Anda di halaman 1dari 1

Teori tekanan

Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan
dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau mengutarakan satu teori
yang menarik mengenainya. Beliau mendefinisikan teori ini sebagai satu tindak
balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan
dan dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am (GAS). Sindrom ini mempunyai proses
adaptasi kerana tubuh akan merangsang satu bentuk pertahanan yang membantu
untuk mengatasi masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi reaksi adalah
berkaitan di antara satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga tahap asas
perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga
(Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan
(Stage of Exhaustion).

Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum

Anda mungkin juga menyukai