Anda di halaman 1dari 4

KUM.

LOW FANG JIN, KHO WEI SIN

TUTORIAL 1

Nyatakan dan jelaskan secara terperinci 3 contoh aktiviti Matematik awal di


peringkat awal kanak-kanak.

AKTIVITI 1 : Aktiviti Melihat

TOPIK: POLA

Objektif Pembelajaran : Istilah Matematik: Pola Warna


Merangsang penglihatan kanak-kanak
terhadap warna terang pada persekitaran.
Tajuk : Bola Berwarna Bahan: Sponge Ball

Konsep Matematik: Pengecaman Nilai: Kepekaan dan usaha

Umur: 6 12 Bulan

Persediaan Awal :

Pendidik menyediakan bahan mainan berwarna, iaitu sponge ball yang berwarna terang

seperti kuning dan hijau di ruang aktiviti.

Langkah-langkah:

1. Pendidik mengumpul bayi di ruang aktiviti.

2. Pendidik meletakkan beberapa biji sponge ball yang mempunyai 2 warna (kuning dan
hijau) disekeliling bayi.

3. Pendidik menunjuk dan menyebutkan warna sponge ball yang dipegang berulang kali.

4. Pendidik meminta seorang demi seorang bayi memilih warna sponge ball yang mereka
tertarik dan diberikan kepada pendidik kembali.

Penutup

Pendidik merekodkan tindak balas daripada bayi melalui perbualan dua hala (pendidik &
bayi).
KUM. LOW FANG JIN, KHO WEI SIN

AKTIVITI 2 : Aktiviti Memegang

TOPIK : AWAL GEOMETRI

Objektif Pembelajaran : Istilah Matematik: bentuk, silinder dan kiub


Memegang bentuk 3D silinder kiub
Tajuk: Bentuk Bahan: Botol plastik, sponge blok

Konsep Matematik: Mengenal bentuk Nilai: Kepekaan dan usaha

Umur: 6 12 Bulan

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan 3 biji botol plastik (silinder) dan 3 biji blok sponge (kiub) di atas meja.

Langkah-langkah:

1. Pendidik menunjukkan objek-objek yang berada di atas meja kepada bayi.

2. Pendidik memberi bayi memegang botol plastik berbentuk silinder dan sambil menyebut
nama serta bentuknya kepada bayi.

3. Pendidik meminta bayi memegang, mengenggam, mengetuk, dan menggolek botol


plastik tersebut (2-3 minit).

4. Pendidik kemudiannya memberi bayi memegang sponge blok berbentuk kiub dan
menyebutkan nama serta bentuknya kepada mereka.

5. Pendidik meminta mereka memegang, mengenggam, menggolek, dan melambung


sponge blok tersebut. (2-3 minit).

6. Pendidik membuat pemerhatian semasa bayi memegang objek yang berbentuk silinder
dan kiub tersebut.

Penutup

1. Pendidik membuat kesimpulan bahawa bayi boleh memegang objek yang berbentuk
silinder dan kiub dengan baik mengikut tahap berat mainan dan saiznya.
KUM. LOW FANG JIN, KHO WEI SIN

2. Pendidik memuji respon yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dengan bertepuk tangan
bersama-sama.

AKTIVITI 3 : Aktiviti Menyusun Blok

TOPIK: SERIASI

Objektif Pembelajaran : Istilah Matematik: Sama bentuk


Menyusun objek yang sama bentuk
Menyusun objek yang sama bentuk
dalam satu baris
Tajuk: Susunkan Blok. Bahan: Blok pelbagai bentuk, gambar blok
pelbagai bentuk
Nilai: Kerjasama, kepekaan Nilai: Kerjasama, kepekaan

Umur: 1 2 Tahun

Persediaan Awal:

Pendidik menyediakan set blok pelbagai bentuk untuk diberikan kepada kanak-kanak.
Pendidik menerangkan tujuan aktiviti dijalankan pada hari ini.

Langkah-langkah:

1. Pendidik meminta kanak-kanak duduk dalam separuh bulatan.

2. Kanak-kanak dibekalkan dengan blok-blok pelbagai bentuk yang sama warna bagi setiap
kanak-kanak.

3. Pendidik menunjukkan susunan objek yang sama bentuk kepada setiap kanak-kanak.

4. Pendidik meminta kanak-kanak padankan bentuk blok yang sama dengan objek di dalam
gambar.

5. Kemudian pendidik meminta kanak-kanak menyusun blok yang sama bentuk dalam satu
barisan panjang dan bersoal jawab dengan mereka.

Tanya soalan berikut:

a. Adakah bentuk-bentuk ini sama?


KUM. LOW FANG JIN, KHO WEI SIN

b. Adakah bentuk disusun mengikut susunan?

6. Pendidik membuat pemerhatian terhadap setiap kanak-kanak ketika mereka sedang


melakukan aktiviti.

Penutup

Pendidik membuat rumusan pelajaran pada hari ini. Tanya perasaan mereka bermain
permainan blok pada hari berkenaan. Pendidik memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai