Anda di halaman 1dari 31

1.

Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang


memahami makna semangat patriotisme.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat. /

2. Persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan


mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar
menuntut ilmu.
Huraikan cara-cara untuk menceriakan bilik darjah. /

3. Perpaduan kaum merupakan asas keamanan dan


pembangunan sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan
kaum. /

4. Dewasa ini penggunaan telefon bimbit sudah menjadi


kemestian dalam kehidupan remaja.
Bincangkan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar. /

5. Kantin sekolah yang bersih menjamin kesihatan pelajar dan


keceriaan sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga
kebersihan kantin sekolah. /

6. Kebanyakan sekolah mengadakan Kedai Koperasi masing-


masing.
Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah kepada para
pelajar dan guru-guru? /

7. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan rumah


terbuka di Malaysia.
1
8. Seni mempertahankan diri merupakan salah satu daripada
aktiviti kokurikulum yang terdapat di sekolah.
Bincangkan kebaikan-kebaikan mempelajari seni
mempertahankan diri. /

9. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah memulihara


alam sekitar.
10.Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu
dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai permainan
tradisional .

11. Faedah penganjuran acara sukan di sekolah

12. Faedah menggunakan internet dalam kalangan masyarakat

KARANGAN 1.
Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang
memahami makna semangat patriotisme.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Sejak akhir-akhir ini isu semangat patriotisme sering menjadi


topik perbincangan yang hangat di media massa. Sesungguhnya,
tanpa semangat keramat ini, mustahil kemerdekaan dan keamanan
sesebuah negara itu dapat dikekalkan. Situasi ini persis kata mutiara,
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di

2
negeri sendiri. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat ?
(60pp)

Pada hemat saya, antara langkah untuk meningkatkan semangat


patriotisme dalam kalangan masyarakat adalah dengan memupuk
semangat patriotik sejak dari bangku sekolah. Hal ini bermakna,
dengan memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi
akan membolehkan semangat patriotisme sebati dalam diri pelajar
dalam usia yang masih muda. Tambahan pula amalan ini akan
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Misalnya, masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme akan
bersikap toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain semasa
berlaku perselisihan faham untuk mengelakkan pergaduhan. Orang
tua-tua ada mengatakan bahawa, bersatu kita teguh bercerai kita
roboh. Konklusinya, memupuk semangat patriotik sejak dari bangku
sekolah merupakan antara langkah untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat. (119 pp )

Selain itu, antara langkah untuk meningkatkan semangat


patriotisme dalam kalangan masyarakat juga ialah ibu bapa
hendaklah memainkan peranan memupuk semangat patriotik dalam
sanubari anak-anak. Hal ini bermaksud, dengan peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa yang memupuk semangat patriotisme dalam
sanubari anak-anak nescaya mereka akan mendapat pendedahan dan
kesedaran tentang kepentingan semangat cinta akan tanah air sejak
kecil. Natijahnya, negara kita akan terus aman dan damai walau pun
dengan rakyat yang berbilang kaum kerana mempunyai semangat
patriotisme yang kukuh, kental dan mantap dalam diri mereka.

3
Contohnya, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang mempunyai
nilai patriotisme sebagai bahan bacaan awal anak-anak, bukannya
buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Peribahasa Melayu ada
mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Deduksinya, ibu bapa hendaklah memainkan peranan memupuk
semangat patriotik dalam sanubari anak-anak merupakan antara
langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat. ( 137 pp )

Akhir sekali antara langkah untuk meningkatkan semangat


patriotisme dalam kalangan masyarakat ialah pemimpin hendaklah
menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Hal ini bererti,
dengan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat, kita
akan dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya.
Seterusnya, akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan
negaranya agar mencapai kemajuan. Impaknya, akan mewujudkan
masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi di negara kita
sebagaimana matlamat negara maju wawasan 2020. Tamsilannya,
para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan
kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil
perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang
terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Tuntasnya,
pemimpin hendaklah menunjukkan teladan yang baik kepada
masyarakat merupakan antara langkah untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. (116 pp )

Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah


mengadakan kempen secara besar-besaran tentang kepentingan
semangat patriotik kepada masyarakat agar (HARAPAN ) masalah
tiadanya rasa cinta akan negara dapat diatasi dan tidak menjejaskan
imej negara. Kita hendaklah menangani isu ini dengan lebih efektif

4
dan bijaksana sebelum kudis menjadi tokak.(PERIBAHASA) Sekiranya
aspirasi ini berjaya direalisasikan, saya yakin masyarakat dan negara
kita akan sejahtera dan harmoni. (PENDAPAT) (58pp)(500 pp)
KARANGAN 2.
Persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi
keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu.
Huraikan cara-cara untuk menceriakan bilik darjah.

Sejak akhir-akhir ini isu keceriaan bilik darjah sering menjadi


topik perbincangan yang hangat di media massa sama ada media
cetak atau media elektronik. Sesungguhnya pelajar lebih selasa dan
berminat untuk belajar dalam persekitaran yang cantik dan bersih.
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Persoalannya apakah cara-cara
untuk menceriakan bilik darjah? ( 57 pp )

Pada hemat saya, antara cara menceriakan bilik darjah adalah


dengan mengadakan pertandingan keceriaan kelas. Hal ini bermakna,
dengan mengadakan pertandingan keceriaan kelas, pelajar akan
menjadi lebih kreatif. Tambahan pula, pertandingan ini juga dapat
memupuk semangat untuk saling bersaing. Maka, aktiviti sebegini
pasti memberi ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama
mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan semasa menceriakan kelas.
Misalnya, setiap pelajar perlu menjalankan tugas masing-masing
seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan membalut meja
murid dan guru. Orang tua-tua ada mengatakan bahawa, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Konklusinya,mengadakan pertandingan
keceriaan kelas merupakan antara cara menceriakan bilik darjah.
(101pp ).
Selain itu, antara cara menceriakan bilik darjah ialah
menguatkuasakan peraturan menjaga kebersihan kelas Hal ini
bermaksud, dengan menguatkuasakan peraturan menjaga kebersihan
kelas kita dapat memastikan pelajar mendisiplinkan diri mereka agar
menjadi insan yang berguna. Lebih-lebih lagi, dapat menyedarkan
5
pelajar supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
pentadbir sekolah. Bahkan juga, dapat mewujudkan masyarakat yang
peka dengan undang-undang dan peraturan. Natijahnya, negara kita
akan terus aman dan makmur tanpa anasir jahat yang boleh
mengganggu gugat undang-undang dan perlembagaan negara.
Contohnya, peraturan seperti mengenakan denda kepada murid yang
membuang sampah merata-rata perlu dikuatkuasakan oleh pihak
sekolah. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa buat baik
berpada-pada buat jahat jangan sekali. Deduksinya,
menguatkuasakan peraturan menjaga kebersihan kelas merupakan
antara cara menceriakan bilik darjah. ( 118 pp )

Akhir sekali, antara cara menceriakan bilik darjah juga ialah


membersih dan menghias bilik darjah. Hal ini bererti, dengan
membersih dan menghias bilik darjah akan kita akan dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri para pelajar. Seterusnya, dapat memupuk
semangat bekerjasama sesama pelajar semasa mereka membersihkan
bilik darjah. Impaknya, melalui aktiviti yang dijalankan, silaturahim
sesama pelajar akan menjadi lebih erat. Tamsilannya, meja dan kerusi
hendaklah disusun dengan teratur agar menampakkan kekemasan
dan juga memudahkan murid-murid dan guru untuk bergerak.
Pepatah ada mengatakan bahawa, berat sama dipikul ringan sama
dijinjing. Tuntasnya, membersih dan menghias bilik darjah merupakan
antara cara menceriakan bilik darjah. (99 pp )

Kesimpulannya, isu keceriaan bilik darjah perlulah ditangani oleh


pihak pentadbir sekolah dengan kerjasama semua pelajar.
(CADANGAN) Pihak hal ehwal pelajar hendaklah mengadakan kempen
secara besar-besaran tentang keceriaan dan kebersihan bilik darjah
kepada para pelajar agar (HARAPAN ) masalah kekotoran dapat
diatasi dan tidak menjejaskan imej sekolah. Sekiranya aspirasi ini
berjaya direalisasikan, saya yakin pelajar dan warga sekolah akan
berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni. (PENDAPAT)( 61 pp )
(450 pp)
6
KARANGAN 3.
Perpaduan kaum merupakan asas keamanan dan pembangunan
sesebuah negara.
Bincangkan usaha-usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum.

Sejak akhir-akhir ini isu perpaduan kaum sering menjadi topik


perbincangan yang hangat di media massa. Antara kaum utama yang
terdapat di negara kita ialah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan
sebagainya . Walau pun penduduk Malaysia terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum, namun setiap anggota masyarakat dapat
hidup dengan aman dan damai. Fenomena ini dikatakan di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Persoalannya, apakah usaha-
usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum di negara kita ?( 72 pp )

Pada hemat saya, antara usaha untuk memperkukuh perpaduan


kaum adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini
bermakna, dengan mengadakan aktiviti gotong-royong anggota
masyarakat dapat mengenali antara satu sama lain ketika mereka
berinteraksi. Tambahan pula, dapat mempercepat kerja
dan menjimatkan wang. Maka, lahirlah rasa tanggungjawab dalam
diri setiap individu akan peranan mereka sebagai anggota masyarakat.
Misalnya, bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan,
taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Orang tua-tua
ada mengatakan bahawa, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Konklusinya, mengadakan aktiviti gotong-royong merupakan antara
usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum di negara kita. ( 90 pp )

Selain itu, antara usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum


di negara kita juga adalah dengan mengamalkan budaya kunjung-
mengunjung. Hal ini bermaksud, dengan mengamalkan budaya
kunjung-mengunjung kita akan menaikkan semangat kejiranan dalam
sesebuah identiti masyarakat. Bahkan juga, dapat mengurangkan
tekanan atau bebanan yang dihadapi oleh jiran kita. Natijahnya,
negara kita akan menjadi sebuah negara yang selamat untuk didiami
serta dikunjungi oleh para pelancong dari luar negara. Contohnya,

7
amalan kunjung-mengunjung akan dapat mengelakkan perselisihan
faham dan perbalahan antara kaum. Peribahasa Melayu ada
mengatakan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Deduksinya, mengamalkan budaya kunjung-
mengunjung merupakan antara usaha untuk memperkukuh
perpaduan kaum di negara kita . ( 103 pp )

Akhir sekali antara usaha untuk memperkukuh perpaduan


kaum di negara kita juga adalah dengan meraikan sambutan perayaan
secara bersama-sama. Hal ini bererti, dengan meraikan sambutan
perayaan secara bersama-sama kita akan dapat memahami budaya
kaum atau etnik lain. Seterusnya, program murni ini akan
memeriahkan lagi sambutan majlis perayaan di Malaysia. Impaknya,
masyarakat akan dapat menjalani kehidupan dengan damai dan
harmoni tanpa sebarang diskriminasi antara kaum. Tamsilannya,
keunikan cara hidup masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan
kepelbagaian perayaan yang diraikan bersama-sama telah menjadi
daya penarik kepada pelancong asing. Pepatah ada mengatakan
bahawa, hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.
Tuntasnya, meraikan sambutan perayaan secara bersama-sama
merupakan antara usaha untuk memperkukuh perpaduan kaum di
negara kita. ( 112 pp )

Konklusinya, isu perpaduan kaum perlulah ditangani oleh pihak


kerajaan dengan kerjasama anggota masyarakat. (CADANGAN) Pihak
yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan kempen secara
besar-besaran tentang kepentingan perpaduan kaum kepada
masyarakat agar (HARAPAN ) masalah perkauman dapat diatasi dan
tidak menjejaskan imej negara. Sekiranya aspirasi ini berjaya
direalisasikan, saya yakin masyarakat dan negara kita akan sejahtera
dan harmoni. (PENDAPAT) ( 55 pp )

(443 pp )
8
KARANGAN 4.
Dewasa ini penggunaan telefon bimbit sudah menjadi kemestian
dalam kehidupan remaja.
Bincangkan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar.

Isu kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


sering menjadi topik perbincangan yang hangat di media massa. Pada
zaman revolusi teknologi telekomunikasi dan multimedia tanpa had
ini, telefon bimbit digunakan dengan meluas dalam kalangan
masyarakat. Antara jenama telefon bimbit yang popular dewasa ini
ialah Samsung, Xiaomi, Lenovo, Oppo, Iphone, Huawei, Vivo dan
sebagainya. Seandainya perkembangan teknologi ini tidak diikuti
maka masyarakat kita akan ketinggalan persis kata orang tua-tua, bagi
katak di bawah tempurung. Persoalannya, apakah kesan penggunaan
telefon bimbit dalam kalangan pelajar ? (82 pp).

Pada hemat saya, antara kesan penggunaan telefon bimbit


dalam kalangan pelajar ialah telefon bimbit dapat membantu dalam
komunikasi harian. Hal ini bermakna, dengan membantu dalam
komunikasi harian, pelajar akan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim. Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit mampu
melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovatif. Maka negara kita
akan bertambah maju dan moden. Misalnya, mereka dapat
meningkatkan prestasi akademik walau pun ketinggalan semasa sessi
pembelajaran di dalam kelas. Orang tua-tua ada mengatakan bahawa,
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Konklusinya, membantu dalam komunikasi harian merupakan antara
kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. ( 94 pp ).

9
Selain itu, antara kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar juga ialah pelajar dapat berkongsi matlumat tentang
pelajaran dan perkembangan semasa. Hal ini bermaksud, dengan
berkongsi matlumat tentang pelajaran, pelajar menjadi lebih
bersemangat untuk belajar. Bahkan juga, boleh membantu pelajar
mencapai kecemerlangan dengan bertukar-tukar pendapat dan nota
sesama mereka. Natijahnya, pelajar menjadi lebih berfikiran terbuka
dan berpengetahuan luas. Contohnya, pelajar yang berlainan sekolah
dan berbeza tenaga pengajar akan dapat memantapkan ilmu mereka
dengan perkongsian maklumat sebegini dengan menggunakan
perisian dalam telefon pintar, seperti “whats app, telegram,
facebook” dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengatakan
bahawa kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu.
Deduksinya, pelajar dapat berkongsi matlumat dan perkembangan
semasa merupakan antara kesan penggunaan telefon bimbit dalam
kalangan pelajar. (119pp )

Akhir sekali, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


juga mendatangkan keburukan seperti boleh menjejaskan kesihatan
pelajar. Hal ini bererti, dengan kesihatan yang terjejas pelajar tidak
dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran. Seterusnya, mereka
tidak dapat belajar dengan sempurna dan akan ketinggalan serta
keciciran dalam pelajaran. Impaknya, mereka akan menghadapi
masalah untuk mendapatkan kerja dan menjadi bebanan kepada
masyarakat serta negara. Tamsilannya, ramai pelajar yang pandai
membahagikan masa dan mematikan telefon bimbit mereka semasa
mengulangkaji pelajaran telah berjaya mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran mereka. Bijak pandai dahulu ada
mengatakan bahawa masa itu amat berharga seumpama emas.
Tuntasnya, menjejaskan kesihatan pelajar merupakan antara kesan
negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. (109 pp)
10
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kebaikan daripada
penggunaan telefon bimbit, namun kita juga perlu akur akan kesan
negatif daripada penggunaan telefon bimbit jika tidak digunakan
secara berhati-hati. Ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon
bimbit oleh anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan. Seseorang
pelajar perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak terlibat
dalam kancah pembaziran, jenayah ataupun dihidapi penyakit kronik.
Jangan pula berlaku sebagaimana peribahasa yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran. ( 69 pp)(486 pp)

KARANGAN 5.
Kantin sekolah yang bersih menjamin kesihatan pelajar dan
keceriaan sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga
kebersihan kantin sekolah.

Sejak akhir-akhir ini isu kebersihan kantin sekolah sering menjadi


topik perbincangan yang hangat di media massa. Antara punca
keracunan makanan adalah disebabkan persekitaran kantin yang
kotor dan menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit
seperti lalat, lipas, dan tikus. Sesungguhnya pihak pengusaha kantin
haruslah mengambil langkah-langkah yang drastik bagi memastikan
kesihatan pelajar terjamin dan tidak mengutamakan keuntungan
semata-mata. Hal ini sama dengan peribahasa bagai menarik rambut
dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk menjaga
kebersihan kantin sekolah? ( 81 pp )

Pada hemat saya, antara langkah menjaga kebersihan kantin


sekolah ialah pengusaha kantin hendaklah berpakaian mengikut
piawaian yang ditetapkan. Hal ini bermakna, dengan berpakaian
mengikut piawaian yang ditetapkan pengusaha kantin akan nampak
11
lebih kemas dan terurus. Tambahan pula, makanan yang disediakan
juga akan terjamin kebersihannya dan akan menaikkan selera para
pelajar serta guru-guru. Maka, dengan memakan makanan yang
terjamin kebersihannya akan melahirkan pelajar yang sihat dan
cerdas. Misalnya, mereka mestilah memakai kasut yang sesuai, sarung
tangan, apron dan penutup kepala ketika memasak atau semasa
menyediakan makanan. Orang tua-tua ada mengatakan bahawa,
beringat sebelum kena, jimat sebelum habis. Konklusinya,
pengusaha kantin hendaklah berpakaian mengikut piawaian yang
ditetapkan merupakan antara langkah menjaga kebersihan kantin
sekolah. (112 pp )

Selain itu, antara langkah menjaga kebersihan kantin sekolah


adalah dengan memastikan peralatan memasak dalam keadaan yang
bersih. Hal ini bermaksud, dengan memastikan peralatan memasak
dalam keadaan yang bersih akan menggambarkan sikap pengusaha
kantin yang mempunyai jati diri yang mapan dan sahsiah yang unggul.
Bahkan juga, keadaan bersih sebegini indah dipandang mata dan
warga sekolah juga merasa gembira menikmati juadah yang
disediakan. Natijahnya, kita akan dapat melahirkan warga sekolah
dan masyarakat yang sihat dan mampu memainkan peranan untuk
memajukan negara. Contohnya, kantin yang bersih dan kondusif
boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif kepada para
pelajar untuk menimba ilmu. Peribahasa Melayu ada mengatakan
bahawa, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
Deduksinya, memastikan peralatan memasak dalam keadaan yang
bersih merupakan antara langkah menjaga kebersihan kantin sekolah.
(124 pp )

Akhir sekali antara langkah untuk menjaga kebersihan kantin


juga adalah dengan mengitar semula barang buangan. Hal ini bererti,
dengan mengitar semula barang buangan, kantin akan sentiasa
kelihatan cantik, kemas dan menarik. Seterusnya, dapat mengelakkan

12
pembaziran dan pencemaran bagi memberi keselesaan kepada
pelajar untuk menjamu selera. Impaknya, masyarakat kita akan
tersemai rasa cinta akan kebersihan dalam diri mereka dan
menjadikan negara kita sebagai contoh atau model kepada negara-
negara membangun yang lain. Tamsilannya, pengusaha kantin yang
kreatif dan inovatif mampu menghias kantin sekolah dengan
menggunakan barang-barang kitar semula. Bijak pandai dahulu ada
mengatakan bahawa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Tuntasnya, mengitar semula barang buangan
merupakan antara langkah untuk menjaga kebersihan kantin.(111 pp)

Kesimpulannya, isu kebersihan kantin perlulah ditangani oleh


pihak pentadbir dengan kerjasama seluruh warga sekolah.
(CADANGAN) Pihak yang bertanggungjawab terutamanya Penolong
Kanan Hal Ehwal Pelajar hendaklah menganjurkan kempen secara
besar-besaran tentang kepentingan menjaga kebersihan kantin
kepada pelajar agar (HARAPAN ) masalah keracunan makanan dapat
diatasi dan tidak menjejaskan imej negara. Kita hendaklah menangani
isu ini dengan segera dan jangan sampai sudah terantuk baru
tengadah. (PERIBAHASA) ( 62 pp )( 499 pp)

KARANGAN 6.
Kebanyakan sekolah mengadakan Kedai Koperasi masing-masing.
Huraikan faedah-faedah koperasi sekolah kepada para pelajar dan
guru-guru?

Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun


hari ini, setiap sekolah berlumba-lumba menyediakan kemudahan dan
kelengkapan yang sewajarnya kepada para pelajar. Sejak akhir-akhir
ini isu faedah koperasi sekolah sering menjadi topik perbincangan
yang hangat di media massa. Antara barangan yang dijual di koperasi

13
ialah alat tulis, buku-buku, makanan ringan dan menyediakan
perkhidmatan fotostat. Sesungguhnya koperasi sekolah memberi
banyak manfaat kepada warga sekolah. Hal ini sama dengan
peribahasa menyelam sambil minum air. Persoalannya apakah
faedah koperasi sekolah kepada para pelajar dan guru-guru ? ( 83 pp )

Pada hemat saya, antara faedah koperasi sekolah ialah kita


dapat mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hal ini
bermakna, dengan adanya bakat keusahawanan, mereka akan
mengetahui asas-asas perniagaan dan mampu membuka perniagaan
sendiri pada masa hadapan. Tambahan pula, pelajar juga dapat belajar
membuat akaun, strategi pemasaran dan dapat menguasai subjek
matematik dengan lebih cekap. Maka, pihak sekolah akan melahirkan
pelajar yang berkaliber dan lebih berdaya saing. Misalnya, mereka
berasa seronok bertugas di koperasi dan ini secara tidak langsung akan
melahirkan semangat gemar berniaga dalam diri mereka. Orang tua-
tua ada mengatakan bahawa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Konklusinya, dapat mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan
pelajar merupakan antara faedah koperasi sekolah. ( 109 pp )

Selain itu, antara faedah koperasi sekolah juga ialah pihak


koperasi dapat menyumbang dana untuk pembangunan sekolah. Hal
ini bermaksud, dengan adanya dana untuk pembangunan sekolah,
pihak koperasi dapat membantu menjayakan sesuatu program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Bahkan juga, program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah akan meningkatkan lagi prestasi pembelajaran
murid. Natijahnya, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan
seterusnya berjaya pada masa hadapan. Contohnya, pihak koperasi
sentiasa menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program
kecemerlangan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, majlis
sambutan hari kemerdekaan, sambutan hari guru dan sebagainya.

14
Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa orang berbudi kita
berbahasa, orang memberi kita merasa. Deduksinya, menyumbang
dana untuk pembangunan sekolah merupakan antara faedah
koperasi sekolah. ( 112 pp)

Akhir sekali, antara faedah koperasi sekolah juga ialah dapat


memudahkan pelajar memperoleh barangan keperluan. Hal ini
bererti, dengan memudahkan pelajar memperoleh barangan
keperluan, akan menjimatkan masa mereka. Seterusnya, pelajar juga
dapat belajar dengan selesa dan proses pembelajaran akan dapat
berjalan dengan lancar. Impaknya, kita dapat melahirkan pelajar yang
mampu memberi sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan
negara apabila mereka dewasa kelak. Tamsilannya, kebanyakan
sekolah yang mencapai keputusan akademik yang baik, mempunyai
koperasi yang aktif di sekolah mereka. Bijak pandai dahulu ada
mengatakan bahawa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Tuntasnya, memudahkan pelajar memperoleh
barangan keperluan merupakan antara faedah koperasi sekolah.
(100 pp)

Konklusinya, isu koperasi sekolah perlulah ditangani oleh semua


warga sekolah dengan kerjasama pihak pentadbir. (CADANGAN)
Pihak pentadbir hendaklah mengadakan kempen secara besar-
besaran tentang faedah koperasi sekolah kepada pelajar agar
(HARAPAN ) masalah pembelajaran dapat diatasi dan tidak
menjejaskan imej sekolah. Kita hendaklah menangani isu ini dengan
lebih efektif sebelum terlambat persis kata mutiara sudah terantuk
baru tengadah. (PERIBAHASA). Sekiranya warga sekolah memberi
sokongan kepada pihak koperasi, saya yakin seluruh warga sekolah
akan mendapat pelbagai manfaat. (PENDAPAT) ( 73 pp )
( 494 pp )
15
KARANGAN 7.

Seni mempertahankan diri merupakan salah satu daripada aktiviti


kokurikulum yang terdapat di sekolah.
Bincangkan kebaikan-kebaikan yang anda peroleh dengan
mempelajari seni mempertahankan diri.
TEMA : Seni mempertahankan diri
TUGASAN : kebaikan yang saya peroleh dengan
mempelajari seni mempertahankan diri
KATA KUNCI : kebaikan

ISI
1. Membina disiplin diri
2. Menyihatkan tubuh badan.
3. Meningkatkan tahap keselamatan diri.
Sejak akhir-akhir ini Isu seni mempertahankan diri sering
menjadi topik perbincangan yang hangat di media massa.
Sesungguhnya, kegiatan jenayah seperti kes ragut, buli, rompak dan
bunuh semakin meningkat di negara kita dan fenomena ini telah
mendorong masyarakat untuk mempelajari seni mempertahankan diri
terutamanya golongan remaja. Situasi ini persis kata mutiara, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Persoalannya,
apakah kebaikan-kebaikan yang saya peroleh dengan mempelajari
seni mempertahankan diri? (68pp)
Pada hemat saya, antara kebaikan yang saya peroleh dengan
mempelajari seni mempertahankan diri ialah saya dapat membina
disiplin diri. Hal ini bermakna, dengan membina disiplin diri saya dapat
menguruskan diri dan masa dengan baik. Tambahan pula, saya juga
dapat membahagikan masa untuk belajar dengan betul. Maka, masa
depan saya akan lebih cerah dan terjamin. Misalnya, pembahagian
masa untuk belajar dan beriadah yang seimbang, akan membuahkan
hasil yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan. Orang tua-tua

16
ada mengatakan bahawa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan. Konklusinya, dapat
membina disiplin diri merupakan antara kebaikan yang saya peroleh
dengan mempelajari seni mempertahankan diri. (100pp)

Selain itu, antara kebaikan yang saya peroleh dengan


mempelajari seni mempertahankan diri juga ialah saya dapat
menyihatkan tubuh badan. Hal ini bermaksud, dengan menyihatkan
tubuh badan saya akan lebih bersemangat untuk belajar dan
melakukan rutin harian saya. Bahkan juga, saya dapat menolong
keluarga dan masyarakat jika tenaga dan bantuan saya diperlukan.
Natijahnya, saya mampu menjadi anggota masyarakat yang
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Contohnya, dengan
kesihatan yang baik, saya dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika
belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan
sempurna. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Deduksinya, dapat
menyihatkan tubuh badan merupakan antara kebaikan yang saya
peroleh dengan mempelajari seni mempertahankan diri. (112pp)

Akhir sekali, antara kebaikan yang saya peroleh dengan


mempelajari seni mempertahankan diri ialah saya dapat
meningkatkan tahap keselamatan diri. Hal ini bererti, dengan
meningkatkan tahap keselamatan diri saya lebih berkeyakinan untuk
melakukan sesuatu perkara atau pergi ke mana-mana sahaja.
Seterusnya, saya juga dapat mengelakkan diri daripada dibuli oleh
pelajar samseng yang tidak bertanggungjawab. Impaknya, saya dapat
memastikan keluarga dan masyarakat sentiasa dalam keadaan
selamat serta harmoni. Tamsilannya, saya boleh pergi membeli
peralatan sekolah di bandar tanpa menyusahkan kedua ibu bapa saya
lagi. Bijak pandai dahulu ada mengatakan bahawa, sediakan payung

17
sebelum hujan. Tuntasnya, dapat meningkatkan tahap keselamatan
diri merupakan antara kebaikan yang saya peroleh dengan
mempelajari seni mempertahankan diri. (109p)

Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah


mengadakan kempen secara besar-besaran tentang kepentingan seni
mempertahankan diri kepada masyarakat agar (HARAPAN ) masalah
buli, ragut dan jenayah-jenayah lain dapat diatasi dan tidak
menjejaskan imej negara. Kita hendaklah menangani isu ini dengan
lebih efektif dan bijaksana sebelum kudis menjadi
tokak.(PERIBAHASA) Sekiranya aspirasi ini berjaya direalisasikan, saya
yakin masyarakat dan negara kita akan sejahtera dan harmoni.
(PENDAPAT) (59pp) (454p)

8.Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah memulihara


alam sekitar .

1.mengamalkan kitar semula

2.menggalakkan tanaman hijau

3.menjaga kebersihan sungai

Tema : alam sekitar

Tugasan: langkah-langkah memulihara alam sekitar.

Kata kunci: langkah-langkah

Pada pendapat saya, antara langkah memulihara alam sekitar


ialah kita hendaklah mengamalkan kitar semula. Hal ini demikian
kerana, dengan mengamalkan kitar semula kita dapat mengekalkan
kebersihan menjana pendapatan. Tamsilannya, dengan mengumpul
dan menjual barangan terpakai ke pusat kitar semula, kita dapat

18
memastikan persekitaran rumah kita menjadi lebih bersih dan secara
tidak langsung, kita juga akan mendapat wang . Fenomena ini bak kata
pepatah melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa, mengamalkan kitar semula merupakan
antara langkah memulihara alam sekitar.

Selain itu, antara langkah memulihara alam sekitar juga ialah kita
hendaklah menggalakkan tanaman hijau. Hal ini bermaksud, dengan
menggalakkan tanaman hijau kita dapat menjamin udara dan
persekitaran menjadi bersih. Contohnya, dengan menanam pokok-
pokok bunga dan sayur-sayuran di sekeliling rumah kita. Peribahasa
melayu ada mengatakan bahawa kemahuan, di situ ada jalan. Justeru,
kita dapat saksikan bahawa menggalakkan tanaman hijau merupakan
antara langkah memulihara alam sekitar.

Akhir sekali, antara langkah memulihara alam sekitar juga ialah


kita hendaklah menjaga kebersihan sungai. Hal ini disebabkan oleh,
dengan menjaga kebersihan sungai, kita dapat memastikan kesihatan
masyarakat terjamin. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang
boleh diketengahkan ialah, kita bergotong-royong mengutip sampah
sarap bagi membersihkan sungai. Pepatah ada mengatakan bahawa
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Ironinya,
tidak dapat dinafikan bahawa menjaga kebersihan sungai merupakan
antara langkah memulihara alam sekitar.

SOALAN :

9.Huraikan pendapat anda tentang kepentingan amalan rumah


terbuka di Malaysia.

TEMA : AMALAN RUMAH TERBUKA


TUGASAN :KEPENTINGAN AMALAN RUMAH
TERBUKA DI MALAYSIA.

19
KATA KUNCI :KEPENTINGAN

Pada pendapat saya, antara kepentingan amalan rumah terbuka


di Malaysia ialah kita dapat mengeratkan perpaduan dan silaturahim.
Hal ini demikian kerana, dengan mengeratkan perpaduan dan
silaturahim masyarakat akan saling menghormati satu sama lain.
Tamsilannya, dengan bersalaman dan saling bertegur sapa kita dapat
saling mengenali dan mengeratkan hubungan dengan jiran kita.
Fenomena ini bak kata pepatah melayu, bersatu kita teguh , bercerai
kita roboh. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, dapat mengeratkan
perpaduan dan silaturahim merupakan antara kepentingan amalan
rumah terbuka di Malaysia.
Selain itu, antara kepentingan amalan rumah terbuka di
Malaysia juga ialah kita dapat mempelajari budaya dan adat resam
pelbagai kaum. Hal ini bermaksud, dengan mempelajari budaya dan
adat resam pelbagai kaum kita akan memahami budaya kaum lain.
Contohnya, apabila kita mengunjungi rumah terbuka semasa
perayaan Deepavali, kita akan dapat mempelajari budaya, bahasa dan
amalan kehidupan kaum India di negara kita. Peribahasa melayu ada
mengatakan bahawa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Justeru, kita dapat saksikan bahawa dapat mempelajari budaya dan
adat resam pelbagai kaum merupakan antara kepentingan amalan
rumah terbuka di Malaysia.

Akhir sekali antara kepentingan amalan rumah terbuka di


Malaysia juga ialah kita dapat meningkatkan imej negara di persada
dunia. Hal ini disebabkan oleh, dengan meningkatkan imej negara di
persada dunia, negara kita akan dihormati oleh negara lain. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah,
negara kita menjadi model kepada negara-negara lain di dunia kerana
negara kita aman walau pun mempunyai rakyat yang berbilang

20
kaum,adat dan budaya. Pepatah ada mengatakan bahawa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Ironinya, tidak dapat dinafikan bahawa
dapat meningkatkan imej negara di persada dunia merupakan antara
kepentingan amalan rumah terbuka di Malaysia.

10.Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang perlu


dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai permainan
tradisional .

Sejak akhir-akhir ini isu permainan tradisional sering menjadi


topik perbincangan yang hangat di media massa sama ada media
cetak atau media elektronik. Sehubungan dengan itu fenomena ini
amat menyenangkan semua pihak dan pastinya langkah-langkah
yang lebih efektif akan diteruskan lagi bagi menghasilkan impak
yang maksimum. Persoalannya apakah faedah menyertai permainan
tradisional ?
Pada pendapat saya, antara faedah menyertai permainan
tradisional ialah kita dapat mencergaskan fizikal dan minda. Hal ini
demikian kerana, dengan mencergaskan fizikal dan minda kita akan
dapat belajar dan bekerja dengan sempurna. Tamsilannya, dengan
bermain dam serta batu seremban akan menjadikan minda kita lebih
cerdas untuk berfikir. Fenomena ini bak kata pepatah Melayu, di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa,
dapat mencergaskan fizikal dan minda merupakan antara faedah kita
menyertai permainan tradisional.
Selain itu, antara faedah menyertai permainan tradisional juga
ialah kita dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat setiakawan.
Hal ini bermaksud, dengan mengukuhkan perpaduan dan semangat
setiakawan negara kita akan menjadi aman dan harmoni. Contohnya,
dengan bermain permainan sepak raga dan galah panjang kita dapat

21
memupuk semangat bekerjasama sebagai satu pasukan. Pepatah
melayu ada mengatakan bahawa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa kita
dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat setiakawan
merupakan antara faedah kita menyertai permainan tradisional.
Akhir sekali, antara faedah kita menyertai permainan tradisional
juga ialah kita dapat mengekalkan tradisi budaya bangsa. Hal ini
disebabkan oleh, dengan mengekalkan tradisi budaya bangsa sudah
pasti permainan tradisional ini tidak akan lupakan begitu sahaja. Bagi
membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
permainan wau dan gasing masih lagi dimainkan oleh masyarakat
kampung di negara kita. Pepatah ada mengatakan bahawa tidak
lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Tuntasnya, kita dapat
mengekalkan tradisi budaya bangsa merupakan antara faedah kita
menyertai permainan tradisional .
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu
bersama-sama dengan pihak kerajaan, bagi menangani isu ini, agar
hasrat kerajaan untuk mengekalkan permainan tradisional dapat
direalisasikan. Pada pendapat saya, sinergi daripada semua pihak
merupakan kunci kepada kejayaan dan pembangunan sesebuah
negara. Sesungguhnya, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada
lurah yang tidak dapat dituruni.

11.Faedah penganjuran acara sukan di sekolah

Sejak akhir-akhir ini isu acara sukan di sekolah sering menjadi


topik perbincangan yang hangat di media massa sama ada media
cetak atau media elektronik. Sehubungan dengan itu fenomena ini
amat menyenangkan semua pihak dan pastinya langkah-langkah yang
lebih efektif akan diteruskan lagi bagi menghasilkan impak yang
maksimum. Persoalannya apakah faedah penganjuran acara sukan di
sekolah ? ( 56 pp )
22
Pada pendapat saya, antara faedah penganjuran acara sukan di
sekolah ialah kita dapat mengeratkan tali silaturahim. Hal ini
demikian kerana, dengan mengeratkan tali silaturahim, masyarakat
dan negara akan menjadi aman. Tamsilannya acara-acara sukan yang
diadakan, dapat memupuk semangat bekerjasama antara ahli
pasukan. Fenomena ini bak kata pepatah Melayu, bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat
mengeratkan tali silaturahim, merupakan antara faedah
penganjuran acara sukan di sekolah. ( 71 pp )

Selain itu, antara antara faedah penganjuran acara sukan di


sekolah juga ialah kita dapat menyihatkan badan. Hal ini bermaksud,
dengan badan badan yang sihat, kita akan dapat belajar atau bekerja
dengan sempurna. Contohnya, acara lumba lari, dapat meningkatkan
kepantasan kita berlari dan seterusnya menjadikan badan kita lebih
cergas. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa kalau hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berdasarkan penerangan di atas
jelaslah bahawa kita dapat menyihatkan badan merupakan antara
faedah penganjuran acara sukan di sekolah. ( 79 pp )

Akhir sekali antara faedah penganjuran acara sukan di sekolah


kita dapat membentuk disiplin diri. Hal ini disebabkan oleh, dengan
membentuk disiplin diri, kita mampu untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah, peraturan-peraturan yang ada dalam setiap
acara sukan, akan menjadikan kita seorang pelajar yang mempunyai
disiplin. Pepatah ada mengatakan bahawa kalau baik jadikan teladan,
kalau jahat jadikan sempadan. Tuntasnya, dapat membentuk disiplin
diri merupakan antara faedah penganjuran acara sukan di sekolah. (
78 pp )

Sebagai intihanya, semua pihak haruslah berganding bahu


bersama-sama dengan pihak kerajaan, bagi menangani isu ini, agar
hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang cergas dan sihat dapat

23
direalisasikan. Pada pendapat saya, sinergi daripada semua pihak
merupakan kunci kepada kejayaan dan pembangunan sesebuah
negara. Sesungguhnya, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada
lurah yang tidak dapat dituruni. ( 55 pp )

12. Faedah menggunakan internet dalam kalangan masyarakat

Pada pendapat saya, antara faedah menggunakan internet


dalam kalangan masyarakat ialah kita akan mendapat maklumat
daripada pelbagai sumber. Hal ini demikian kerana dengan mendapat
maklumat daripada pelbagai sumber akan memudahkan proses
pembelajaran. Bukan itu sahaja, malah kita juga dapat menjimatkan
masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Bahkan juga hasil kerja kita
akan menjadi semakin berkualiti. Sebaliknya, jika kita tidak
menggunakan internet sudah pasti kita memerlukan masa yang
panjang untuk menyiapkan sesuatu kerja. Tamsilannya maklumat
tentang berita luar negara, pelajaran, bidang-bidang pekerjaan , dunia
perniagaan, dunia fesyen dan sebagainya. Fenomena ini bak kata
pepatah melayu kuat ketam kerana sepit, kuat manusia kerana ilmu.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa, mendapat maklumat daripada
pelbagai sumber merupakan faedah menggunakan internet dalam
kalangan masyarakat.

Selain itu, antara faedah menggunakan internet dalam kalangan


masyarakat juga ialah kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan
seharian. Hal ini bermaksud, dengan menyelesaikan pelbagai urusan
seharian kita akan menjimatkan wang, masa dan tenaga. Di samping
itu, penggunaan internet juga akan memudahkan segala kerja dan
urusan. Lebih-lebih lagi, segala tugasan kita akan menjadi lebih
sempurna. Berbeza dengan, tanpa menggunakan internet sudah tentu
kerja kita menjadi rumit dan memerlukan masa yang lama untuk
diselesaikan. Contohnya, urusan perniagaan, kerja khusus, urusan

24
pejabat, pembayaran bil dan sebagainya. Peribahasa melayu ada
mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. Justeru, kita dapat saksikan bahawa , kita dapat
menyelesaikan pelbagai urusan seharian merupakan antara faedah
menggunakan internet dalam kalangan masyarakat. (114pp)

Akhir sekali antara faedah menggunakan internet dalam


kalangan masyarakat juga ialah kita dapat memudahkan komunikasi
jarak jauh dan dekat . Hal ini disebabkan oleh dengan adanya
kemudahan komunikasi jarak jauh dan dekat akan mengeratkan
silaturahim. Sehubungan dengan itu juga , akan merapatkan
hubungan kekeluargaan. Seterusnya, kita juga dapat mengetahui isu-
isu yang berlaku di luar negara. Kontradiksinya, tanpa kemudahan
komunikasi begini, sudah tentu kita tidak dapat mengetahui
perkembangan atau berita dari luar negara. Bagi membuktikan
perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah, penggunaan
aplikasi what app, facebook dan telegram mampu menjadi
penghubung keluarga yang berada di luar negara. Pepatah ada
mengatakan bahawa biduk berlalu kiambang bertaut. Ironinya, tidak
dapat dinafikan bahawa memudahkan komunikasi jarak jauh dan
dekat merupakan antara faedah menggunakan internet dalam
kalangan masyarakat. (124pp)

25
26
27
28
29
30
31

Anda mungkin juga menyukai