Anda di halaman 1dari 15

SEMANTIK (BBM3206)

TUGASAN 2:
BAHASA FIGURATIF DALAM NOVEL
KANA-KANAK IBU YANG KU SAYANG
KARYA SYARIFAH HASNAH ABDULLAH

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ZAITUL AZMA


BINTI ZAINON HAMZAH
NAMA NOMBOR MATRIK
SITI NOOR FARIHIN BINTI ABD MANAS 196321
SENARAI ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN HALAMAN


1.0 Pengenalan

1.1 Pendahuluan 1-2


1.2 Objektif Kajian 2

1.3 Batasan Kajian 2

2.0 Sorotan Kajian 3


3.0 Metodologi Kajian 4

3.1 Kaedah Kajian 4


3.2 Teori 5

4.0 Dapatan Kajian 6-11


5.0 Kesimpulan 12
Bibliografi 13
1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik merupakan kajian tentang

makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Aspek makna amat

ditekankan dari segi klausa, frasa dan ayat. Sesuatu ayat yang diujarkan dapat

ditafsirkan dengan pelbagai makna sama ada yang tersurat atau tersirat.

Menurut Jalaludin (2014) semantik adalah ilmu yang menjurus kepada makna

dan pentafsiran makna. Melalui ilmu semantik, makna bukan sahaja dapat

dirungkaikan secara tersurat tetapi dapat juga ditafsirkan secara tersirat.

Penggunaan ayat tersirat dapat ditemukan dalam pelbagai genre penulisan

terutamanya karya sastera yang berbentuk novel.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, novel didefinisikan sebagai cerita

dalam bentuk prosa, berbentuk panjang dan kompleks yang berkaitan dengan

pengalaman manusia dan kelakuan sosial.

Menurut (Tarigan,1991) pula, novel seringkali disebut sebagai roman atau

cerita prosa yang fiktif dalam panjang yang tertentu, yang melukiskan watak,

gerak serta adegan yang nyata dalam suatu alur atau suatu keadaan yang agak

kacau atau kusut. Kebanyakan penulis akan menggunakan bahasa figuratif

dalam menyampaikan sesuatu mesej antara watak.

Bahasa figuratif merujuk kepada penggunaan kata, frasa dan ayat yang lebih

abstrak dan imaginatif daripada makna biasa dan bersifat kiasan atau lambang.

Bahasa figuratif juga merupakan kiasan yang menyimpang daripada makna

asal sesebuah ayat yang diungkapkan. Menurut Za’ba (1965), bahasa figuratif

merupakan bahasa yang mengungkapkan perkataan yang dikiaskan kepada

1
perkara lain. Dalam kajian ini, pengkaji memilih novel kanak-kanak bagi

mengkaji bahasa figuratif yang mengandungi kiasan jenis metafora,

personifikasi dan simile yang merupakan gaya bahaya yang sering digunakan

dalam karya sastera bagi menghasilkan sebuah karya yang unik dan bermutu

tinggi.

Novel yang dipilih bagi kajian ini bertajuk Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah

Hasnah Abdullah. Bahasa figuratif menjadi salah satu alternatif pengkarya

menyampaikan sesuatu mesej secara berselindung di sebalik kiasan. Pengkarya

menggunakan bahasa figuratif bagi menjadikan karyanya lebih unik dan

meninggalkan nilai dan kesan mendalam kepada pembaca.

1.2 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti ayat yang mengandungi bahasa figuratif dalam novel

Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah Abdullah.

2. Menganalisis ayat yang mengandungi bahasa Ibu yang Ku Sayang

karya Syarifah Hasnah Abdullah menggunakan Teori Imej.

1.3 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan kajian kepada skop yang agak

sempit. Pengkaji membataskan bahan kajian yang hanya tertumpu kepada

sebuah novel kanak-kanak sahaja untuk mendapatkan data dan memenuhi

objektif kajian, iaitu novel Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah

Abdullah. Selain itu, kajian ini juga hanya hanya memberi fokus kepada

bahasa figuratif jenis simile, metafora dan personifikasi sahaja. Pengkaji juga

hanya menggunakan satu sahaja teori semantik iaitu Teori Imej bagi

memenuhi objektif kajian.

