat

PEMBENTUKAN SANGKUTAN POSITIF


(a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. (b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakanrakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran

Ciri-ciri pembentukan sangkutan


(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar.

(ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi. (iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi. (iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.

Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan


Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut: (i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi.

(ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata. (iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orangorang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap. (iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan.

(v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh. (vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak. (vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.

(viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka. (ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

Autonomi

Apa itu Autonomi?


Autonomi dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud; hak memerintah atau mengurus sendiri; bebas drpd kuasa lain. Manakala dalam kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat pula, autonomi membawa maksud; pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

Definisi Autonomi
Menurut teori Erik Erikson, tahap perkembangan bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi.

Apa yang dapat anda lihat? Jelaskan.

Bayi A

Bayi B

Penjelasan
Bayi A telah belajar makan sendiri. Bayi A telah menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain sebaya dengannya. Bayi B masih lagi disuap oleh ibu atau orang yang lebih dewasa daripadanya. Bayi B mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. (makan sendiri)

Bincangkan. Kenapa berlaku situasi tersebut?


Anak bermain.

JANGAN!!!

Anak makan sendiri.

ibu

Menangani Isu Pengawalan


Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan janganjangan tanpa memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberikan lebih kepada ugutan dan menakutkan kanak-kanak.

Masalah yang dihadapi kanak-kanak


Kurang yakin pada diri sendiri Terlampau bergantung pada orang lain Kurang berdikari Kanak-kanak tidak mencapai autonomi

Modifikasi Tingkah Laku Kanak-Kanak


Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak. Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak membuat pemerhatian berulangulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau ditegur dan ditegah daripada orang dewasa.

Contoh tingkah laku


Perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuk tabiat kepada kanak-kanak. Kanak-kanak akan bersalam apabila diminta berbuat demikian berbanding kanak-kanak yang kurang selesa untuk bersalaman.

Menangani Pengekalan
Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanakkanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka. 1) Beri ganjaran setimpal pada tingkah laku yang baik galakkan untuk mengekalkan tingkah laku positif.

Sambungan
Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan, dan penolakan diri. Jika seseorang kanak-kanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

Hierarki Keperluan Maslow


Mempengaruhi tingkah laku dan keyakinan individu. Berjaya/ Tidak

Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif (sanggup berusaha hingga dapat menyiapkan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya). Kanak-kanak yang mempunyai konsep diri yang sederhana (mengalami rasa curiga dan raguragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Kanak-kanak yang mempunyai tahap kendiri yang rendah (rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan dsb).

Dalam pengekalan tingkah laku yang positif, guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti:
Dorongan Sokongan Membuat aktiviti yang mengekalkan tingkah laku positif Memberi pengalaman dan menikmati pengalaman kejayaan kepada kanak-kanak. - Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memimpin/ mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dsb.

KESIMPULAN
Kanak-kanak perlu berasa bangga terhadap diri sendiri dan keluarganya. Mereka perlu merasai diri mereka dihargai dan berasa kebolehan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Mereka perlu berasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.

Rujukan
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=auton omi http://www.scribd.com/doc/36748453/Topik1-Nota-Penglibatan-Keluarga http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html

Anda mungkin juga menyukai