Anda di halaman 1dari 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

14th August 2012

09/10/2016, 12:27 PM

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A


TEKNIK BARALISMAK 2
(BACA, RANGKA, TULIS dan SEMAK)

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar
cemerlang. Panjangnya huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
1. Rajin Membaca
2. Berdisiplin dan menghormati guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa
3. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
4. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas
RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN:

Tema: Pelajar Cemerlang

Kumpulan Sasaran: Para Pelajar

Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Tugasan: Ciri-ciri pelajar cemerlang


ISI-ISI JAWAPAN:

1. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas.

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 1 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

09/10/2016, 12:27 PM

2. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah


3. Rajin membaca buku

PENUTUP:
AP: Tuntasnya terdapat banyak / pelbagai ciri yang boleh digunakan untuk menentukan
kecemerlangan seseorang pelajar dalam pelajaran mereka.

AC: Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah komited untuk menjadi seorang
pelajar yang cemerlang dalam pelajaran demi masa depan mereka yang lebih baik

BI :

Orang-orang tua ada berpesan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita semua.

AH: Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan
berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

PENDAHULUAN
JENIS
AYAT

TEMA

KUMPULAN
SASARAN

BAHASA INDAH

PENANDA WACANA
Belakangan ini,
Marcapada ini,
Pada era globalisasi kini,
Sejak akhir-akhir ini,

isu
pelajar
cemerlang
semakin
hebat
diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media
massa di seluruh pelusuk negara.

Sehubungan
dengan
itu,
Dalam hal ini,
Dalam konteks ini,

para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman


yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguhsungguh agar menjadi seorang yang cemerlang.

Bak kata peribahasa,


Slogan,

Persoalannya,
TUGASAN

HURAIAN

kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat


sagunya
apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang
perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 2 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

09/10/2016, 12:27 PM

ISI 1: MENUMPUKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS


JENIS
AYAT
AYAT TOPIK

AYAT
HURAIAN

PENANDA
WACANA
Pada pendapat saya,
Pada pemikiran saya,
Pada pandangan saya,

Hal ini demikian kerana,

AYAT
CONTOH
Sebagai contoh,
BAHASA
INDAH

Persis kata peribahasa,

AYAT SIMPUL

HURAIAN
antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan
perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas.
para pelajar akan mudah memahami ilmu yang
disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di
dalam kelas tanpa sebarang gangguan.
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu
memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah.
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya
sentiasa memberi tumpuan semasa belajar.
apabila para pelajar menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti
mereka akan mudah menguasai ilmu untuk
menjadi seorang pelajar cemerlang.

Tegasnya,

ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH


JENIS
AYAT
AYAT TOPIK

AYAT
HURAIAN

AYAT
CONTOH

BAHASA
INDAH

PENANDA
WACANA

HURAIAN
membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di
rumah juga merupakah salah satu ciri penting
seorang pelajar cemerlang.

Selain itu,

Saya
berpandangan
demikian kerana,

Tamsilnya,

Orang
tua-tua
berpesan,

ada

langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan


para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari
di sekolah.
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga
jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di rumah
seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah
Kamsah seorang pakar motivasi pelajar.
belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu
dipraktikkan oleh para pelajar dalam kehidupan
seharian mereka.

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 3 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

AYAT SIMPUL
Jelaslah,

09/10/2016, 12:27 PM

mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan


oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan
dalam pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU


JENIS
AYAT
AYAT TOPIK

AYAT
HURAIAN

AYAT
CONTOH

BAHASA
INDAH

PENANDA
WACANA
Di samping itu,

Dalam konteks ini,


Dengan ini,
Dengan kata lain,

HURAIAN
ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah
rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti
akhbar, majalah dan buku rujukan.
para pelajar akan menjadi lebih matang semasa
berhujah dan dapat menjana pelbagai idea yang
menepati perkembangan dunia sains dan
teknologi kini.

Misalnya,

Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah


menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai
bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.

Slogan,

membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa


setiap pelajar untuk menjana generasi berilmu
pengetahuan.

Oleh itu,

budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada


para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai
kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

AYAT SIMPUL

PENUTUP
JENIS
AYAT

AYAT
PANDANGAN
AYAT
CADANGAN
BAHASA INDAH

PENANDA WACANA

HURAIAN

Tuntasnya,
Intihanya,
Walhasilnya,
Kesimpulannya,
Sehubungan
dengan
itu,
Perkara ini secara tidak
langsung,
Orang-orang tua ada
berpesan,

terdapat banyak ciri pada seseorang pelajar


cemerlang yang perlu dimiliki oleh generasi muda
pada hari ini.

Oleh itu,

hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi

semua pihak mestilah komited untuk melahirkan


seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang untuk
membangunkan negara kita pada masa akan
datang.
alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati
para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 4 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

AYAT
HARAPAN

09/10/2016, 12:27 PM

Dengan ini,
Hal ini secara
langsung,

tidak

yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan


dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

CONTOH KARANGAN LENGKAP:


Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media
massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman yang
tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah,
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para pelajar di negara ini.
Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh
guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik
darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar
supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi
seorang pelajar cemerlang.
Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu ciri penting
seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan
para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama
tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang
pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan
oleh para pelajar dalam kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan
oleh para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.
Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan bacaan
seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa
berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya,
Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya
untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang bercita-cita untuk
menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran yang perlu
dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan seramai
yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua ada
berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.,
.Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan
dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

Disediakan oleh:
Cikgu Mohd Zulkifli Ramli
http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 5 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

09/10/2016, 12:27 PM

Guru Bahasa Melayu SPM


SMK Tengku Indera Petra

Posted 14th August 2012 by Mohd Zulkifli bin Ramli


6

View comments

Yusuf Ryder January 29, 2013 at 10:21 AM


terima kasih..karangan ini sgt membantu saya :D
Reply

Aerix Crist April 29, 2013 at 5:02 AM


Thanks :) sangat membantu . .
Reply

Muhammad Nur Firdhaus Saleh August 25, 2013 at 6:02 AM


Terima kasih
Reply

ruey twinxify August 31, 2013 at 1:08 AM


kaedah penulisan yg sgt terancang . thanks :)
Reply

Ilham Thaqif May 4, 2014 at 2:23 PM


Baik ahh.. Ini yang ku cari selama ini. hahahaha. Terima Kasih. :D
Reply

tajul arifin September 24, 2014 at 2:29 AM


Terima Kasih cikgu
Reply

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 6 of 7

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM BAHAGIAN A

09/10/2016, 12:27 PM

Enter your comment...

Comment as:

Publish

Google Account

Preview

http://cikguzulkb.blogspot.my/2012/08/teknik-menulis-karangan-spm-bahagian-a.html

Page 7 of 7

Anda mungkin juga menyukai