Anda di halaman 1dari 16

Isi Kandungan

Penghargaan
Abstrak
1.0  Refleksi P&P yang lalu
2.0  Isu Keperihatinan
3.0  Objektif Kajian
3.1  Objektif Am
3.2  Objektif Khusus
4.0  Kumpulan Sasaran
5.0  Pelaksanaan Kajian
5.1  Tinjauan masalah
5.2  Analisis Tinjauan Masalah
5.3  Tindakan yang dijalankan
5.4  Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian
5.4.1     Pelaksanaan Aktiviti 1
5.4.2     Pelaksanaan Aktiviti 2
5.5  Refleksi Kajian
6.0  Cadangan Kajian Seterusnya
Bibliografi
Lampiran

 Penghargaan
En. Ayob Bin Don ( Guru Besar SK. Kelebang Jaya)
Pn. Fazillah Binti Din ( Penolong Kanan Pentadbiran SKKJ )
En. Abdul Karim Bin Mohamed ( Penolong Kanan H.E.M SKKJ )
En. Ahmad Azahar Bin Shaharuddin ( Penolong Kanan Kokurikulum SKKJ )
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya
Murid-murid Tahun Satu Cemerlang
Serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan tugasan makro pengajaran

 KAJIAN TINDAKAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ NIAT WUDUK


Nama penyelidik :
JURINA BINTI HASAN
NAMA SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG JAYA,
31200 CHEMOR,
PERAK DARUL RIDZUAN
Abstrak
Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri seperti
anjakan paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari
jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Bacaan dan hafazan merupakan bidang yang amat
ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka menganggap bahawa bacaan dan hafazan
dua kemahiran yang sukar dikuasai dalam jangka masa yang singkat. Selalunya
mereka tidak dapat menguasai niat yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini
menyebabkan soalan dalam bidang Ibadah yang memerlukan murid menjawab
dengan berpandukan kepada daya ingatan mereka, akan ditinggalkan kosong oleh
murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan tanpa berfikir terlebih dahulu.
Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran membaca dan menghafaz niat.
Saya memilih 20 orang murid Tahun satu sebagai kumpulan sasaran.Tinjauan awal
telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian Diagnostik.
Perasaan negatif yang ketara ialah ‘takut dan malu’. Ini mungkin disebabkan sikap
saya yang garang dan serius. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma
70% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus
(%) ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad perkataan dan ayat serta lagu dalam
bacaan dan hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang
wujudnya kaedah lebih mudah untuk membaca dan menghafaz niat dengan betul
dan lancar. Selain itu, saya menyediakan hadiah untuk menarik minat murid
terhadap bidang ibadah dan menjadikan murid ternanti-nanti untuk belajar Ibadah.
Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti
dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai niat
wuduk telah meningkat kepada 85%, manakala minimum bagi perasaan ‘takut dan
malu juga telah jatuh ke paras “tidak signifikan”. Ini bermakna tindakan yang diambil
dalam kajian tindakan ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbgai halangan
yang dihadapi sepanjang kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat
murid yang paling malas dalam kelas ini turut melibatkan diri dan menyatakan
‘seronok’ belajar membaca dan menghafaz niat tertentu. [1]
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya merupakan sebuah sekolah yang digolongkan
dalam kategori sekolah bandar. Apa yang hendak saya perkatakan di sini adalah,
mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata
pelajaran elektif oleh sebilangan kecil murid. Ini kerana, pada tanggapan mereka
mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang kurang penting
kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan
dijawab oleh murid-murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR).
Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan
kepada mereka kerana .terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang
yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti Al-Quran, Aqidah,
Ibadah, Sirah, Akhlak, Jawi dan Amali.
Bidang Asas Ulum Syariah, contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran
yang perlu dipelajari seperti bacaan Aqidah, Ibadah dan Sirah. Bidang bacaan dan
hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap niat yang ingin
dibaca dan dihafaz. Jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain, yang hanya perlu
membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada
hafazan.
2.0 Fokus Kajian (Isu Keperihatinan)
Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai lima orang murid tahun satu gagal
mentasmiq bacaan dan hafazan niat dengan baik dihadapan guru. Terdapat juga
sebilangan pelajar yang cuma dapat membaca dan menghafaz separuh dan ada
juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul
dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.
Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau permulaan
kalimah yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan ini dikenal pasti
berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat murid, dan
kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap murid itu
sendiri.
Sekiranya masalah ini tidak dapat di atasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, murid-
murid ini akan menghadapi masalah untuk membaca dan menghafaz niat dalam
peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka memasuki
alam persekolahan menengah nanti.
Terdapat beberapa langkah yang perlu saya ikuti untuk membolehkan murid
melakukan amalan reflektif dengan berkesan. Antara langkah yang perlu diberikan
pertimbangan adalah seperti yang berikut:
(a)  Masalah yang dihadapi
Cabaran mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk bacaan dan hafazan
adalah jumlah niat yang perlu dipelajari agak banyak. Murid menjadi keliru kerana
tidak dapat membezakan antara niat wuduk dengan niat solat. Ini menyebabkan
mereka bergantung sepenuhnya pada pengajaran guru pada hari tersebut.
(b)  Punca terjadinya masalah
Puas sudah guru mencari kelemahan pengajarannya, mungkin pengajaran tidak
berkesan, atau guru tidak berpandukan buku panduan guru untuk mengajar  tajuk
atau bidang tersebut. Mungkin juga disebabkan oleh kelemahan murid yang tidak
me mberikan tumpuan semasa guru mengajar. [2]
( c ) Cadangan untuk mengatasi masalah
Guru boleh mengaplikasikan kaedah atau teknik yang baru untuk lebih memudahkan
pengajaran bacaan dan hafazan tersebut. Guru juga boleh menggunakan kaedah
atau teknik yang digunakan oleh guru lain dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. [3]
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am :
Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, khususnya
dalam bidang bacaan dan hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah
hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing
3.2 Objektif Khusus
i.                   Murid dapat membaca niat wuduk dengan baik, fasih, danlancar 
ii.                 Murid dapat menghafaz niat wuduk dengan betul, dan lancar
iii.               Murid dapat membaca dan menghafaz niat dan pengertiannya dengan betul dan
lancar
4.0 Kumpulan Sasaran
Semua murid tahun Satu terlibat dalam kajian ini dengan lebih memfokuskan kepada
20 orang murid tahun Satu yang gagal dalam pra sebelum ini
5.0 Prosedur Kajian
5.1 Tinjauan Awal
Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah bacaan dan hafazan yang
sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk
membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan
ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek
berikut :
(a)   Pengetahuan sedia ada murid tentang niat yang akan dibaca dan dihafaz
(b)   Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan niat
(c)   Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah bacaan dan hafazan
·         Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaeadah yang saya gunakan ialah
ujian dan soal selidik
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran serta peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya
dapati murid dapat membaca dan menghafaz dengan baik dan menjawab soalan
yang diberikan dengan lebih bersedia dan berkeyakinan.
5.3 Tindakan yang dijalankan
i.                   Pencapaian murid
a.      Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja
yang diberikan kepada murid, ujian bacaan dan hafazan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran serta ujian pertengahan tahun didapati mempunyai peningkatan
yang memberangsangkan
  ii.                 Aktiviti yang dijalankan
a.      Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan dibantu oleh bahan
bantu mengajar yang menarik minat murid
iii.               Kajian tindakan ini
a.      Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada murid-
murid. Ini juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya memberikan
kepuasan kepada saya setelah melihat murid berjaya
5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian
5.4.1 Aktiviti 1 : Pengajaran kad kalimah dan kad ayat
v    Guru telah menyediakan satu bahan kad kalimah dan ayat yang dihafaz dan juga
hiasan-hiasan
v    Murid diperdengarkan dengan bacaan niat wuduk dan pengertiannya
v    Guru menunjukkan kad kalimah dan kad ayat, bagi memudahkan murid membaca
