Anda di halaman 1dari 15

KARANGAN JENIS CERAMAH 1.

Sebagai penceramah, anda perlu _________________________ anda berucap di hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda. 2. Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu __________________ dengan khalayak, sama ada masyarakat ___________ ataupun yang berpendidikan ________________. 3. Pengucapan hendaklah ______________________________________________________ dengan menggunakan ________________________________ (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak. FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH 1. Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti ____________________________________________________ ________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ _____________________________________________. 2. Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti ____________________________________________________ _____________________ ___________________________________________________________ ____________________ ___________________________________________________________ _________dan sebagainya. 3. Sebelum mengakhiri ceramah, ______________________ isi perlu dibuat supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui ______________________________________ 4. Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ____________________________________ kepada hadirin atas ______________ mereka mendengar ceramah dengan tekun.

KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN 1) Syarahan juga dikenali sebagai _______________. 2) Dalam peperiksaan PMR, tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi ______________. 3) Pada keseluruhannya, cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan jenis ____________________________________________ 4) Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan _________________ tentang sesuatu perkara secara lisan. 5) Isi-isi yang disampaikan hendaklah __________________ agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan. 6) Karangan syarahan dimulai dengan ________________ sebagai tanda hormat kepada __________ ___________________________________________________________ ________________________ __________________________________________. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta haruslah menyebut __________________________________________________________ ________________. 8) Nyatakan juga __________________________ yang ingin disampaikan oleh anda. 9) Anda perlu menyebut kata panggilan ______________________________, dan sebagainya bagi ____________________________________ para pendengar. 10) Penutup ialah _______________________________ daripada isiisi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah __________________________________________________ _________ ___________________________________________________________ _____________ daripada tajuk asal. Soalan 1: Sejak kebelakangan ini perkhidmatan perubatan swasta berkembang dengan pesat. Anda sebagai Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dijemput memberi ceramah tentang kesan

daripada perkembangan perkhidmatan tersebut. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya. Pendahuluan Kata alu-aluan Penyataan tajuk Isi-isi Kesan baik 1. Membantu perkembangan ekonomi 2. Kualiti dan kecekapan perkhidmatan menjadi semakin baik Kesan buruk 1. Kos rawatan yang tinggi 2. Perkhidmatan tidak menyeluruh. Penutup Kesan menyeluruh kepada masyarakat. ___________________________________________________ _______________ Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta. Tuan-tuan dan puan-puan, Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di Negara ini semakin pesat. Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sector sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan perubatan Negara.

Hadirin sekalian, Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan yang dikenakan bayaran, maka aspek kualiti dijaga dengan baik bagi menjamin operasi perkhidmatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik namun terdapat juga kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak terkawal. Seperti menjual ubatan secara haram. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi manfaat kepada masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok berlaku, tindakan tegas harus diambil supaya perkhidmatan perubatan ini mapu memberikan kesenangan kepada masyarakat. Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih. KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN 1) Syarahan juga dikenali sebagai pidato. 2) Dalam peperiksaan PMR, tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi pertandingan. 3) Pada keseluruhannya, cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan jenis ucapan dan ceramah. 4) Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan. 5) Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan. 6) Karangan syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan

audiens. Jika untuk pertandingan, peserta-peserta menyebut para hakin yang arif lagi adil.

haruslah

7) Untuk kata-kata penghadapan sesuatu karangan jenis syarahan, anda perlu menyebutkannya mengikut protokol atau tatacara yang telah ditetapkan. 8) Nyatakan juga tajuk syarahan yang ingin disampaikan oleh anda. 9) Anda perlu menyebut kata panggilan Tuan-tuan dan puanpuan, dan sebagainya bagi menarik perhatian para pendengar. 10) Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal. Soalan 1. Masyarakat Malaysia kurang membaca. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Tulis teks syarahan itu selengkapnya. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hadirin yang dihormati, Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan. Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika

anggota sesebuah keluarga suka membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa. Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelabagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Hal ini demikian kerana anak-anak akan dapat menyimpan perkara terakhir sebelum mereka tidur. Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh member hadiah atau pujian kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau kegemaran anak-anak. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan bahasa jika hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungmya. Sekian, terima kasih. Soalan 2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah Kebangsaan Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Minggu Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama. Hadirin yang dihormati sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin

serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-undang yang telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju. Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Hadirin yang dihormati sekalian, Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh mengikut perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana terdapat ribuan pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Kita tidak patut melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di jalan raya. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Hadirin yang dihormati sekalian, Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan mematuhi undangundang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata kita, namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.

Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan dan hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri, Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua pengguna jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah yang akan diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan Berhati-hati di jalan raya dan Pandu cermat jiwa selamat. Sekian terima kasih. Soalan latihan Tulis karangan bagi setiap perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan. 1. Anda telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oelh Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih itu ialah Nilai-nilai murni bermula dari rumah. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 2. Sebagai salah seorang peserta akhir bagi pertandingan syarahan, anda telah memilih satu tajuk yang menjadi kegemaran anda, iaitu Kesan pencemaran alam dalam kehidupan manusia. Tulis syarahan itu selengkapnya.

KARANGAN JENIS CERAMAH

1. Sebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda. 2. Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi. 3. Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak. FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH 1. Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, tetamu kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian. 2. Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti hadirin yang saya muliakan, hadirin yang dihormati sekalian, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya. 3. Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali. 4. Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.

