Anda di halaman 1dari 22

JXGA 6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

Unsur Eufemisme Dalam Novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara: Analisis Semiotik

Oleh: Azlina binti Ahmad (JGA110029 ) Akademi Pengajian Melayu, UM. Pensyarah: Prof. Madya Nuwairi Hj. Khazaai

Latar Belakang Kajian


Tingkah laku dan bahasa tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang amat erat. Budi bahasa sering dikaitkan dengan tingkah laku, tabiat, budi pekerti, akhlak dan sebagainya. Dalam berbahasa dengan sopan, penggunaan unsur eufemisme iaitu menggunakan ungkapan-ungkapan yang halus untuk menggantikan ungkapan yang dirasakan boleh menyinggung, menghina atau tidak menyenangkan orang yang mendengarnya harus digunakan.

Latar Belakang Kajian

Eufemisme (ufmisme) bermaksud ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, dan tidak menyenangkan (Kamus Istilah Kesusasteraan). Gaya bahasa eufemisme ini didapati amat kerap digunakan dalam kalangan masyarakat secara sedar atau tidak sedar dan tergolong dalam bentuk kiasan halus yang menjadi pengenalan identiti masyarakat Melayu. Michael West ( 1969 : 298 ) melihat bahasa halus sebagai sesuatu yang bersopan santun ataupun having a nice mind.

Latar Belakang Kajian Asmah Haji Omar ( 1988 ) pula berpendapat bahawa bahasa halus ialah bahasa yang digunakan dengan penuh sopan dan tertib walau dalam keadaan apa-apa sekalipun.

Kajian ini dilakukan untuk meneliti sejauh mana unsur ini diguna pakai dalam novel Interlok , Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Permasalahan Kajian
Berdasarkan kajian terdahulu yang dianalisis, didapati kajian tentang unsur eufemisme ini masih kurang mendapat tempat dalam kalangan pengkaji bahasa terutama mengenai penggunaan eufemisme dalam novel. Bahasa yang digunakan juga hanyalah dalam aspek unsur gaya bahasa yang merupakan salah satu aspek yang perlu ada dalam sesebuah penulisan novel.

Permasalahan Kajian
Kajian ini dilakukan kerana gaya bahasa eufemisme ini didapati sering digunakan dalam bentuk kiasan yang telah menjadi identiti masyarakat Melayu. Namun tidak banyak kajian yang dibuat mengenainya. Adapun kajian yang benar-benar menjurus kepada kajian unsur eufemisme itu hanyalah menganalisis dari segi kekerapan unsur bahasa tersebut digunakan dalam novel.

Permasalahan Kajian Berdasarkan maklumat tersebut , dirasakan perlu ada kajian yang menyentuh secara khusus berhubung dengan unsur eufemisme dalam novel. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat unsur eufemisme dalam bentuk frasa dengan menggunakan pendekatan semiotik model Charles Sanders Pierce berdasarkan prinsip simbol dalam frasa serta kaitannya dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu.

Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau dikenali sebagai tinjauan pustakaan untuk mengumpul data novel. Novel yang dipilih ialah novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Novel ini dipilih kerana novel Interlok ini merupakan satu penghasilan daripada Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) pada tahun 1967. Selain itu Novel Interlok juga memenuhi lima ciri karya fiksyen yang utama : imaginasi, realiti, kreativiti, intelektualiti dan nilai estetik. Lantaran itu novel ini bukanlah novel picisan tetapi merupakan sebuah karya yang berat atau sastera tinggi

Sorotan Kajian
Kajian terhadap unsur eufemisme pernah dijalankan oleh Zuraidah Jantan ( 2009 ) yang membandingkan novel Mereka Yang Tertewas yang dihasilkan oleh pengarang lama dan novel Black Widow yang dihasilkan oleh pengarang baharu dengan menggunakan pendekatan Gumperz ( 1984 ). Hasil kajian mendapati masyarakat Melayu amat mementingkan kesopanan bukan sahaja dalam perlakuan bahkan, dalam penggunaan dan pemilihan bahasa. Kedua-dua novel yang dikaji didapati juga telahj mempengaruhi penggunaan bentuk eufemisme bagi menyesuaikan hasil penulisan mereka dengan kehidupan sebenar masyarakat Melayu.

Pendekatan Kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan semiotik model Charles Sanders Pierce .
Pendekatan ini merupakan kajian mengenai pola perlakuan manusia dalam komunikasi yang mengkategorikan objek berdasarkan 3 prinsip iaitu indeks, ikon dan simbol. Pengkaji akan memberi fokus terhadap prinsip simbol sahaja. Kajian ini akan memberi tumpuan untuk mengetahui simbol-simbol yang ada di dalam novel di mana, analisis tersebut akan menghubungkan dengan konsep nilai dalam karya .

Kewajaran Pemilihan Simbol


Perkataan simbol berasal daripada kata kerja Greek ( Symballein) dan kata nama (Symbolam) yang membawa maksud tanda (sign) Simbol adalah sesuatu yang konkrit yang menggambarkan sesuatu yang abstrak. Simbol mewakili perkara batiniah ( perasaan, fikiran) dan lahiriah ( objek, benda , tindakan )

Dapatan Kajian

1. Nilai Kasih Sayang


Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang sentiasa memikirkan masa depan anaknya.

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol senja ( semakin tua ) malam ( kematian ) kandil ( cahaya ) Contoh :
Mak Limah sendiri mulai berasa bahawa harinya juga telah senja, tidak lama lagi malam akan datang menyerkupnya. Sebelum malam tiba, inginlah dia menyediakan kandil yang akan menerangi hidup anaknya pada kemudian hari. ( Interlok, 1996 :7)

2. Nilai Keperihatinan
Mengambil sikap ambil berat terhadap ahli keluarga Nilai keperihatinan seorang bapa terhadap anaknya.

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol berbadan dua ( mengandung / hamil ) Contoh :
Baik-baik . Jangan lama, orang yang berbadan dua seperti kau itutak baik berjalan senja-senja begini ( Interlok, 1996 :285)

3. Nilai Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan, Nilai kesederhanaan yang ada pada diri Seman

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol harta tiada ( miskin) Contoh :
Aku ni sekarang ibarat daun yang terlepas dari dahannya, tidak ada tempat berpegang. Harta tiada bangsapun kurang pula. ( Interlok, 1996 :380)

4. Nilai Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Nilai kerajinan yang ada pada diri Maniam

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol ringan tulang / tidak berat tulang ( rajin) . Contoh :
Tetapi Maniam tidak pernah berat tulang untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Dia menolong siapa sahaja. ( Interlok, 1996 :276)

5. Nilai Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Malini sangat taat dan hormat kepada suaminya Maniam

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol melayanimu ( tanggungjawab) . Contoh :
Kau suamiku. Bagaimana susah pun aku mesti melayanimu dengan baik. ( Interlok, 1996 :276)

6. Nilai Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

Musa tekad meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan.

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol orang berada ( kaya) . Contoh :
Dia terpaksa meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan. Dia perlukan wang untuk berkahwin dengan seorang gadis cintanya. Gadis itu anak orang berada ( Interlok, 1996 :323)

Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang dilakukan, jelaslah bahawa masyarakat Melayu amat mementingkan kesopanan bukan sahaja dalam perlakuan bahkan, dalam penggunaan dan pemilihan bahasa.
Kajian ini telah dapat meneliti aspek unsur eufemisme yang digunakan dalam novel bagi menggantikan perkataan yang kasar. Kajian ini juga telah memberi penekanan terhadap penggunaan simbol dalam frasa, memahami maksud berdasarkan simbol yang telah digunakan dan menganalisis aspek nilai murni yang terdapat dalam novel.

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Wallahulam
Sekian. Terima kasih

Bibliografi
Abdullah Hussain, ( 1996 ) Interlok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka Fatimah Busu (2011), Salah Tanggapan Terhadap Interlok Dewan Sastera,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ibrahim Ahmad ( 2007 ) Bahasa Halus Dalam Konteks Sosiolinguistik , Dewan Siswa Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tengku Intan Marlina dan Mohamad Shahidan, ( 2009 ) Semiotik Pierce,Kuala Lumpur: Quest Ahead Sdn. Bhd. Zuraidah Jantan,( 2009). Unsur Eufemisme dalam Novel Melayu: Satu Manifestasi Kesopanan Bahasa. Kuala Lumpur: ASWARA

Anda mungkin juga menyukai