Anda di halaman 1dari 4

ULANGKAJI UNTUK KUIZ EDUP 3013

1. Konsep asas falsafah boleh dilihat dari segi pengertian istilah falsafah serta
cabang-cabang falsafah. Tujuan mempelajari falsafah adalah seperti berikut kecuali
membantu memupuk guru yang diidamkan dan murid yang ingin dibentuk
membantu manusia berfikir dengan cara kritikal dan logik
membolehkan manusia membuat penyelidikan
membantu manusia melaksanakan sesuatu sehingga menampakkan hasil yang berkualiti

2. Seseorang guru perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan supaya


nilai profesionalisme keguruan akan lebih terserlah
menjadikannya sebagai panduan dalam tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah
guru menyedari tentang pentingnya nilai-nilai murni dalam bidang pendidikan dan kehidupan
manusia umumnya
dapat menyemai rasa tanggungjawab terhadap tugas guru dalam membangun diri insan
mengikut ketentuan yang telah ditetapkan

3. Falsafah Pendidikan digubal berdasarkan idealogi dan falsafah sesebuah negara


tertentu. Implikasi utama falsafah terhadap sistem pendidikan di sesebuah negara
adalah
memberi penekanan terhadap pemupukan sikap positif
mewujudakan program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan asas
memberikan penekanan kepada penerapan unsur disiplin dan peraturan sekolah
mewujudkan program pendidikan yang bersepadu ke arah melahirkan tenaga kerja yang dinamik
dan bermaruah

4. Falsafah Pendidikan Islam dan Timur banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh seperti
Al-Ghazali dan Confucius. Pandangan kedua-dua tokoh ini adalah berkaitan dengan
peranan pendidikan kerana
pemikiran manusia sukar berubah
pendidikan budaya perlu diutamakan
tingkah laku perlu dipupuk secara holistik
ketamadunan manusia diwarisi secara doktrinasi

5. Guru sentiasa berusaha membantu pelajar untuk berjaya mendapatkan kesedaran


kendiri. Pandangan tersebut merupakan pandangan ahli-ahli falsafah
Perenialisme
Pragmatisme
Progresivisme
Eksistensialisme

6. Rabindranath Tagore berpendapat bahawa pendidikan adalah proses yang


bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya
mencapai segala aspek kehidupan bermakna. Berdasarkan pernyataan berkenaan,
apakah idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut?
Nilai, norma dan kebudayaan masyarakat dapat dikekalkan melalui pendidikan
Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian
Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanikal dan tidak bermaya
Sikap seseorang terhadap pendidikan merupakan faktor penentu ke arah mencapai kebahagiaan

7. Berikut ialah prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Islam kecuali


Dasar Pendidikan Islam dapat menyepadukan ilmu dunia dan ilmu akhirat.
proses pendidikan Islam merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan dalam al-Quran.
pelajar hendaklah menghafal buku-buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendiakawan.
Falsafah Pendidikan Islam merupakan usaha ke arah perkembangan insan beriman, berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia.

8. Falsafah yang membincangkan kajian sifat dan asal mengenai realiti mutlak adalah
logik
aksiologi
metafizik
epistemologi

9. Antara berikut, yang manakah merupakan cabang falsafah yang mempersoalkan


tentang ilmu pengetahuan?
logik
aksiologi
metafizik
epistemologi

10. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cabang aksiologi?


Cikgu A sering berusaha memperkembangkan lagi potensi murid-muridnya
Cikgu B sering bersyukur kepada Tuhan atas penganugerahan dirinya dengan akal dan fikiran
Cikgu C sering menekankan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajarannya
Cikgu D sering menggunakan pendekatan induktif dan deduktif dalam pengurusan dan
perkembangan kurikulum

11. Apakah kesan terpenting yang dirasai hingga kini dasar laissez-faire dalam
pendidikan yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan British?
Meningkatkan kualiti pembelajaran
Kenaikan darjah secara automatik
Penubuhan sekolah-sekolah vernakular
Kesukaran penyeragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional

12. Laporan Barnes (1951) mengemukakan beberapa cadangan berikut kecuali


sekolah-sekolah vernakular dihapuskan
Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular
pertukaran sekolah-sekolah Melayu, Cina dan India kepada sekolah Kebangsaan
penubuhan sekolah dwibahasa dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar

13. Salah satu unsur penting yang terkandung dalam Laporan Razak (1956) adalah
untuk menubuhkan
Tingkatan peralihan
Sekolah Menengah Vokasional
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan

14. Antara laporan yang berikut, yang manakah bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan
dasar pelajaran kebangsaan supaya dapat melahirkan tenaga kerja jangka pendek dan
jangka panjang.
Penyata Razak
Laporan Rahman Talib
Laporan Aminuddin Baki
Laporan Jawatankuasa Kabinet

15. Salah satu perubahan yang berlaku dalam Laporan Rahman Talib iaitu
sukatan pelajaran umum untuk semua sekolah
sistem pendidikan aneka jurusan diperkenalkan
penggunaan bahasa kebangsaan bagi semua sekolah
tempoh persekolahan murid dinaikkan kepada 12 tahun

16. Pernyataan di bawah disyorkan oleh laporan

Razak
Barnes
Fenn-Wu
Rahman Talib

17. Pernyataan di bawah terdapat dalam

Laporan Razak
Laporan Barnes
Laporan Fenn-Wu
Laporan Kabinet 1979

18. Pernyataan yang manakah bukan merupakan matlamat pendidikan kebangsaan.


Melahirkan rakyat Malaysia yang taat dan bersatu padu
Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera
Melahirkan rakyat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan peningkatan
penguasaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan pembangunan negara
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan pembangunan negara dengan
menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua rakyat Malaysia

19. Pernyataan yang berikut merupakan teras strategik Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 kecuali
Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memaksimumkan Keberhasilan Murid
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

20. Terdapat 11 anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara.


Antara berikut, anjakan manakah yang bertujuan untuk mentransformasi profesion
keguruan menjadi profesion pilihan?
Anjakan 2
Anjakan 4
Anjakan 6
Anjakan 8

Anda mungkin juga menyukai