Anda di halaman 1dari 17

KONSEP KURIKULUM

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
Konsep Kurikulum
 Kurikulum – bahasa Latin
 Currere – berlari
 Pelbagai definisi dikemukakan
 Tidak terdapat satu definisi muktamad
 Kamus Dewan: kurikulum diertikan
sebagai bidang pelajaran di sekolah
Menurut pakar-pakar pendidikan

kurikulum: rancangan di peringkat sekolah


Kerr J. K (1968) : semua pelajaran yang
dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama
ada dilaksanakan secara individu atau kelompok,
baik di dalam mahupun di luar sekolah
 Hirst (1975): satu program yang mengandungi
aktiviti-aktiviti pembelajaran dan disusun oleh
guru untuk membolehkan murid-murid mencapai
objektif yang ditentukan.
Pengertian Kurikulum
1. “Satu siri unit atau isi kandungan yg
disusun sedemikian rupa supaya
pembelajaran setiap satu unit dapat
dicapai sebagai satu perlakuan,
sekiranya kebolehan yang ditentukan
dalam unit sebelumnya telah dikuasai.”
(Gagne, 1974)
Pengertian Kurikulum
2. “Semua pengalaman pembelajaran
yang diorganisasikan untuk pelajar-
pelajar pada setiap peringkat dalam
institusi pendidikan.” (Abdullah Mohd
Noor dan Ahmad Jaffni Hassan, 1992)
A. S Robinson dalam buku Curriculum
Building (1971) memberi pengertian kurikulum
dengan lebih lengkap dan menyeluruh.
Kurikulum harus mengandungi matlamat,
objektif, isi kandungan, proses, sumber dan cara
penilaian semua pengalaman pembelajaran
yang telah dirancangkan untuk murid-murid di
dalam dan di luar sekolah, seperti lawatan,
latihan amali dan aktiviti kokurikulum.
Dalam konteks Malaysia, kurikulum
adalah suatu rancangan yang meliputi
segala ilmu pengetahuan serta kemahiran,
nilai-nilai dan norma, unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat
Malaysia
Laporan JK Kabinet 1979
Kurikulum ialah semua perancangan
pendidikan yang dilaksanakan di sekolah
atau institusi pendidikan yang bertujuan
untuk mencapai matlamat pendidikan.
Dua Aspek Kurikulum:
 Sukatan dan kandungan mata pelajaran
dengan aktiviti p & p
 Kokurikulum seperti sukan, persatuan dan
unit beruniform
Akta Pendidikan 1996
“ Kurikulum kebangsaan adalah semua
program pendidikan yg merangkumi aktiviti
kurikulum dan kokurikulum yg mencakupi
semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk
membantu mengembangkan potensi murid
sepenuhnya.”
JENIS-JENIS KURIKULUM

Terdapat beberapa jenis kurikulum yang


beroperasi di sekolah-sekolah.
a. Kurikulum tertulis
b. Kurikulum yang diajar
c. Kurikulum yang disokong
d. Kurikulum yang dinilai
e. Kurikulum yang dipelajari
f. Kurikulum tersembunyi
JENIS-JENIS KURIKULUM

Jenis-jenis Kurikulum

Kurikulum Kurikulum Kurikulum


Rasmi Formal Tidak
Formal
A. Kurikulum Rasmi
- Bahagian Perkembangan Kurikulum
menggubal dan membentuk kurikulum
rasmi bagi sekolah rendah dan menengah
(KSSR dan KSSM).
- menjadi panduan untuk penulisan
buku teks, persediaan ringkasan mengajar,
aktiviti PdP dan panduan dalam setiap
peringkat persekolahan kebangsaan.
B. Kurikulum Formal
- kurikulum ideal yang dirancang oleh
pakar pendidikan berasaskan kehendak
negara dan aspirasi masyarakat.
- mengandungi dua bahagian yang
merangkumi kurikulum akademik dan
kokurikulum
C. Kurikulum Tidak Formal
- kurikulum terlindung, tersembunyi,
meliputi segala pengalaman yang
dipelajari secara tidak formal seperti
penerapan nilai-nilai murni melalui
tingkah laku guru, peraturan, bahasa
dan budaya sekolah
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan & perubahan kurikulum
a. Faktor luaran
b. Faktor autonomi guru
c. Faktor keperluan murid
d. Sistem jadual sekolah, sumber PdP dan
polisi penilaian
e. Hasrat kerajaan
f. Matlamat – penglibatan murid dan KBKK
g. Latar belakang budaya dan sosial
Faktor-faktor yang mempengaruhi
perubahan kurikulum

1. Perkembangan Teknologi
2. Keperluan Semasa/Keselamatan
3. Dasar Kerajaan
4. Budaya Masyarakat

*** Bincangkan ***


SEKIAN…

17

Anda mungkin juga menyukai