Anda di halaman 1dari 10

MODUL PDPR BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Mata Pelajaran Bahasa Melayu


Sasaran TINGKATAN 4
Tajuk Amalan Hidup Bermasyarakat (Cara mengeratkan hubungan kejiranan)
Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.

Standard 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang


Pembelajaran lengkap, Bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik.
Objektif Pada akhir pembelajaran, anda dapat:
Pembelajaran 1. Menghuraikan sekurang-kurangnya 4 cara mengeratkan
hubungan kejiranan
2. menghasilkan sebuah karangan pidato yang lengkap

Tempoh Masa 2 jam


Nota Rujuk Lampiran 1, Lampiran 2 dan Lampiran 3
Aktiviti 1. Anda diminta membaca buku teks muka surat 120 hingga
121 dan fahami isi kandungannya.
2. Anda diminta membaca nota cara penulisan pidato yang baik
dan contoh karangan pidato.
3. Berdasarkan soalan yang telah diberikan, anda perlu menulis
karangan pidato yang lengkap dengan menggunakan format
yang betul dan ayat yang gramatis.(Lampiran 4)
4. Hasil tugasan anda boleh diserahkan kepada sekolah pada 30
Nov. 2020 pada pukul 9.00 pagi / gambar melalui whatsapp /
telegram kelas.

Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan karangan pidato yang telah dihasilkan.
NOTA LAMPIRAN 1
NOTA CARA PENULISAN PIDATO

LAMPIRAN 2

an oleh seseorang dalam khalayak ramai atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemi
esuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara penulisan pidato.

erta fakta-fakta sokongan.

erusnya menyampaikan kata-kata aluan kepada pengerusi majlis, jemputan kehormat, para hakim, penganjur majlis dan para hadirin m

pantun, seloka ataupun sajak yang bersesuaian dengan tajuk. Pemidato juga boleh menggunakan statistik yang mengemparkan . pemi
Isi:
Permulaan isi:

Pemidato memperkenalkan tajuk yang dipilih dan member huraian berkaitan tajuk tersebut. Takrifan ini penting seba

Isi utama diikuti dengan huraian dan contoh-contoh: setiap isi yang diberikan perlu diberikan huraian yang jelas dan c

 Kesimpulan setiap isi: Penegasan se



 Penutup:

Pidato perlu ditutup dengan tertib d

n jenis ini lazimnya dikemukakan dalam bentuk pertandingan. Oleh itu, anda perlu memberikan kata-kata pujian kepada hakim yang m
aksana, barisan hakim yang arif lagi bijaksana atau yang sama maksud dengannya.'

g bermutu, isi yang dikemukakan mestilah bernas, tepat dan jelas.

as dan mudah difahami. Anda juga boleh menyelitkan jenaka yang sopan, kata-kata kiasan , peribahasa, pepatah, dan cogan kata.
 Sistem sapaan dan rujukan dalam ucapan termasuk pidato,
ucapan, syarahan, ceramah.

 Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan


sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa.

 Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan


bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

 Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai


sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan


gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

 Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.


Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.

 Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar “disamakan dengan


pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.”

 Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam


keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung
kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
LAMPIRAN 3

Teks Pidato Contoh


Soalan:

Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Tajuk
pidato itu ialah "Memartabatkan Bahasa Melayu".

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan Bahasa
Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan
digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan.
Tambahan pula, bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk
perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya
lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap
agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses
penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Indikator saya yang pertama ialah pemupukan kesedaran kepada anak-anak sejak kecil penting
untuk memartabatkan bahasa Melayu. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah
dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh
itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu
peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa
perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga
haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu
yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-
15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-
bila.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang kedua ialah kerajaan harus menjalankan kempen melalui media massa. Pihak
berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam
kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu
bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk
menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut
memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal
ini dikatakan demikian kerana media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai.
Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan
penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu
semakin meluas digunakan, sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia
Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, “Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi”
dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah
diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu
akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau
iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang
meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa
kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu
dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-
menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan
penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh
hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,

Indikator saya yang keempat ialah pihak kerajaan hendaklah memperkasakan peranan pihak
penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak
penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil
tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk
menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan
yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen.
Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak
mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan
impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan
seharian.

Sebagai kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan
bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak
diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa
utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama
memartabatkan
penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya
dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat
tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


LAMPIRAN 4

Anda akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Budi Bahasa Budaya Kita di
peringkat daerah. Tajuk pidato itu ialah " Cara-cara Mengeratkan Hubungan Kejiranan".

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai