Anda di halaman 1dari 3

Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016), penulisan ayat dan perenggan

tahap rendah adalah peringkat permulaan latihan menulis. Ia menggalakkan pelajar menulis
apa yang mereka fikir dan ingin katakan. Berdasarkan data yang dikumpul sepanjang
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah menggunakan bahan pengajaran
penulisan mengarang Unit 14 Tahun 2 yang bertajuk "Bersama-sama melakukan mesra
alam" untuk mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Menurut Wang Zong Hai & Xiao Xiao Yan (2010), pemikiran pelajar tahap rendah
yang masih terikat kepada objek konkrit dan ini akan menjadikan halangan kepada pelajar
untuk memahami masalah abstrak. Kaedah pengajaran intuitif dapat menyelesaikan
masalah ini. Oleh itu, saya menggunakan kaedah pengajaran intuitif dalam fasa permulaan.
Saya menayangkan video yang berkaitan dengan topik dan ini dapat membimbing pelajar
untuk mendengar, memerhati, dan melihat objek serta membentuk gambaran yang jelas,
menarik minat pelajar ke dalam situasi pembelajaran dan mewujudkan semangat
pembelajaran yang tinggi. Yang Jiu Jun & Yao Lang Qiang (2013) menyebut bahawa
bimbingan yang diberikan kepada murid semasa mengarang harus berdasarkan kandungan
yang berkaitan dengan topik. Oleh itu, dengan mengemukakan soalan dan meminta pelajar
menjelaskan kandungan video yang ditayangkan supaya pelajar dapat masuk ke dalam
tajuk secara beransur-ansur.

Berdasarkan temu bual yang dibuat dengan guru, saya mendapati bahawa masalah
yang dihadapi oleh pelajar dalam menulis ayat dan perenggan ialah murid tidak mempunyai
isi untuk menulis. Hal ini demikian kerana, mereka mempunyai pengalaman hidup yang sikit.
Beliau berkata isu-isu di atas boleh diperbaiki melalui tayangan video dan imej. Oleh itu,
saya telah menayangkan video dan imej kepada pelajar dalam fasa permulaan dan langkah
1 untuk meluaskan persepsi pelajar tentang perkara tersebut, menambahkan isi kandungan
penulisan supaya pelajar dapat menulis dengan lebih konkrit dan jelas. Di samping itu,
berdasarkan temubual, guru juga mengatakan bahawa kandungan yang dikatakan oleh
pelajar selepas memerhatikan gambar adalah sangat pendek dan cetek. Oleh itu, beliau
sering menanya soalan dan membimbing pelajar untuk mengatakan sesuatu dengan lebih
khusus dan mendalam. Oleh itu, langkah 1, saya akan menanya soalan dan membimbing
pelajar untuk membantu mereka mengatakan sesuatu dengan lebih terperinci dan khusus.

Berdasarkan pemerhatian kelas, saya mendapati bahawa setiap pelajar aktif dalam
perbincangan kumpulan. Oleh itu, saya meminta pelajar mengadakan perbincangan dalam
kumpulan dan menyiapkan tugasan kumpulan dalam langkah 2. Saya juga menetapkan
sebuah peta i-Think dalam tugasan kumpulan tersebut kerana guru pernah mengatakan
bahawa salah satu cara untuk memperbaiki kekurangan isi kandungan dalam penulisan
adalah dengan menggunakan peta i-Think. Menurut Guo Xia (2018), peta minda dapat
membantu kita dalam mengarang. Berdasarkan soal selidik dengan pelajar, kebanyakan
pelajar mengatakan bahawa penggunaan peta minda dalam aktiviti PdP mengarang boleh
menambahkan kandungan penulisan mereka.

Menurut Yang & Yao (2013), guru haruslah memberi peluang kepada pelajar untuk
berlatih bercakap dalam pengajaran penulisan ayat dan perenggan supaya pelajar akan
mempunyai sesuatu untuk mengatakan, berani bercakap, dan pandai bercakap. Secara
tidak langsung, keyakinan pelajar untuk menulis ayat dan perenggan dapat ditingkatkan.
Oleh itu, saya telah memberi peluang untuk pelajar mengeluarkan pendapat dalam aktiviti
PdP yang telah saya reka bentukkan. Pada fasa permulaan, saya meminta pelajar berkongsi
tentang apa yang mereka perhatikan. Manakala pada langkah 1, saya juga mengemukakan
soalan dan membimbing pelajar mengatakan kandungan yang terdapat dalam gambar rajah
dan cara mengelakkannya. Selain itu, saya juga membiarkan pelajar membincangkan dalam
kumpulan dan membuat pekongsian pendapat secara berkumpulan. Pada langkah 3, saya
juga meminta beberapa pelajar berkongsi apa yang mereka mengarang dan berbincang
dengan guru dan rakan-rakan. Pada fasa penutup, guru dan pelajar akan membuat
kesimpulan pengajaran bersama-sama. Lisan boleh meneliti keputusan pemikiran,
mengorganisasi bahasa dan pada masa yang sama menggalakkan pemikiran dan
memudahkan ungkapan bahasa bertulis (Jiang Ping, 2018).

Sebelum akhir kelas, saya merancang aktiviti membuat penyemakan kendiri,


penyemakan dalam kumpulan dan penyemakan bersama dengan guru dan rakan-rakan.
Aktiviti membuat penyemakan secara interaktif dapat merangsang minat pelajar dalam
mengarang. Dalam aktiviti membuat penyemakan secara interaktif, pelajar dapat
meningkatkan keupayaan menulis dengan berkesan (Wu Zong Hao, 2015). Aktiviti membuat
penyemakan seperti ini juga membantu pelajar untuk memberi inspirasi kepada satu sama
lain dan mencapai kemajuan bersama-sama. Kemudian, guru juga akan memuji pelajar
untuk memberi motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran kemahiran mengarang.
Menurut (Hu Junjie, 2012), sebahagian daripada motivasi untuk pembelajaran pelajar adalah
untuk mendapatkan skor yang baik dalam peperiksaan, untuk menerima pujian dan ganjaran
daripada guru atau ibu bapa.

Di samping itu, melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, saya mendapati pelajar
tahap rendah adalah aktif. Berdasarkan soal selidik dengan pelajar, saya mendapati bahawa
kebanyakan pelajar mengharapkan guru menerapkan muzik ke dalam aktiviti PdP
mengarang. Dalam hal ini, saya merancang aktiviti nyanyian pada fasa penutup. Akhirnya,
saya akan menerapkan nilai moral dalam diri murid.
Kesimpulannya, Berdasarkan data yang dikumpul sepanjang PBS, saya telah
mereka bentuk aktiviti PdP yang berkesan dan dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran ayat dan perenggan. Perancangan aktiviti PdP ini juga mempertimbangkan
masalah semasa penulisan ayat dan perenggan serta memenuhi kriteria-kriteria pengajaran
kemahiran mengarang.

Anda mungkin juga menyukai