Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021/2022

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3052 Semester / Tahun: Sem 2, Tahun 1


Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus: TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA (TITAS) Kumpulan: PM, MU, PSV1, PSV 2,
RBT1, RBT 2, RBT 3, RBT 4, PJ,
PIM1, PIM2, PIM3, PIM4, PIM5 , TESL
1, TESL 2, TESL 3.

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Individu 15 Nov 2021 29 Nov 2021

2. Pembentangan (Berkumpulan) 30 Nov 2021 06 Dis 2021

3. Kuiz 17 Dis 2021 17 Dis 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep umum tamadun dan tamadun Islam. (C2, A3, LO1)
2. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi interaksi di antara kepelbagaian
tamadun di Asia. (C2, A3, LO1)
3. Membandingkan kepelbagaian tamadun Asia antara tamadun Melayu, Cina,
India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya, ekonomi dan
pendidikan.(C4, A2, LO3, CTPS5)
4. Menilai isu-isu kontemporari tamadun yang mempengaruhi sosio budaya,
masyarakat dan negara melalui pembentangan. (C5, A4, LO3, LO4, LO5,
CTPS5, CS1,TS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menghasilkan penulisan esei berkaitan kepelbagaian tamadun Asia antara


tamadun Melayu, Cina, India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan.
2. Membentangkan isu-isu kontemporari tamadun yang mempengaruhi sosio
budaya, masyarakat dan negara.
3. Menjawab 20 soalan objektif aneka pilihan berkaitan konsep umum tamadun
Islam dan tamadun Asia, faktor yang mempengaruhi interaksi di antara
kepelbagaian tamadun di Asia dan perbandingan kepelbagaian tamadun Asia
antara tamadun Melayu, Cina, India yang terdapat di Malaysia dari segi sosio
budaya, ekonomi dan pendidikan.

Pemahaman konsep Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang merangkumi tamadun
Melayu, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun-tamadun lain telah memberi
impak yang besar kepada pembangunan Malaysia dalam menghadapi pergolakan dan
cabaran dunia serta isu-isu global semasa. Warga negara Malaysia perlu bijak menilai
isu-isu dan cabaran global yang boleh mendatangkan kesan positif dan negatif
terhadap sosio budaya, ekonomi dan pendidikan negara dewasa ini.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI (60%)

Kemajuan Malaysia pada masa kini terbina hasil dari kepelbagaian tamadun Asia
dengan merujuk secara khusus kepada tamadun Melayu, Cina dan India. Dengan
memilih satu tajuk yang diberi pada Lampiran 1, sila jawab dan huraikan beserta bukti
atau contoh pelaksanaannya.

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN KUMPULAN (20%)

Bentangkan hasil penilaian anda terhadap isu-isu kontemporari tamadun yang


mempengaruhi sosio budaya, masyarakat dan negara Malaysia dewasa ini. Sila pilih
tajuk pada Lampiran 2.

TUGASAN 3: KUIZ (20%)

Jawab 20 soalan objektif aneka pilihan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 adalah tugasan individu berbentuk teks perlu ditaip mengikut


kaedah penulisan ilmiah.
2. Format penulisan Tugasan 1 adalah seperti berkut:
a. Menggunakan Font Arial 11 atau Times New Roman 12 dengan
langkauan 1.5.
b. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American
Psychological Association (APA) yang terkini.
c. Muka depan kerja kursus dilengkapkan dengan maklumat berikut:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada
pensyarah (Rujuk Lampiran 3)

3. Tugasan 2 adalah tugasan berkumpulan.


4. Pelajar diberi kebebasan memilih kaedah pembentangan. Pelajar dibenarkan
untuk menggunakan persembahan power point, media dan sebarang bentuk
teknologi yang sesuai.
5. Setiap kumpulan diberikan satu tajuk untuk dibentangkan. (rujuk tajuk dalam
lampiran 2).
6. Tugasan 3 iaitu Kuiz akan dilaksanakan pada 17 Nov 2019 selama 30 minit.
Pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan objektif aneka pilihan.
7. Penulisan esei dan pembentangan ini akan disemak berdasarkan rubrik
permarkahan yang disediakan. (rujuk Lampiran 2)

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________ ______________________

(HAJI SUBKI BIN MOHAMED) (NORAZIAH AHMAD NADZIM)


Penyelaras Kursus MPU3052 SME Unit Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Islam & Moral Jab. Pendidikan Islam & Moral
IPG Kampus Tuanku Bainun IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh :

_________________________________
(SHAKIB AR-SELAN BIN MAT SAMAN)
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
IPG Kampus Tuanku Bainun
Pulau Pinang.
LAMPIRAN 1
MPU3052 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
PILIHAN TAJUK TUGASAN 1 (PENULISAN)

TAMADUN ISLAM/ MELAYU

1. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan tokoh pemikir Islam moden.


Bincangkan latar belakang beliau dan nyatakan pandangan anda mengenai
teori pengislaman ilmu yang sering diperkatakan beliau.
2. Bernostalgia tentang keagungan sejarah Tamadun Islam tidak akan membawa
sebarang kebaikan kepada usaha pembangunan tamadun umat Islam kini.
Debatkan kenyataan ini dengan merujuk senario perkembangan tamadun
Islam di Malaysia.
3. Tun Seri Lanang merupakan cendekiawan Melayu unggul. Bincangkan sejarah
hidup dan perjuangan beliau dalam memartabatkan bangsa Melayu suatu
ketika dahulu. Ketengahkan juga idea-idea beliau yang dapat diberi nafas baru
dalam mengukuhkan keharmonian warga Malaysia sekarang.
4. Tamadun bangsa Melayu telah berkembang secara seiring dengan tamadun
Cina dan tamadun India di daerah Nusantara. Namun begitu tamadun Melayu
perlu menjadi asas pembentukan dasar kebudayaan kebangsaan di Alam
Melayu. Beri penilaian anda.
5. Bincangkan sejarah dan peranan Pulau Pinang dalam pembangunan
ketamadunan di Malaysia.
6. Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains masih lagi
diperdebatkan hingga ke hari ini. Rungkaikan masalah ini dengan mengambil
kira bahawa Melayu sebagai bahasa ibunda (native language) rakyat Malaysia
dan usaha Malaysia untuk membina tamadunnya berasaskan kepelbagaian
budaya dan bangsa.

TAMADUN CINA

7. Untuk memerintah Negara China, seseorang maharaja perlu mendapat


„mandat dari syurga.‟ Huraikan teori „mandat dari syurga‟ ini dari perspektif
keagamaan dan politik dan nyatakan pandangan anda mengenai teori ini.
8. Bincangkan faktor-faktor kejayaan penguasaan ekonomi dalam kalangan
masyarakat Cina di Malaysia yang boleh dicontohi.
9. Bincangkan tentang sejarah pembentukan dan keunikan budaya masyarakat
Peranakan Cina di Melaka.
10. Perkembangan ekonomi negara China hari ini telah menggugat kedudukan
negara Amerika yang pernah dianggap sebagai pemegang ekonomi dunia.
Antara rahsia kejayaan China adalah pegangan mereka kepada ajaran
Konfucianisme. Jelaskan bagaimana hubung kait ajaran ini dengan
pembangunan rakyat mereka dalam aspek ekonomi, sosial dan politik.
11. Kepercayaan kepada fengshui sangat penting dalam kalangan masyarakat
Cina. Bincangkan

TAMADUN INDIA

12. Agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak adalah hasil gabungan antara
agama Hindu dan Islam. Huraikan elemen-elemen gabungan tersebut.
13. Agama Jainisme merupakan pecahan dari agama Hindu. Ia tidak menerima
sistem kasta. Bincangkan konsep-konsep kepercayaan agama ini dan
kenapakah ia menentang sistem kasta dalam agama Hindu.
14. Mahatma Gandhi dikatakan seorang pemimpin yang sangat menitikberatkan
persoalan kemanusiaan dan alam sekitar. Huraikan dengan jelas falsafah
beliau mengenai manusia dan alam sekitar.
15. Pengaruh filem Bollywood dalam Tamadun India. Bincangkan

Lain-lain

16. Kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses
pembinaan Tamadun Malaysia. Bincangkan.
17. Jelaskan peranan institusi keluarga dalam proses pembinaan Tamadun
Malaysia dengan mengaitkan ajaran agama Islam, Hindu, Christian dan
Buddha.
18. Pembinaan Tamadun Malaysia melalui gagasan Keluarga Malaysia.
Bincangkan

###############################################################

LAMPIRAN 2
MPU3052 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
PILIHAN TAJUK TUGASAN 2
PEMBENTANGAN KUMPULAN

BIL. TAJUK

1 Ulang tahun ke-20 memperingati mangsa peristiwa Serangan 11


September 2001 baru sahaja diadakan. Apakah yang dapat anda pelajari
dari peristiwa September 11. Berikan komen, kritikan dan persepsi anda
mengenai peristiwa ini.

2 Manupulasi barat terhadap ekonomi dunia

3 Dominasi barat dalam politik dunia

4 Ancaman LGBT terhadap ketamadunan manusia sejagat .

5 Cyberterrorisme dan ancamannya terhadap Malaysia

6 Facebook Sebagai Medium Sebaran Fitnah

7 Hak Asasi Manusia

8 Pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar

9 Konsep Rahmantan lil Alamin dalam Islam

10 Implikasi pemisahan sains dari agama

11 Fitnah Siber dalam kestabilan politik Negara

12 Krisis alam sekitar dan kesan- kesannya terhadap dunia


13 Jihad dari persepsi Islam

14 Kesan interaksi tamadun Barat terhadap sosio budaya masyarakat


Malaysia

15 Bahaya Liberalisme dan pluralisme kepada masyarakat Islam di Malaysia

16 Isu pembuangan bayi dan cara mengatasinya

17 Kesan media sosial kepada generasi baharu

18 Ancaman pemahaman agnostik dalam masyarakat Malaysia

19 Isu arak dan dadah dalam masyarakat Malaysia dan cara penyelesaiannya

20 Isu rokok dan vape dalam kalangan remaja di Malaysia dan cara
penyelesaiannya

21 Hikmah dan iktibar dari pandemk Covid 19

22 Kesan pandemik Covid 19 dari segi sosial dan politik

23 Ikhtiar,doa dan tawakkal adalah ciri tamadun Islam

24 PdPR cabaran dan kekangan yang membataskan

25 Beri kritikan anda terhadap penyebaran wabak Covid 19 yang sedang


melanda dunia hari ini dan kaitannya dengan kelestarian tamadun
manusia.

26 Usaha mengekalkan kelestarian alam boleh diusahakan melalui pelbagai


pendekatan. Bincangkan pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia
dan bagaimanakah sikap dan sambutan masyarakat terhadap usaha ini
demi memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi kepada
generasi yang seterusnya.

27 Video lucah lebih banyak dilayari semasa PKP.Siapa harus dipersalahkan


dan bagaimana mengatasinya .

28 Sugarbook: Pemusnah ketamadunan dan keruntuhan moral .

29 Sugar baby: Maruah ,nilai dan moral digadai

30 Di samping nilai positif yang wujud dalam perkembangan teknologi


komunikasi yang ada pada hari ini, masyarakat juga berdepan dengan
pelbagai masalah yang dihasilkan dari teknologi ini. Bincangkan masalah
yang timbul dari perkembangan teknologi ini dan bagaimana teknologi ini
boleh dianggap sebagai faktor keruntuhan sesebuah tamadun.

Anda mungkin juga menyukai