Anda di halaman 1dari 6

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MORAL (Tingkatan 2)

BIDANG 4 : MORAL, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


UNIT 12 : Etika Undang-Undang Siber Membantu
Pembentukan Jati Diri

Bahagian A: Objektif

1. Alam Siber ialah alam yang berkait rapat dengan komputer dan internet. Terdapat undang-
undang siber untuk mengawal pengguna siber daripada penyalahgunaan internet.
Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
berfungsi?

A. Larang terhadap pemberian kandungan jelik, iaitu tidak boleh memberikan kandungan
sumbang,lucah,palsu,mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau,
mendera,menggugut atau mengganggu mana-mana orang.
B. Dikenakan hukuman terhadap akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program
atau data yang terdapat dalam sesebuah komputer.
C. Mengambil alih kuasa perlesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.
D. Menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna
secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksu secara elektronik

2. Ramalkan kesan penyebaran berita palsu dalam kalangan netizen?


i. menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan
ii. meningkatkan ekonomi negara
iii. merapatkan hubungan antarabangsa
iv. menjejaskan perpaduan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

3. Jenayah siber seperti penggodaman dan penyebaran berita palsu, fitnah serta hasutan.
Cadangkan tindakan yang boleh diambil terhadap pihak yang tidak beretika dan menyalahi
undang-undang Siber?

A. menggubal undang-undang siber untuk mengawal pengguna internet agar tidak


melakukan kesalahan semasa menggunakan media siber
B. melaporkan kepada pihak berkuasa
C. tidak melibatkan diri dengan jenayah siber
D. mematuhi undang-undnag yang ditetapkan
4. Hubung kaitkan penggunaan internet secara tidak beretika dan menyalahi undang-
undang siber dengan kesan kepada masyarakat.

A. memupuk perpaduan
B. mengurangkan jenayah dalam kalangan masyarakat
C. menjadi pengguna siber yang berhemah
D. menimbulkan kerisauan dan perselisihan faham

5. Mengapakah penggunaan internet secara tidak beretika dapat menimbulkan propaganda


dalam kalangan masyarakat?

A. urus niaga dalalam talian dapat dilakukan dengan selamat


B. menjaga keharmonian hidup
C. mewujudkan persekitaran siber yang tidak selamat
D. menjadi pengguna siber yang berhemah

Bahagian B: Struktur

Maklumat berikut berkaitan dengan buli siber.


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang tidak beretika turut menjadi punca berlakunya
buli siber. (Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4, halaman 53)

6. Anda bersetuju dengan pernyataan di atas. Terangkan nilai universal yang perlu diamalkan oleh
pengguna yang melakukan buli siber.

7. Sekiranya anda adalah mangsa buli siber, bagaimanakah anda dapat mencegah masalah tersebut
daripada berulang.

8. Jika anda adalah seorang pengguna bijak dan penuh beretika ketika menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi, apakah perasaan anda? Berikan alasan

9. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara beretika?
Bahagian C: Esei

Gambar yang berikut berkaitan amaran tentang bahaya “keldai akaun”

10. Pada pandangan anda, huraikan bagaimana anda boleh mengelakkan diri daripada

menjadi mangsa penipuan seperti kes ini. Jawapan anda berdasarkan nilai-nilai universal

yang telah dipelajari.


Skema Jawapan

BAHAGIAN SOALAN JAWAPAN

BAHAGIAN 1 Jawapan A
A 2 Jawapan B
OBJEKTIF 3 Jawapan A
4 Jawapan D
5 Jawapan C

BAHAGIAN
6 N1 Rasional
B N2 Harga Diri
STRUKTUR H1 Memikirkan kesan buli siber
H2 Mangsa boleh menjadi murung/trauma/tekanan
H3 Tidak memuat naik maklumat negatif
H4 Mangsa mengalami gangguan emosi
H5 Mematuhi peraturan/undang-undang siber
H6 Dikenakan tindakan undang-undang
H7 Menghargai nyawa mangsa buli
H8 Memahami perasaan mangsa buli siber

7 H1 Menjaga maklumat diri sendiri


H2 Merahsiakan nama pengguna/kata laluan
H3 Tidak berkongsi butiran peribadi di laman sosial
H4 Tukar tetapan kepada persendirian
H5 Bincang dengan ibu bapa
H6 Dapatkan sokongan/nasihat/dorongan
H7 Membuat aduan kepada pihak berkuasa
H8 Simpan mesej yang diterima sebagai bukti
H9 Tidak membalas sebarang mesej
H10 Menyekat pembuli di semua media

8 J1 Gembira/Bangga
H1 Menggunakan teknologi dengan baik/beretika
H2 Tidak pernah menyebarkan maklumat palsu
H3 Menghargai nyawa mangsa buli
H4 Memikirkan kesan buli siber
H5 Beretika dan berintegriti
H6 Melengkapi diri dengan ilmu teknologi
H7 Tidak berkomplot atau bersubahat dengan gejala negatif
9 H1 Berkongsi maklumat secara berhemah
H2 Maklumat diperoleh dengan mudah/pantas dan sahih
H3 Memudahkan hubungan sosial
H4 Komunikasi secara maya
H5 Meningkatkan kualiti pendidikan
H6 Mampu menarik minat murid
H7 Menjimatkan kos dan masa
H8 Kos panggilan telefon dan pengangkutan dapat dijimatkan

BAHAGIAN 10 N1 Rasional
C N2 Kesederhanaan
ESEI
N3 Bertanggungjawab
N4 Harga Diri

Nota: Maksimum 3 nilai sahaja

H1 Berwaspada selalu dengan tawaran yang tidak munasabah.


H2 Tidak mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali /
panggilan telefon yang mencurigakan.
H3 Tidak melayan panggilan telefon dari pihak yang tidak
dikenali
H4 Melengkapkan diri dengan ilmu dan keadaan tentang kes
tersebut.
H5 Merujuk pihak bank secara terus jika ingin membuat
pinjaman / tidak melalui orang tengah.
H6 Melaporkan dengan segera jika ada transaksi dalam akaun
yang mencurigakan
H7 Berhati-hati dengan skim cepat kaya yang boleh dianggap
tidak munasabah supaya tidak ditipu
H8 Menjaga maruah diri dengan mengelakkan diri dari terlibat
dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral / jenayah.
H9 Sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang taktik
scammer untuk memerangkap mangsa di media massa.
H10 Berusaha untuk mencapai kejayaan / kekayaan dengan
bekerja keras. Tidak terlibat atau bersubahat dengan jenayah.

(Mana-mana jawapan munasabah)


Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Pendidikan Moral

Aras Kesukaran
Rendah Sederhana Tinggi PEMBERATAN

PENGETAHUAN

KEFAHAMAN

PENILAIAN

Bil. Soalan
ANALISIS

% Soalan
APLIKASI
Bidang UNIT

SINTESIS
MEMBANTU PEMBENTUKAN JATI
ETIKA UNDANG-UNDANG SIBER
MORAL, PERATURAN DAN
UNDANG-UNDANG
BIDANG 4:

A1,
UNIT 12 :

A2, A4 A5
DIRI

A3, C10 10 100


B7 B8, B9
B6

Jumlah Soalan
3 3 3 1 10
Jumlah Soalan Mengikut
Aras Kesukaran 6 4 10

Wajaran (%) 60 40 10 100

Catatan:

1. Semua guru dikehendaki mengikut sepenuhnya format penyediaan kertas soalan peperiksaan yang
ditetapkan.

2. Sila kirakan peratus di ruangan % soalan berdasarkan bilangan soalan bagi kertas berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai