Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK MENULIS KARANGAN

PENDAHULUAN

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN


Belakangan ini,
isu pelajar cemerlang semakin hebat
Marcapada ini,
TEMA diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam
Pada era globalisasi kini,
media massa di seluruh pelusuk negara.
Sejak akhir-akhir ini,
Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan keiltizaman
KUMPULAN Dalam hal ini, yang tinggi untuk berusaha dengan
SASARAN Dalam konteks ini, bersungguh-sungguh agar menjadi seorang
yang cemerlang.
Bak kata pepatah,
BAHASA kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
Slogan,
INDAH sagunya
Peribahasa,

apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang


TUGASAN Persoalannya,
perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?

ISI 1: MENUMPUHKAN PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR DI DALAM KELAS

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN


Pada pendapat saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah
AYAT TOPIK Pada pemikiran saya, menumpukan perhatian semasa guru sedang
Pada pandangan saya, mengajar di dalam kelas.

para pelajar akan mudah memahami ilmu yang


AYAT Hal ini demikian kerana, disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di
HURAIAN dalam kelas tanpa sebarang gangguan.
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan
AYAT Sebagai contoh, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana
CONTOH Contohnya, selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik
darjah.
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
BAHASA sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar
Persis kata peribahasa,
INDAH supaya sentiasa memberi tumpuan semasa
belajar.
apabila para pelajar menumpukan perhatian
AYAT kepada pengajaran guru setiap hari sudah pasti
Tegasnya
SIMPUL mereka akan mudah menguasai ilmu untuk
menjadi seorang pelajar cemerlang.
ISI 2: MEMBUAT ULANGKAJI DAN LATIHAN DI RUMAH

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN


membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di
AYAT TOPIK Selain itu, rumah juga merupakah salah satu ciri penting
seorang pelajar cemerlang.

langkah ini akan meningkatkan lagi penguasaan


AYAT Saya berpandangan para pelajar dalam mata pelajaran yang
HURAIAN demikian kerana, dipelajari di sekolah.
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga
jam sehari untuk melaksanakan ulang kaji di
AYAT Tamsilnya, rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr.
CONTOH
Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi
pelajar.
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
BAHASA Orang tua-tua ada perlu dipraktikkan oleh para pelajar dalam
INDAH berpesan, kehidupan seharian mereka.

mengulang kaji pelajaran di rumah wajib


AYAT Jelaslah, dilakukan oleh para pelajar untuk mendapat
SIMPUL kecemerlangan dalam pelajaran.

ISI 3: RAJIN MEMBACA BUKU


PENANDA
JENIS AYAT HURAIAN
WACANA
ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca
AYAT TOPIK Di samping itu, pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan.

Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dan
AYAT Dengan ini, dapat menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia
HURAIAN Dengan kata lain, sains dan teknologi kini.
Amalina seorang pelajar cemerlang SPM telah menjadikan
AYAT Misalnya, kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya
CONTOH untuk peperiksaan.

membaca jambatan ilmu perlu dipupuk dalam jiwa setiap pelajar


BAHASA Slogan, untuk menjana generasi berilmu pengetahuan.
INDAH

budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar


AYAT Oleh itu, yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam
SIMPUL pelajaran mereka.
PENUTUP

JENIS AYAT PENANDA WACANA HURAIAN


Tuntasnya,
terdapat banyak ciri pada seseorang pelajar
AYAT Intihanya,
cemerlang yang perlu dimiliki oleh generasi
PANDANGAN Walhasilnya,
muda pada hari ini.
Kesimpulannya,
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk melahirkan
AYAT Perkara ini secara tidak seramai mungkin pelajar-pelajar cemerlang
CADANGAN langsung, untuk membangunkan negara kita pada masa
akan datang
Orang-orang tua ada alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati
BAHASA berpesan, para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni
INDAH
ini.
Oleh itu,
hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan
AYAT Dengan ini,
generasi yang berilmu pengetahuan dan
HARAPAN Hal ini secara tidak
berwibawa akan dapat direalisasikan.
langsung,

CONTOH KARANGAN LENGKAP:


Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat
kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar
mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh
agar menjadi seorang yang cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya sangat mustahak diamalkan oleh para pelajar di negara
ini. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu dihayati oleh para
pelajar di negara ini?
Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian
semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan
mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa
sebarang gangguan.Sebagai contoh, kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu memberi tumpuan semasa belajar di bilik
darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih sangat sesuai
diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa belajar di
sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap
hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah
satu ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah
ini akan meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah. Tamsilnya, setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk
mengulang kaji di rumah seperti yang pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang
pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan
tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam kehidupan seharian
mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para pelajar untuk
mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.
Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca
pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para
pelajar akan menjadi lebih matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang
menepati perkembangan dunia sains dan teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang
SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai bahan bacaan wajib baginya untuk
peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan daripada para pelajar yang
bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.
Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam
pelajaran yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak
mestilah komited untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk
membangunkan negara kita pada masa akan datang. Orang-orang tua ada berpesan alang-
alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini.
Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan
berwibawa akan dapat direalisasikan.
TEKNIK MENJAWAB BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN
Langkah-langkah;
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan.
(Tulis di bahagian bawah sebelah kanan)
2. Perenggan- 5-6 perenggan
i. 1 Perenggan - Pendahuluan
ii. 3-4 Perenggan - Isi/huraian
iii. 1 Perenggan - Penutup
3. Jumlah isi - 3 - 4 isi sahaja.
4. Sintaksis - ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
Contohnya, Selain itu, Sehubungan itu, Justeru dan lain-lain.

Cara membuat pendahuluan. (2&3 ayat sahaja)


Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh
pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan.
Cara menulis isi karangan.
Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH. Setiap perenggan
mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
Cara penulisan penutup.
Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam
treading tajuk bahan rangsangan.
Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[Tajuk karangan] Alam sekitar kita sedang menghadapi tahap pencemaran yang
serius.
[Ayat Arahan: Fokus karangan] Jadi, langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk
menjaga alam sekitar.
[Isi penting 1] Antaranya, kita sewajarnya mengamalkan kitar semula. [Ayat
Huraian/contoh] Barangan terpakai haruslah dihantar ke pusat pengumpulan
bahan-bahan kitar semula demi membendung pencemaran alam.
[ Isi penting 2] Pembakaran sampah sarap secara terbuka juga haruslah dielakkan.
[Ayat Huraian/contoh] Sampah sarap haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah
dan dihantar ke tapak pelupusan sampah agar pencemaran udara dapat dicegah.
[ Isi penting 3] Malah, tenaga elektrik hendaklah kita jimatkan. [Ayat
huraian/contoh] Misalnya, selepas alat-alat elektrik digunakan, suisnya haruslah
ditutup agar fenomena pemanasan global dapat dikurangkan.
[ Isi penting 4] Bahkan, penanaman pokok haruslah diperbanyak di persekitaran.
Tumbuhan-tumbuhan akan mengeluarkan oksigen ke atmosfera dan menyerap
karbon dioksida sekali gus melestarikan kesegaran udara.
[Ayat penutup] Tuntasnya, kita haruslah berganding bahu untuk memulihara alam
sekitar kita. [Ayat Penegasan] Pencegahan lebih baik daripada pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai