Latihan 1 Bahagian A [30 markah] (Masa dicadangkan : 45 minit) Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PUNCA-PUNCA KECEMERLANGAN MURID DALAM AKADEMIK Sokongan daripada ibu bapa Kumpulan perbincangan
Jawapan: Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Saidina Ali Abi Talib pernah menukilkan, Ilmu apabila diperdagangkan bertambah, sebaliknya harta apabila diperdagangkan berkurang . Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya murid-murid sekolah. Kecemerlangan murid dalam akademik adalah sangat penting kerana mereka merupakan bakal pemimpin kita pada masa hadapan. Remaja yang cemerlang akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. Hal ini bertepatan dengan ungkapan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara . Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan seseorang murid dalam akademik? Faktor utama yang membawa kepada kecemerlangan murid dalam akademik ialah melalui tumpuan ketika guru mengajar di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). Sekiranya seseorang murid itu menumpukan perhatian semasa guru mengajar di bilik darjah, sudah tentu pelajaran tersebut lebih cepat diserap masuk ke dalam minda murid-murid. Pakar psikologi pernah mengatakan bahawa, lima puluh peratus kejayaan murid dalam akademik adalah melalui tumpuan seratus peratus murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebanyakan murid yang berjaya dalam akademik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa mengemukakan soalan kepada guru-guru sekiranya terdapat tajuk yang tidak dapat difahami ketika guru mengajar. Selain itu, murid-murid yang sering berjumpa dan berbincang dengan guruguru tentang akademik, pasti meraih kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini, murid-murid perlu menghindari perasaan malu atau segan untuk bertanya apa-apa masalah tentang akademik kepada guru mereka kerana pepatah menyatakan, malas berkayuh perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Murid-murid juga perlu menyiapkan segala kerja rumah yang disuruh oleh guru dan menghantar dengan segera kepada guru untuk diperiksa. Murid-murid juga turut melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara proaktif bagi membantu
Peranan sekolah
USAHA-USAHA Kepelbagaian kebudayaan MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM.
Hari Keluarga
Usaha-usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang .............1...............dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan ................2................. malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan .............3.................. berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Persoalannnya, apakah ...........4............... mewujudkan perpaduan kaum di negara kita? Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang dimainkan oleh....................5....................... Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan ............................6.................. sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan ...............7................... Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih ...............8..............., bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan ....................9................... kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Selain itu, ........................10............................ yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
Latihan 3 Bahagian A [30 markah] 45 minit) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata. (Masa dicadangkan :
Penguatkuasaan undang-undang
Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember 2008 dan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu Langat, merupakan dua peristiwa yang banyak mengalirkan air mata rakyat Malaysia. Peristiwa ini menuntut masyarakat membenamkan mata fikir dalam akal yang waras untuk mencari penyelesaian bukan hanya polemik di media-media dan menuding jari berbalah sesama sendiri terhadap peristiwa yang terjadi. Secara implisitnya, ketidakprihatinan masyarakat negara ini merupakan punca kemurkaan alam kepada kita. Justeru, adalah wajar semua pihak membuka mata serta mengorak langkah
Latihan 4 Bahagian A [30 markah] 45 minit) Carta di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada keistimewaan negara kita. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. (Masa dicadangkan :
KEISTIMEWAAN NEGARA KITA Seni Kraf Tangan Memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf tangan
Kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara kita. Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedahfaedah bersukan kepada masyarakat.Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
FAEDAH BERSUKAN
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat? Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak ,
Latihan 6
10
JAWAPAN: Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan. Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Murid akan memperoleh pelbagai manfaat jika memaksimum penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah. Persolannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah? Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah dengan memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah dikunjungi oleh murid-murid. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang. Hal ini memudahkan pengunjung untuk mengunjungi PSS. Bangunan tersebut perlulah dicat dan dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selain
11
12