Anda di halaman 1dari 5

MODUL KENDIRI BAHASA MELAYU 17/10/2021- 21/10/2021

SOALAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaan itu sebagai peribahasa atau
nama khas

Mural ialah suatu lukisan besar pada ruang bangunan atau ruang dinding. Lukisannya berkisar
tentang suatu benda, peristiwa, cerita atau pengalaman yang mengusik perasaan yang dilahirkan
dengan cara yang cukup halus dan cekap.

Lukisan grafiti merupakan salah satu seni yang sedang berkembang maju. Grafiti ialah suatu
lakaran yang dibuat pada dinding. Suatu Ketika, grafiti ini dikaitkan dengan golongan muda yang
mahu meluahkan perasaan. Oleh sebab itu, grafiti dianggap sebagai vandalisme kerana contengan –
contengan liar yang dihasilkan oleh golongan ini.

Sumber: Buku Teks Tingkatan 4

( 8 markah )

Kata Adjektif Ayat

1
SOALAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Abdullah Munsyi telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830. Syairnya bertajuk
singapura Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan Bahasa Melayu tersebut
melalui karya kesusasteraan malahan turut menyedari betapa pentingnya buku nahu Bahasa
Melayu. Nahu sesebuah Bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa.
Orang asing menulis nahu Bahasa Melayu berdasarkan pengubahsuaian nahu Bahasa mereka
sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada Kenali Munsyi Abdullah

Trivia Komsas Fokus PM, Jun 2014

( 6 markah)

Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang

2
SOALAN 3

Petikan di bawah mengandungi Sembilan kesalahan Bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan
itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada Sembilan kesalahan yang terdapat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Kesusasteraan Melayu semakin pelajar tidak minati. Oleh itu pelajar akan lebih terkesan dan
terhibur bila pendidik turut serta terlibat diri dalam aktiviti sastera. Para pendidik diminta untuk
berkecimpung dalam dunia sastera dengan penuh minat, kesedaran dan rasa tanggung jawab. Oleh
itu, asahlah ketajaman pengetahuan dan kebolehan di dalam bidang kesusasteraan. Sudah tiba
masanya, pendidik haruslah memainkan peranan mendendangkan sajak, mementaskan teater,
bernyanyikan lagu puisi dan menulis karya sendiri. Sekaligus, pendidik menjadi contoh dan tauladan
dalam usaha menjadi pengamal sastera.

Kesalahan Pembetulan

3
SOALAN 4

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut
dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak.
Maka Tun Perak pun dating menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, Orang ini,
ya Tun Perak, mengadu halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniya oleh Tun
Perak.

Dipetik daripada ‘ Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

( 6 markah )

4
SOALAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut

Farisha berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini dikatakan
demikian kerana dia ingin membela nasib keluarganya yang miskin. Ibunya hanya mengambil upah
membasuh pinggan di sebuah restoran, manakala bapanya lumpuh akibat kemalangan jalan raya
dua tahun yang lalu. Dia tidak malu bertanya kepada guru-guru jika dia tidak memahami topik yang
dipelajari. Akhirnya, Farisha telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.

i.______________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________

iii. _____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai