Anda di halaman 1dari 12

KPD 60604

KEPIMPINAN & PENYELIAAN INSTRUKTIONAL

NAMA : YUGGENESWARY A/P KARUPPANNAN


NOMBOR MATRIK : M 20211001166
TAJUK SOALAN : 1. Bincangkan Peranan Pemimpin Instruktional

Berdasarkan 5 tajuk forum yang diberikan, saya telah memilih Forum pertama iaitu
Bincangkan Peranan Pemimpin Instruktional (soalan 1). Ini adalah kerana, saya sebagai Ketua
Panitia Sekolah ingin menjelaskan tentang keseluruhan peranan Ketua Panitia sebagai pemimpin
instruktional. Ketua Panitia memainkan peranan yang sangat tinggi di sesebuah sekolah bagi
memantapkan kurikulum sekolah.

➢ PENGENALAN

Definisi Kepimpinan Instruksional ialah tindakan-tindakan yang diambil oleh seseorang


ketua panitia atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran
murid. Selain itu, ia juga mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang
diambil oleh seseorang pemimpin (ketua panitia) untuk menyediakan inovasi kurikulum dan
untuk memperkembangkan proses PdP dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah dan
pencapaian panitia terhadap mata pelajaran yang diajar. Mengikut Richardson (1989), seorang
pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan
kualiti instruksional sebagai keutamaan dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu
kenyataan. Manakala, Blasé (1998) pula menyatakan kepimpinan instruksional adalah
gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Hussein (1989) pula,
mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin
sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Ringkasnya,
kepimpinan Instruksional merupakan amalan seorang ketua panitia mengambil peduli terhadap
pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina
suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif disekolah bagi memacu kecemerlangan
sekolah.
Kepimpinan Instruktional ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu
lain supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut. Ia juga melibatkan
individu yang mampu mempengaruhi individu yang lain dengan melakukan apa yang
dikehendakinya. Kepimpinan ialah satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk
mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha untuk mencapai matlamat, ciri,
gaya atau cara yang mempengaruhi orang lain. Pemimpin pula ialah ketua yang mempunyai
sekumpulan pekerja atau individu yang dapat mempengaruhi orang lain. Dengan ini, sekolah
yang berjaya dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum adalah bergantung kepada
tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pemimpin pengajaran. Tambahan pula, seorang
Ketua Panitia juga bertanggungjawab sebagai pengagih tugas instruksi dan pembelajaran perlu
lebih banyak menghabiskan masa, mengelolakan aktiviti pembelajaran, menyelia dengan
berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program pengajaran
dan pembelajaran di bawah panitia masing-masing. Kepimpinan pengajaran adalah segala
peranan dan fungsi yang dimainkan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran murid
yang wujud daripada seseorang Ketua Panitia. Pemimpin pengajaran ialah seorang yang
mengatur langkah dan bergerak ke hadapan dalam tugas memajukan pelajaran di sekolahnya
lebih-lebih lagi terhadap mata pelajaran yang diceburinya. Dengan ini, pemimpin yang
profesional hendaklah menitikberatkan mutu pelajaran dan kualiti profesional dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Akhir kata, ketua panitia memainkan
peranan yang sangat penting dalam pencapaian mata peljaaran tersebut.
➢ TEORI-TEORI KEPIMPINAN INSTRUKTIONAL

1. MODEL WEBER

Pengasas model ini dikenali sebagai James Weber dan model ini membincangkan tentang
tanggungjawab pemimpin instruksional sebagai pihak berwajib yang memainkan peranan secara
dominan dalam menerajui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam model
instruksional ini, konsep yang diketengahkan adalah konsep kolaborasi di antara ketua panitia dalam
hal pengurusan panitia mata pelajaran terutamanya yang mana melibatkan perkongsian kepemimpinan
dan pengurusan hal-hal panitia dengan lebih sistematik. Selain itu, Model ini merangkumi 5
dimensi yang terdiri daripada (i) Pencapaian misi sekolah; (ii) Pengurusan Kurikulum dan Pengajaran
(PdP); (iii) Menggalakkan Iklim Pembelajaran Positif; (iv) Memerhati dan Meningkatkan
Pengajaran; (v) Menilai Program Pengajaran (Aktiviti-aktiviti Panitia).

Pencapaian Misi • Visi dan misi sekolah dibina secara kolaboratif


Sekolah (Gred Purata oleh pemimpin instruksional (Guru
besar/Pengetua/ Guru) dengan pihak
Sekolah dan Gred berkepentingan seperti ahli PIBG, pegawai
Purata Mata Pelajaran pendidikan dan pihak KPM. Dengan ini setiap
Ketua Panitia ke arah kecemerlangan untuk
mencapai Misi Sekolah dan Gred Mata Pelajaran

Mengurus Kurikulum • Pemimpin instruksional (Ketua Panitia)


Panitia & Pengajaran melakukan pemantauan bilik darjah secara
konsisten dengan menyediakan sumber dan
Panitia (Bilik Darjah) sokongan yang diperlukan kepada guru-
guru di bawah panitia bagi memastikan
teknik pengajaran yang efisien bagi memacu
pengajaran yang efektif.
• Pemimpin instruksional menggalakan iklim
Menggalakkan Iklim pembelajaran positif di bilik darjah dengan
memastikan penyampaian maklumat yang
Pembelajaran Positif telus, penetapan jangkaan yang realistik dan
(Bilik Darjah) mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif serta teratur

• Pemimpin instruksional akan berusaha


Memerhati dan Meningkatkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran
Pengajaran (PLC) dengan mewujudkan peluang pembangunan
professional seperti PLC melalui usaha
pencerapan di bawah panitia masing-
masing

Menilai Program Pengajaran • Pemimpin instruksional (Ketua Panitia) akan


Panitia menilai program pembelajaran dan
pengajaran (PdP) mereka bagi menganalisis
keberkesanan Kurikulum
2. MODEL HALLINGER (2000)

Model ini merupakan model yang telah diubah suai berdasarkan model instruksional sedia
ada yang telah dibangunkan pada tahun 1985 oleh Halilinger dan Murphy. Model ini memiliki 3
dimensi yang menjadi tunjang utama kepada kepimpinan instruksional iaitu Ketua Panitia,
(i) Mentakrifkan Misi Sekolah / Misi Panitia
(ii) Mengurus Program Instruksional (Panitia)
(iii) Membentuk Iklim Sekolah (Bilik darjah).

• Menjaga masa
• • Menyelia dan
Mentakrifkan Misi SEKOLAH / PANITIA

Merangka
instruktional
menilai
matlamat
instruktional
Mengurus Program Instruktional

Ketua Panitia • Menggalakkan


perkembangan
Membentuk iklim sekolah

• Menyelaras profesional
kurikulum /
Bidang Panitia
• Mengekalkan
sokongan
• Menyampaikan pembelajaran
• Memantau
matlamat perkembangan
Ketua Panitia murid • Menyediakan
intensif kepada
guru
3. MODEL ALIG-MIELCAREK (2003)

Model instruksional Alig-Mielcarek adalah berdasarkan adaptasi daripada model instruksional


sedia ada seperti model instruksional Hallinger & Murphy (1985), model instruksional Weber (1996)
dan kerangka kepimpinan Murphy (1990). Rumusan bagi model ini adalah seperti yang berikut.

• Kerjasama secara kolaboratif dalam komuniti


Panitia adalah diperlukan dalam menjelaskan
Mengenal pasti dan matlamat Mata Pelajaran
menyebar maklumat • Setelah itu, matlamat yang telah ditentukan akan
menjadi panduan dalam menentukan keputusan
bersama-sama dalam panitia, amalan pengajaran, kurikulum dan
penetapan sasaran untuk mencapai kemajuan
dalam Panitia

Mengawal dan
memberi maklum • Mementingkan peranan guru-guru akademik
balas terhadap dalam memberikan laporan dan maklum balas
proses pengajaran kepadaguru dan murid yang terlibat dalam perihal
akademik.
dan pembelajaran
(PdP : Panitia)

Mewujudkan
pembangunan • Para guru dikehendaki untuk menganalisa
profesional sekolah pencapaian murid bagi membolehkan mereka
menyediakan bahan ataupun sumber pengajaran
(dalam Panitia)
yang sesuai dan selaras dengan matlamat Panitia.
secara meluas
➢ SENARAI TUGAS KETUA PANITIA

a) Tanggungjawab Umum Ketua Panitia

▪ Membantu Pengetua / Guru Besar untuk merancang, mengelola dan melaksanakan


program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah
▪ Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina kompetensi, sikap,
kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan kurikulum

b) Bidang Tugas Ketua Panitia

▪ Mengetaui panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sekolah


▪ Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan PdP
▪ Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain
mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan
mata pelajaran berkaitan
▪ Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan
▪ Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu tentang
kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang
harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian
▪ Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa mengetahui perubahan
yang berlaku
▪ Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha peperiksaan /
Pengetua
▪ Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhati
menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan berat
tentang rancangan kerja pelajar-pelajar
▪ Membantu Guru Besar memeriksa dan menyemak gerak kerja pelajar-pelajar dalam mata
pelajaran berkaitan
▪ Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan
dan memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa
▪ Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut
kembali pada akhir sesi persekolahan
▪ Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan
kepada guru perpustakaan / pusat sumber
▪ Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja / tambahan yang perlu
digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan
▪ Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan
buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks
▪ Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan
luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber
sebagai bahan rujukan
▪ Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas matapelajaran
berkaitan
▪ Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih
kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah)
▪ Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran
berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus / seminar atau mesyuarat yang
berkaitan. Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan
kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semuaahli panitia
▪ Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Guru Besar / GPK dari semasa ke semasa

➢ CIRI-CIRI KETUA PANITIA

a) Memiliki nilai-nilai Professional sebagai Ketua Panitia


• Kreatif, inovatif dan bermotivasikan dalam menerajui panitia
• Komited terhadap budaya menuntut ilmu sepanjang hayat untuk diri dan warga panitia
• Berpegang pada prinsip ekuiti, akauntabiliti dan integriti dalam menerajui kecemerlangan
Pendidikan
• Berani dan sanggup mengambil risiko
• Komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan
• Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid boleh belajar dan berhak mendapat pengajaran
dan pembelajaran
• Berpegang pada prinsip bahawa setiap murid mesti terlibat dalam semua aktiviti kurikulum
• Menghargai masa pembelajaran akademik murid
• Berupaya menghadapi cabaran serta menangani masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan
kurikulum
• Komited terhadap usaha memajukan prestasi akademik murid
• Berpegang teguh pada ekspektasi yang tinggi dalam pengajran dan pembelajaran

b) Melakukan amalan terbaik sebagai Ketua Panitia


• Memastikan pengurusan panitia berteraskan prinsip pengurusan panitia berkesan
• Menjana visi dan misi panitia
• Merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan
• Menggunakan maklumat, dapatan kajian, pendekatan dan teknologi terkini dalam pengurusan
panitia
• Menghayati dan memupuk budaya menuntut ilmu sepanjang hayat melalui program-program
terancang
• Membawa dan melaksanakan perubahan dengan mengambil kira teori perubahan, amalan
semasa dan tuntutan akan datang
• Memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan berdasarkan prinsip dan peraturan
• Melaksanakan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum
• Menggunakan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran
dan pembelajaran
• Meletakkan sasaran dan cabaran yang tinggi terhadap pencapaian sekolah

c) Pengurusan Kurikulum sebagai Ketua Panitia


• Mengetahui Dasar Pendidikan Negara, Kurikulum Kebangsaan, Undang-Undang dan
peraturan relevan dengan kurikulum serta perkembangan terkini dalam pendidikan
• Penjanaan strategi untuk meningkatkan prestasi kurikulum
• Prinsip pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
• Prinsip dan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran
• Penggunaan pendekatan, dapatan kajian dan teknologi terkini bagi menyokong pengajaran
dan pembelajaran
• Perkembangan kognitif, afektif dan psikomotir murid
• Prinsip dan amalan terbaik penilaian dan penambahbaikan prestasi program dan murid ke arah
kecemerlangan secara analitis dan saintifik
➢ PENUTUP

Secara konklusinya, visi dan kualiti kepimpinan ketua panitia akan menentukan sejauh
manakah sesebuah panitia mata pelajaran akan berjaya dalam mewujudkan satu budaya kerja yang
harmoni dan sepakat di kalangan ahli-ahli untuk memperkembangkan dan menjayakan program
pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah. Sikap rendah diri dan ingin terus maju,
berkeyakinan, menghargai idea dan usaha ahli, bertimbang rasa, suka berunding, mengambil
perhatian tentang kebajikan ahli dan sentiasa menerima komen dengan hati terbuka dalam
menjalankan tugas sebagai ketua kumpulan adalah di antara beberapa sifat peribadi yang
akan membantu seorang ketua panitia menjalankan tugasnya dengan berkesan. Di samping itu,
pihak sekolah seharusnya mempunyai kepercayaan yang penuh kepada seseorang ketua panitia
yang telah dilantik dan melibatkan beliau dalam urusan pentadbiran sekolah berhubung dengan hal
akademik, diberi peluang untuk membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran dalam
bidangnya dan menghargai usaha dan sumbangan panitianya terhadap sekolah. Dipercayai dengan
adanya perhubungan yang mesra serta dibanteraskan punca-punca yang boleh menimbulkan
perasaan yang tidak puas hati, satu budaya kerja yang kondusif kepada peningkatan mutu pelajaran
akan dapat diwujudkan disekolah-sekolah.
Selain itu, kepimpinan instruksional lebih sering dikaitkan dengan peranan seorang Ketua Panitia
di sekolah. Sebagai ketua panitia, kepimpinan instruksional yang guru-guru amalkan mampu
mempengaruhi budaya kerja rakan guru di bawah panitia yang sama kerana budaya ini akan diserlahkan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kelebihan kepimpinan instruksional ini
adalah ianya mampu mewujudkan satu rantaian di mana guru-guru lain akan mencontohi dan
melakukan tugasan selaras dengan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh ketua panitia mereka. Dengan
itu, sekiranya individu yang berada di posisi teratas sesebuah organisasi berjaya menunjukkan teladan
yang baik, kesannya akan memberi impak yang positif kepada sesebuah organisasi tersebut secara
menyeluruh. Jadi di sini ketua panitia yang memainkan posisi teratas di sesebuah sekolah di bawah
bidang kurikulum.
Secara keseluruhan, Ketua Panitia di sesebuah sekolah amatlah penting untuk menjayakan
prestasi murid-murid. Ketua Panitia menjadi akar umbi di sekolah bagi menjayakan program-
program sekolah di bawaha bidang kurikulum.
➢ LAMPIRAN
CONTOH BORANG (KETUA PANITIA)

SMK SUBANG UTAMA


SENARAI SEMAK FAIL PANITIA MATA PELAJARAN SESI 2022/2023
PANITIA : ...............................................
FAIL 1/3

BIL PERKARA KANDUNGAN FAIL PERINCIAN KANDUNGAN ADA/TIADA CATATAN


1 PERANCANGAN 1.1 Carta Organisasi 1.1.1 Carta Organisasi Kurikulum
PANITIA
1.1.2 Carta Organisasi Panitia
1.2 Rancangan Tahunan Panitia 1.2.1 Carta GANTT
1.2.2 Takwim Tahunan Panitia
1.3 Perancangan Strategik Organisasi -
(PSO dan SWOT)
2 PENGURUSAN 2.1 Surat Lantikan KP -
PANITIA
2.2 Biodata/Profil Guru -
2.3 Senarai Buku Teks, Buku Rujukan -
dan Bahan Sokongan PdPC
2.4 Minit Mesyuarat Berpandukan 2.4.1 Surat Panggilan Mesyuarat
Format Yang Ditetapkan (PKPA
Bil2/1991)
2.4.2 Minit Mesyuarat
2.4.3 Rekod Kehadiran
2.4.4 Borang Maklum Balas Mesyuarat
2.4.5 Rekod Edaran
2.5 Minit Curai -
3 PELAKSANAAN 3.1 Rekod Perbelanjaan Panitia 3.1.1 Anggaran Belanja Mengurus
PANITIA (ABM)
3.1.2 Laporan Prestasi Perbelanjaan
3.1.3 Akaun Subsidiari
3.1.4 Laporan Perbelanjaan PCG
3.2 Analisis Keputusan Peperiksaan 3.2.1 Analisis Keputusan Peperiksaan
Awam & Pelan Intervensi Lima Langkah
(PILL)
3.2.2 Analisis Keputusan Peperiksaan
Awam & Laporan Pascanilai
3.3 Laporan Aktiviti Murid (1 muka -
surat)
4 PENGAJARAN 4.1 DSKP -
4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan -

Disediakan oleh, Disemak oleh,


....................................... ...................................
....
SMK SUBANG UTAMA
SENARAI SEMAK FAIL PANITIA MATA PELAJARAN SESI 2022/2023
PANITIA : ...............................................
FAIL 2/3

BIL PERKARA KANDUNGAN FAIL ADA/TIADA CATATAN


5 PEMBELAJARAN 5.1 Jadual Pemeriksaan Buku Latihan
5.2 Laporan Pemeriksaan Buku Latihan
5.3 Analisis Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
6 JADUAL WAKTU 6.1 Jadual Waktu Persendirian Guru
Panitia & Kelas
6.2 Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas
7 PENGUJIAN 7.1 Jadual Penggubalan Soalan (Termasuk
JSU/JSI)
7.2 Jadual Pentaksiran Bulanan/
Pertengahan Tahun/ Percubaan/ Akhir
Tahun

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... .......................................

Anda mungkin juga menyukai