Anda di halaman 1dari 7

Dalam konteks pihak pengurusanan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah sekolah itu berkesan

atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan panduan kepada pihak pengurusan untuk menyediakan pihak pengurusanan sekolah berkesan, iaitu Model Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel, 2001).

Oleh yang demikian, apabila menguruskan sekolah pihak pengurusan akan berpandukan kepada perkara- perkara berikut dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan sekolah.

1. Penetapan matlamat/ Visi secara bersama. Pihak pengurusan harus bersamasama dengan penolong kanan, guru- guru kanan matapelajaran, guru cemerlang, ketua panitia, pelajar dan ibu bapa untuk berdiskusi secara kolaboratif bagi menetapkan matlamat/visi secara kolektif. Penetapan matlamat secara bersama ini akan membina misi dan visi sekolah yang sepunya oleh semua komuniti dan warga sekolah. (Hoy dan Miskel, 2001; Bush, 2001). Penetepan misi dan visi sekolah seharusnya adalah untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar (Macbaeth, 2007)

2. Penyebaran misi dan visi kepada warga sekolah. Pihak pengurusan dengan kerjasama semua penolong kanan dan guru-guru harus menyebarkan misi dan visi sekolah untuk dihayati oleh semua pelajar, ibu bapa, staf sokongan, pekerja pembersihan swasta, pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan komuniti setempat. Penyebaran misi dan visi sekolah haruslah dilaksanakan dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Pihak pengurusan, penolong kanan, dan guru-guru haruslah berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai di setiap peringkat lapisan guru, pekerja sekolah dan komuniti.

3. Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kepercayaan terhadap guru untuk melaksanakan tugas bagi mencapai misi dan visi sekolah. Kepercayaan yang

diberikan oleh pihak pengurusan terhadap guru apabila merancang dan mengelola projek/program/aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu menambahbaik pembelajaran, membangunkan kapasiti dan meningkatkan personaliti pelajar secara holistik. Pihak pengurusan sebagai pihak pengurusan sekolah haruslah menyedari setiap guru mempunyai pelbagai latarbelakang, kelayakan akademik, kemahiran, dan personaliti yag boleh dimanfaatkan untuk membantu sekolah untuk mencapai misi dan visi sekolah.

4. Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah. Struktur yang berbentuk organik ini akan mengurangkan hirarkikal di sekolah yang boleh membataskan kreativiti dan pembangunan kapasiti guru dan murid. Pihak pengurusan juga sebagai pihak pengurusan sekolah akan lebih menghargai sumber-sumber yang ada di sekolah dan di luar sekolah yang boleh membantu memajukan sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah hari ini harus menjalankan peranan sebagai pihak pengurusan yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana dan membuat penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan pihak pengurusan sebagai pihak pengurusan tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi. Pihak pengurusan di samping sebagai pihak pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan visi sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam sekolah. Perubahan yang di bawa seharunya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembinan sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin pihak pengurusan harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi melahirkan sekolah yang berprestasi tinggi.

http://www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/RMKE10/img/pdf/bm/bab5.pdf Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar Sistem sekolah berprestasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan prestasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya. Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan; dan Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksana di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah membuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pihak pengurusan tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditangani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambah baikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan prestasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi fokus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan.

Cara- cara pengurusan sekolah meningkatkan akauntabiliti

Menetapkan matlamat atau target akademik sekolah Menyediakan satu set matlamat keseluruhan sekolah Menyediakan tanggungjawab guru supaya matlamat sekolah yang dibentuk tercapai Menggunakan taksiran keperluan dalam membina matlamat sekolah Menggunakan keputusan peperiksaan apabila membina matlamat akademik sekolah Membina matlamat yang mudah diterjemahkan oleh guru dalam bilik darjah Menetapkan matlamat sekolah berpandukan potensi murid

Menghebahkan matlamat atau target akademik sekolah Menjelaskan matlamat sekolah kepada semua warga sekolah Membincangkan matlamat akademik sekolah dengan guru-guru dalam mesyuarat guru Sebelum membuat keputusan bersama guru-guru mengenai kurikulum, beliau terlebih dahulu merujuk kepada matlamat akademik sekolah Memastikan matlamat akademik sekolah tersebar di seluruh sekolah dengan jelas (cth banner, poster, papan kenyataan) Matlamat sekolah disampaikan kepada murid (cth dalam perhimpunan atau manamana perjumpaan) Menjelaskan matlamat sekolah kepada ibu bapa (dalam mesyuarat agong PIBG, majlis bersama ibu bapa dan sebagainya)

Menyelia dan menilai pengajaran Melakukan rondaan untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar Memastikan guru-guru menyediakan rekod rancangan pengajaran Memastikan guru-guru di bilik darjah melaksanakan perkara-perkara yang selari dengan matlamat sekolah Mengambil kira hasil kerja murid apabila membuat penilaian ke atas pengajaran guru

Menjalankan pencerapan tidak rasmi (secara tidak terancang yang memakan masa tidak kurang daripada 5 minit) di bilik darjah secara tekal Memberi maklum balas tentang kekuatan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran (dalam perbincangan atau laporan bertulis) Memberi maklum balas tentang kelemahan guru selepas berlangsungnya penyeliaan pengajaran Menggalakkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang berbeza terhadap kumpulan murid yang berlainan potensi

Menyelaras kurikulum Menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program kurikulum pada setiap peringkat (contoh: pengetua, GPK, ketua bidang atau ketua panitia) Mengambil kira keputusan peperiksaan dalaman semasa membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan program kurikulum Memantau kurikulum di bilik darjah bagi memastikan ia mencakupi objektifobjektif kurikulum sekolah Memantau dan membanding pencapaian ujian atau peperiksaan murid untuk mengukur tahap pencapaian objektif kurikulum sekolah Terlibat secara aktif dalam kajian semula bahan-bahan kurikulum Mewujudkan jawatankuasa khas untuk mengendalikan projek kecemerlangan akademik

Memantau kemajuan akademik murid Membuat pemantauan terhadap hasil kerja atau latihan murid Berjumpa dengan guru-guru secara peribadi bagi membincangkan perkembangan akademik murid Berbincang dengan guru-guru bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kurikulum Menggunakan keputusan ujian/peperiksaan bagi menilai kemajuan pencapaian matlamat sekolah Memaklumkan kepada guru-guru secara bertulis keputusan prestasi akademik sekolah

Memaklumkan kepada murid-murid tentang keputusan peperiksaan sekolah dan pencapaian semasa Memaklumkan kepada ibu bapa pencapaian atau keputusan peperiksaan murid

Menggalakkan perkembangan professional Memastikan latihan/kursus yang dihadiri oleh guru adalah selari dengan matlamat akademik sekolah Menggalakan guru mengaplikasi kemahiran yang diperolehi daripada latihan/kursus ke dalam pengajaran di bilik darjah Melibatkan semua guru dalam latihan/kursus yang penting Mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran Mengadakan inhouse training supaya guru yang pergi berkursus dapat berkongsi pengetahuan dengan guru lain Memperuntukkan masa dalam mesyuarat guru bagi guru-guru berkongsi idea atau maklumat yag diperolehi daripada latihan/kursus

Melibatkan sokongan komuniti untuk pembelajaran murid Bekerjasama dengan pegawai PPD/JPN untuk menjayakan program akademik sekolah Mendapatkan kerjasama PIBG (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk meningkatkan pencapaianmurid Mendapatkan kerjasama bekas pelajar lama (contoh kewangan, kepakaran atau tenaga) untuk membantu program kecemerlangan Melibatkan guru-guru sekolah lain yang mempunyai kepakaran untuk membantu murid (contoh ceramah, seminar atau bengkel teknik menjawab soalan) Bekerjasama dengan agensi-agensi luar (contoh IPTA, IPTS, NGO, Bank dan sebagainya) untuk membantu kecemerlangan murid

Kurikulum Reka bentuk kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai matlamat dan objektif yang mampu memberi keuntungan kepada sesebuah organisasi. Walaupun

guru

bertanggungjawab

melaksanakan

setiap

rancangan

yang

telah

direncanakan, ia perlulah mendapat perhatian dan pengawasan daripada pihak pengurusan bagi memastikan ianya ditafsirkan secara efektif dan mencapai matlamat yang diharapkan. Aktiviti kurikulum adalah seperti garis panduan tugas, peperiksaan dan penilaian, serta kokurikulum aktiviti seperti sukan dan permainan, hobi, debat, kebudayaan, program khidmat masyarakat dan pertubuhan, persatuan serta kelab. Pembahagian dan perlaksanaan aktiviti ini disekolah adalah di bawah seliaan pihak pengurusan. Maka, pihak pengurusanlah yang mampu membantu dan menjana pertumbuhan mental, moral dan fizikal seorang manusia. Malah, di peringkatkan pihak pengurusan menjadi seorang model yang menjadi rujukan dan contoh terbaik.

Anda mungkin juga menyukai