dan menghafaz niat dengan cepat
v    Murid mendengar bacaan guru dan rakan-rakan
v    Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih menyebut
kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan dan kelas
v    Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk menyusun kad kalimah
supaya menjadi ayat yang betul
v    Murid dibahagikan kepada lima kumpulan kecil. Guru memberi sampul surat yang
berisikan kad ayat tertentu dan meminta setiap kumpulan menyusun ayat tersebut
dengan betul
 v    Setelah selesai aktiviti kumpulan, guru memberi sekeping kertas kepada semua
murid agar menulis semula perkataan tertentu yang dipelajari berpandukan kad
kalimah dan ayat yang telah ditunjukkan sebelum ini [4]
5.5 Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian saya, murid di dapati tertarik dengan bahan yang
disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan
baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan
5.6 Refleksi
Menerusi aktiviti ini, murid berminat untuk membaca dan menghafaz surah dengan
baik dan tekun kerana terdapat persaingan antara mereka. Situasi ini dapat
memberikan kepuasan pada diri saya kerana murid telah menunjukkan minat yang
mendalam mereka dalam pembelajaran.
5.6.1     Aktiviti 2 : Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna
Ø     Guru memperkenalkan murid kepada kaedah bacaan dan hafazan secara berlagu
atau tarannum
Ø     Murid diperdengarkan dengan bacaan guru
 Ø     Tarannum yang diperdengarkan adalah yang mudah, bersifat kanak-kanak dan
mereka telah biasa mendengarnya.
Ø     Murid-murid membaca dan menghafaz niat satu persatu bersama maksud ayat
secara berlagu
Ø     Murid mengulangi ayat bersama maksud secara berulang kali dan murid telah
didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang bacaan dan
hafazan
Ø     Guru mengarahkan murid supaya berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri
sambil mengulang ayat yang dibaca dan dihafaz. Ini bertujuan dapat mengelakkan
murid daripada merasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan
Ø     Murid-murid ini juga telah dirakamkan suaranya, dan seterusnya murid lain akan
menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan niat dan
maksud  tadi sesama rakan mereka mereka mentasmiq di hadapan guru
Ø     Murid-murid yang diyakini dapat membaca dan menghafaz dengan baik telah dilantik
sebagai murid ketua, untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat
menghafaz niat wuduk dengan fasih dan lancar
5.7 Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati menunjukkan
peningkatan dalam bacaan dan hafazan. Keadaan ini mendorong mereka untuk
menjadi fisilitator kepada rakan-rakan yang masih belum dapat menguasai bidang
bacaan dan hafazan dengan lancar.
5.8 Refleksi
Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin
meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak dapat
menghafaz dengan baik.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering
dihadapi oleh saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini sedikit
sebanyak mempengaruhi prestasi murid-murid saya.
Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-cara
untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi dengan
baik. Ini kerana melalui pemerhatian saya, masih ramai murid belum menguasai
kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf  jawi. Ini menyebabkan
mereka menyambung huruf yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh
disambung atau sebaliknya. Terdapat juga sesetengah murid yang tidak tahu
membezakan antara huruf vokal yang boleh disambung dengan huruf yang tidak
boleh disambung.
Melalui kajian itu nanti, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan
dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka
melangkah ke sekolah menengah atau Institusi tinggi.
7.0 Rumusan
Guru adalah pembentuk tingkah laku murid semasa di sekolah. Sekiranya tingkah
laku murid masih tidak berubah pada akhir pengajaran guru, bermaknan guru
tersebut telah gagal dalam pengajarannya. Murid-murid seharusnya telah dapat
mempelajari kesan dan akibat sesuatu tingkah laku melalui pengalaman-
pengalaman mereka di dalam persekitaran sekolah atau bilik darjah. Kajian terhadap
tingkah laku yang di buat dalam bilik darjah telah menghasilkan prinsip-prinsip yang
dapat membantu guru agar dapat mengatur dan menyusun pengalaman dalam bilik
darjah untuk membentuk tingkahlaku akademik dan sosial. Sesuatu pelajaran yang
dirancang perlu melibatkan murid agar aktif dalam proses pembelajaran mengikut
langkah-langkah yang disediakan. Maklum balas segera diberikan untuk
membetulkan kesilapan yang timbul pada setiap langkah. [5]

 Bibliografi
Norasiah Abdullah, (2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Multimedia Sdn. Bhd.
Bandar Puteri Puchong, Selangor
Syed Ismail Syed Mustapa, (2010) Guru dan Cabaran Semasa, Multimedia Sdn. Bhd. Bandar Puteri
Puchong, Selangor
Akhiar Pardi, (2012) Rancangan Pengajaran Harian dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Multimedia
Sdn. Bhd. Bandar Puteri Puchong, Selangor
Mok Soon Sang, (2010), dan Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran, Multimedia Sdn. Bhd.
Bandar Puteri Puchong, Selangor
Modul KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2, (2012) Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak
http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?
option=com_phocadownload&view=section&id=20:kajian-tindakan&Itemid=55
www.ppdsetiu.net/indexphd?option=com_content&view=article&id=197%Acontoh-kajian-
tindakan&catid=105%Amakluman&Itemid=137
www.tigsbestari.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84%3Acontoh-borang-
kajian-tindakan&catid=29%3Acopentadbiran&Itemid=78

 Lampiran
Keputusan Ujian Bacaan dan Hafazan Niat dan pengertiannya Tahun 1 2012
BIL. NAMA MURID KELAS UJIAN PRA
1. HASHIMATUL HUSNA BINTI ABDUL HALIL 1C ü       
2. MOHAMMAD NASHRUL AIZAT BIN YUSUF CHUNG 1C ü       
3. MUHAMMAD DANIAL BIN ABDUL RAHMAN 1C ü       
4. MUHAMMAD NUR AZAM BIN MAT ZAINAL 1C ü       
5. MUHAMMAD ZUL AZMI BIN ROSLI 1C ü       
6. NOR DALILA AFIQAH BINTI MOHD NOR HASHIMI 1C ü       
7. NORAZURA FATIHAH BINTI SHAMSOL 1C X
8. NUR AINA MAZNI BINTI ABU BAKAR 1C ü       
9. NUR AYUNNI BINTI ISMAIL 1C ü       
10. NUR SYAMIMI SYAZANA BINTI MAD HARIZAM 1C X
11. NURUL AMIRA HIDAYAH BINTI MOHD FUAD 1C X
12. NURUL IRSHAH HANIM BINTI HAMDAN 1C ü       
13. NURUL IZZATI BINTI ZULKARNAIN 1C ü       
14. NURUL LIYANA BINTI DERMAN 1C ü       
15. NURUL ZUHAIRAH INANI BINTI HAIRUSSAM 1C ü       
16. SITI NUR LIYANA BINTI JAWAZI 1C ü       
17. SITI NURAISHAH FATIHAH BINTI ROSMAWI 1C ü       
18. SITI SARAH BINTI NASARUDDIN 1C X
19. SITI ULFAH UMAIRAH BINTI AZMI 1C ü       
20. SYAMRIN BIN HAJA SHARIF 1C X

Keputusan Akhir Ujian Bacaan dan Hafazan Niat Wuduk dan pengertiannya Tahun 1 2012
BIL. NAMA MURID KELAS UJIAN PRA
1. HASHIMATUL HUSNA BINTI ABDUL HALIL 1C ü       
2. MOHAMMAD NASHRUL AIZAT BIN YUSUF CHUNG 1C ü       
3. MUHAMMAD DANIAL BIN ABDUL RAHMAN 1C ü       
4. MUHAMMAD NUR AZAM BIN MAT ZAINAL 1C ü       
5. MUHAMMAD ZUL AZMI BIN ROSLI 1C ü       
6. NOR DALILA AFIQAH BINTI MOHD NOR HASHIMI 1C ü       
7. NORAZURA FATIHAH BINTI SHAMSOL 1C ü       
8. NUR AINA MAZNI BINTI ABU BAKAR 1C ü       
9. NUR AYUNNI BINTI ISMAIL 1C ü       
10. NUR SYAMIMI SYAZANA BINTI MAD HARIZAM 1C ü       
11. NURUL AMIRA HIDAYAH BINTI MOHD FUAD 1C ü       
12. NURUL IRSHAH HANIM BINTI HAMDAN 1C ü       
13. NURUL IZZATI BINTI ZULKARNAIN 1C ü       
14. NURUL LIYANA BINTI DERMAN 1C ü       
15. NURUL ZUHAIRAH INANI BINTI HAIRUSSAM 1C ü       
16. SITI NUR LIYANA BINTI JAWAZI 1C ü       
17. SITI NURAISHAH FATIHAH BINTI ROSMAWI 1C ü       
18. SITI SARAH BINTI NASARUDDIN 1C ü       
19. SITI ULFAH UMAIRAH BINTI AZMI 1C ü       
20. SYAMRIN BIN HAJA SHARIF 1C ü       
KAJIAN TINDAKAN JAWI

MENYAMBUNG HURUF JAWI DAN MENULIS PERKATAAN DENGAN TEKNIK “PERMAINAN MENGOPEK
KERANG DAN MEMANCING HURUF”.

Oleh:

Fadhilah bt. Jamaludin

Sekolah Kebangsaan Kuala Gula

34350, Kuala Kurau, Perak

ABSTRAK.

Guru-guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran Pelajaran Jawi kerana
terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran menulis dan membaca
jawi. Senario ini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan berpanjangan sehingga murid menjejakkan
kaki ke sekolah menengah pula. Kaedah dan teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan
bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam peringkat sederhana dan lemah. Justeru
itu, kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid yang dikesan menghadapi
masalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan. Kebolehan menulis dan
membaca dalam tulisan jawi akan memungkinkan murid lebih menguasai pembelajaran Pendidikan
Islam.

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Berdasarkan pengalaman saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam , didapati beberapa
orang murid kurang menguasai kemahiran menulis dan membaca dalam jawi. Pelajar di sekolah ini
kebanyakannya tinggal di perkampungan nelayan. Amalan dan penghayatan isi mata pelajaran
Pendidikan Islam hanya tertumpu di rumah dan tidak dilanjutkan di rumah. Malah ramai dikalangan
ibubapa mereka tidak tahu membaca dan menulis jawi. Oleh itu saya dan rakan –rakan guru
Pendidikan Islam di sekolah ini bertanggungjawab memberi pendedahan dan membina asas yang
kukuh dalam pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar mereka mahir menulis dan
membaca jawi.

Kegagalan menguasai kemahiran jawi akan menyukarkan murid membaca bahan- bahan
pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan ,buku latihan dan tidak dapat
menjawab soalan ujian dan peperiksaan dengan baik. Kini saya berazam untuk merungkaikan
permasalahan yang dihadapi oleh murid yang menjadi responden dalam kajian tindakan saya kali ini.

2.0 MASALAH KAJIAN.


Murid sebenarnya sudah mengenali menghafal 37 huruf-huruf jawi namun kelemahan
mereka adalah dalam menyambung huruf-huruf jawi bagi membentuk perkataan. Permasalahan ini
membantutkan keserokan belajar matapelajaran Pendidikan Islam. Kelemahan ini bukan hanya
berpunca daripada murid semata-mata namun sebagai seorang guru yang profesional saya perlu
meningkatkan dan memperbaiki amalan pedagogi dan berusaha menambat hati mereka agar mahu
memajukan diri serta menguasai apa yang diajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM.

1) Menguasai kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membaca tulisan jawi.

2) Dapat menambah minat dan pencapaian murid dalam pelajaran jawi.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS.

1) murid dapat mengenal huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh

disambung.

2) Murid mengetahui bagaimana bentuk huruf di awal. di tengah dan di akhir

apabila disambung.

3) Mengatasi masalah murid dalam menyambung huruf-huruf jawi menjadi satu

perkataan.

4) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan

berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Terdiri daripada 6 orang murid tahun 2. Masalah yang mereka hadapi adalah tidak mengetahui huruf
yang boleh dan idak boleh disambung serta tidak tahu menyambung huruf tunggal jawi menjadi satu
perkataan. Mereka yang saya pilih ialah:

1) Nur Asyira Idayu bt Ramli.

2) Najihah bt Mazlam

3) Mohamad Firdaus b. Zakaria

4) Isma Alif b. Saad.

5) Siti Aisyah bt Mohd Sazali

6) Puteri bt Rohizi

5.0 LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN


Kajian ini menumpukan kepada cara untuk mengenalpasti dan menangani masalah yang
wujud melalui pengumpulan data mengikut langkat-langkah berikut :

5.1 TINJAUAN MASALAH.

Tinjauan masalah telah saya laksanakan dengan cara pemerhatian semasa mengajar,
temubual dengan murid sendiri dan pandangan rakan-rakan guru yang mengajar kelas ini dan
berdasarkan jawapan murid semasa latihan diberi.

5.1.1 Pemerhatian.

5.1.2 Temubual.

5.1.3 Latihan .

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap murid semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan


didapati murid :

ü Tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

ü Tidak mahu cuba untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.

ü Kurang fokus pada pembelajaran.

ü Kurang berkomunikasi dengan rakan dalam hal pelajaran.

ü Tiada daya saing dan usaha untuk memajukan diri.

5.2.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK.

Berdasarkan temubual dan soal selidik bersama murid disimpulkan bahawa:

ü Tidak berminat untuk belajar dan rasa sukar mengikuti apa yang diajar.

ü Tiada sokongan daripada ahli keluarga dan ibubapa kerana mereka sendiri tidak

mahir dalam menulis dan membaca jawi.

ü Merasakan diri banyak kekurangan, kurang keyakinan dan malu.

ü Tidak biasa menggunakan bahan bacaan jawi seperti buku cerita dan akhbar tulisan jawi yang
terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

5.2.3 LATIHAN DAN UJIAN.

Setelah murid diberikan ujian bertulis untuk menyambung huruf-huruf jawi didapati berlaku
banyak kesalahan . Antara kesilapan yang dibuat adalah:

ü Menyambung huruf sesuka hati .

ü Menyambung dengan bentuk dan cara yang salah.

ü Tidak menyambung tetapi cuma merapatkan huruf sahaja.


5.4 METHODOLOGI PELAKSANAAN KAJIAN

5.4.1 PERANCANGAN KAJIAN .

Bagi menarik perhatian murid ,saya merancang aktiviti yang berkaitan rapat dengan
kehidupan seharian mereka . Persekitaran mereka sinonim dengan tangkapan hasil laut, suasana di
pelantar, mengopek kerang dan aktiviti memancing ikan. Oleh itu, saya namakan aktiviti permainan
yang akan saya jalankan ada persamaan dengan aktiviti mereka.

Aktiviti bertujuan membolehkan murid mengingat huruf-huruf jawi yang boleh disambung
dan tidak boleh disambung. Berdasarkan pengetahuan sedia ada murid telah menghafal semua
huruf jawi tetapi masih tidak tahu menyambungnya. Malah amat keliru bagaimana untuk
menyambung huruf jika ia di awal, tengah dan akhir. Tempoh masa yang diambil bermula
pertengahan Mac 2014 sehingga akhir Bulan april 2014 kira-kira 6 minggu untuk melihat hasil
pencapaian murid. Sepanjang cuti persekolahan pertengahan penggal pertama lalu, saya
menyediakan lembaran kerja agar murid mahir dalam menyambung huruf-huruf jawi.

Langkah pertama saya pastikan murid-murid benar- benar mengenal huruf-huruf jawi.
Kemudian mengetahui padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Ini akan memudahkan murid untuk
menulis dan menyebut suku kata dan perkataan nanti. Saya membekalkan murid dengan sehelai
kertas A4 yang telah dilaminate sebagai panduan dan hafalan. Setelah diuji semua murid dapat
menyebut padanan yang betul barulah saya mulakan aktiviti permainan yang saya rancang. Saya
akan bertanya secara spontan apabila bertemu murid di mana sahaja di kawasan sekolah. Secara
tidak langsung hubungan guru dan murid lebih baik dan murid rasa selesa apabila saya selalu
berinteraksi dengan mereka.

5.4.2 AKTIVITI 1 (PERMAINAN MENGOPEK KERANG).

Aktiviti pertama dimulakan dengan memperkenalkan huruf sama ada boleh sambung atau tidak.
Huruf dibahagikan kepada 3 pecahan.

1.EH, SOMBONGNYA DIA.

ALIF A , WAU Ë , VI “ , DAl e , Dzal g , Ra i, Zai k

2.MEMANG SOMBONG 3.KITA KAN KAWAN.

Semua huruf lain.

HAMZAH - Õ, HA-Ê

Murid akan diberi 3 keping kad poket untuk menghafal huruf di atas di mana sahaja mereka
berada. Kad-kad ini diberi nama kad Sombong, kad memang sombong dan kad kawan.
1)Kad Sombong bermakna huruf tersebut boleh disambung oleh huruf lain

tetapi tidak boleh menyambung huruf lain.

2)Kad memang sombong bermakna huruf tesebut tidak langsung boleh

disambung dan menyambung .

3)Kad Kawan bermakna huruf –huruf yang boleh disambung dan malah huruf

itu juga boleh menyambung huruf lain.

Apabila murid telah menghafalnya setelah diberi tempoh beberapa hari aktiviti permainan
dijalankan. Permainan diberi nama ‘KOPEK KERANG’. Murid biasa mambantu ibu bapa mengopek
kerang pada hari cuti. Murid nampaknya tidak sabar untuk bermain. Caranya murid mengambil 1
kerang yang telah diletakkan pelekat dan diisi dengan satu atau 2 huruf jawi dalam kotak yang
diedarkan . Permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tempat yang sesuai dan selesa. Saya akan
mainkan muzik ataupun murid boleh menyanyi bersama-sama dan muzik akan diberberhentikan
secara tiba-tiba. Murid yang sedang memegang peti akan menjawab secara lisan. Murid menyatakan
huruf dan menyatakannya sama ada boleh atau tidak boleh sambung, Saya akan membwri 2 markah
bagi jawapan yang betul. Jika masih ada yang belum mahir dia diberi tempoh untuk menghafalnya.

Selesai aktiviti ini murid diberi latihan bertulis (sila lihat lampiran) bagi mengukuhkan ingatan. Murid
diminta menanda / jika huruf itu boleh disambung dan x jika tidak boleh disambung. Guru juga
menunjukkan bagaimana bentuk huruf jawi apabila disambung apabila kedudukan huruf tersebut
berada di awal, tengah dan akhir.

5.4.3 AKTIVITI 2( PERMAINAN MEMANCING HURUF).

Setelah melepasi tahap pertama dengan bermain permainan ‘kopek kerang’ beberapa
pusingan murid boleh diajak bermain permainan kedua dinamakan ‘Memancing huruf.’ Ia ada
persamaan dengan aktiviti memancing ikan yang dijalankan oleh penduduk nelayan di sini. Sebelum
itu guru akan memberi panduan dan murid menulis mengikut contoh iaitu bagaimana bentuk huruf
apabila disambung di awal, tengah dan akhir. Tidak semua huruf ditampilkan. Murid diberi contoh
huruf yang sama bentuknya sahaja. Contohnya huruf seperti ba, ta ,dan, tha, Cuma huruf ba sahaja
diterangkan. Cara permainannya adalah dengan murid diberikan pancing yang diletakkan magnet
menggantikan kailnya. Murid akan cuba memancing huruf di dalam kotak atau bekas yang besar.
Tidak semua huruf diletakkan magnet untuk permainan yang lebih mencabar. Setelah berjaya murid
akan cuba mengisi jadual yang disediakan bagaimana bentuk huruf tersebut ditulis di awal, tengah
dan akhir. Permainan boleh dijalankan beberapa pusingan. Pemenang juga akan diberikan hadiah .

5.5 REFLEKSI KAJIAN DAN PENILAIAN.

5.5.1 Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden sebelum
pelaksanaan kajian ini, amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah peningkatan diri. Namun
apabila dipilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula menunjukkan perubahan dari aspek
sikap dan penguasaan kemahiran menulis jawi. Mereka bermain dengan gembira dan dalam masa
yang sama memahirkan diri menyambung huruf dengan betul .

Perubahan yang yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah:

1) Mulai rasa diberi perhatian dan berkehendak melibatkan diri.

2) Yakin diri berada di samping rakan-rakan yang lain di kelas.


3) Memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dirancang, malah tidak rasa

tertekan mengikuti setiap aktiviti.

4) Berani mencuba walaupun melakukan kesilapan pada awalnya.

Perubahan dari aspek pembelajaran.

1)Tidak lagi keliru dalam menyambung huruf jawi.

2) Berjaya menyambung huruf sama ada di awal tengah dan akhir.

3) Membuat latihan sehingga siap,

4) Bukan setakat boleh menulis malah boleh menyebut perkataan yang dieja.

5) Menjawab dengan betul latihan yang diberi.

Di sini dilampirkan jadual jawapan yang telah dijawab oleh murid melalui aktiviti Kopek Kerang.

Pusingan

Pusingan

Pusingan

pusingan

pusingan

1) Idayu

2) Najihah

2
2

3) Firdaus

4) Isma Alif

5) Aisyah

6) Puteri

Berdasarkan jadual pencapaian jelas menampakkan kebolehan murid menyatakan dengan


betul huruf yang boleh disambung dan yang tidak boleh disambung. Berikut pula jumlah markah
yang diperolehi melalui permainan memancing huruf.

NAMA

JUMLAH MARKAH
1) Idayu

60

2) Najihah

90

PEMENANG

3) Firdaus

65

4) Isma Alif

70

5) Aisyah

80

6) Puteri

75

Saya tidak lupa memberikan hadiah kepada murid yang mendapat tempat tertinggi. Ini
mendorong murid lain untuk cuba menjawab dengan lebih baik pada masa akan datang. Permainan
ini akan terus dilaksanakan apabila ada masa terluang.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid dalam kemahiran menulis jawi. Mereka
lebih yakin berada di samping rakan sekelas. Namun demikian itu belum cukup untuk mereka
bersaing dengan murid lain yang lebih mahir menulis dan membaca jawi. Oleh itu saya berhasrat
untuk melanjutkan kajian berkaitan kemahiran membina dan menulis pelbagai jenis ayat mudah.
Bimbingan dan perhatian yang berterusan akan meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid
seterusnya mendorong mereka menguasai pembelajaran.

7.0 KESIMPULAN.
Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti yang direka juga
sesuai untuk dijalankan di kelas tahun dan murid lain yang mempunyai masalah yang sama. Semoga
ianya menjadi panduan perkongsian buat guru-guru lain. Ini bagi memastikan murid tidak jauh
ketinggalan dalam penguasaan kemahiran menulis jawi. Secara peribadinya saya sebagai pengkaji
dan Guru Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan tahap
pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam kerana Pelajaran Jawi berkait rapat
dengan sumber dan bahan bacaan untuk matapelajaran Pendidikan Islam . Sebagai usaha bagi
membantu murid mendapatkan bahan bacaan jawi saya telah mula melanggan Majalah Asuh dan
Ana Muslim untuk Pusat Sumber Sekolah yang di dalamnya terdapat petikan jawi yang mudah
dibaca. Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita adalah murid yang celik Jawi.

SUMBER RUJUKAN.

Buku Prosiding Konvensyen Kajian Tindakan(2009), Ipoh :Jabatan Pelajaran

Perak.

Mak Soon Sang,(2003).Psikologi Pendidikan, Subang Jaya :Kumpulan Budiman

Sdn Bhd

Manual Kajian Tindakan ,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan :Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlob, Pandai Jawi ( 2007),Shah Alam :Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Modul Kursus bersiri Kajian Tindakan(2009): Jabatan Pelajaran Perak.

Sharifah Alwiah Al sagoff(1993),Ilmu Pendidikan:Pedagogi,Kuala Lumpur,

Heineman Education Book (Asia) ltd.

Solehuddin b. Hj. Arshad(2009), Nota Panduan Sistem Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan Kaedah DBP: Pejabat Pelajatan Daerah Hilir Perak.

Anda mungkin juga menyukai