Anda di halaman 1dari 28

TAHAP PENGUASAAN BAHASA KANAK-KANAK

DEFINISI
Pemerolehan umumnya bahasa kanak-kanak urutan yang pada dapat mengikut

diramalkan. Terdapat beberapa variasi umur kanak-kanak itu mencapai tahap tertentu pemerolehan bahasa secara beransur-ansur sesuai dengan kemampuan tertentu. Dari segi pemerolehan bahasa yang berhubung dengan penghasilan bahasa, tahap yang

Tahap penguasan bahasa kanak-kanak normal


Terbahagi kepada tiga vokalisasi pada umur setahun tahap holofrasa atau satu kata ujaran pelbagai kata

Vokalisasi pada umur setahun


Semasa lahir sistem pertuturan bayi masih belum matang dan menyebabkan bayi belum dapat bertutu Semasa berumur 2 bulan vokalisasi bayi hanya menunjukkan rasa tidak selesa dengan cara menangis. bunyi terhasil sebagai satu refleksif atau tindak balas yang mula

Semasa berumur 2-4 bulan bayi mula menghasilkan bunyi yang lebih teratur sebagai tindak balas kepada interaksi. bunyi berubah daripada bunyi rengekan atau dengusan kepada bunyi vokal sistem vokal bayi berada di kedudukan yang sepatutnya. pada peringkat awal bunyi tersebut dihasilkan secara ringkas dan

Semasa berumur 4-7 bulan mula bermain-main dengan vokal dan memanipulasi nada suara. pada umur kira-kira 7 bulan ciri-ciri babling mula kelihatan menghasilkan rangkaian bunyi seterusnya menjadi kebiasaan baginya.

Tahap holofrasa atau satu kata


Kira-kira pada umur 10 bulan, bayi mula menggunakan perkataan dengan cara yang luas atau sempit. Contoh: perkataan botol hanya merujuk kpd botol susu plastiknya Bayi menggunakan bahasa yang dapat ditanggapi mengikut konteks. Contoh: guna perkatan mamam ketika ibu membawa makanan.

Ujaran pelbagai kata


Cantuman kata bagi menamakan tingkah laku individu yang sebelumnya kata digunakan secara terpisah. Contoh: perkataan mama dicantumkan menjadi baju mama Kombinasi ini menpunyai tendensi untuk menurut urutan yang betul bagi bahasa tersebut.

Pada tahap ini kanak-kanak menggunakan cantuman dua patah perkataan yang ditanggapi orang dewasa sebagai satu ayat. Contoh: perkataan buai kanak-kanak ditanggapi orang dewasa sebagai saya hendak main buai itu.

Tahap ini juga dinamakan sbg tahap dua kata kerana dengan pantas tahap ini berubah. Kanak-kanak mula menghasilkan ujaran yang terdiri lebih daripada dua elemen. Justeru pemisahan antara tahap ujaran dua kata tidak begitu jelas. Kira-kira pada usia 2 tahun, kanakkanak mula mengujarkan ayat dan semakin panjang dari semasa ke semasa. Kanak-kanak juga dapat

Interaksionis Persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak dilihat bukan sebagai penerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka dan bukan juga sebagai pemproses bahasa yang aktif yang memiliki struktur dalaman sebagai penentu primer dalam pemerolehan bahasa.

Interaksionis Interaksionis banyak melihat faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi, dan kognisi yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa. Elemen-elemen ini saling berinteraksi dan melakukan penyesuaian antara satu dengan yang lain.

Interaksionis dua pendekatan utama dalam aliran ini, pendekatan kognitif pendekatan sosial.

Interaksionis
Piaget (1926) dan ahli teori kognitif yang lain mengatakan pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif, misalnya keupayaan untuk mewakilkan objek secara mental. Bahasa merupakan satu cara untuk melahirkan pemikiran yang simbolik. Interaksionis sosial berpendapat bahawa perkembangan bahasa mestilah lahir daripada persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa. Interaksi sosial yang menghasilkan operasi dua hala antara ibu bapa dengan kanak-kanak memberikan pengalaman bahasa dan merupakan alat sosial yang penting bagi kanak-kanak tersebut.

Interaksionis
Halliday (1975) telah mencuba menghuraikan perkembangan bahasa kanakkanak dari sudut sosiolinguistik. Pendekatan huraian bahasa Halliday juga dikenal sebagai pendekatan fungsian. Sebagai seorang Interaksionis, Halliday beranggapan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Halliday telah menggunakan bukti-bukti daripada pemerhatian terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak bagi menguji hipotesisnya tentang perkembangan bahasa kanak-kanak.

Interaksionis Halliday berpendapat bahawa kanakkanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Pertuturan yang dilakukan pada peringkat awal bertujuan untuk memenuhi fungsi instrumental, pentertib, interaksi, peribadi, heuristik dan imaginatif (Halliday, 1975).

Interaksionis
Setelah kanak-kanak menguasai keenamenam fungsi tersebut, barulah timbul fungsi yang ketujuh, iaitu fungsi informatif yakni untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Pada pandangan Halliday, interaksi bahasa atau perbualan amat penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Walau bagaimanapun, Halliday juga beranggapan bahawa proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa khususnya dalam usaha kanakkanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa.

Ciri Teori Interaksionis


Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap tugastugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

Ciri Teori Interaksionis Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus tetapi akan diproseskan dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan.

Ciri Teori Interaksionis Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan dan masa tertentu, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya dengan perkara yang menggembirakan.

Ciri Teori Interaksionis


Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna, dan hubungan dengan pengalaman sedia ada. Antara pengajaran dan pembelajaran tidak ada hubungan secara langsung. Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan.

Ciri Teori Interaksionis Pembelajaran melibatkan perasaan, dan berkait rapat dengan emosi seseorang. Peranan pelajar haruslah dijaga agar timbul rasa yakin terhadap diri sendiri. Pembelajaran juga melibatkan pemikiran. Pengetahuan, kecerdasan dan kebolehan dalam bahasa saling berkait.

Ciri Teori Interaksionis Pembelajaran berlaku sedikit demi sedikit, iaitu dari sudut kuantiti dan masa. Ada antaranya dapat dipelajari dengan banyak dalam masa yang pendek atau sebaliknya. Oleh itu, guru tidak harus membuat kesimpulan bahawa setiap yang diajar dapat dipelajari terus dalam masa yang ditetapkan.

Prinsip Aliran Interaksionis Dlm Pengajaran Bahasa

Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik. Dalam pembelajaran bahasa, proses pembentukan hipotesis tentang tatabahasa amat penting. kebolehan untuk menggunakan strukturstruktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna penting untuk membolehkan seseorang kanak-kanak berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

Interaksionis Dalam pengajaran bahasa, guru perlu menentukan bahawa bahanbahan pengajaran bahasa yang dipilih mempunyai perkara-perkara yang berikut:
Latihan yang membolehkan murid menggunakan sistem bahasa yang betul. Aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna untuk membolehkan murid menggunakan struktur bahasa yang dipelajari dengan cara yang berkesan.

Interaksionis
Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa. Dalam proses pembelajaran bahasa pertama, tidak terdapat pembetulan kesilapan-kesilapan secara sedar tetapi ibu bapa menjalankan teknik pembentukan bahasa secara tidak sedar. Contohnya, ibu bapa mengubahsuaikan ujaran-ujaran mereka dan anak-anak mereka, supaya mudah difahami (Cross, 1977; Snow, 1977; Fash dan Madison, 1981).

Interaksionis Dalam pengajaran bahasa, selain latih tubi struktur, guru juga perlu menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan dan bermakna. Contohnya, permainan bahasa. Aktiviti seumpama ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur yang ada dalam sistem bahasanya.

Interaksionis
Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajarpelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktivitiaktiviti yang bermakna.
Jika guru bahasa dapat menyampaikan pelajaran bahasanya dalam bentuk aktivitiaktiviti bahasa (menyelesaikan sesuatu 'puzzle' atau teka-teki, berbahas, melatih mengisi borang-borang menyimpan wang di pejabat dan yang lain lagi) murid-murid bukan sahaja dapat memperbaiki penggunaan sistem bahasa tetapi berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan fasih.

Anda mungkin juga menyukai