Soalan 1: Sejak kebelakangan ini perkhidmatan perubatan swasta berkembang dengan pesat. Anda sebagai Pegawai kanan di Kementerian Kesihatan dijemput memberi ceramah tentang kesan daripada perkembangan perkhidmatan tersebut. Tulis teks ceramah tersebut selengkapnya. Kesan baik

1. Membantu perkembangan ekonomi 2. Kualiti dan kecekapan perkhidmatan menjadi semakin baik
Kesan buruk

1. Kos rawatan yang tinggi 2. Perkhidmatan tidak menyeluruh. Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah kesan perkembangan perkhidmatan perubatan swasta. Tuan-tuan dan puan-puan, Perkembangan perkhidmatan perubatan swasta di negara ini semakin pesat. Kepesatan ini adalah selaras dengan perkembangan yang di capai dalam sektor sosioekonomi penduduk. Perkembangan pesat ini adalah untuk menampung keperluan perubatan negara. Hadirin sekalian, Perkhidmatan perubatan swasta menekankan aspek kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan. Oleh kerana setiap perkhidmatan yang dikenakan bayaran, maka aspek kualiti dijaga dengan baik bagi menjamin operasi perkhidmatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Walaupun perkembangan perkhidmatan ini memberi kesan yang baik namun terdapat juga kesan buruk seperti perkhidmatan yang diberikan tidak terkawal seperti menjual ubatan secara haram. Tuan-tuan dan puan-puan, Pada dasarnya perkhidmatan yang disediakan ini adalah memberi manfaat kepada masyarakat. Sekiranya terdapat perkara yang tidak elok berlaku, tindakan tegas harus diambil supaya perkhidmatan perubatan ini mampu memberikan kesenangan kepada masyarakat. Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini. Terima kasih.

KARANGAN BERFORMAT SYARAHAN 1) Syarahan juga dikenali sebagai pidato. 2) Dalam peperiksaan PMR, tajuk syarahan biasanya dikemukakan dalam situasi pertandingan. 3) Pada keseluruhannya, cara menulis karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan jenis ucapan dan ceramah. 4) Syarahan seperti ceramah, digunakan untuk menyampaikan buah fikiran tentang sesuatu perkara secara lisan. 5) Isi-isi yang disampaikan hendaklah jelas dan tepat agar dapat menerangkan maksud yang dihajatkan.
6) Karangan syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas, dan hadirin. Jika untuk pertandingan, pesertapeserta haruslah menyebut para hakim yang arif lagi adil.

8) Nyatakan juga tajuk syarahan yang ingin disampaikan oleh anda. 9) Anda perlu menyebut kata panggilan Tuan-tuan dan puan-puan, dan sebagainya bagi menarik perhatian para pendengar. 10) Penutup ialah kesimpulan menyeluruh daripada isi-isi syarahan yang dinyatakan. Kesimpulan yang dibuat hendaklah padat dan jelas serta tidak terpesong daripada tajuk asal.

Soalan 2. Masyarakat Malaysia kurang membaca. Sebagai salah seorang peserta pertandingan akhir syarahan peringkat sekolah, anda telah memilih tajuk Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Tulis teks syarahan itu selengkapnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan, selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika berkesempatan. Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh kepada anak mereka dalam semua perkara. Ibu bapa mestilah mengurangkan hobi lain dan serlahkan minat membaca buku atau majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh ibu bapa.
Bagi ibu bapa yang prihatin terhadap perkara ini, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk menanam minat membaca pelbagai bahan bacaan dalam kalangan anak mereka. Bacakan buku untuk anak mereka sebelum mereka tidur. Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh menghadiahkan buku kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyatakan peribahasa jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekian, terima kasih.

Soalan 2. Anda diminta menyediakan teks syarahan bertajuk Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama yang akan disampaikan pada hari perasmian Minggu Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan di sekolah anda.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Puan Pengetua Sekolah Kebangsaan Mahmud, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Minggu Keselamatan Jalan Raya SMK Mahmud. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama. Hadirin yang dihormati sekalian, Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan raya semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Perkara ini mungkin sekali berlaku kerana sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri. Pemandu yang tidak sabar untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan segera memungkinkan mereka melanggar undang-undang yang telah ditetapkan seperti memandu melebihi had laju. Selain itu, sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan diri sendiri dan orang lain juga. Hadirin yang dihormati sekalian, Keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama. Kita tidak boleh mengikut perasaan semasa menggunakan jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk menunjukkan kehebatan diri atau tempat untuk bermaharajalela. Hal ini demikian kerana terdapat ribuan pengguna lain yang turut menggunakan jalan raya. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan hak orang lain. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan di jalan raya, kita haruslah bertolak ansur dengan pengguna jalan raya yang lain. Kita tidak patut melakukan perkara yang dapat menyusahkan orang lains eperti berlumba di jalan raya. Hal ini akan mengakibatkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada diri sendiri, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang dihormati sekalian, Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita sebagai pengguna jalan raya juga boleh memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah dengan mematuhi undangundang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu isyarat, dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini kecil di mata kita, namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi. Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mestilah dikikis. Walaupun kita ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan segera, namun kita tidak harus mengetepikan perasaan dan hak pengguna jalan raya yang lain, seperti memotong kenderaan lain sesuka hati. Selain menyusahkan orang lain, hal ini dapat membawa kemudaratan kepada diri sendiri, Akhir sekali, ingatlah bahawa keselamatan di jalan raya terletak di tangan semua pengguna jalan raya. Undang-undang harus dipatuhi bukan diingkari. Jika diingkari, padah yang akan diganti. Oleh hal yang demikian, kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa selamat dan kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan Berhati-hati di jalan raya dan Pandu cermat jiwa selamat. Sekian terima kasih. Soalan latihan Tulis karangan bagi setiap perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan. 1. Anda telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oelh Panitia Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih itu ialah Nilai-nilai murni bermula dari rumah. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. 2. Sebagai salah seorang peserta akhir bagi pertandingan syarahan, anda telah memilih satu tajuk yang menjadi kegemaran anda, iaitu Kesan pencemaran alam dalam kehidupan manusia.

Tulis syarahan itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai