Anda di halaman 1dari 9

Modul PDPR

Bahasa Melayu

Karangan (Pidato)

Tahun 5

Oleh : Cikgu Suhylda Tukin

1
Karangan Pidato (berformat)
Pengucapan yang disampaikan secara
individu kepada khalayak ramai.

Pidato bertujuan untuk menyampaikan


mesej yang mengandungi idea,pertimbangan
tentang sesuatu konsep dan rumusan yang
berkesan.

Ciri-ciri karangan pidato mesti ada


pendahuluan, isi penting dan penutup.

Sebelum menulis, murid mesti membaca


dengan teliti dan memahami kehendak
soalan serta garisi kata kunci.

Mulakan dengan membina rangka karangan


agar tidak menulis idea yang sama berulang
kali.

Pendahuluan mesti dimulakan dengan kata


alu-aluan.

2
Perenggan isi mesti ada idea utama, huraian
dan contoh atau peribahasa yang sesuai
dengan kehendak soalan.Setiap perenggan
mewakili satu idea sahaja.

Perenggan penutup terdiri daripada ayat


harapan, ayat cadangan, ayat peribahasa
dan akhir sekali ucapan terima kasih.
Jangan lupa kata penghadapan.

3
Contoh soalan dan jawapan Karangan Pidato

Soalan 1

Kamu telah terpilih mewakili kelas dalam satu pertandingan


pidato.

Tajuk pidatonya ialah “ Ciri-ciri Pelajar Cemerlang”. Sediakan


teks pidato kamu selengkapnya.

……………………………………………………………………………………………………………………

Contoh Jawapan

Yang saya hormati pengacara majlis, Yang Berusaha Tuan Haji


Idris, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Darul Aman, barisan
hakim yang adil lagi bijaksana dan guru-guru yang saya hormati
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Tajuk pidato saya pada pagi
ini ialah “ Ciri –ciri Pelajar Cemerlang”.

Jalan –jalan membeli gelas,


Membeli gelas di kedai Pak Lang,
Ilmu digali tanggung jawab digalas,
Untuk menjadi insan cemerlang

Seorang pelajar cemerlang harus bijak membahagikan


masanya, Sebagai contoh , menyediakan jadual bagi menyiapkan
kerja sekolah dan mengikuti aktiviti persatuan atau kelab. Hal
ini bersesuaian dengan peribahaa Melayu, masa itu emas.

4
Hadirn semua,

Selain itu, seorang pelajar cemerlang juga akan sentiasa


mengulangkaji pelajarannya. Hal ini amat penting bagi membuat
persediaan awal sebelum menghadapi peperiksaan. Bak kata
pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Akhir sekali, kita juga harus berani menyahut sebarang


cabaran. Buktinya, pelajar cemerlang sentiasa bersedia untuk
mewakili sekolah dalam acara sukan atau pertandingan. Hal ini
secara tidak langsung, dapat meningkatkan jati diri kita

Hadirin semua,

Akhir kata, setiap pelajar berpotensi untuk menjadi


pelajar cemerlang. Oleh itu, mari kita sama-sama mengambil
langkah sederap untuk menjadi pelajar cemerlang .Bak kata
orang tua-tua kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.

Sekian sahaja pidato saya, terima kasih.

5
Soalan 2

Kamu berpeluang mewakili sekolah kamu ke pertandingan pidato


peringkat daerah.

Tajuk pidato kamu ialah “ Menanam Semangat Patriotik dalam


Kalangan Murid-murid”

Tulis pidato kamu selengkapnya.

Jawapan :

Terima kasih pengerusi majlis , barisan panel hakim yang arif


dan para hadirin. Selamat pagi dan salam sejahtera saya
ucapkan kepada semua. Saya akan menyampaikan sebuah pidato
yang bertajuk “ Menanam Semangat Patriotik dalam kalangan
Murid-murid.

Siding hadirin,

Patriotik bermaksud cinta akan tanah air atau negara


dengan sepenuh hati. Murid-murid merupakan generasi yang
akan mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti. Lantaran itu,
murid-murid mesti menanam semangat cinta akan negara sejak
dibangku sekolah lagi.Terdapat beberapa cara untuk menanam
semangat patriotik dalam kalangan murid-murid di sekolah.

6
Antara cara menanam semangat patriotik adalah dengan
mengadakan kempen cinta akan negara. Antara kempen yang
boleh dilakukan ialah pameran dan ceramah. Semasa kempen
tersebut, murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan
cinta akan tanah air. Murid-murid juga akan mendapat ilmu
apabila mereka menyaksikan pameran tersebut.

Sidang dewan sekalian,

Seterusnya, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan ke


tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita.
Tempat-tempat bersejarah ini akan memberi ilmu dan
pengetahuan kepada murid –murid tentang pentingnya
menghargai negara. Hal ini akan menanam semangat patriotik
dan memberi kesedaran kepada generasi kini bahawa cinta akan
negara itu penting.

Akhir sekali, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai


pertandingan yang bertemakan patriotik. Antara pertandingan
yang boleh diadakan ialah pertandingan mendeklamasikan sajak,
pidato, melukis dan bercerita. Kesan daripada mencari bahan
untuk pertandingan tersebut akan menanam semangat patriotik
dalam kalangan murid.

Sidang hadirin,

Kesimpulannya, semangat patriotik mestilah ditanam dalam diri


seseorang sejak kecil lagi. Semangat cinta akan tanah air akan
melahirkan warga yang berpekerti mulia dan sayang akan negara.

Sekian, terima kasih.

7
Latihan

Kamu berpeluang mewakili sekolah kamu ke pertandingan pidato peringkat


daerah. Tajuk pidato kamu ialah “ Jiran Sepakat Membawa Berkat”

Tulis pidato kamu selengkapnya berpandukan gambar dan frasa yang


diberikan.

8
Jawapan :

Anda mungkin juga menyukai