Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

1.0 KONSEP DAN PRINSIP ASAS PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah alat pembelajaran yang kuat yang boleh meningkatkan


pembelajaran dan pendidikan kerana ia saling berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran.
Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan
penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran, pemarkahan dan
penggredan sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat yang
membantu pemahaman mengenai pelajar dan pemantauan pengajaran. Pentaksiran adalah
salah satu bahagian penting dalam amalan kelas, dan salah satu kaedah yang paling biasa
untuk memeriksa pemahaman pelajar (Jones, 2005).

Proses mentaksir murid harus sejajar dengan matlamat kurikulum dan objektif
pendidikan. Menurut Fuentealba (2011), mengenalpasti strategi pentaksiran yang diperlukan
untuk penilaian yang tepat tentang kemajuan pelajar dalam program individu adalah sama
pentingnya dengan mewujudkan kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian. Seorang
guru perlu sedar bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran bukan mengenai prestasi guru
yang baik, tetapi reaksi pelajar yang penting. Guru perlu mengkaji semula apa yang perlu
dipelajari dalam mana-mana satu sesi pengajaran dan pembelajaran dan merancang untuk
memasukkan soalan tersebut dengan sewajarnya.

Antara tujuan pentaksiran ialah membolehkan sistem persekolahan, sekolah-


sekolah, guru dan pelajar meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna.
Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
menepati piawaian yang ditetapkan. Menggunakan maklum balas dari hasil pentaksiran untuk
pendidik dan pelajar memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Contohnya, mencari punca kelemahan dan membantu
pelajar untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki kaedah pengajaran. Meningkatkan
motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih
bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. Contohnya, apabila pelajar dapat
melaksanakan tugasan dengan cemerlang, mereka diberikan pengiktirafan di atas pencapaian
mereka. Oleh itu, guru perlu mengambil peranan aktif dalam membuat keputusan mengenai
tujuan pentaksiran dan kandungan yang ditaksir (Wiggins, 2008).
2.0 PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN PENTAKSIRAN

Guru berperanan untuk menguruskan pentaksiran dari segi memastikan ujian mestilah
adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar.
Soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat
pengetahuan. Guru juga haruslah membiasakan murid dengan format ujian yang terkini.
Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. Murid
terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai. Bentuk
pentaksiran yang digunakan ialah formatif iaitu selepas selesai sesuatu tajuk untuk mengesan
kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai.

2.1 PROSES MERUNGKAI STANDARD

Proses merungkai standard ialah strategi untuk mengenal pasti kemahiran dan
pengetahuan kandungan yang diperlukan dalam sesuatu mata pelajaran untuk memastikan
murid dapat belajar dengan jayanya. Oleh itu, guru perlu merujuk kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebelum memulakan proses merungkai standard. Guru
juga perlu menganalisis dan mengenal pasti pengetahuan (konsep) dan kemahiran yang
terdapat dalam standard dan indikator.

Bidang yang dipilih oleh saya ialah Sains Tahun 5 berdasarkan pengkhususan major
saya iaitu Sains. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang
murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard kandungan yang dipilih ialah berdasarkan
tajuk tenaga, sifat cahaya, elektrik dan haba ia merangkumi sains fizikal. Standard bagi tajuk
tenaga ialah murid dapat menyatakan sumber dan bentuk tenaga serta tenaga yang boleh
diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Seterusnya, bagi tajuk sifat cahaya murid dapat
mengetahui bahawa sifat cahaya bergerak lurus, boleh dipantulkan dan dibiaskan. Tajuk
elektrik juga murid dikehendaki dapat mengenalpasti sumber tenaga elektrik dan litar lengkap
elektrik. Bagi tajuk haba pula murid dapat membezakan antara suhu dan haba.

Seterusnya, indikator merupakan hasil pembelajaran mata pelajaran bagi tahap


persekolahan khusus. Hasil pembelajaran bagi sains fizikal secara umumnya, murid dapat
menggunakan kaedah saintifik untuk bertanya dan menjawab soalan berkaitan jenis tenaga,
sifat cahaya, elektrik dan juga haba. Konsep (Pengetahuan) merujuk kepada idea abstrak
yang mengarah kepada pemahaman yang lebih luas. Konsep yang perlu diketahui oleh murid
ialah jenis sumber tenaga yang ada, konsep sifat cahaya, jenis sumber elektrik dan dapat
membezakan antara haba dan suhu.

Kemahiran ialah pelajar mampu untuk membina kemahiran menggunakan kaedah


saintifik. Kemahiran yang diperlukan untuk mencapai hasil pembelajaran bagi tajuk ini ialah
kemahiran menyatakan, memerihalkan, menjelaskan, mengitlak, menaakul, menjana idea
mereka bentuk, membuat inferens, meramalkan, mengaplikasi dan membuat kesimpulan.
Topik (konteks) yang dipilih ialah tajuk tenaga, sifat cahaya, elektrik dan haba. Idea-idea
utama merupakan suatu kesedaran, jumpaan atau kesimpulan yang dicapat sendiri oleh murid
sama ada semasa pengajaran atau selepas pengajaran. Pernyataan daripada murid sendiri
yang diperolehi daripada pemahaman yang mendalam tentang konsep yang dikaji. Idea utama
memberikan pemahaman yang kekal kepada murid membawa kepada pemahaman dalam
pembelajaran mereka. Idea utama ialah murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis untuk
menjawab soalan berkaitan tajuk tenaga, sifat cahaya, elektrik dan haba dengan baik. Antara
contoh, idea utama ialah perubahan suhu bahan disebabkan oleh penerimaan dan kehilangan
haba.

Langkah seterusnya adalah proses membina soalan-soalan penting daripada idea-idea


utama untuk memandu pengajaran dan pentaksiran. Soalan penting yang baik memerlukan
tindak balas kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, soalan-soalan pentaksiran telah dibina
bagi menguji kemahiran kognitif murid berdasarkan aras di dalam taksonomi Bloom. Soalan-
soalan ini digunakan sebagai ujian bulanan kepada murid untuk memilih pengajaran dan
aktiviti-aktiviti yang akan meningkatkan kefahaman murid tentang konsep dan kemahiran
murid. Antara contoh, soalan utama ialah jelaskan mengenai perubahan suhu bahan?.
Setelah itu, guru boleh membina perancangan pengajaran dan pentaksiran serta membuat
rumusan berkaitan tahap keberkesanan pembelajaran murid di dalam kelas.

2.2 PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Penjajaran konstruktif merujuk kepada prinsip yang digunakan untuk merangka aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta tugasan pentaksiran yang mengaitkan secara langsung
hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Amat diperlukan bagi memupuk murid yang holistik,
berciri keusahawanan dan seimbang yang memerlukan transformasi serta anjakan minda dari
segi reka bentuk kurikulum, aktiviti pembelajaran serta juga bentuk tugasan yang digunakan
untuk pentaksiran. Oleh itu, tugasan pentaksiran telah dibuat dengan membina soalan objektif
dan soalan struktur bagi mentaksir hasil pembelajaran sebenar murid untuk melihat
pencapaiannya. Penggredan dan maklum balas juga telah dilaksanakan dan dimasukkan ke
dalam Microsoft Excel serta dikira statistiknya.

3.0 ALAT PENTAKSIRAN YANG SESUAI

Penilaian pentaksiran yang dipilih ialah penilaian formatif untuk mengesan penguasaan
dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera. Ujian ini dibuat secara
tidak formal iaitu sebagai ujian bulanan melibatkan ujian kertas dan pensel dalam masa yang
singkat sahaja. Dibuat secara kumpulan sahaja iaitu murid dari kelas 5 Gemilang seramai 17
murid sahaja yang dinilai. Jenis ujian yang dibina ialah 10 soalan objektif dan 2 soalan
subjektif berstruktur. Soalan-soalan objektif telah dipilih untuk merekabentuk jadual spesifikasi.
Ini kerana, soalan objektif mempunyai keupayaan untuk menentukan tahap pengetahuan ke
tahap yang lebih kompleks. Ia boleh mendiskriminasi pemahaman pelajar berdasarkan pilihan
jawapan dan boleh ditentukan menggunakan analisis item. Salah satu jenis soalan yang
sangat berguna yang boleh digunakan untuk menyemak pembelajaran adalah aneka pilihan

soalan. Seterusnya, 2 soalan subjektif berstruktur dapat pelbagai respons murid supaya murid

dapat mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dikuasainya.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) telah dibina sebelum soalan ujian dilaksanakan
berdasarkan pengkhususan major Sains yang berkait dengan kursus SCES3093 Pengajaran
Abad ke-21. JSU dibina berdasarkan aras dalam taksonomi domain kognitif (Bloom) iaitu
pemahaman, pengetahuan, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Gunawan &
Palupi (2016), domain kognitif daripada taksonomi Bloom sering berfungsi sebagai rangka
untuk mengkategorikan objektif pendidikan, merancang ujian, dan merancang kurikulum. Bagi
major Sains kami telah dikehendaki untuk membina soalan menggunakan aras sederhana dan
tinggi iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tujuan JSU dibina ialah untuk memastikan
kesahan dan kebolehpercayaan ujian, mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan,
sebagai satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian serta memantapkan taraf serta
aras kesukaran dari semasa ke semasa. Oleh itu, jadual 1 dibawah menunjukkan JSU yang
telah dibina bagi kelas 5 Gemilang sebagai ujian bulanan mereka.
4.0 PENGAPLIKASIAN DAN PENTAKSIRAN YANG SESUAI

Data yang diperoleh telah dimasukan ke dalam Microsoft Excel dan telah dianalisis.
Untuk mengetahui jumlah mod, median, min dan sisihan piawai satu jadual telah dibina
dengan menyusun markah 17 orang murid dalam urutan menurun dan dibahagikan kepada
dua kumpulan. Satu kumpulan yang memperolehi markah tinggi diwarnakan dengan warna
hijau dan satu kumpulan lagi yang memperolehi markah rendah diwarnakan dengan warna
biru. Berdasarkan Jadual 2, 13 murid mendapat markah tinggi dan 4 murid mendapat
markah rendah. Dari keputusan yang diperoleh 7 murif mendapat A, (80%-100%), 6 murid
mendapat B (65%-79%) dan yang selebihnya mendapat C (65%-79%). Dengan ini, tiada
murid yang gagal dalam ujian dan yang mendapat markah terendah ialah 50%. Konklusinya,
ujian ini mencapai tujuannya untuk mendapat semua murid lulus dalam ujian. Jadual 3
dibawah ini menunjukkan markah pencapaian murid.

No. Nama Markah (%) Gred


1. Mohammad Naufal 93 A
2. Wan Muhammad Hazim 90 A
3. Mohd Haris 87 A
4. Siti Najwa 85 A
5. Muhammad Wafiq 83 A
6. Wan Aisyah 80 A
7. Mohd Daniel 80 A
8. Wan Arif Ibrahim 78 B
9. Haziq Haikal 75 B
10. Aina Syahirah 70 B
11. Azreen Nadhirah 72 B
12. Nur Syazwani 72 B
13. Aisyah Sofia 69 B
14. Mohd Faeq 64 C
15. Ahmad Faris 55 C
16. Aiman 50 C
17. Umar 50 C
Jadual 1: Pencapaian murid dalam ujian pentaksiran
Markah Murid dalam Ujian Pentaksiran Sains
3.5

3
Bilangan Murid

2.5

1.5

0.5

0
50-54 55-59 60-64 65-69 70-74 75-79 80-84 85-89 90-94 95-99

Markah

Rajah 1: Graf carta bar markah murid dalam ujian

Berdasarkan graf carta bar di atas ia menunjukkan graf yang tidak seragam dari segi
kekerapan markah murid. Markah yang diperoleh murid paling banyak ialah pada 80%-84%.
Manakala, markah murid paling sedikit antara 55%-64% dan 90%-99%. Oleh itu, guru boleh
menggalakkan murid untuk memberi tumpuan kepada peningkatan berterusan mereka,
dengan membantu menilai kemajuan dengan menggalakkan mereka untuk mengkritik kerja
mereka sendiri, menganalisis kekuatan dan mengusahakan kelemahan mereka (Manitsa,
2016). Jadual dibawah menunjukkan data kelas 6 Gemilang.

Selang Kelas Frekuensi, Kekerapan Titik fx x2 fx2


f longgokan, Tengah, x
F
50-54 2 2 52 104 2704 5408
55-59 1 3 57 57 3249 3249
60-64 1 4 62 62 3844 3844
65-69 2 6 67 134 4489 8978
70-74 2 8 72 144 5184 10368
75-79 2 10 77 154 5929 11858
80-84 3 13 82 246 6724 20172
85-89 2 15 87 174 7569 15138
90-94 1 16 92 92 8464 8464
95-99 1 17 97 97 9409 9409
Total 17 1264 96888

∑ f =n

Min

Min adalah purata kumpulan nombor. Min ialah sama dengan jumlah semua nilai dalam set
data dibahagikan dengan bilangan nilai dalam set data

∑ fx
x́=
n

1264
x́=
17

¿ 74.35

Mod
Mod adalah nilai yang mempunyai frekuensi tertinggi dalam set data. Untuk data berkumpulan,
mod kelas (atau kelas modal) adalah kelas dengan frekuensi tertinggi .

fm−f 1
Mod=L+ ×h
( fm−f 1 ) +(fm−f 2)

 L adalah sempadan kelas bawah kumpulan modal


 fm adalah kekerapan kumpulan modal
 f 1 adalah kekerapan kumpulan sebelum kumpulan modal
 f 2adalah kekerapan kumpulan selepas kumpulan modal
 h adalah lebar kumpulan

3−2
Mod=79.5+ ×5
( 3−2 ) +(3−2)

Mod=82

n
Median
M =Lm+
2
−F
fM
c.( )
 Lm adalah sempadan kelas bawah kumpulan yang mengandungi median
 n  jumlah nilai
 F  ialah kekerapan kumpulan kumulatif sebelum kumpulan median
 f M  adalah kekerapan kumpulan median
 c adalah lebar kumpulan
17
M =69 .5+5
2
2( )
−16

M =75.75

Sisihan piawai
( ∑fx )2

√ ∑ fx 2−
n−1
n

( 1264 )2
¿

96888−

¿ 13.48
16
17

Berdasarkan pengiraan diatas, jumlah min (74.5), mod (82), median (75.75). Oleh itu,
keputusan menunjukkan min<median<mod. Hal ini menunjukkan hanya sedikit murid yang
mendapat markah rendah daripada jumlah min. Ini kerana pencapaian murid yang baik atau
pentaksiran belum mencapai tahap kemahiran berfikir aras tinggi bagi mereka. Menurut
Sanju, Rashmi, Pradeep, & Maneesh (2014), soalan yang terlalu sukar cenderung
menyebabkan kekecewaan dan membawa kepada skor yang menurun, sementara soalan
yang terlalu mudah membawa kepada penurunan motivasi dan membawa kepada skor
yang meningkat. Guru perlu menyemak semula soalan dengan memasukkan lebih banyak
soalan beraras sederhana dan tinggi serta membuat lebih banyak ujian kepada mereka.
5.0 CIRI-CIRI ALAM TAKSIR
Kesahan ialah kesesuaian, ketepatan interpretasi dan kegunaan keputusan
pentaksiran sesuatu pentaksiran untuk sekumpulan individu. Kesahan merujuk kepada
sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara-perkara yang hendak diuji
itu serta dapat mengukur secara tepat apa yang ingin diukur. Kesahan kandungan
merupakan analisis kandungan dan tugasan yang terkandung dalam instrumen DSKP dan
darjah padanan antara soalan ujian pentaksiran dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
adalah hampir menepati tujuan hasil pembelajaran yang hendak diukur. Kesahan konstruk
pula merujuk kepada suatu ujian yang boleh menguji kesemua atribut yang ingin diukur.
Ujian ini memberikan tidak merangkumi kesemua atribut yang ingin diukur kerana
soalannya hanya sedikit dengan masa yang diberikan singkat. Kesahan ramalan merujuk
kepada tahap skor suatu ujian membolehkan guru untuk membuat ramalan tentang prestasi
masa hadapan. Ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon
untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa hadapan.

Faktor yang mempengaruhi kesahan ujian ini adalah arahan soalan tertentu yang
kurang jelas, perbendaharaan kata yang tinggi, tempoh masa yang tidak mencukupi, susun
atur item dalam ujian. Seterusnya, faktor pentadbiran dan penskoran seperti ketidakadilan
dalam memberikan markah kepada murid dan berlakunya peniruan semasa ujian
dijalankan. Faktor respons murid juga mempengaruhi keputusan ujian murid seperti
gangguan emosi murid dari segi luaran atau dalaman, kurang motivasi untuk berusaha
sebaik mungkin kerana ujian ini bukan ujian sebenar seperti ujian akhir tahun. Oleh itu,
kesahan kepada ujian ini adalah sederhana kerana ramai murid yang mendapat lulus dalam
ujian ini.

Kebolehpercayaan ialah merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran. Ketekalan


prestasi murid (pencapaian) dalam kedua-dua ujian yang sama tetapi ditadbir pada masa
yang berlainan. Oleh itu, saya telah membuat kajian berdasarkan dua ujian yang telah
dijalankan iaitu ujian bulanan yang telah dikendalikan oleh saya dan satu lagi yang telah
dikendalikan oleh pihak sekolah semasa ujian Latihan Kecermerlangan pada awal Mac
yang lepas. Antara faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan ujian ini ialah
serakan skor yang diperolehi yang hampir sama. Semakin besar serakan skor, semakin
tinggi kebolehpercayaan. Dengan ini, guru perlu menambahkan item soalan beraras tinggi
dalam ujian ini. Bilangan tugasan item dalam ujian ini adalah sedikit iaitu hanya 10 soalan
objektif dan 2 soalan subjektif. Semakin banyak bilangan tugasan dalam suatu pentaksiran,
semakin tinggi kebolehpercayaan. Oleh itu, faktor peluang (tekaan) dalam ujian ini adalah
tinggi.

Keobjektifan ialah merujuk keobjektifan penskoran dan keobjektifan item ujian. Ujian ini
telah diperiksa dan disemak semula oleh guru sains. Guru sains tersebut telah memberikan
markah yang hampir sama dengan markah yang diberikan oleh saya. Ujian ini juga bebas
daripada pandangan peribadi pemeriksa dan penghakiman. Hampir sebahagian murid
menjawab soalan yang dikemukakan dengan jawapan yang hampir sama dengan skema
soalan.

Kemudahtadbiran ialah merujuk kepada pentadbiran ujian secara baik dan berjalan
lancar dari segi penyediaan ujian sebelum, semasa dan selepas ujian. Ujian ini telah
dijalankan di dalam kelas dan dilakukan pada waktu pagi selama 45 minit. Murid juga telah
diberi makluman tentang ujian bulanan ini dan diberikan arahan dengan jelas sebelum
memulakan ujian. (Lampiran 2)

Kemudahtafsiran ialah bermaksud data yang diperolehi perlu diinterpretasi dengan


betul dan diaplikasi dengan berkesan untuk kegunaan selanjutnya. Keputusan ujian telah
ditafsir ke dalam graf dan markah telah dikira secara mod, median dan min. Ujian ini juga
memberikan gambaran umum kepada murid tentang pencapaian indvidu masing-masing.
(Rujuk 4.0)

6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, ujian pentaksiran yang dilaksanakan ini mempunyai prinsip
pentaksiran yang hampir tepat. Pentaksiran perlu dirancang sebelum membuat ujian ke atas
murid. Terdapat banyak langkah yang perlu diambil ketika merancang pentaksiran termasuk
merangka standard kandungan dan penjajaran konstruktif bagi memastikan keberkesanan
soalan yang mencapai boleh hasil pembelajaran. Merekabentuk Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) juga perlu dilakukan dengan teliti supaya memudahkan untuk membina soalan dan
dapat dilakukan dengan lancar.
RUJUKAN

Fives, H., & DiDonato-Barnes, N. (2013). Classroom test construction: the power of a table of
specifications. Practical Assessment, Research & Evaluation, 18(3), 2.

Fuentealba, C. (2011). The role of assessment in the student learning process. Journal of


veterinary medical education, 38(2), 157-162.

Gunawan, I., & Palupi, A. R. (2016). Taksonomi Bloom–revisi ranah kognitif: kerangka landasan
untuk pembelajaran, pengajaran, dan penilaian. Premiere educandum: jurnal pendidikan
dasar dan pembelajaran, 2(02).

Jones, C.A. (2005). Assessment for learning. Learning and Skills Development Agency.
Diperoleh pada 5 Mac 2020 daripada
https://dera.ioe.ac.uk/7800/1/AssessmentforLearning.pdf

Manitsa, N. (2016). 12 Ways to Motivate your Students. Diperoleh pada 8 Mac 2020 daripada
https://www.teachers-corner.co.uk/12-ways-motivate-students/

Matlock-Hetzel, S. (1997). Basic Concepts in Item and Test Analysis. Diperoleh pada 8 Mac
2020 daripada http://ericae.net/ft/tamu/Espy.htm

Sanju Gajjar, Rashmi Sharma, Pradeep Kumar, and Manish Rana. (2014). Item and test


analysis to identify quality multiple choice questions (MCQs) from an assessment of
medical students of Ahmedabad, Gujarat. Indian journal of community medicine: official
publication of Indian Association of Preventive & Social Medicine, 39(1), 17

Wiggins, G. (2008). Why Is Assessment Important? Diperoleh pada 8 Mac 2020 daripada
https://www.edutopia.org/assessment-guide-importance
LAMPIRAN 1
NAMA: TAHUN:

UJIAN PENTAKSIRAN TAHUN 5

SAINS
TAHUN 5
(40 MINIT)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Sila baca arahan di bawah:


1. Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak dan mengandungi dua bahagian.
2. Bahagian A mempunyai 10 soalan aneka pilihan.
3. Bahagian B mempunyai 2 soalan struktur.
4. Jawab semua soalan.
LAMPIRAN 2

Gambar diatas menujukkan suasana semasa ujian sedang dijalankan.


LAMPIRAN 3

Anda mungkin juga menyukai