Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3122 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 3


Ambilan: Jun 2018
Nama Kursus: Hubungan Etnik
Kumpulan: T1, T2, T3, T4, T5, T6, T7, T8, T9,
T10, T11, T12 & T13
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Kuiz 3.11.2020 9.11.2020

Penulisan Ilmiah 14.9.2020 13.10.2020

Pembentangan 27.10.2020 2.11.2020

Hasil Pembelajaran :

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas


hubungan etnik. (C2, A1, LO1)

2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian


agama. (C2, A2, LO1, LO3, CTPS1)

3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,


Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan
Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber. (C4, A2, LO1, LO3, LO6,
CTPS1, LL1)

4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asas


pembinaan jati diri dan negara bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1, LO3,
LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS3)

5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik secara
lisan dan bertulis. (C5, A4, LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5.


Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat :

1. Memberi kefahaman yang jelas melalui pengetahuan yang diperoleh berkaitan


pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas hubungan etnik
berdasarkan soalan-soalan kuiz yang diberi. .

2. Mengemukakan satu maklum balas yang matang melalui penulisan ilmiah


berdasarkan satu situasi yang diberi bagi menjelaskan hubungan etnik dari perspektif
ekonomi, politik dan kepelbagaian agama.

3. Mengemukakan fakta-fakta yang jelas dalam membuat analisis semasa


menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,
Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan
Malaysia melalui rujukan daripada pelbagai sumber berdasarkan soalan-soalan kuiz
ataupun penulisan ilmiah.

4. Memberi justifikasi berdasarkan penilaian yang dibuat secara bertulis tentang konsep
perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa sama ada
melalui soalan-soalan kuiz yang diberi, situasi yang diberi semasa menghasilkan
penulisan ilmiah dan secara lisan semasa membuat pembentangan secara
berkumpulan.

5. Mengorganisasikan idea-idea dalam memberi justifikasi berdasarkan penilaian yang


dibuat secara bertulis tentang usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran
dalam hubungan etnik sama ada melalui soalan-soalan kuiz yang diberi, situasi yang
diberi semasa menghasilkan penulisan ilmiah dan secara lisan semasa membuat
pembentangan secara berkumpulan.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Setiap dasar


kerajaan yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat ini.
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bukan sahaja bertujuan untuk mewujudkan
suasana harmoni tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa.
Melalui dasar-dasar ini, bangsa Malaysia dibentuk tanpa mengira bangsa, agama,
dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 63 tahun mengecapi kemerdekaan,
masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik masih lagi tidak menunjukkan hubungan
perpaduan yang kukuh. Masyarakat Malaysia masih terpisah dengan sempadan
etnik masing-masing sehingga menghalang perpaduan sesama mereka. Oleh itu,
setiap individu perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu
perpaduan dikawal dengan baik supaya hubungan masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah
menemui kegagalan sekiranya tidak dijaga dengan baik dan telus.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1 : Kuiz ( 20 markah )


1. Anda dikehendaki untuk menguasai pengetahuan berkaitan tajuk-tajuk yang telah
diajar.

2. Berdasarkan maklumat yang anda perolehi dari tajuk-tajuk tersebut, anda


dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi menjawab soalan-soalan
kuiz dalam tempoh 30 minit.
3. Kuiz terbahagi kepada dua (2) bahagian : Bahagian A – 2 soalan struktur dan
Bahagian B – 2 soalan esei.
4. Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan di bahagian A dan satu (1) soalan di
bahagian B.

TUGASAN 2 : Penulisan Ilmiah (60 markah)


1. Anda dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman anda berkaitan
masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan Melayu
Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia. Hubungan etnik
yang terjalin dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama, konsep
perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa serta usaha-
usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik, perlu juga anda
kuasai.

2. Berdasarkan pengetahuan tersebut , anda perlu membuat penilaian dan memberi


justifikasi bagi satu (1) daripada pemasalahan berikut :

i. Sejauh manakah kewujudan masyarakat pluratlistik ini memberi satu keunikan


kepada negara Malaysia.

ii. Bincangkan jalinan hubungan antara etnik di Malaysia dari perspektif ekonomi,
politik dan kepelbagaian agama.

iii. Buktikan Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi


dan kebebasan rakyat serta keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.

iv. Huraikan cabaran – cabaran yang perlu dihadapi dalam hubungan etnik di
Malaysia dan cadangkan usaha – usaha yang boleh dilakukan bagi menangani
cabaran – cabaran dan seterusnya memastikan matlamat intergrasi nasional
tercapai.

3. Penulisan ilmiah yang anda hasilkan perlu menggambarkan kemahiran anda dalam
mengorganisasi idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam
menginterpretasikan pemasalahan tersebut.

4. Justifikasi yang anda lakukan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak
melebihi 1500 patah perkataan dan perlu menggambarkan kematangan berhujah
dan kemahiran anda dalam mencari idea yang bernas dan wajar.

TUGASAN 3 : Pembentangan (20 markah)

1. Anda dikehendaki untuk mengumpul maklumat berkaitan konsep perlembagaan


sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa serta usaha-usaha ke arah
integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik.
2. Rangka satu aktiviti yang berbentuk rakaman video berdasarkan maklumat yang
anda perolehi itu dan anda dikehendaki melaksanakan pembentangan berkenaan
aktiviti tersebut dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang dalam tempoh 30 minit.
3. Anda bebas untuk memilih aktiviti dan tajuk pembentangan tetapi aktiviti dan tajuk
tersebut mesti berada dalam ruang lingkup tema utama iaitu integrasi yang akan
menyentuh berkaitan konsep perlembagaan sebagai asas pembinaan jati diri dan
negara bangsa serta usaha-usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam
hubungan etnik

4. Pembentangan dan aktiviti yang dilakukan perlu melibatkan penggunaan pelbagai


alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan tugasan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 merupakan


tugasan berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang sekumpulan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan
rujukan. Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang
digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


3.1. Muka depan hendaklah dimuat turun daripada Items.

3.2. Bentuk penulisan dan ulasan kritis yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz
fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.

3.3. Rujukan mesti mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association)

3.4. Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu


ilmiah serta ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________ ________________________________
(Nama : ) (Nama : )
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras
Kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh :

__________________________________
(Nama : )
Ketua Jabatan

Anda mungkin juga menyukai