2
2.0 SOROTAN KAJIAN

Terdapat pelbagai kajian lepas yang mengkaji aspek semantik dari segi makna tersirat

dalam bahasa figuratif. Antaranya Ashikin Mohd Khalidi dan Ernawati Atan (2017)

dalam kajian mereka yang bertajuk Unsur Eufemisme Dalam Novel Jalan Retak karya

A.Samad Said. Dalam kajian tersebut mereka mengkaji unsur eufemisme iaitu unsur

bahasa yang digunakan bagi menggantikan bahasa yang kasar, tidak sopan dan boleh

menyinggung perasaan orang yang mendengarnya. Kajian ini merupakan bidang

kajian yang mengkaji perihal makna dalam ujaran ayat yang mengandungi maksud

tersirat di sebalik ayat. Kajian tersebut menggunakan Teori Logik Simbolik.

Selain itu, kajian lepas yang dijalankan oleh Mary Fatimah Subet (2015) yang

bertajuk Sajak “Pelacur Tua” Analisis Teori Relevans. Dalam kajian tersebut,

pengkaji menekankan aspek semantik dari sudut bahasa figuratif atau bahasa kiasan

yang digunakan dalam sajak nukilan Usman Awang yang bertajuk Pelacur Tua. Tajuk

sajak yang diketengahkan juga telah menggambarkan makna figuratif yang apabila

difahami dengan jelas bukanlah menceritakan perbuatan tidak bermoral pelacur tetapi

menekankan kepada kehidupan yang penuh rahsia yang dilalui oleh pelacur. Kajian

ini dijalankan bagi mengkaji rahsia tersirat di sebalik penggunaan bahasa kiasan yang

terdapat di dalam sajak tersebut. Teori yang digunakan ialah Teori Relevans.

3
3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud sistem yang

merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau

disiplin. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi pengakaji bagi

memperoleh data untuk kajian ini.

Kaedah yang pertama ialah penganalisisan teks kandungan. Melalui kaedah

ini, pengkaji menganalisis novel yang dipilih iaitu novel Ibu yang Ku Sayang

bagi mendapatkan data mengenai bahasa figuratif. Kaedah ini memerlukan

penilitian yang tinggi bagi memperoleh data.

Kaedah kedua yang digunakan ialah kepustakaan. Melalui kaedah ini, pengkaji

banyak mendapatkan maklumat melalui buku dan jurnal yang berkaitan

dengan tajuk kajian. Pelbagai contoh kajian dijadikan sebagai bahan untuk

mendapatkan data dan maklumat yang bersesuian dengan objektif kajian.

Artikel dan buku ilmiah juga digunakan bagi memudahkan kajian yang

dijalankan oleh pengkaji.

Kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui rujukan internet.

Internet dijadikan sebagai pemudah cara bagi mendapatkan maklumat yang

lebih meluas. Antaranya jurnal dan artikel secara atas talian yang banyak

dipaparkan dari sumber yang sahih. Selain itu, blog juga dirujuk bagi

memastikan maklumat yang diperoleh lebih pelbagai. Blog yang dirujuk

memiliki maklumat yang sahih yang sesuai untuk dijadikan rujukan oleh

pengkaji.

4
3.2 Teori

Teori yang dikenalpasti bersesuaian dengan kajian ini ialah teori imej. Teori

imej merupakan gambaran secara visual yang terbentuk dalam minda

seseorang apabila sesuatu perkataan diungkapkan. Imej yang tergambar juga

bergantung kepada tahap pengetahuan dan ilmu penutur atau pendengar.

Merujuk Siti Hajar Abd Aziz (2009) teori imej merupakan makna perkataan

yang berhubung dengan imej yang terbayang dalam fikiran pendengar atau

penutur. Imej tersebut juga bersifat visual dan tidak menepati gambaran

sebenar yang dimaksudkan ataupun yang sedia ada. Perkara tersebut berlaku

kerana imej yang yang tergambar berbeza antara individu berdasarkan konteks

yang berbeza.

Oleh itu, teori imej diaplikasikan dalam kajian ini bagi menganalisis bahasa

figuratif yang digunakan dalam novel Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah

Hasnah Abdullah.

5
4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Mengenal pasti ayat yang mengandungi bahasa figuratif dalam novel Ibu

yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah Abdullah.

Bahasa figuratif dikenali sebagai bahasa kiasan yang mengandungi makna

tersirat. Ianya juga turut dikenali sebagai gaya bahasa kiasan. Menurut Abrams

(1981), bahasa figuratif terdiri daripada simile, metafora, personifikasi dan

metonim. Dalam kajian ini, pengkaji hanya menekankan bahasa figuratif jenis

simile, metafora dan personifikasi. Simile merupakan perumpamaan,

persamaan dan perbandingan yang bersifat eksplisit. Ianya dapat dikesan

melalui perkataan seperti, bagai, bak dan umpama. Metafora pula merupakan

bahasa yang tidak merujuk kepada makna tersirat tetapi kiasan yang

menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Personifikasi pula

bermaksud perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda

tidak bernyawa. Penggunaan bahasa figuratif ini memerlukan daya fikir yang

tinggi dalam kalangan pembaca novel yang menerapkan elemen bahasa

figuratif dalam karya tersebut. Dalam kajian ini, penulis mendapati novel

kanak-kanak yang dipilih iaitu Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah

Abdullah menggunakan bahasa figuratif jenis simile, metafora dan

personifikasi bagi menyampaikan sesuatu mesej.

6
Jadual 1: Data Bahasa Figuratif

Bil Bahasa Figuratif Jenis

1. Aku rasa jantungku bagaikan disiat-siat. Simile

2. Hatiku bagaikan dicungkil-cungkil teringat emak Tina Simile

3. Dia mencurahkan selaut perasaan hampa dan dukanya. metafora

4. Hatiku berbunga segar mendengarkan cerita Nizam. Metafora

5. Merah-merah duitnya keluar dari dompetnya yang buncit. Personifikasi

6. Perutku bernyanyi merdu. Personifikasi

4.2 Menganalisis ayat yang mengandungi bahasa figuratif dalam novel Ibu

yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah Abdullah menggunakan Teori Imej.

Teori imej didefiniskan sebagai imej yang tergambar atau terbayang dalam minda

penutur atau pendengar apabila sesuatu perkataan disebut atau diungkapkan. Imej

yang terbentuk tidak bersifat visual kerana tidak menepati gambaran maksud sebenar.

Merujuk nota kuliah Prof. Madya Dr Zaitul Azma binti Zainon Hamzah dalam

BBM3206 subjek Semantik pula, teori imej merupakan makna yang dapat dihuraikan

berdasarkan imej yang terbentuk dalam minda atau fikiran seseorang.

Imej yang tergambar dalam minda atau fikiran bergantung kepada tahap pengalaman

dan ilmu individu. Oleh hal yang demikian, imej yang tergambar dalam minda

7
sesorang berbeza antara satu dengan yang lain disebabkan oleh faktor pengalaman

yang dilalui dan ilmu yang dipelajari. Namun imej tersebut tidak tepat keseluruhannya

kerana dari segi semantiknya harus mengambil kira aspek konteks ayat yang diungkap

atau didengar. Maksudnya tidak dapat ditafsir secara literal bagi memperoleh maksud

yang tepat.

Berikut merupakan data bahasa figuratif yang diperoleh daripada novel Ibu yang Ku

Sayang dan dianalisis menggunakan teori imej:

1. Bahasa figuratif jenis simile.

Aku rasa jantungku bagai disiat-siat.


(Halaman: 5)

Jantungku bagai disiat-siat.

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada perasaan hampa, Jantung tersebut telah dicincang atau

kecewa dan sedih dengan sesuatu dilapah menjadi cebisan kecil atau

situasi atau peristiwa yang telah mungkin juga telah ditanggalkan isinya

berlaku. dari kulit.

Hatiku bagai dicungkil-cungkil teringat emak Tina.

8
(Halaman: 37)

Hatiku bagai dicungkil-cungkil

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada perasaan marah, sakit Dicungkil-cungkil tersebut menggambarkan

hati, sedih dan kecewa dengan sesuatu perbuatan mengeluarkan sesuatu dari

kejadian. lubangnya. Oleh itu, minda menggambarkan

hati tersebut telah dikeluarkan dari tempat

asalnya iaitu tubuh badan manusia.

2. Bahasa figuratif jenis metafora

Dia mencurahkan selaut perasaan hampa dan dukanya.


(Halaman: 74)

Selaut perasaan hampa dan dukanya

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada segala isi hati, Imej yang tergambar dalam minda ialah laut

masalah dan emosi yang dihadapi oleh yang isi airnya merupakan perasaan hampa

seseorang individu. dan duka.

Hatiku berbunga segar mendengarkan cerita Nizam.


(Halaman: 86)

9
Hatiku berbunga segar

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada perasaan gembira, Hati individu tersebut ditumbuhi dengan

tenang dan lapang atau teruja dengan pelbagai bunga yang mekar dan segar atau

sesuatu perkhabaran atau cerita dan mungkin hati tersebut berubah menjadi

kejadian. bunga yang mekar dan segar.

3. Bahasa figuratif jenis personifikasi

Merah-merah duitnya keluar dari dompetnya yang buncit.


(Halaman: 89)

Dompetnya yang buncit

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada dompet yang tebal, Keadaan dompet tersebut yang buncit seperti

mempunyai isi di dalamnya iaitu perut manusia dan ke depan atau mungkin

berupa wang yang banyak. mempunyai penyakit seperti yang dialami

oleh manusia.

Perutku bernyanyi merdu.


(Halaman: 92)

10
Perutku bernyanyi merdu

Konteks Tanggapan Imej

Merujuk kepada rasa lapar yang Imej yang terbentuk di minda ialah bahagian

teramat sangat yang dirasai oleh tubuh badan manusia iaitu perut yang sedang

seseorang individu. menyanyikan lagu yang merdu seperti mana

manusia menyanyi.

5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penyampaian

sesuatu mesej terutamanya dalam bidang penulisan. Tanpa penguasaan bahasa,

11
sesuatu mesej tidak dapat disampaikan dan juga diterima dengan sempurna. Bahasa

mempunyai lenggok dan gaya yang pelbagai. Hal ini menjadikan bahasa mempunyai

nilai estetika yang tinggi.

Berdasarkan novel yang dikaji iaitu Ibu yang Ku Sayang karya Syarifah Hasnah

Abdullah, pengkaji mendapati bahasa figuratif jenis simile, metafora dan personifikasi

digunakan dalam novel tersebut. Bahasa figuratif merupakan salah satu teknik

penceritaan atau penulisan yang digunakan oleh penulis atau pengkarya dalam

penulisan mereka. Bahasa figuratif ini digunakan bagi menyampaikan sesuatu mesej

secara berlapik dan tidak terus. Bahasa figuratif ini juga menonjolkan keindahan dan

kepelbagaian bahasa Melayu dalam menyantuni pendengar atau penutur. Penggunaan

tersebut merupakan satu kiasan yang mengandungi makna tersirat yang perlu difahami

oleh para pembaca. Sekiranya pembaca kurang pengetahuan tentang bahasa figuratif,

pastinya bahasa figuratif tersebut ditafsir secara literal. Hal ini akan menyebabkan

maksud bahasa figuratif tersebut tidak dapat diterjemahkan dengan tepat dan mesej

yang ingin disampaikan oleh pengkarya tidak dapat difahami oleh para pembaca.

Justeru, bahasa figuratif ini memainkan peranan yang penting dalam bidang penulisan

bagi menjadikan penulisan lebih menarik dan menimbulkan rasa ingin tahu dalam

kalangan pembaca tentang mesej yang ingin disampaikan di sebalik ayat yang

diungkapkan.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan, (2009) Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Icon
Regian Sdn Bhd

12
Helda Safitri (2017) Bahasa Figuratif Pada Kumpulan Puisi Sajak Selembar Daun Karya
Taufik Sandjojo. Rujukan: http://eprints.umm.ac.id/38567/1/SKRIPSI.pdf (Diakses
dalam talian: 10 Jun 2020)
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Noor Eliza Abdul Rahman & Zulazhan Abdul Halim (2016), Penterjemahan Bahasa Kiasan
Dalam Sari Kata Drama Arab Flag of Truth. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.
Rujukan: http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files5/jsass_vol3bil2_008_eliza.pdf
(Diakses dalam talian: 10 Jun 2020)
Ernie Sutriana, Sesilia Seli & Henny Sanulita (2016) Penggunaan Bahasa Figiratif dalam
Kumpulan Puisi Deru Campur Debu Karya Chairul Anwar. Pendidikan Bahasa dan
Sastra Indonesia, FKIP Untan, Pontianak. Rujukan:
http://jurnal.untan.ac.id/index.php/jpdpb/article/view/17215/14691 (Diakses dalam
talian: 15 Jun 2020)
Siti Norashikin Mohd Khalidi, Nor Azuwan Yaakob Zaitul & Azma Zainon Hamzah (2017),
Makna Siratan Bahasa Figuratif Dalam Cerpen Melayu Karya Lim Swee Tin. Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Rujukan:
http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/09/9-Makan-Siratan.pdf
(Diakses dalam talian: 10 Jun 2020)
Siti Norashikin Mohd Khalidi & Nor Azuwan Yaakob (2018) Bahasa Figuratif Sebagai
Wahana Penjelasan Unsur Emotif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti
Putra Malaysia. Rujukan: http://www.mycite.my/en/files/article/132439 (Diakses dalam
talian: 15 Jun 2020)
Siti Norashikim Mohd Khalidi & Ernawita Atan (2017) Unsur Eufemisme dalam Novel Jalan
Retak Karya A.Samad Said. Universiti Putra Malaysia Selangor. Rujukan:
http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/9-eufemisme-w.pdf
(Diakses dalam talian pada 10 Jun 2020)

13

Anda mungkin juga menyukai