Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN C

(25 markah)
Masa dicadangkan :35 minit
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya jawapan kamu
hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memupuk perpaduan kaum.

Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

atau

Soalan 2
Kamu telah menyertai lawatan anjuran sekolah ke suatu tempat yang bersejarah. Tulis catatan
tentang lawatan kamu itu.
Soalan 1

Perjalanan jauh tak kurasa


Kerana hati kumelonjak sama
Bersama rakan-rakan semua
Melawat tempat- tempat menarik .

Banyak ilmu yang kami dapati


Boleh guna di sekolah nanti
Menulis pengalaman ku ini
Dalam buku penulisanku nanti.
(Melodi : Balik Kampung)

Berdasarkan lirik lagu di atas banyak pengetahuan yang kamu peroleh apabila menyertai
lawatan ke suatu tempat yang menarik.
Kamu dan rakan berbual tentang lawatan yang telah kamu dan rakan sertai.
Tulis perbualan kamu selengkapnya.

Atau

Soalan 2
Lengkapkan perenggan di bawah supaya menjadi sebuah cerita yang menarik.
Aku bergegas menggalas sebuah beg dan membimbit sebuah lagi beg yang penuh berisi
makanan. Aku pun berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. Aku bernasib baik kerana…
Lengkapkan cerita di atas.
Mulakan karangan kamu dengan “Aku bernasib baik kerana …”
Soalan 1
Setiap murid digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Tulis karangan tentang
faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke sekolah.

Isi -dapat jaga kesihatan


-murid dilatih berjimat-cermat
-menjalin hubungan rapat dengan keluarga
-dapat menjimatkan masa

Atau
Soalan 2
Persatuan Pusat Sumber sekolah kamu telah mengadakan kempen membaca peringkat
sekolah. Sebagai setiausaha persatuan itu, kamu diminta menulis laporan tentang aktiviti
tersebut.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Isi -tujuan kempen-menggalakkan murid membaca-menambah pengetahuan


-semua murid terlibat-mengikut tahap-mengikut kebolehan
-dirasmikan oleh Guru Besar-meminta murid mengambil bahagian-semoga
kempen berjaya.
-aktiviti-aktiviti-pertandingan-penyampaian hadiah
Soalan 1
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna”.

Pendahuluan
-gembira apabila cuti sekolah
Idea-idea penting
-mengajak rakan untuk mandi di sungai
-membuat persiapan – membawa pakaian mandi
-mandi-manda dengan gembira
-rakan dibawa arus deras
Penutup
-rakan gagal diselamatkan – berasa kesal

Atau

Soalan 2
Pada akhir tahun, sekolah kamu telah mengadakan jamuan perpisahan. Berbagai-bagai
persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tuliskan catatan pengalaman kamu terlibat dalam
jamuan tersebut.
Format -karangan catatan sehari
Pendahuluan
- bila, tempat – jamuan perpisahan
Idea-idea penting
- membuat persiapan – menghias kelas
- menikmati juadah – pelbagai jenis makanan
- membuat persembahan – terhibur
- mengemas kelas – menyapu sampah
Penutup
- berasa gembira dan seronok

Anda mungkin juga menyukai