Anda di halaman 1dari 21

Karangan

A dan B
Bahasa Melayu
Karangan A
Huraikan pendapat anda tentang ciri-
ciri pelajar cemerlang. Panjangnya
huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.
Rangka karangan
Pendahuluan
Tema : Pelajar cemerlang

Kumpulan sasaran : Para pelajar

Bahasa Indah : Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan


dapat sagunya

Tugasan : Ciri-ciri pelajar cemerlang


Isi-isi jawapan:
Ciri-ciri murid cemerlang
1 2 3
Menumpukan perhatian
Membuat ulang kaji
Rajin membaca semasa guru sedang
dan latihan di rumah mengajar di dalam kelas
Penutup
1. Fokus soalan + tema

2. Kumpulan sasaran + usaha + tema

3. Ungkapan menarik

4. Harapan
Contoh karangan lengkap
Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat
diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media massa di
seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar
mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha
dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang
cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para
pelajar di negara ini. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang
pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara
ini?
Contoh karangan lengkap
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian
kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru-
guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh,
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata
pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan
oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah.
Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru
setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi
seorang pelajar cemerlang.
Contoh karangan lengkap
Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga
merupakah salah satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya
berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi
penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah.
Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk
mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah
Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan,
belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para
pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran
di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan
dalam pelajaran.
Contoh karangan lengkap
Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah
rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan
buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih
matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang
menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya,
Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan
majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk
peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan
daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
Contoh karangan lengkap
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar
cemerlang dalam pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda
kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk
melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk
membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua
ada berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para
pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini., .Dengan ini, hasrat
Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan
dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2023 nanti.
Karangan B
1. Membaca dan menulis contoh penulisan
yang sedia ada adalah teknik yang terbaik.
Contoh-contoh ada di atas. Dengan
membaca anda sebenarnya secara tidak
langsung dapat mendalami lenggok bahasa
yang sesuai yang bakal membantu anda
menulis kelak.

2. Lebih banyak penulisan yang anda rujuk,


ia sebenarnya membantu anda
menghasilkan penulisan yang bermutu
dalam waktu yang telah ditetapkan.
3. Sangat penting untuk setiap perenggan,
anda hanya menulis ayat tidak terlalu
panjang untuk setiap perenggan. Padat,
tidak berjela-jela, ada isi penting dan
mudah difahami oleh pemeriksaan dan
pembaca.

4. Contoh Karangan bahasa melayu spm


yang bagus adalah di mana di bahagian
penutup memberikan cadangan dan syor
baik untuk setiap masalah dan syor yang
timbul.Tidak perlu banyak untuk
memberikan cadagan dan syor. 2 lebih
daripada cukup.
5. Bergantung kepada tajuk yang diberikan
juga, penulisan yang bagus disertakan
dengan ramalan atau kesan terhadap
masalah dan isi yang timbul. Ini kerana
contoh kesan dan ramalan yang anda
berikan, memberikan anda peluang
mendapatkan tambahan markah yang baik
Ahli kumpulan

• Hanany
• Najla
• Alia
Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai