Anda di halaman 1dari 12

MENGENAL DAN MENULIS HURUF B DAN D

MELALUI CARA IBU JARI BAGI MURID PEMULIHAN

Panitia Bahasa Melayu

SK Pulau Nyior, Kedah

ABSTRAK

Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di semua
sekolah samada sekolah kebangsaan mahupun sekolah jenis kebangsaan
sehinggalah ke peringkat menengah. Walaupun sukatan pelajaran mengalami
pelbagai perubahan dari semasa ke semasa, namun konsep asas 3M (membaca,
menulis dan mengira) masih diguna pakai. Terdapat lima orang murid tahun 1
Jurutera masih tidak dapat mengenali dan membezakan huruf b dan d. Oleh itu,
kaedah ‘Ibu Jari’ dijalankan untuk membantu murid mengenali dan membezakan
huruf b dan d. Menerusi kaedah ‘Ibu Jari’, diharap dapat membantu murid sasaran
mengenali huruf b dan huruf d dengan baik. Konsep ‘Ibu Jari’ ini menggunakan
genggaman jari kiri mewakili huruf b, manakala genggaman jari kanan mewakili
huruf d. Hasilnya, kaedah ini dapat membantu murid-murid sasaran mengenali huruf
b dan d dengan baik malah pembelajaran lebih menarik kerana guru menggunakan
anggota badan sebagai bahan bantu mengajar.

1.0 PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang paling penting


kerana melaluinya seseorang itu boleh meneroka alam ilmu pengetahuan yang tidak
dapat ditempuhinya melalui pengalaman biasa yang lain. Membaca adalah satu
proses yang bukannya mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses
yang kompleks ( Raminah Hj Sabran, 1987)

Kajian ini mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam mengenal bentuk-


bentuk huruf, di mana mereka keliru tentang huruf-huruf yang hampir sama
bentuknya seperti huruf kecil b dan d. Masalah ini menyebabkan mereka
menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara
punca yang dikenalpasti ialah mereka lemah dalam pengamatan penglihatan dan
pendengaran sehingga menyebabkan mereka sukar mengenal dan membunyikan
huruf abjad tersebut.

Ini memberikan impak besar kepada murid untuk menguasai kemahiran membaca
dan menulis. (Ghani dan Aznan 2013)

Strategi pembelajaran melibatkan elemen visual, auditiori, kinestatik yang amat


berhubung kait dengan peningkatan dalam pencapaian akademik secara langsung.
Maka, guru perlu peka terhadap keperluan dan perkembangan murid dari semasa ke
semasa.( Aliza Alias 2014)

Justeru, kajian yang akan dijalankan ini mengutamakan pembelajaran autentik di


mana murid-murid akan melalui pengamatan penglihatan dan sentuhan sepanjang
masa bagi mengenal dan menulis huruf abjad yang seakan sama.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kanak-kanak diperkenalkan dengan kemahiran prabacaan sejak dari peringkat awal


lagi terutamanya semasa di Prasekolah. Namun begitu, terdapat juga segelintir
kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran ini terutamanya huruf abjad
yang seakan sama seperti b dan d. Masalah ini menyebabkan mereka menghadapi
kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Antara punca yang
dikenal pasti ialah mereka lemah dalam pengamatan penglihatan dan pendengaran
sehingga menyebabkan mereka sukar mengenal dan membunyikan huruf tersebut.
Ini memberikan impak besar kepada murid untuk menguasai kemahiran membaca
dan menulis (Ghani dan Aznan 2013).

Membaca menggabungkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran pengamatan


penglihatan dan diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk-bentuk
huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi yang tepat
dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf,
menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan dan
kebolehkan memindahkan lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf
otak untuk menterjemahkan dan memahani apa yang dibaca (Rahimah Hj Sabran,
1987).
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah :

i. Mengenalpasti masalah mengenal dan menulis huruf b dan d dalam


kalangan murid-murid yang lemah.
ii. Membantu murid lemah dapat mengenal dan menulis huruf b dan d
melalui kaedah “ Ibu Jari “.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian tindakan ini adalah :

i. Bagaimana masalah mengenal dan menulis huruf b dan d dalam kalangan


murid pemulihan dapat dikenalpasti?
ii. Bagaimanakah membantu murid pemulihan dalam mengenal dan menulis
huruf b dan d melalui kaedah “ Ibu Jari “.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian Tindakan ini adalah berlandaskan pada model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) yang mempunyai 5 langkah iaitu mengenal pasti masalah, merancang,
bertindak, memerhati dan mereflek. Berikut adalah proses Tindakan model ini
seperti Rajah 1.
Langkah 1 : Mengenal pasti masalah

Mengumpul data murid pemulihan


tidak dapat mengenal dan menulis Langkah 2: Merancang
huruf b dan d. Merancang pelan Tindakan ‘Ibu Jari’
bagi masalah kajian.

Langkah 5 : Mereflek Langkah 3 : Bertindak

Menganalisis dan menilai. Membuat Melaksanakan pelan tindakan ‘Ibu Jari’


refleksi mengenai keberkesannan data
yang dikumpul.
Langkah 4 : Memerhati

Mengumpul data ( video, analisis


dokumen, temu bual ) tentang kesan
Tindakan ‘Ibu Jari’.

Rajah 1 : Proses Penyelidikan Tindakan Model Kurt Lewin 1946 dan Laidlaw
(1992

5.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan yang dilakukan ke atas 5


orang murid.

5.2 PERSAMPELAN/KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah 5 orang murid Tahun 1 Jurutera yang terdiri
daripada orang murid perempuan dan orang murid lelaki.

5.3 INSTRUMEN KAJIAN


Kajian ini dijalankan secara ujian bertulis bagi menguji kemahiran menulis
respondan pada peringkat awal. Kaedah deskriptif telah dilakukan dalam
kajian ini.

5.4 INTERVENSI

Intervensi ini dijalankan selama dua minggu. Kumpulan sasaran kajian ialah
lima orang murid Tahun 1 Jurutera. Instrumen ujian bertulis terdiri daripada
ujian 1, ujian 2 dan ujian 3. Setiap ujian akan melalui ujian pra dan pasca,
iaitu sebelum guru melakukan intervensi dan selepas guru melakukan
intervensi. Ujian bertulis yang diberi merupakan cara untuk mengumpul data.
Tujuan Ujian 1 dilaksanakan untuk menilai pencapaian murid dalam
menguasai kemahiran mengenali huruf b dan huruf d sebelum kaedah ‘Ibu
Jari’ dijalankan. Manakala Ujian 2 pula digunakan oleh guru selepas kaedah
‘Ibu Jari’ digunakan dalam PdPc bagi melihat perubahan prestasi murid dalam
mengenali dan mengecam huruf b dan huruf d.
Dalam Ujian 1 (Ujian PLembaran 1), murid-murid dikehendaki mewarnakan
semua huruf b dan huruf d dengan warna yang berbeza. Jadual 1
menunjukkan keputusan kemampuan murid dalam mengenali huruf b dan
huruf d.

Jadual 1

Analisis Keputusan Ujian 1

Murid Bilangan soalan yang %


betul ( soalan)
1
2
3
4
5
Dapatan Ujian Pra menunjukkan bahawa murid-murid mengalami masalah
kemahiran murid mengenal huruf b dan d dalam kalangan murid.

5.4.1 Intervensi 1 + Refleksi


Intervensi 1
Pada minggu pertama, sesi PdPc menggunakan kaedah ‘Ibu Jari’ dijalankan,
iaitu murid menggunakan ibu jari kanan dan kiri untuk menjawab Ujian 2.

Intervensi 2

Pada minggu kedua, sesi PdPc diteruskan dengan menggunakan kaedah


‘Ibu Jari’ dijalankan, iaitu murid-murid menggunakan ibu jari kanan dan kiri
untuk menjawab Ujian 3. Pada aktiviti kali ini murid-murid lebih yakin
menggunakan kaedah ‘Ibu Jari’ untuk menjawab Ujian 3. Murid-murid lebih
yakin dan bersemangat ketika menggunakan kaedah ini.

6.0 DAPATAN KAJIAN


7.0 PERBINCANGAN

8.0 RUMUSAN
Sepanjang menjalankan kajian ini, saya menyedari hakikat bahawa murid-murid
berbeza daripada segi keupayaan memahami bahan-bahan bertulis, keupayaan
mendengar dan bertutur. Jadi dalam menyampaikan isi pelajaran, saya harus
memikirkan keadaan ini agar mereka dapat diberi perhatian yang berlainan dan
sesuai dengan kemampuan mereka.
Ketidakmampuan murid untuk menguasai dan membezakan huruf b dan huruf d
menyebabkan saya perlu mencari atau mencipta kaedah yang sesuai dengan
kehendak dan keadaan murid-murid saya. Teknik pengajaran mempengaruhi
perkembangan murid-murid. Teknik yang menarik dapat juga menghidupkan
suasana pengajaran yang boleh memberi pengalaman yang lama kekal dalam
ingatan.
Saya berusaha menjalankan aktiviti mengenal huruf b dan huruf d itu berulang
supaya menjadi ingatan kepada murid-murid. Tempoh masa menjalankan aktiviti
itu tidak lama, iaitu saya jadikan set induksi kepada pengajaran saya selama
hampir 2 minggu ini tidak membosankan murid. Malahan saya dapati perubahan
yang ketara di mana murid ini boleh memahami dengan cepat apabila kaeadah
‘Ibu Jari’ digunakan. Bahan yang saya gunakan ialah anggota badan sahaja
yang tidak memerlukan sebarang kos penyediaan.
Selain itu, saya dapati bahawa pemulihan yang perlu saya jalankan kepada
murid-murid tidak memerlukan satu sesi pengajaran tambahan. Hanya boleh
diselit-selitkan dalam langkah-langkah pengajaran yang saya rancang. Saya
yakin kaedah atau langkah-langkah penyelesaian masalah saya ini lebih
ringkas, mudah dan menarik.

9.0 RUJUKAN
LEMBARAN 1 ( PRA DAN PASCA )
NAMA PENUH : __________________________________
LEMBARAN 2 A

NAMA : __________________________________________________
Tuliskan huruf awal b atau d berdasarkan gambar gambar yang diberikan.
LEMBARAN 2B
NAMA : ______________________________________________

Tuliskan huruf pertama bagi perkataan di bawah

___aju ___aun

__rum ___uku

___ola ___urian

___uit
___eg

Anda mungkin juga menyukai