Anda di halaman 1dari 11

Cara Pengumpulan Data

Ujian 1 dan Ujian 2

Ujian 1 dijalankan sebelum memulakan sebarang tindakan dan bertujuan untuk


mengesan masalah kata sendi dari dan daripada yang dihadapi. Manakala, Ujian
2 dijalankan selepas selesai semua tindakan dan bertujuan untuk menentukan
penggunaan akronim dalam pembelajaran koperatif dapat membezakan kata sendi
dari dengan daripada. Soalan-soalan yang dibina dalam Ujian 2 adalah soalan
yang sama dengan Ujian 1.

Temu bual

Temu bual dijalankan sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Temu bual ini
bertujuan untuk mengetahui kemahiran peserta kajian menggunakan kata sendi
nama dari dan daripada menggunakan pembelajaran koperatif.

Pelaksanaan Tindakan
AKTIVITI

MODEL
KURT LEWIN

Ujian Diagnostik iaitu keputusan


ujian pertengahan tahun

Tinjauan Awal

Membuat analisis tentang dapatan


ujian diagnostik dan mengesan
masalah.

Mereflek

Ujian 1 dan memilih peserta


kajian yang bermasalah. Membuat
temu bual awal .

Merancang

Mengajar kata sendi dari yang


digunakan untuk menerangkan
masa, arah dan tempat.
Mengajar kata sendi daripada
yang digunakan untuk
menerangkan sumber,
perbandingan, dan manusia,
haiwan atau benda.

Bertindak

Membezakan kata sendi dari


dengan daripada dengan
menggunakan peta minda.
Ujian 2 dan membuat temu bual
ke atas peserta kajian.
Analisis Data

Membuat
rumusan dan
perbincangan

Tindakan 1- Ujian 1 dan temu bual

Ujian 1 dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan peserta kajian tentang
kata sendi dari dan daripada. Pengkaji telah menjalankan Ujian 1 yang
mengandungi 25 soalan daripada tiga bahagian iaitu bahagian A memilih jawapan
yang betul, bahagian B soalan aneka pilihan, manakala bahagian C mengisi tempat
kosong dengan kata sendi nama dari atau daripada Seramai dua puluh satu
orang murid telah membuat ujian ini dan pengkaji telah mengenal pasti dua belas
orang murid untuk dijadikan sebagai peserta kajian. Markah peserta kajian
direkodkan. Pengkaji membuat temu bual awal dengan peserta kajian.

Tindakan 2 kata sendi dari

Pengajaran dijalankan secara pembelajaran koperatif menggunakan aktiviti jigsaw


dan meja bulat. Penerangan tentang kata sendi dari yang menunjukkan masa..
Menegaskan penggunaan huruf M untuk menunjukkan masa. Seterusnya
diperkenalkan pula kata sendi dari yang menerangkan arah dan tempat. Pengkaji

menegaskan penggunaan huruf A untuk menunjukkan arah dan T untuk


menunjukkan tempat. Pada akhir pengajaran, pengkaji menegaskan semula
tentang pengunaan kata sendi dari yang menggunakan huruf iaitu M untuk masa,
A untuk arah dan T untuk tempat. Maka bagi kata sendi dari peserta kajian hanya
ingatkan akronim MAT sahaja. Pengajaran dijalankan selama dua hari.

Tindakan 3 kata sendi daripada

Pengajaran dijalankan secara pembelajaran koperatif menggunakan aktiviti


pembelajaran bersama dan meja bulat. Pengkaji menerangkan tentang
penggunaan daripada yang menunjukkan perbandingan. Menegaskan tentang
penggunaan P untuk perbandingan. Seterusnya, penggunaan daripada yang
menunjukkan manusia,haiwan dan benda dan penegasan pada huruf M yang
melambangkan manusia. Akhir sekali, penggunaan daripada yang digunakan
untuk sumber semula jadi. Penegasan huruf S untuk sumber. Pada akhir
pengajaran, pengkaji menegaskan semula tentang penggunaan kata sendi
daripada menggunakan huruf S untuk sumber, P menerangkan perbandingan dan
M menunjukkan manusia. Maka bagi kata sendi daripada peserta kajian hanya
ingatkan akronim SPM sahaja. Pengajaran dijalan selama tiga hari.

Tindakan 4 membezakan kata sendi dari dengan daripada

Dengan menggunakan peta minda, pengkaji menguji penguasaan peserta kajian


dalam membezakan penggunaan kata sendi dari dengan daripada. Menerangkan
cara mudah untuk peserta kajian mengingat penggunaan dari dengan daripada
iaitu menggunakan akronim MAT untuk dari dan SPM untuk daripada.
Sepanjang sesi pengajaran pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif bagi
aktiviti meja bulat.

Tindakan 5 Ujian 2 dan temu bual

Ujian 2 dijalankan dengan soalan yang sama dengan Ujian 1. Tujuan dijalankan
Ujian 2 ini adalah untuk menilai kemampuan peserta kajian dalam membezakan
kata sendi dari dengan daripada, setelah menjalani enam sesi pengajaran

dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pengkaji menjalankan temu


bual bersama peserta kajian. Data-data yang dikumpul dan dianalisis bagi
membolehkan penambahbaikan dan juga penyelesaian yang baru dapat dijalankan.

Dapatan Kajian

Soalan Kajian 1 : Adakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan


kemahiran membezakan kata sendi dari dan daripada?

Peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi dari dan
daripada dengan baik. Pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif dalam
pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang
pengajaran kata sendi daridan daripada dan peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan yang baik. Mok (1990) menyatakan pembelajaran secara bekerjasama
dalam kumpulan dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia
mempunyai beberapa kelebihan. Setiap aktiviti pengajaran dilekatkan dalam buku
Mari Fikir Bersama. Antara aktiviti yang dijalankan dan yang terdapat dalam buku
Mari Fikir Bersama adalah seperti:

Aktiviti kajian dijalankan secara berperingkat-peringkat. .Menurut Gagne,


(1986,dalam Boon Pong Ying,2009) pemeringkatan pembelajaran penting bagi
membantu dengan menyusun peringkat pembelajaran daripada peringkat asas
kepada peringkat lebih kompleks. Oleh yang demikian, bagi menjalani setiap
peringkat, murid sangat memerlukan satu medium yang boleh menjadi pemangkin
dalam proses pembelajaran berperingkat tersebut. Dapatan ini menunjukkan
kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi meningkatkan kemahiran kata sendi
dari dan daripada begitu berkesan. Ini diperkuatkan dengan temu bual yang
telah dijalankan kepada peserta kajian.

Jika dilihat daripada temu bual yang telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian
lebih mudah memahami kemahiran yang diajar dengan menggunakan kaedah
koperatif. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1 di mana peserta kajian sebahagian besar
telah menguasai penggunaan kata sendi dari dengan daripada. Dalam Rajah 1
pula 100% peserta kajian suka belajar secara berkumpulan berbanding secara
individu. Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif ini dapat
meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan keseronokan kepada
mereka. Peserta kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama ahli
kumpulan. Menurut Sandra dan Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang
untuk belajar dalam kumpulan. Selain itu, peserta kajian juga dapat bekerjasama
dan melahirkan idea-idea dengan berkesan.
Jadual 1
Dapatan catatan mengenai temu bual yang dijalankan

Soalan (Aspek)

Catatan

Soalan 1

11/12 orang peserta kajian


mengatakan ya, mereka minat dan faham
apa yang guru ajar.

(Minat/faham)

1/12 orang murid


mengatakan tidak minat

Soalan 2
(Minat/suka
pembelajaran melalui
aktiviti kumpulan)

Soalan 3
(Pemahaman/kerjasam
a
rakan-rakan)

Kesemua 12 orang peserta kajian


mengatakan yamereka minat dengan
pembelajaran melalui aktiviti
koperatif
atau berkumpulan.

Kesemua 12 orang peserta kajian


mengatakan yamereka setuju bantuan
rakan dapat meningkatkan kemahiran
kata sendi dari dan daripada

menggunakan akronim MAT dan SPM.

Soalan 4
(Pemahaman maksud
MAT dan SPM/ seronok
melalui aktiviti
berkumpulan)

10/12 orang peserta kajian


mengatakan ya mereka seronok belajar
secara berkumpulan dan faham apa
yang dimaksudkan dengan istilah MAT
dan SPM.

2/12 daripada peserta kajian


menyatakan tidak pasti.

Soalan 5
(cara pengajaran
guru
membantu dalam
menjawab soalan kata
sendi nama.)

10/12 daripada peserta kajian


mengatakan ya,pengajaran guru boleh
membantu meningkatkan pemahaman
dalam kata sendi
dari dengandaripada.
2/12 orang mengatakan tidak kerana
kurang pasti dapat mengaplikasikannya
semasa menjawab soalan.

Rajah 1. Dapatan Temu Bual Selepas Tindakan

Dapatan kajian juga menunjukkan peserta kajian dapat memahami, mengingat dan
meningkatkan kemahiran mereka tentang perbezaan penggunaan kata sendi dari
dan daripada dalam ayat bahasa Melayu dengan menjalankan pembelajaran
koperatif seperti yang telah pengkaji laksanakan. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2
yang merupakan hasil dapatan Ujian 1 dan Ujian 2 yang menunjukkan peningkatan.
Selain itu perbandingan markah seperti dalam Jadual 2 di bawah jelas
menunjukkan pembelajaran koperatif yang digunakan oleh pengkaji dapat
meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam membezakan penggunaan dari
dan daripada. Dapatan ini selari dengan pandangan Simah Mamat (2009) yang
mengatakan kekuatan kaedah pembelajaran koperatif ini dapat memotivasikan
serta dapat memberikan keseronokan kepada pelajar dan pada masa yang sama
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan

mereka bergerak dan mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana
pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 2. Dapatan Ujian 1 dan Ujian 2

Jadual 2.
Perbandingan peratusan keputusan Ujian 1 dan Ujian 2
__________________________________________________________________
Pencapaian
Ujian 1
PerbezaanPeratus
(bil. murid)
tambah(+)/turun(-)

Peratus

Ujian 2

(%)

(bil. murid)

___

Peratus
(%)

____________________________________________________________

__

Cemerlang
80%-100
+41.7

41.7

8.3

41.7

50.0

16.7

41.7

Baik
60% - 79%
+33.4
Sederhana
40% -59%
-33.3
Tidak
Memuaskan
41.7
20%-39%
Lemah

0%-19

Jika dilihat daripada markah yang diperoleh dalam Ujian 1 dan Ujian 2 terdapat
perbezaan yang agak ketara. Di mana peserta kajian dinilai daripada skala
pencapaian iaitu cemerlang, baik, sederhana, tidak memuaskan dan lemah. Jumlah
peserta kajian yang lulus dalam Ujian 1 ialah seramai 7 orang dan peratusan
adalah sebanyak 58.3%. Manakala jika dibandingkan dengan Ujian 2 seramai 12
orang dan peratusan lulus sebanyak 100%. Penambahan peningkatan sebanyak
41.7%.

Kejayaan penggunaan pembelajaran koperatif ini dapat dilihat juga dalam kajian
Klimovien,et.al.(2006) di mana melalui kajian yang dijalankan didapati keputusan
pelajarnya meningkat daripada 32 orang (35%) kepada 57 orang (63%) setelah
pembelajaran koperatif digunakan. Menerusi kajian ini, mereka telah membuat
kesimpulan bahawa pelajar yang menguasai pembelajaran secara koperatif secara
tidak langsung akan menguasai kemahiran berfikir secara kritis.

Refleksi

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta


kajian dalam membezakan kata sendi dari dengan daripada dengan
menggunakan pembelajaran koperatif. Secara keseluruhan, kajian ini telah
mencapai objektif. Keputusan yang diperoleh menunjukkan peningkatan iaitu
daripada 58.3% kepada 100%. Menerusi temu bual dan ujian yang dijalankan telah
menunjukkan perubahan positif oleh kebanyakan peserta kajian. Peserta kajian
tertarik dan lebih cenderung melakukan aktiviti kumpulan berbanding pembelajaran
sehala atau berpusatkan guru. Peningkatan ini telah dijadikan sebagai kayu ukur
penggunaan keadah pembelajaran koperatif telah mampu meningkatkan
penguasaan membezakan penggunaan kata sendi dari dan daripada dalam ayat
bahasa Melayu. Namun masih ada peserta kajian yang memerlukan bimbingan.
Terdapat dua orang peserta kajian yang masih di tahap sederhana dan agak lambat.
Walau bagaimanapun, kerjasama daripada rakan sekumpulan telah banyak
mengubah mereka menjadi lebih aktif dan berkeyakinan.

Rujukan untuk kajian tindakan


Arbak Othman.(1981).Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.

Awang Sariyan.(1981).Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Edisi


Permulaan.
Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise.

Awang Sariyan.(1991).Bahan Pengajaran Tatabahasa Secara Terancang dalam


Pendidikan
Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa 35(9), 754-785.

Effandi Zakaria & Zanaton Iksan.(2007).Promoting Cooperative Learning in Science


and
Mathematics Education: A Malaysian Perspective.Eurasia Journal of
Mathematics,
Science &Technology Education,3(1),35-39.

Esah Sulaiman.(2004).Pengenalan Pedagogi. Selangor:Penerbitan UTM.

Gardner,P.(2002).Strategies and Resources for Teaching and Learning in Inclusive


Classroom. Landon:David Fulton Publishers.

Isjoni, I.(2006).Pendidkan Sebagai Investasi Masa Depan. Jakarta, Indonesia:


Yayasan Obor.

Ismail Said.(2009).Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam:


Karisma Publications Sdn. Bhd.

Izani Haji Daud.(2002).Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan , Edisi Keempat.(2005).Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang.(1992).Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur:


Kumpulan Budiman.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.
(2008).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roselan Baki.(2003).Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala


Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Simah Mamat.(2009).Diterima pada 2013 Februari 2.


http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-pembelajarankoperatifdlm-html

Snyder & Sandra S.(2006).Cooperative Learning Group in the Middle School


Mathematics
Classroom, Action Research Projects, Paper 30
http://digitalcommons.unl.edu/mathmidactionresearch/30

Zainal Abidin Ahmad.(1962).Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan

Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai