Anda di halaman 1dari 4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SES! 2021/2022 LZ Program: PISMP Nama Pelajar Kod : EDUP3033 Semester / Tahun : Semester Ili Tahun? — | Ambilan : JUN 2024 | Kumpulan : PISMP MZU, BMM, PSV, | Nama Kursus: RBT, PJ dan PIM Murid dan Pembelajaran Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1, Penulisan Laporan PBS 21 Mac 2022 9 April 2022 2. Penulisan Akademik 7 Mac 2022 5 April 2022 3, Pembentangan 5 April 2022 13 April 2022 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran; dan proses pembelajaran dalam pendidikan. (C2, LO1) 2. Menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan sumber rujukan yang relevan. (C4, LO3, LO6, LL, CTPS3) 3. Menganalisis teori-teori pembelajaran dan model pengajaran dan implkasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilk darjah. (C4, LO3, CTPS3) 4. Membentangkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini. (C6, LO3, LO4, CTPS3, CS3) 5. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar (C6, LO3, CTPS3) Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4. Objektif Pentaksiran Berterusan: Pelajar dapat: 1. Menyediakan satu laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dengan menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan PBS yang telah dilaksanakan. 2. Melaksanakan satu penulisan akademik dengan memperincikan teori-teori Pembelajaran, model pengajaran dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 3. Membentangkan cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan ‘menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini dengan kreatif, kritis dan inovatif. Dunia sekarang semakin kompleks, mudah berubah, tidak jelas dan mencabar serta memerlukan pendidik yang kompeten, sentiasa bersiap sedia, peka terhadap perubahan dan dinamik dalam pengurusan bilik darjah. Pendidik perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak, menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), membuat keputusan (decision making) serta kreatif dan inovatif. Semua ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sekiranya pendidik mahir dalam teori-teori pembelajaran, model Pengajaran, pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini, Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: TUGASAN 1: PENULISAN LAPORAN PBS (15%) ‘Anda dikehendaki menyediakan satu laporan berkaitan kepentingan perbezaan individu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah berdasarkan temu bual dengan guru dan permerhatian di kelas semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Temu bual dan pemerhatian anda adalah berkaitan proses dan perancangan PdP dengan mengambil kira perbezaan individu dalam kalangan murid. Huraian anda perlu mengaitkan semua aspek perbezaan individu dan implikasinya terhadap PdP dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Laporan PBS ini perlu disertakan dengan bukti-bukti seperti gambar dan bahan-bahan lain yang sesuai. Panjang penulisan ini ialah 500 patah perkataan. TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK (25%) Secara individu anda dikehendaki melaksanakan satu penulisan akademik dengan menganalisis teori-teori pembelajaran, model-model pembelajaran dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. - Pilih satu teori pembelajaran dan satu model pengajaran, kemudian analisis secara terperinci teori dan model tersebut. - Kaitkan implikasi teori pembelajaran dan model pengajaran yang dipilih itu terhadap PdP di dalam kelas dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. = Panjang penulisan akademik ini ialah 800 patah perkataan TUGASAN 3: PEMBENTANGAN (10%) Secara berkumpulan, anda dikehendaki merancang suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran major berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sekolah Rendah dengan mengintegrasikan elemen Pengisian Kurikulum. Perancangan aktiviti tersebut seharusnya menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini, Pada masa yang sama anda periu melaksanakan PdP dengan mengaplikasikan kit pembelajaran yang telah dibina bagi kursus Seni dalam Pendidikan. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 30 minit. Pembentangan ini perlu dihantar dalam bentuk rakaman video (tempoh 30 minit) dan dimuat naik di pelantar Google Classroom yang disediakan. Pembentangan anda wajar dapat mewujudkan perkongsian input secara positif demi memartabatkan profesion keguruan. ‘Anda boleh berbincang secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Anda juga digalakkan meneroka maklumat dengan merujuk Rakan Pembelajaran (Leaming Partner) secara interdisiplinary bagi memantapkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran semasa mengendalikan pembentangan ini. Pandangan dan cadangan boleh diberikan secara kritis berasaskan bidang perguruan. Perkongsian input secara positif dalam kalangan guru dan ibu bapa juga boleh dikaitkan sebagai satu usaha memupuk kemenjadian insan cemertang CATATAN: TUGASAN 3 TERLIBAT DENGAN KPPB ‘Tugasan ini dilaksanakan secara interdisciplinary dengan tugasan EDUP3033i, BMMB3052, MUZK3052, TSLB3052, RBT3052, PIMK3052 (Rujuk soalan tugasan yang dimaksudkan). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian The Big /dea (Kreativiti Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan) Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1, Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan. 2. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian karya dan hasil kerja yang dikemukakan. 3. Amalan plagiat adalah dilarang. Jika dikesan, pelajar boleh digagalkan daripada kursus ini atau ditarik balik kelulusannya. 4. Sila pastikan anda mematuhi arahan pelaksanaan tugasan yang ditetapkan. 3 5. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: Langkau: 1.5 baris aegp Association) Muka depan hendaklah mengikut templat terkini Menggunakan Fon Arial dengan saiz 11 Rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological 6. Sila pastikan anda menulis maklumat berikut di muka hadapan tugasan yang dihantar: Nama Pelajar Angka Giliran Nombor Kad Pengenalan Kumpulan/ Unit Kod dan Nama Kursus Nama Pensyarah Tarikh Hantar Fa79a9TD Disediakan oleh: (ABDULLAH BIN CHIK) Pensyarah/ Penyelaras Kursus EDUP3033 Jabatan llmu Pendidikan IPGKTB Disahkan (OR. ROHAID) Ketua Jabatan Jabatan limu Pendidikan IPGKTB INTI BAKAR) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah Disemak (SYAMSUL BIN ABDUL HAMID) Pakar Bidang (SME) EDUP3033 Jabatan limu Pendidikan IPGKTB

Anda mungkin juga menyukai