Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI DAN KONSEP KEPIMPINAN DISTRIBUTIF

‘Kepimpinan’ adalah perkataan terbitan daripada ‘pimpin’. Pimpin dimaksudkan bimbing, tunjuk

atau pandu. Memimpin ditakrif seperti mengiring berjalan menuju ke sesuatu tempat yang

ditujui. Kepimpinan pula dimaksudkan ‘keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang

pemimpin’ (Kamus Dewan 1994).

Bennnis & Nanus 1985 ; Burn, 1978, yang dipetik dari Jurnal Investigating School Leadership

Practice: “A Distributed Perspective” oleh James P.Spillane,Richard Halberson & John B

Daimond (2001:P24) mendefinisikan distributif sebagai “ kemampuan untuk memberi kuasa

kepada yang lain-lain” dengan tujuan membawa perubahan yang besar dalam sifat, bentuk dan

fungsi kebanyakkan fenomena. Di samping itu, Cuban, 1988 dipetik dari jurnal yang sama

menyatakan bahawa distributed membenarkan kita menimbangkan dimensi pengurusan

kepimpinan dengan mengekalkan syarat yang perlu bagi membantu sesebuah organisasi

mencapai matlamat semasa.

Menurut Robert,Fulmer 1975. Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan

untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau

kebolehan untuk membantu mencapainya. Hollander, Edwin 1978 pula berkata, kepimpinan

merupakan suatu proses yang mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Proses

kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utamanya

untuk mencapai matlamat bersama. Kepimpinan dapat diteliti dengan proses mempengaruhi ke

atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk

berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (James Gribben, 1972).
Kepimpinan distributif adalah satu interaksi dan hubungan yang menyumbang kepada kesatuan

kepakaran dalam kalangan organisasi dan ini membantu mengurangkan konflik (Gronn 2002).

Peranan bersama dalam perkongsian tugas akan memupuk persefahaman antara dua individu

yang menjalankan tugas. Hulpia et al. (2010) mendapati kepimpinan yang menyokong dan

membenarkan penglibatan dalam kalangan guru mempunyai hubungan positif yang kuat dengan

komitmen dan kepusasan kerja organisasi. Dapatan ini menyokong kajian Kushman (1992) yang

mendapati penyertaan guru-guru dalam membuat keputusan mempunyai hubungan yang positif

dan meningkatkan komitmen guru-guru, di samping kepimpinan yang memberi galakan

mempengaruhi kesepaduan organisasi. Kepimpinan distributif adalah sangat praktikal sebagai

amalan yang menjaga persekitaran organisasi yang sihat secara kerjasama (Robert dan You

2013).

2.2 MODEL KEPIMPINAN DISTRIBUTIF

Dalam melaksanakan kajian berkaitan kepimpinan distributif, pengkaji boleh menggunakan

Model Kepimpinan Distributif (MKD) sebagai rujukan untuk memastikan corak kajian yang

dilaksanakan dapat digambarkan dengan lebih jelas. Ini kerana, MKD ini memberikan gambaran

yang sangat jelas kepada pengkaji tentang komponen dan elemen kepimpinan yang perlu

diutamakan seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah 2.1.


Rajah 2.1: Model Kepimpinan Distributif
Menurut Spillane (2006), kepimpinan distributif merupakan satu pemikiran kerangka kerja

dalam menganalisis kepimpinan di luar kebiasaan dengan lebih ramai indivisu dilibatkan sebagai

pemimpin baik secara rasmi, tidak rasmi atau ad-hoc. Kepimpinan ini berfokus saling interaksi

antara tiga elemen utama iaitu pemimpin, pengikut dan situasi, dengan amalan kepimpinan

sebagai nadi kepada semua aktiviti kepimpinan. Pendekatan ini member pengiktirafan kepada

semua individu yang terlibat tidak hanya pada pemimpin ataupun ketua sahaja tetapi meliputi

pemimpin rasmi, tidak rasmi serta pengikut mereka. Amalan kepimpin distributive, disebar luas

ke seluruh organisasi secara kolaboratif (collaborated distribution), kolektif (collective

distribution) dan koordinasi (coordinated distribution) (Spillane,2006).

Kepimpinan distributif adalah perkembangan daripada pengurusan merujuk konsep perwakilan.

Ia adalah tanggung jawab yang diwakilkan kepada subordinat oleh seseorang ketua dalam

melaksanakan bidang tugasnya (Dinham, 2006). Perspektif distributif meliputi interaksi antara

pemimpin, pengikut dan situasi (Spillance, 2005). Menurut Harris (2008), model kepimpinan

distributif fokuskan interaksi dan bukannya tindakan dalam kalangan pemimpin formal serta

tidak formal dalam organisasi. Williams (2011) menjelaksan bahawa kepimpinan distributif

adalah suatu corak kepimpinan yang melibatkan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi.

Harris (2012) pula menjelaskan bahawa setiap pemimpin perlu mempunyai ciri kepimpinan
yang fleksibel yang mana dapat memainkan peranan dalam pelbagai situasi dan perubahan yang

berlaku dalam organisasi. Penglibatan warga pendidik dalam proses perubahan yang berlaku

dalam organisasi juga menuntut peranan kepimpinan daripada seorang pemimpin organisasi

seperti guru besar. Distributif dalam kepimpinan dapat memantapkan pengurusan dan kejayaan

dalam perancangan. Ia juga dapat membantu institusi pendidikan menghadapi cabaran dan

meningkatkan keberkesanannya (Pont, 2008).

Dalam kajian ini, aspek kepimpinan distributif dijadikan sebagai model kepimpinan guru dalam

konteks peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan murid. Berdasarkan kepada model

kepimpinan distributif yang ditunjukkan dalam rajah 2.1, amalan kepimpinan distributif yang

berkesan mencakupi 7 perkara yang utama iaitu pembangunan profesionalisme (profesional

development), budaya dan iklim (culture and climate), keluar dan komuniti (family and

community), 4Cs (perhubungan, komunikasi, kerjasama dan kreativiti), kurikulum dan

pengajaran (curriculum and instruction), teknologi (technology) dan analisis data (formatif,

surmatif dan kajian tindakan). Walau bagaimanapun, pelaksanaan kajian ini hanya memfokuskan

kepada elemen yang berkaitan dengan elemen kurikulum dan pengajaran, elemen teknologi dan

juga elemen 4Cs yang dilihat mampu memberikan kesan langsung ke atas pencapaian akademik

murid.

Gronn (2000) pula menjelaskan model kepemimpinan distributif sebagai kesepaduan dalam

sesuatu tindakan yang melibatkan kolaborasi secara spontan, hubungan kerja intuitif dan amalan

institusi. Model kepemimpinan distributif Gronn (2000) dikembangkan lagi oleh Leithwood

(2007) yang mencadangkan amalan kepemimpinan distributif yang spontan dan terancang
dengan matlamat yang jelas mempunyai potensi besar kepada perubahan organisasi. Hal

sedemikian turut diperjelaskan oleh MacBeath (2005) yang menyatakan amalan dan tindakan

kepemimpinan distributif adalah satu amalan yang formal, praktikal, strategik dan berkembang

secara progresif. Amalan dan tindakan ini dapat dibudayakan apabila pemimpin sekolah dapat

menggembelingkan tenaga dan kepintaran guru secara kolektif bagi mencapai matlamat yang

dihasrat bersama. Secara tidak langsung, amalan seperti ini akan dapat mencapai misi dan visi

sekolah secara kolektif iaitu kerjasama antara guru besar dan semua warga pendidik di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai